Wednesday, March 28, 2012

Bingka Crackers

 This is the latest hits at the moment, spreading very fast amongst the bloggers and me too cannot resist the temptation.... Asked hubby to help buy the crackers after office hours and prepared it right away after the dinner tonight. Nice texture and taste but I will reduce the sugar a bit next time.... Thanks to all for the recipe.

By: Roz@HomeKreation
Resepi asal : kh267tm@myresipi.com
Source: Yatie, Hana, Ummi
Translated into English by HomeKreation
Size: 8" square
INGREDIENTS:
140g Cream Cracker - ground
85g Plain Flour
210g Sugar
(I will reduce this next time)
3 Eggs (Grade A)
700ml Coconut Milk or Fresh Milk
(I used 200ml Coconut Milk, 250ml Milk, 250ml Water) 
1 tbsp Butter
1 tsp Pandan Paste
A pinch Salt
Sesame Seeds

METHOD:
1. Blend all ingredients, except sesame seeds, until smooth.
2. Pour into greased tin & sprinkle sesame seeds on top.
3. Bake 180C for 1 hour until cooked and browned on top.
4. Cool it before slicing.
**********************************************

BAHASA MALAYSIA VERSION
Isyk tak tahan godaan betul, hari2 keluar Bingka Crackers ni kat sana-sini... Apa lagi, malam tadi lepas makan malam kita pun terus menggodek.... alamak dah dua hari lak berturut-turut kuih kita kaler hijo....hehe... tak kisah lah kan.

Komen - sedap lah juga tapi Along akan kurangkan gula tu sedikit next time. TQ kepada semua yang menyumbangkan resepi dan promosi.

Resepi asal : kh267tm@myresipi.com
Source: Yatie, Hana, Ummi
Resepi di ubah suai sedikit spt yg Along buat - lihat link source utk resepi asal
Saiz: 8" persegi
BAHAN2: 
140g Biskut Cracker - kisar halus
85g Tepung Gandum
210g Gula
(Along akan kurangkan ni lain kali)
3 biji Telur
700ml Santan @ Susu Cair
(Along guna 200ml Santan Kotak, 250ml Susu, 250ml Air) 
1 sb Butter
1 sk Pandan Paste
Secubit Garam
Bijan

CARA2:
1. Blend kesemua bahan kecuali bijan sehingga sebati.
2. Tuang ke dalam loyang yg di sapu minyak dan taburkan bijan.
3. Bakar 180C selama 1 jam sehingga keperangan.
4. Sejukkan sebelum di potong.

Tuesday, March 27, 2012

Kek Lapis Kukus Cream Cheese



Assalamualaikum.
Kali ke-2 Mas buat Kek Lapis Kukus Cream Cheese nie, baru2 nie Mas ada buat untuk buah tangan keluarga dikampung, jadi tak sempat nak posingkan kek tu, Alhamdulillah, sedappp dan family pun suka....
Jadi Mas buat lagi petang semalam untuk birthday Daniel yang jatuh pada hari ni, 28 Mac, Happy Birthday sayang....hari ni dah genap umur Daniel 8 tahun...moga Daniel membesar sebagai anak yang soleh, menjadi kebanggaan mak dan abah, menjadi insan yang berjaya dunia dan akhirat. Menjadi hamba yang sentiasa taat dan patuh pada perintah Allah. Moga cita2 Daniel termakbul nanti, insyaAllah....
Kek Lapis Kukus Cream Cheese nie saje Mas buat petang semalam sebab hari nie sibuk sikit...pagi tadi Mas ada appointment kat ppum, sekali ngan scan, Alhamdulillah, sekarang dah nak masuk 30 minggu, baby pun sihat....
Berbalik pada Kek Lapis Kukus Cream Cheese nie, pada Mas, memang terbaikk kek nie...sedapp sangat gabungan coklat dan cheese tu...tak payah dah letak topping kat kek nie dan untuk kek coklat ni, Mas setia menggunakan resepi Kek Coklat Kukus Munira. Boleh kan ....he3...Izahdaut pun menggunakan resepi kek coklat pilihannya iaitu Kek Coklat Kukus Keju Koktel. Lain kali Mas akan guna resepi asal sepenuhnya....maceh pada Kak Yatie - Sinar Kehidupanku atas resepi kek yang mabeless nie...rasanya ramai gak yang dah menerainya....memang terbaikkk la kek ni....


