Saturday, February 9, 2013

Cornflakes Cookies (Again)

 Despite my hectic life, I managed to bake some cornflakes cookies for a couple of chinese friends. I wish I could do much more for many more friends but time just too limited to do so. There was no chance to bake during the week days as I came home late from work almost everyday and this one was made a week ago. This is one of my favourite recipe and cookies. After tested several other cornflakes cookies recipes, I now only stick to this one as the cornflakes stay crunchy! Previously posted here.

To all chinese friends, GONG XI FA CAI and have a joyous & prosper snake year!


 
By: Roz@HomeKreation
Source: Sue (forum)
Makes about 100 pieces
INGREDIENTS:
150g Butter
70g Icing Sugar
1 Egg Yolk
50g Cornflour
180g Plain Flour
80g Cornflakes - crushed

METHOD:
1. Cream butter & sugar until fluffy.
Add in egg yolk & beat until well mixed.
Add in cornflour & mix well.
Add in plain flour gradually.
Add in cornflakes.
2. Roll into small balls and coat with more cornflakes.
Bake at 170C for 10 minutes.
3. Cool & keep in an airtight container.
***************************************

BAHASA MALAYSIA VERSION
Ini biskut kegemaran Along & banyak kali dah buat ni. Resepi cornflakes yg sedap mestilah rangup & biskut nya rapuh di mulut. Dulu dah di siarkan di sini tapi kali ini Along kasi terjemahan dlm BM untuk sesiapa yg berminat nak cuba.

By: AlongRoz@HomeKreation
Source: Sue (forum)
Bilangan ~100 biji
BAHAN2:
150g Butter
70g Gula Aising
1 bj Kuning Telur
50g Tepung Jagung
180g Tepung Gandum
80g Cornflakes - ramas

CARA2:
1. Pukul butter & gula sehingga kembang.
Masukkan kuning telur & pukul sebati.
Masukkan tepung jagung & tepung gandum, gaul sebati.
Masukkan cornflakes & gaul sebati.
2. Bulat2kan & salut dgn cornflakes lagi.
Bakar 170C selama 10 minit.
3. Sejukkan & simpan dlm bekas kedap udara.





Wednesday, February 6, 2013

Red Velved Cheesecake Cake





Assalamualaikum.
Terjumpa resepi ni semalam, terus terasa nak makan sangatttttt kek ni...
seriussss sangat menggoda apalagi ada cheese tengahnya.....
Jadi Mas pun try buat Red Velved Cheesecake Cake ni....
Dapat juga jiran2 merasa...
Untuk resepinya...Mas guna resepi Red Velved yg biasa Mas buat....
Untuk rujukan...boleh lihat DISINI  Recipi girl.
Untuk resepi Red Velved, lihat DISINI.




Yummmyyyy...ada yg teringin....



Meh layan order yg lepas, Rainbow Cake dr Hamiza  :








Monday, February 4, 2013

Baked Blueberry Cheesecake ( Kek Keju Blueberry Bakar )




Assalamualaikum.
Baked Blueberry Cheesecake @ Kek Keju Bluebery Bakar resepi dari seorang blogger yang Mas sangat kagum dengan hasil2 airtangannya dalam membuat dan mendeko kek ni memang sangat awesome. Sedappp sangattt....
Tekstur Cheesecake ni yang halus...gebuuuu...lembabbb....seakan cair dimulut....memang sangat mengasyikkan bila dimakan...
Ditambah pulak dengan base dari biskut marie dan topping Blueberry filling...hmmmm....serasi sangatttt.... 
TQ pada Zack atas perkongsian resepi Cheesecake yang mabeless ni....


Baked Blueberry Cheesecake 
Resepi :  Zack 
diMyresepi : Zachoes@myresepi.com



Bahan base biskut:
100g biskut marie, dihancurkan (ku guna 80g oreo diblend sampai hancur dalam blender rempah)
100g butter, dicairkan (ku guna 40g je. Kalau guna 80g juga macam terlalu berminyak)

* Gaul rata biskut dan butter dan tekan-tekan pada dasar loyang sampai padat.


