Sunday, January 13, 2013

Black Forest Cake





Assalamualaikum. 
Merajinkan diri menerai Black Forest Cake pulak...hmmm...tak dinafikan...sedapp sangat...  ^_^



Kek Black Forest
Sumber : Juwita Fariz


RESEPI CHOCOLATE SPONGE CAKE
(Loyang Kek 18cm / 7 inci)

BAHAN A:
* 3 biji kuning telur
* 100 gram gula castor
* 120 gram tepung kek
* 50 ml minyak masak
* 1 sudu kecil esen vanila
* 1/2 sudu kecil baking powder
* 1/2 sudu kecil soda bikarbonat


Cara :
1. Campurkan semua Bahan A ke dalam mangkuk adunan.
2. Kacau rata menggunakan senduk kayu. Ketepikan.


BAHAN B:
* 30 gram serbuk koko Van Houtan
* 120 ml air panas.

Cara :
1. Satukan bahan B.
2. Kacau sehingga serbuk koko hancur.
3. Masukkan Bahan B ke dalam mangkuk Bahan A dan kacau rata. Ketepikan.


BAHAN C:
* 3 biji putih telur
* 60 gram gula castor
* 1/4 sudu kecil cream of tar tar
* Loyang kek 18cm / 7inci


Cara :
1. Sapu dasar dan keliling loyang dengan marjerin. Alas dasar loyang dengan cooking sheet.
2. Panaskan oven dengan suhu 170 degree.
3. Dengan menggunakan mixer, pukul putih telur bersama cream of tar tar selama 2 minit.
4. Masukkan gula sedikit demi sedikit sehinggan gebu dan bertanduk. Adunan tidak tumpah walaupun diterbalikkan mangkuk pengadun.
5. Campurkan adunan kuning telur ke dalam adunan putih telur.
6. Kaup balik adunan supaya sekata. Jangan terlebih kacau.
7. Masukkan adunan ke dalam loyang.
8. Bakar dengan suhu 170 degree selama 50 minit atau sehingga kek masak.
9. Sejukkan di atas redai.




CARA MENGHIAS KEK BLACK FOREST

Bahan 2 :

* Whipped Cream (200ml) ( ita guna 300 ml)
* 25 gram gula halus
* Chocolate Syrup Hershey's
* Jem blueberry ( ini ita tambah)
* Dark Pitted Cherry / apa2 jenis buah pun boleh je
* Buah cherry bertangkai secukupnya
* Chocolate parut



Cara :
1. Bila kek sudah sejuk, potong kepada 3 lapis.
2. Pukul whipped cream bersama gula sehingga pekat, ringan dan gebu. (depends pd jenis whipped cream, mungkin ada yang tidak perlu tambah gula)
3. Sapukan chocolate syrup Hershey's di atas lapisan pertama. Ita sapukan blueberry jem yang dicairkan sedikit.
4. Kemudian sapu rata whipped cream di atas jem blueberry tadi.
5. Susun Dark Pitted Cherry. ita gunakan buah blueberry segar dan taburkan juga coklat chip.
6. Tutup dengan satu lapisan kek.
7. Kemudian ulang langkah 3 - 6 untuk lapisan kedua.
8. Selepas tutup dengan lapisan ketiga kek, sapu whipped cream di seluruh kek.
9. Tabur chocolate parut di tepi kek.Jika tiada gunakan coklat rice pun boleh.
10. Paipkan cream putar rosset bulat di atas kek dan letakkan cherry diatasnya.
11. Boleh tulis wording jika mahu atau hias ditengahnya.



Yummmyyy.....



Banana Fritters (Goreng Pisang Tepung Celup Hana)

 My hubby chopped a banana tree behind our backyard today and some of it already yellowish. I had small portion of dinner only as I wanted to reserve some space for banana fritters during supper. I took the opportunity to try the batter recipe shared by Hana recently. Coincidentally, at Hilmi's gathering yesterday we had hot crispy banana fritters and the maid shared the recipe (asked by a friend) which using the same ingredients.

