Showing posts with label Cendawan. Show all posts
Showing posts with label Cendawan. Show all posts

Saturday, April 7, 2012

Cendawan Rangup



Assalamualaikum.
Selamat berhujung minggu semua...
Hari ni tak kemana - mana...dok rumahh jerkkk....
Lagi pun semalam dah puas jejalan, habiss carefour, giant, hero ditawafnya...
Jadi hari nie nak rehat2kan badan lak....
Meh layan dulu Cendawan Rangup menu kegemaran family Mas....
Nak membuatnya pun senang jerk...
Dan Mas menggunakan Tepung Bestari pulak...
Hmmmmm....sangat sedapppp....
Rangupppp...pedasssss....
suka sangat anak2 dan suami makan...
tapi cendawan nie dah banyak hari Mas buat..
jangan ada yang minta yerk...
tengok jerk resepinya...dan boleh mencubanya....
berbaloi - baloiiiiii...he3

Cendawan Rangup
Resepi : MasDuniaku

Bahan :
cendawan
tepung bestari
minyak secukupnya untuk menggoreng

Cara :
Basuh cendawan dan toskan. Kemudian siat - siatkan cendawan tu.
Masukkan cendawan dalam satu bekas bertutup dan taburkan Tepung Bestari  secukupnya.
Tutup tudung bekas tu dan goncang2kan biar sampai tepung menyelaputi cendawan tu...
Panaskan minyak dan goreng cendawan tadi hingga garing.....
Angkat dan toskan...
Sedia dimakannnn....



Saturday, July 2, 2011

Cendawan Goreng Hot & Crunchy



Assalamualaikum. Ari ni masak simple2 jerk...jadi meh layan Cendawan Goreng Hot & Crunchy ni. Memang sedapppp...ranguppp...sedappp dicicah ngan sos thai...untuk cendahwan goreng ni, Mas try resepi Kak Nor lak...cuma ditambah cajun dalamnya....dan ada sedikit perbezaan masa membuatnya sebab Mas tak celup cendahwan dalam tepung, Mas  gaulkan cendahwan ngan yogurt dan sedikit garam, baru Mas salutkan dengan semua bahan2 kering yang telah disatukan sebati..ni gara2 salin bahan2 jerk...lupa lak cara membuatnya...kikikiki...alhamdudillah..cendahwan tu sedappp...rangupp jer...maceh pada Kak Nor...jangan marah yerk sebab terdehaka lak....kalau kepala pening...macam2kan...nasib baik menjadi dan sedappp.....

Cendawan Goreng Hot & Crunchy
Bahan :
  • 400 gm cendawan tiram
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung beras
  • 1 cup/bekas yogurt plain
  • 1/2 sudu besar serbuk cili ~ lebihkan jika ingin lebih pedas - Mas letak cajun
  • 1 sudu besar serbuk cili kasar
  • 1 1/3 cawan air
  • 1 sudu kecil garam
  • minyak utk menggoreng

Cara membuatnya :
  1. Siatkan cendawan ikut saiz yg dikehendaki.
  2. Basuh bersih dan toskan. Lapkan dgn paper towel sekiranya ada lg lebihan air pd cendawan. Mas satukan yogurt dan sedikit garam dan sebatikan dengan cendahwan.
  3. Bancuh kesemua bahan2 lain kecuali minyak hingga sebati. Mas satukan tepung gandum, tepung beras, cajun, serbuk cili dan sedikit garam. Mas tak letak air.
  4. Panaskan minyak dgn api yg kuat.
  5. Bila minyak dah cukup panas, celupkan cendawan ke dalam batter ( Mas salutkan cendahwan yang berlumur yogurt tadi dengan bahan no2 dan goreng hingga masak/garing.
  6. Angkat dan toskan.
  7. Boleh lah dihidangkan dgn sos cili thai atau sos cili kegemaran masing2.
  8. Selamat mencuba :)
* proses menggoreng cendawan mmg perlu menggunakan api yg kuat supaya cendawan tidak menyerap minyak dgn banyak atau lebih dikenali dgn panggilan kembang minyak :)



Monday, April 18, 2011

Gulai Lemak Udang Dengan Cendawan



Assalamualaikum. Baru lepas masak tau Gulai Lemak Udang Dengan Cendawan ni. Nampak Kak Nor buat semalam, jadi teringin lak. Lagi pun dah banyak hari tak buat masak lemak...jadi hari ni masak masak lemak lak, lagi pun  lauk gini memang peberet Ain..Daniel kurang sikit, jadi Mas buat sambal ikan cencaru untuk Daniel. Boleh la maknya join sekali..he..he....
Mas memang masak awal lauk pauk ni sekali ngan  makanan lain untuk bekal anak2 ke sekolah petang. Senang kerja. sekali masuk opis...settle semua kerja..he..he..
Wahhhh..memang sedapp la masak lemak gini, tadi pun dah cedok semangkuk meratah sikit...Mas tak pernah buat lagi masak lemak udang ngan cendawan..sedappp tau...untuk penggemar masak lemak, boleh try resepi ni....sedapppp...
maceh Kak Nor sudi kongsi resepi Gulai Lemak Udang Dengan Cendawan ni. Ehhh....Kak Nor kata gulai, rasa Mas ni masak lemak..kiranya sama juga la kan Kak Nor....cuma sebut jerk lain....he..he..

Gulai Lemak Udang Dengan Cendawan
Bahan:
  • 300 gm udang - dibersihkan
  • 1/2 cawan santan pekat
  • 3 cawan air
  • 3 biji bawang merah - ditumbuk
  • 1/2 in kunyit - ditumbuk
  • sedikit belacan
  • 1 sudu besar cili mesin
  • 2 batang serai - diketuk
  • 3 - 5 bj cili api- diketuk / belah dua
  • 1 keping asam gelugur
  • garam
  • sedikit gula - jika suka
  • cendawan tiram secukupnya

Cara memasak :
  1. Masukkan kesemua bahan kecuali cendawan ke dalam periuk dan masak hingga mendidih.
  2. Masakan hendaklah sentiasa dikacau supaya tak naik kepala.
  3. Masukkan cendawan dan biarkan seketika barulah dipadamkan api.
  4. Sedap dihidangkan bersama ulam2an dan sambal belacan :)