Bahan cream cheese:
250g cream cheese, suhu bilik
65g whipping cream (ku guna fresh cream yang sudah dikocok kaku. Kes baki deco kek sebelum ni)***
30g gula kastor (ku kurangkan jadi 20g)
3 kuning telur Gred A
1/2st esen vanila
1/2st jus lemon/lemon oil (ku guna limau kasturi)

30g gula kastor
3 putih telur Gred A
1/4st cream of tartar (optional)

200g blueberry filling (ku terpaksa guna 100g sebab habis stok)





Cara:
1. Panaskan oven pada suhu 160C. Bakar base biskut untuk 5 minit, kemudian sejukkan pada suhu bilik. (kalau base biskut menggelembung sedikit, ratakan balik dengan belakang sudu).

2. Dalam bekas besar, pukul cream cheese bersama 30g gula, perlahan-lahan masukkan whipping cream dan esen vanila serta jus lemon. Pukul sampai adunan jadi sebati, smooth dan gebu. Guna speed sederhana (ku guna whisk telur je).

2. Masukkan kuning telur satu per satu dan pukul sebati, sambil berhenti sekali-sekala untuk scrap tepi-tepi bekas tersebut.

3. Dalam bekas lain, pukul putih telur hingga berbuih. Masukkan cream of tartar dan baki 30g gula sedikit demi sedikit, hingga bertanduk dan kaku (bila terbalikkan bekas, putih telur tak mengalir atau jatuh. Pastikan tiada walaupun secubit/setitik pun kuning telur atau minyak dalam putih telur sebelum memukul. Kalau tak 'meringue'- nama putih telur yang dipukul kaku ini- tak jadi. Kalau ada sedikit kuning telur, boleh dibuang dengan sudu).

4. Ambil satu senduk meringue dan kaup balikkan ke dalam adunan cream cheese (stage ini boleh kasar sikit sampai tak nampak jalur/streaks putih telur). Ambil lagi sesenduk dua meringue dan kaup balikkan perlahan-lahan dalam adunan cream cheese. Buat dalam 3-4 kali.

5. Tuangkan adunan ke dalam loyang berisi base biskut dan hentak loyang sekali atas meja (hentak dari paras siku) untuk keluarkan buih-buih yang besar (kalau tak nanti nampak lubang-lubang di atas atau di dalam kek bila sudah masak)

6. Balut luar loyang cheesecake dengan aluminium foil 2-3 kali dan bakar secara bain marie/water bath/steam bake (loyang kek diletakkan dalam loyang lebih besar, isikan air panas dalam loyang besar hingga mencecah separuh ketinggian loyang kek tersebut. Tak perlu banyak sangat, asalkan loyang kek tu boleh bergoyang sikit oklah) untuk 1 jam (ku buat 55 minit, dengan 5 minit terakhir loyang di'rotate'kan)

7. Keluarkan dari oven dan sejukkan dalam loyang sebentar di atas redai, sebelum dikeluarkan cheesecake dan disimpan dalam peti sejuk. Dah sejuk hiaskan sesuka hati atau tuangkan blueberry filling di atasnya.






Bila nak gantikan whipping cream dengan fresh cream atau yoghurt?

***Masa ni ku tak ada stok UHT whipping cream, cuma ada fresh cream/non-dairy whipping cream. Pula tu sudah dipukul kaku (baki decoo kek sebelum ni). Sebab kek ni guna kaedah meringue dan bukannya masukkan keseluruhan (sebiji-sebiji) telur sekali gus dalam adunan, masa bakar tu tak jadi masalah. Adunan cream cheese pun jadi lebih gebu dan ringan, dan kek tak turun secara mendadak bila tengah sejuk.

***Sebelum ni ada cuba resepi lain, guna fresh cream yang dah dipukul kaku untuk gantikan whipping cream (yang sepatutnya masih dalam bentuk cecair). Dalam resepi tu ada tulis, masukkan telur sebiji demi sebiji, tanpa asingkan putih dan kuning telur. Kemudian masukkan whipping cream (yang masih dalam bentuk cecair). Dan ku gantikan dengan fresh cream yang dalam bentuk kaku. Hasilnya? Kek naik semasa tengah masak dan turun secara mendadak tak lama kemudian dalam oven. Contoh kek ada di sini.