I made only half of below's recipe as my hubby and son already full, but using one whole egg. The batter produces light and crispy crumbs.

By: Roz@HomeKreation
Source: Hana
INGREDIENTS:
2 cup Rice Flour
1 Egg (small)
1 tsp Sugar
¼ tsp Lime Water
(not too much or else batter will taste bitter)
¼ tsp Turmeric Powder
1 cup Water
Salt


METHOD:
1. Mix all ingredients until smooth.
2. Ready to be used as batter for fritters - banana/sweet potato/yam/etcs.
3. Deep fry until crispy.
***************************************************************************

BAHASA MALAYSIA VERSION
Memalam ni Along buat goreng pisang.... tadi petang hubby tebang pokok pisang kat belakang rumah. Gemuk2 pisang tu, ada 8 sikat kesemua nya. Along dah sedekah kat jiran2 belakang, selebih nya nak bawa gi office kasi kat member2 pula. Ada sesikat yg dah kuning, Along teringin betul nak makan malam ni juga. Tadi dinner makan nasi sikit jer sebab nak makan pisang goreng pula waktu supper ni. Teringat pula resipi tepung goreng yg di kongsikan oleh besan baru2 ni. Kebetulan, kelmarin gi khenduri rumah Hilmi & Maz, dihidangkan dgn goreng pisang panas yg rangup. Sorang kawan tu tanya resepi nya - letak tepung beras + kapur + telur, cam sama lak dgn resipi yg di kongsikan oleh Hana. Maceh ya besan cayang... mmg rangup pun tepung ni, ringan jer. Semuga makcik goreng pisang yg kasi resepi ni di murahkan Allah rezeki dia....

By: AlongRoz@HomeKreation
(Along buat separuh dari resipi di bawah ni tapi Along letak 1 bj telur)
Source: Hana
BAHAN2 TEPUNG CELUP:
2 cwn Tepung Beras
1 bj Telur (saiz kecil)
1 sk Gula
¼ sk Air Kapur
(jgn terlebih nanti pahit)
¼ sk Serbuk Kunyit

1 cwn Air
Garam


CARA2:
1. Bancuh kesemua bahan2 sehingga sebati.
2. Siap utk di celupkan pisang, ubi, dll & goreng sehingga rangup.
Angkat & toskan.
 


Saturday, January 12, 2013

Layered Cake & Caramel Pudding (Kek Puding Karamel)

 This cake has been very popular in the net for quite some time. My first trial was here but it was a plain version. I've been waiting for the right opportunity to try the colorful version and today I made it for a friend's prayer gathering. However, my marble version is batik style instead of the famous stripe.
By: Roz@HomeKreation
Source: Hana (tq to all contributors & original recipe owner)
Translated into English by HomeKreation
Size: 8.5"-9" round
(A) Caramel
2 tbsp Sugar
- Sprinkle sugar into the baking tin & heat up above small fire until melt & golden in color.
- Keep aside until harden.

(B) Pudding Layer
1 tin (400ml) Evaporated Milk
3 sb Sugar
1 st Vanilla
Essence
2 Eggs
3 Egg Yolks
1tsp Custard Flour
- Mix all ingredients slowly (do not beat) & strain onto the caramel.
- Keep aside while waiting for the next layer preparation.

(C) Merinque
6 Egg Whites
70g Castor Sugar
1 tsp Krim of Tartar

- Whisk until fluffy & form meringue.

(D) Cake Layer
140g Flour*

1 tsp Baking Powder* (* sift)
70g Castor Sugar
3 Egg Yolks
130ml Water
50ml Oil
- Mix all ingredients with spoon or whisker.
- Mix in the meringue well.
- Divide into few portion for different colors.
- Spoon onto the pudding layer alternate colors (should float).
- Bake in water bath at 170C (bottom heat) for 50 min + another 30 min (bottom+top heat).
- Rest 30 min before unmoulding it.
- Serve chilled.