Kek Lapis Kukus Cream Cheese
Sumber : IzahdautKak Anymzz

Bahan A :
250 gm cream cheese
60 gm gula halus
1 biji telur
25 ml air
1 sudu besar tepung gandum

Cara :
Pukul cream cheese bersama dngn gula.
Masukkan telur diikuti dngn air dan tepung gandum.
Biarkan sebentar.
Mas satukan semuanya dan blend hingga sebati.




Bahan B  -  Kek Coklat.
2 biji telur
1 cwn gula halus
1 sk vanilla
2 sb serbuk koko
sedikit garam
1/2 cwn air panas didih
1/2 cwn cwn susu segar @ cair
1/2 cwn minyak jagung @cmasak
1 cwn tpng gandum
1 sk baking soda
1/2 sk baking powder


Cara :
Pukul telur didalam bekas lain bersama gula sehingga kembang
Setelah kembang masukkan vanilla dan diikuti dngn koko dan garam
Masukkan air panas,susu dan minyak
Setelah itu masukkan tpng gandum, b.soda dan b. powder yang telah diayak dan gaul sebati.
Biarkan sebentar dan bahagi pada 2 bahagian.


Cara membuat Kek Lapis Kukus Cream Cheese:
Panaskan kukusan dan balut dengan kain penutupnya.
Sapukan sedikit minyak di loyang dan alas dngn kertas minyak
Letak adunan coklat dan kukus selama 15 minit.
Tuang adunan cream cheese diatasnya dan kukus selama 15 minit.
Setelah itu tuang lagi adunan coklat selebihnya dan kukus lagi selama 20 minit.
Sejukkan dan boleh di hidangkan....

Nota :
Untuk kek coklat, Mas menggunakan resepi Kek Coklat Kukus Munira.

Nota kak Yatie: 
Sebenarnya kek ini adalah asal dari brownies lapis cheese kukus dari mrsdayat. Mengikut resepi asal brownies ini menggunakan tpng campuran brownies kukus premix. Saya di perantauan memang sukar untk mencari bahan2 begini. Jadi saya ubah sedikit ikut kesesuaian.
Inilah hasilnya dan memang sedap sangat....cubalah...
*masa kak Yatie di USA dulu.;-) 




Birthday Boy Muhammad Daniel....Happy Birthday Sayangg....



Pandan White Butter Cake

 I came home late again tonight so cooked something simple for dinner after reached home... poor kids they were so hungry when dinner was served. Nothing fancy to share as I only cooked Chicken Soy Sauce and  vegetables.

This cake I'm sharing herewith is something I made few weeks ago but I was too busy that I forgot to post. I made it to clear some egg whites and created a fabulous cake out of it! I was very happy with the outcome -  the cake has moist texture in the inside and crispy in the outer.... Pandan flavour for egg white cake is really a good combination as it eliminates the egg smell and instead produces nice aroma!
By: Roz@HomeKreation
Makes 1 bundt cake
INGREDIENTS:
225g Butter
350g Sugar
150g Egg Whites
430g Plain Flour*
1½ tbs Baking Powder*
½ tsp Salt* (*sifted together)
150ml Fresh Milk**
200ml Coconut Cream**
1 tbsp Pandan Paste** (** mixed) 

METHOD:
1. Cream butter & sugar until white & fluffy.
Add in egg whites bit by bit while beating.
Add in flour* & milk mixture** alternately until well mixed.

2. Pour into greased bundt pan.
Bake at 170C for 60 minutes or until cooked.
***********************************

BAHASA MALAYSIA VERSION
Kek yang Along hasilkan untuk menghabiskan sisa2 telur putih.... tersangat lah sedap dengan aroma pandan dan santan. Kek ni lembab di dalam dan garing di luar nya. Lihatlah gambar tu, anda akan nampak kelembapan nya.