***Kesimpulannya, nak ganti whipping cream dengan fresh cream boleh, cuma tengok resepi dulu. Kalau resepi tu guna kaedah meringue (putih dan kuning telur diasingkan dulu), boleh guna fresh cream yang sudah dipukul kental/kaku untuk gantikan whipping cream. Tak jadi masalah sebab udara dalam meringue akan sebati dengan fresh cream yang dipukul kental/kaku tadi. Kalau resepi menyatakan guna whipping cream( dalam bentuk cecair), boleh gantikan dengan fresh cream yang dalam bentuk cecair (bukan bentuk kental). Tak pun ganti dengan yoghurt je, sebab tujuan guna whipping cream/fresh cream/yoghurt/sour cream/dll. terutama dalam cheesecake serta menggunakan kuantiti yang banyak adalah sebagai thickening agent (agen pemekat). Kalau resepi cuma guna 2-3sb je rasanya tak ada masalah ganti dengan susu segar/sejat, cuma adunan mungkin lebih cair nanti.




Sunday, February 3, 2013

Fish Tom Yum Lemak

 
I was very busy today with usual house chores in the week-end and a baking project, so gotta cooked something simple for lunch. Somehow I feel that I gotta to think about cooking ideas all the time. Have not stop since morning preparing meal for the family and too soon preparing another meal for lunch.... After making some cookies in the afternoon, soon thinking for dinner..... then prepared batter for banana kuih in advance for breakfast tomorrow. Fiushhhhh.... working round the clock in the week-ends are worst than working in office, not to mention other house chores.... laundries, house cleaning, etc and of course attending to my little girl who is so sticky to mummy. Anyway, enough babbling, herewith sharing the recipe.

We had delicious Tom Yum in Pavillion, KL recently. I can still recall how fragrant it was. So herewith my attempt trying to recreate a similar taste.... can say that I'm almost close... LOL.

By: Roz@HomeKreation
INGREDIENTS:
Few pieces Fish Fillet - cut cubed 
1 bowl Coconut Milk
1 tsp Chili Oil
1 Lemongrass - sliced 
5 Kaffir Lime Leaves - sliced thinly 
1 Lemon - slice & squeeze juice 
Chili Padi - bruised 
Veg - broccoli, carrot, tomato, leek, cabbage, brinjal
Mint Leaves, Basil, Coriander leaves - sliced thinly 
Salt, Sugar

METHOD:
1. Place coconut milk, chili oil, lemongrass, kaffir lime leaves, lemon juice, chili padi, salt, sugar in a pot and stir until boiled.
Add in fish and cook until done.
Add in vegetables and the herbs.
2. Serve with rice or on its own.
**************************************

BAHASA MALAYSIA VERSION
Meh makan Tom Yam lemak berisi ikan ni.... sedap ni... tak perlu guna tom yam kiub segera untuk mendapatkan citarasa yg enak. Along guna bahan2 segar, petik2 tepi rumah daun limau purut, daun pudina, daun basil, serai & lemon yg comel2.... Harum nya Tom Yam ni....

By: AlongRoz@HomeKreation
BAHAN2:
Beberapa ketul Isi Ikan - cut cubed 
1 mangkuk Santan
1 st Cili Oil
1 btg Serai - hiris kasar 
5 Khelai Daun Limau Purut - hiris halus 
1 bj Lemon - hiris & perah jus
Cili Padi - ketuk
Sayuran - broccoli, carrot, tomato, leek,kobis, terung
Daun Pudina, Basil, Daun Ketumbar - hiris halus
Garam & Gula

CARA2:
1. Masukkan santan, cili oil, serai, daun limau, jus lemon, cili padi, garam & gula ke dlm periuk; masak sehingga mendidih.
Masukkan ikan & masak lagi.
Masukkan sayuran & daun herba.
2. Hidangkan dgn nasi atau makan begitu shj.