 Just drop a spoon of each color alternately  & swirl for marble effect.
BAHASA MALAYSIA VERSION
Hari ni Along pepagi lah dah buat kek ni untuk di bawa ke khenduri doa selamat kawan. Kek ni memang popular tapi Along buat dulu cuma yg kosong tak berwarna - boleh tengok kat sini - lama dulu dah tahun 2009. Kali ni baru berkesempatan mencuba versi marble. Along buat style batik jer, sudukan & tompok2an warna berselang-seli.

By: AlongRoz@HomeKreation
Source: Hana (tq kpd kesemua penyumbang resepi ni ya... boleh tengok link kat blog Hana)
Resipi di taip semula untuk mudah rujuk sendiri
Saiz: 8.5"-9" round
(A) Gula Hangus
2 sb Gula
- Tabur gula dlm loyang & masak atas api perlahan sehingga gula hancur & berwarna perang.
- Ketepikan sehingga gula mengeras.

(B) Lapisan Puding
1 tin (400ml) Susu Cair
3 sb Gula
1 st Esen Vanilla
 

2 bj Telur
3 bj Kuning Telur
1 st Tepung Kastad (Along tambah)
- Campurkan kesemua bahan2 perlahan2 supaya tidak berbuih & sehingga sebati.
- Tapiskan ke dalam loyang gula hangus tadi.

(C) Merinque
6 bj Putih Telur
70g Gula Kastor
1 st Krim of Tartar

- Pukul sehingga kembang (meringue).

(D) Lapisan Kek
140g Tepung Gandum*

1 st Baking Powder* (* ayak)
70g Gula Kastor
3 bj Kuning Telur
130ml Air

50ml Minyak
- Campurkan kesemua bahan sehingga sebati dgn senduk (Along guna whisker)
- Campurkan adunan meringue (C) sehingga sebati.
- Bahagikan & warnakan.
- Sudukan adunan berselang-seli warna ke atas lapisan puding tadi (adunan akan terapung).
- Letak loyang kek ke dlm loyang besar yg berisi air panas.
- Bakar 170C suhu bawah selama 50 minit + suhu bawah & atas selama 20 minit.
- Rihatkan 30 minit sebelum di terbalikkan.
- Sejukkan sebelum di hidang.


Tuesday, January 8, 2013

Cake Pop




Assalamualaikum.
Cake Pop...kesukaan kanak2....apa lagi bentuknya yg ala2 lolipop dan berwarna warni....memang nampak menarik....
Nak membuatnya pun agak ringkas jika di lihat pada bahan2nya, cuma agak renyah semasa proses membuatnya...banyak step untuk menghasilkan cake pop nie....untuk  lihat cara2 membuatnya....boleh lihat DISINI.


Cake Pop

Bahan2 :
Kek coklat
3 sudu besar jem atau filing kesukaan
400 gm coklat masakan
Lolipop stick secukupnya
Hiasan kesukaan secukupnya



Caranya :
Ramas kek coklat.
Masukkan jem atau filing dan gaul rata hingga kek menjadi moist.
Ambil segenggam kek dan bentukkan menjadi bulat, susun dlm bekas dan teruskan sehingga habis, pastikan semua saiz sama .
Sejukkan bebola kek tadi dalam peti ais selama 2 jam lebih.
Setelah 2 jam lebih, bolehlah mulakan proses menghias bebola kek tadi.
 Cairkan coklat masakan dalam periuk secara double-boiler. Bila dah cair biarkan seketika.
Ambil batang lolipop dan celupkan sedikit hujungnya dengan coklat tadi.
Kemudian cucukkan ke dalam bebola kek yang sudah disejukan tadi lebih kurang setengah dalam bebola tu.
Biarkan hingga ia keras dlm 15 minit supaya ia tidak tercabut apabila dicelupkan ke dalam coklat cair nanti.
Kemudian celupkan perlahan-lahan bebola ke dalam coklat yg suam, salutkan ia sepenuhnya. Ketuk-ketukkan sedikit supaya lebihan coklatnya jatuh.
Bila dah siap dicelup, taburkan bahan hiasan yang disukai.
Kemudian cucukkan pada polystyrene supaya coklat boleh mengeras dan biarkan ia kering sepenuhnya. 
Siap dan boleh dinikmati.