Menghasilkan sebiji kek acuan bundt
BAHAN2:
225g Mentega
350g Gula
150g Telur Putih 
430g Tepung Gandum*
1½ sb Baking Powder*
½ st Garam* (*ayak/campur)
150ml Susu Segar**
200ml Santan Lemak**
1 tbsp Pes Pandan** (** campur) 

CARA2:
1. Pukul mentega & gula sehingga kembang.
Masukkan telur putih sedikit2 sambil di pukul.
Masukkan tepung* dan campuran susu** berselang-seli sehingga sebati.

2. Tuang adunan ke dlm acuan bundt.
Bakar 170C selama sejam atau sehingga masak.

Monday, March 26, 2012

Bingka Biskut Crackers



Assalamualaikum.
Dalam keadaan cuaca sejuk dipagi selasa ni, buatkan kita rasa nak menguyah jerk kan...jadi meh menambahkan lagi koleksi resepi bingka yang mabeles ni. Bila tengok Kak Hana tayang hari tu, terus terasa nak menerainya....tapi baru semalam Mas buat, ada lagi baki bingka tu untuk hari ni...bila simpan dalam freeze, tetap sedapp dimakan sejuk2.....memang  sedappp terasa lemak2 berkrim bingka ni...wangiii jerk semerbak masa membakar...Kak Yatie - Sinar Kehidupanku dan CMG - Dapur Tanpa Sempadan pun dah menerainya.....jadi untuk peminat bingka, try la resepi ni pulak yerk...memang terbaik.....nak membuatnya pun senang sangat....satukan semua bahan kecuali bijan, blend dan boleh dibakar....jadi...selamat mencuba.....

Bingka Biskut Crackers

Bahan :
140g biskut cracker @ setengah peket
85g tepung gandum
210g gula - kemanisan ikut citarasa masing2
3 biji telur
710ml santan @ susu cair - Mas letak santan dan susu cair
1 sudu besar butter @ marjerin @ minyak sapi - Mas guna butter
1sk pandan paste atau pewarna kuning
garam secubit
bijan sangai - jika suka



Cara membuatnya :
Panaskan oven suhu 180. Mas guna api atas bawah.
Lengserkan loyang dengan minyak, kemudian Mas alas loyang dengan kertas minyak.
Blend semua bahan kecuali bijan sehingga semua hancur.
Tuang ke dalam loyang dan taburkan bijan jika suka.
Bakar selama 1 jam sehingga keperangan.
Sejukkan dan potong.




Nasi Minyak & Roast Chicken

 Roast chicken is my kids' favourite and I served it with simple Nasi Minyak that I made this evening..... mmmmmh nice! I also cooked some French Beans and my hubby bought some Rojak Sibu.... very fulfilling dinner!
By: Roz@HomeKreation
Served 5 persons
NASI MINYAK 
INGREDIENTS:
4 cups Rice (used rice measurement cup 170ml) 
3 tbsp Ghee
Mixed Spices (Cinnamon, Star Anise, Cloves, Cardamon)
3 Shallots*
2 cloves Garlic* (* sliced) 
1" Ginger - bruised 
4 cups Water
A pinch Saffron (soaked in hot water) 
1 Pandan Leaf
1 tsp Salt

METHOD:
1. Wash rice & drain.
2. Heat up ghee in a wok & stir fry mixed spices, sliced ingred and ginger until fragrant.
Add in rice & stir until well mixed.
Place them all into a rice cooker & add water, saffron & Pandan leaf.
3. Let it cook in a rice cooker.