Ole-ole from Brunei

Pulut Panggang Brunei di balut dgn daun kelupis dan bersaiz besar sepanjang 8"
 Sahabat FB yg datang ke Miri kelmarin bawa banyak ole-ole dari negara Brunei Darul Salam - makanan yg made in Brunei. Pertama kali juga Along & keluarga merasa, memang ada kelainan.
Ada inti pedas di dalam nya
 Asikrim ni home-made, sonok Liana mamam ni....
Home-made Aiskrim prisa keladi dan pandan
 Ada juga kuih kapit tapi keunikan nya berperisa keladi. Terima-kasih daun keladi ya Siti.... susah2 jer bawa buah tangan. Siti datang dgn 3 orang adik2 nya dan anak teruna kecil Haiqal. Along cuma masak ringkas2 jer - Laksa Sarawak, Puding Oreo, Durian Crepe (Along beli jer ni) & ada sikit balance kek lapis hari tu. Maaf lah ya kalau layanan tak sempurna.


 Siti Ameera, toke kek dari Brunei di datang hantar 10 biji kek yg di order oleh kekawan pejabat Along. Memula dulu Along order sebiji jer kasi they all rasa... rasa sekali nak lagi...! Sedap sangat kek Siti kaya dgn perisa sos istimewa.

Kek Coklat Maltesers

Kek siap untuk delivery ke rumah kekawan...

Saturday, February 2, 2013

Mi Kari Kerang II (Curry Noodles with Cockles II)


Sorry, showing off last week menu... it was all in a rush and not too happy with the photo... I wish I poured more gravy to make the photo more appetising! Anyway, can only tell you that it was delicious! I didn't follow any specific recipe but just using whatever in hand.

By: Roz@HomeKreation
Serve 3-4 persons
INGREDIENTS:
3 Shallots*
2 cloves Garlic*
1/4" Ginger*
(* blended)

Mixed Spices (Cinnamon, Cloves, Cardamon & Star Anise)
2 tbsp Curry Powder
200g Cockles
1 cup Beef Stock
1 cup Coconut Milk

Fish Balls
Salt
1 kg Fresh Yellow Noodles

Bean Sprout - rinse with hot water
Garnishes - Lime, Chilies, fried onion

METHOD:
1. Heat some oil & stir fry mixed spices & blended ingredients until fragrant.
Add in curry powder & some water; stir until fragrant.
Add in beef stock, coconut milk & enough water & stir until boiling.
Add in cockles, fish balls and salt.
Let it continue boiling until cooked.
2. Serve blanched noodles with curry gravy, topped with bean sprout & garnishes. 

**********************************************************

BAHASA MALAYSIA VERSION
Sorry lah ya, ni menu minggu lepas.... tak dan nak publish... gambo pun kurang memuaskan, tak nampak pun kuah nya... org rumah pepagi kan lapor... kelam-kabut snap apa yg sempat dah ler jadi camni.... Banyak menu2 yg Along nak kongsikan tapi selalu jer tak sempat nak berposing bagai, akhir nya terlepas peluang nak kongsi kat blog ni. Takpa lah, apa pun kita kongsikan resepi yg sedap ni....


By: AlongRoz@HomeKreation
Serve 3-4 persons
BAHAN2:
3 ulas Bwg Merah*
2
ulas Bwg Putih*
1/4" Halia*
(* blend)

Rempah Tumis (Kulit Kayu Manis, Pelaga, Cengkih & Bg Lwg)
2 sb Rempah Kari
200g Kerang
1 cwn Stok Daging
1
cwn Santan
Fish Balls
Garam
1 kg Mi Kuning

Taugeh - bilas dgn air panas
Bahan Tabur - Limau, Cili & Bwg Goreng

CARA2:
1. Panaskan minyak & tumis Rempah Tumis & bhn blend sehingga wangi.Masukkan rempah kari & sedikit air; kacau sehingga wangi.Masukkan stok daging, santan & air secukup nya, kacau sehingga mendidh.
Masukkan kerang, fish balls & garam.Masak sehingga naik rasa.
2. Hidangkan mi yg di celur dgn kuah, taugeh & bhn tabur.




Order2 yang lepas...

Assalamualaikum.
Antara order2 yang lalu....
Meh jamu mata....  
TQ pada semua   ^_^




Kek Padang Bola ( Rainbow Cake )




Baked Cheesecake With Blueberry Topping




Kek Puding Karamel With Cream Cheese Topping




Rainbow Cake




Apam Polkadot






Strawberi Cheese Tart




Nutella n Blueberry Cheese Tart





Snow Cheese Tart





Durian Crepe