Nasi Bukhari II & Ayam Goreng Bukhari



I felt like having something heavy for dinner.... I rarely cooked greased rice because worried about my hubby's health but it has been such a long time since I last did so. After recovered from fever, I suddenly craved for something spicy. Then I remembered the Bukhari spice powder that my Emak gave to me several months ago. Sharing herewith something that I have created.... I think this is much more delicious than the first version that I made earlier here. I have also created Bukhari Fried Chicken to go along the rice & I think it is really delicious! Something that I will definitely make again when my children gather next time.

The recipe is a bit lengthy, so will do the English version when there is a request.  If anyone needs the recipe in English, please shout.
***************************************************

BAHASA MALAYSIA VERSION
Tetiba Along teringin nak makan nasi berempah tapi Along tak nak yg berminyak sangat. Dah lama sangat tak makan nasi macam2 ni sebab Along takut gugat kesihatan hubby kalau makan yg berat2 macam ni selalu. Sekali-sekala makan camni baru lah naik selera terutama selepas baik demam ni, selera pun bangkit semula. Pikir punya pikir nak buat nasi apa... baru teringat rempah bukhari yg Emak Along kasi lama dah dulu. Untuk lauk nya pula, Along buat Ayam Goreng Bukhari juga & sungguh2 sedap.... Ada pula lebih Pajeri Nenas kelmarin.... walaaa.... memang best. Nanti bila anak2 Along balik berkumpul waktu cuti nanti bolehlah buat lagi, tentu mereka suka. UsuRaz & hubby pun kata sedap tadi.

NASI BUKHARI
By: AlongRoz@HomeKreation
BAHAN2:
3 cwn Beras (cwn sukatan 170ml) 
3 cwn Beef Stock / Air Rebusan Daging
1 sb Majerin
2 sb Minyak
Rempah Tumis (Kulit Kayu Manis, Cengkih, Pelaga & Bg Lawang) 
3 ulas Bwg Merah*
2 ulas Bwg Putih* (*tumbuk kasar) 
2" Halia - di ketuk 
3 sb Rempah Bukhari Faiza
1 bj Tomato
1 helai Daun Pandan - koyakkan & simpul 
Garam

CARA2:
1. Basuh beras & di tapis.
2. Panaskan majerin & minyak, tumis rempah tumis & bwg tumbuk* sehingga garing.
Masukkan rempah bukhari & kacau sehingga wangi - masukkan sedikit air supaya tidak hangit.
Masukkan halia, tomato yg di cincang & kacau sehingga tomato hancur.
Masukkan air rebusan daging & kacau sebati.
3. Masukkan beras & kesemua bahan ke dalam periuk nasi elektrik.
Masak seperti biasa.
4. Hidangkan dengan Ayam Goreng Bukhari, salad, sos cili & selain nya yg di sukai.
******************************************************************

AYAM GORENG BUKHARI
By: AlongRoz@HomeKreation
BAHAN2:
1/2 ekor Ayam (bahagian bawah) - potong 6 
2 sb Rempah Bukhari Faiza
1 st Serbuk Kunyit
1 bj Bwg Besar*
1 bj Cili Hijau*
1 bj Cili Merah*
1 btg Serai* (* hiris) 
1 st Sos Ikan
Garam

CARA2:
1. Gaul ayam dgn garam, serbuk kunyit & rempah bukhari.
Perap sekurang2nya 10 minit.
Goreng sgn minyak dalam sehingga masak.
2. Panaskan sedikit minyak & goreng bahan2 yg di hiris* sehingga garing.
Masukkan sos ikan & ayam goreng, di gaul sebati.
Angkat & hidang. 

SOS CILI
2 bj Cili Merah
1 ulas Bwg Putih
1 bj Limau Kasturi - perah air nya 
2 sb Sos Cili
Garam, Gula
- Blend kesemua nya. Siap.


Monday, January 7, 2013

BlackPepper Chicken & Mushroom

 Sharing our simple dish for dinner.... wish my two boys are around as this is their favourite dish. This time I added some mushroom and it tastes really nice.

By: Roz@HomeKreation
INGREDIENTS:
1/2 Chicken Breast - cut to bite size 
3 tbsp Black Pepper Sauce
2" Ginger*
1 Big Onion*
2 cloves Garlic*
2 Green Chilies* (* sliced) 
1 tbsp Oyster Sauce
Flower Mushrooms
Green Bell Pepper
1 Tomato
Salt

METHOD:
1. Marinate chicken pieces with black pepper sauce for at least 10 minutes.
2. Heat up few tbsp oil & stir-fry sliced ingredients* for a minute.
Add in marinated chicken, oyster sauce & salt; stir until chicken is tender.
Add in a bit of water, diced vegetables & stir for few more minutes.
3. Serve with hot rice.
******************************

BAHASA MALAYSIA VERSION
Masih rasa sedih.... dah seminggu AngahRuz tinggalkan rumah. Masak apa pun mesti teringat kat anak2 yg jauh di mata. Ini salah satu lauk kegemaran anak2 Along - dah lama sebenar nya Along tak masak ni tapi teringin pula nak masak black pepper campur cendawan. Memang sedap bila di campur cendawan dan lada benggala hijau.

By: AlongRoz@HomeKreation
BAHAN2:
1/2 ketul Dada Ayam - potong kecil2
3 sb Sos Lada Hitam
2" Halia*
1 bj Bwg Besar*
2 ulas Bwg Putih*
2 bj Cili Hijau* (* hiris) 
1 sb Sos Tiram
Cendawan Bunga
Lada Benggala Hijau
1 bj Tomato
Garam

CARA2:
1. Perap ayam dgn sos lada hitam sekurang2 nya 10min.
2. Panaskan sedikit minyak & tumis bahan2 yg di hiris* sehingga wangi.
Masukkan ayam, sos tiram, garam; kacau sehingga ayam lembut.
Masukkan sedikit air, sayur2an yg di dadu & kacau sehingga sebati.
3. Hidangkan segera dengan nasi panas.


Sunday, January 6, 2013

Rendang Pedas Perut




Assalamualaikum.
Selain dimasak asam, masak lemak , kerabu atau lain2, hahaha..itu jerk yg Mas tahu masak perut nie,  perut lembu ni sedap juga dimasak rendang...makan ngan nasi panas...bestt tau...meh ler tengok resepinya..


Rendang Pedas Perut
Resepi : MasDuniaku

Bahan :
1 kilo perut - bersihkan, rebus hingga empuk @ lembut, tapis dan dihiris kecil2
2 biji bawang besar - dihiris halus
1 helai daun kunyit - dihiris halus
1/4 inci halia - dihiris nipis
* 1/2 inci halia
* 1/2 inci lengkuas
* 10  biji cili kering yang direndam ( kalau nak pedas boleh letak lebih )
* 2 batang serai
* 1/2 inci kunyit hidup
* 1/2 sudu kecil garam kasar
* 3 ulas bawang putih
santan dari 1 biji kelapa
gula secukup rasa
sedikit garam halus untuk ditambah jika kurang masin
3 sudu besar kelapa parut - ditumbuk sedikit

Cara memasak :
Kisar atau tumbuk halus bahan2 yang bertanda  * . Ketepikan.
Masukkan perut ke dalam kuali. 
Masukkan bahan2 yang dikisar atau ditumbuk halus tadi. Gaulkan atau sebatikan dengan perut. 
Masukkan bawang besar yang dihiris nipis, halia yang dihiris nipis, daun kunyit yang dihiris halus, santan ,kelapa parut yang telah ditumbuk sedikit dan gula . Gaul sebati.
Buka api dan masak rendang tadi hingga masak.Jika rasa kurang masin boleh tambah garam halus. 
Masak dengan api sederhana dan sentiasa kacau rendang hingga perut lembut sepenuhnya dan rendang kering.




Geng Rendang Perut, Keli Bakar N Sambal Tempoyak