ROAST CHICKEN
INGREDIENTS:
1/2 Chicken
1 tsp Turmeric powder
3 Shallots*
2 cloves Garlic*
2" Ginger*
3 tbsp Chili Paste*
1 tsp Black Pepper Corns*
1/2 tsp Cumin* (* blend) 
2 tbsp Tomato Sauce
1 tbsp Honey
Salt

METHOD:
1. Rub chicken with salt & turmeric powder.
Add in the rest of ingredients & mix well.
Marinate for at least 10 minutes (best is overnight).
2. Place in a caserole & cook in microwave auto roast chicken function.
Alternatively, bake in oven 200C for 45 min.
***************************************************

BAHASA MALAYSIA VERSION
Malam ni menu spesel tapi senang jer nak di sediakan. Along buat Nasi Minyak, Ayam Panggang, Sayur Kacang Buncis Goreng dan hubby pula beli Rojak Sibu.

Rasa tak larat ler nak menaip.... kalau saper2 berkenan, boleh lah Along terjemahkan kendian ya.

Sunday, March 25, 2012

Bubur Pulut Hitam





Assalamualaikum.
Hmmmm..tenggelam timbul jerk kan tuan tanah ni...he3...tak pe la...jangan tenggelam terus dah ler...
Meh layann Bubur Pulut Hitam pulak....dah banyak hari Mas buat, baru hari ni ada mood nak mengupdate blog...sebenarnya first time juga Mas masak bubur ni..selalunya mak yang masak atau Mas selalu beli...rupanya tidak la susah sangat masak bubur ni....lain kali boleh buat lagi...pulut hitam ni pun ada lagi berbaki...alkisahnya mujur la Mas beli beras pulut ni tak banyak..rupanya selain cik abang sayang yang katanya tak suka bubur ni, Ain ngann Daniel pun tak layan gak bubur nie...boleh terjelir2 lidar kata tak sedapppp bila Mas suapkan untuk dia orang merasa dulu...sabar jerk la...jadi maknya la yang perabiskan..banyak kali gak dok ulang makan....bubur yang tak habis, Mas simpan dalam freeze ...lagi best makan sejukkk2....he3...untuk resepi Mas copy dari Kak Nor - Secubit Garam sebab masa Mas serch mencari resepi Bubur Pulut Hitam ni kat google, kluar Secubit Garam....Kak Nor tu..he3..Mas copy resepi akak yerk...

Bubur Pulut Hitam

 Bahan :
1 cawan beras pulut hitam ~ direndam ( lagi lama lagi elok )
6 cawan air
5 sudu besar gula
sedikit gula nisan
secubit garam
3/4 cawan santan fresh
2 helai daun pandan
sedikit santan fresh ( extra )






Cara:
Masak beras pulut hitam bersama air dan daun pandan hingga beras empuk (dgn api sederhana).
Masukkan gula, gula nisan dan secubit garam.
Masak lagi hingga gula hancur.
Kemudian masukkan santan dan masak seketika lagi.
Padamkan api.
Hidangkan dlm mangkuk dan masukkan sedikit santan fresh diatasnya.


*  (Mas pun macam Kak Nor ), Stail K.Nor kurang suka Bubur Pulut Hitam yg agak pekat, K.Nor suka jenis yg sedang2 aje pekatnya tapi tidak terlalu cair... :)



Mee Rebus II

 Hello everybody. Sorry for not appearing as frequent as I like.... sorting out many personal and family matters and also need some rest for myself. Here sharing the breakfast that I prepared this morning. Very nice and not too hot - you can add sliced chili to spice up more if you like.

My mother and family love chuck beef despite it is commonly unpopular (sold cheap as it is considered tough due to the great amount of connective tissues). Actually if you know how to cook it, it is the best part of all with more flavour. The muscles between the meat claimed to be tough but if you cook it long enough it will turn soft and lovely texture. I used slow cooker this time - dumped it at night and ready first thing in the morning.
 This is my second version of Mee Rebus.

By: Roz@HomeKreation
Serve 5-6 persons
INGREDIENTS:
500g Chuck Beef - cut into small chunks 
8 Shallots*
2 cloves Garlic*
1/2" Ginger* (* blended with a bit of water) 
5 tbsp Chili Paste
1 tbsp Soup Spice Powder
3 tbsp Tomato Sauce

2 cups blended Boiled Sweet Potato
2 tbsp Cornflour - mix with few tbsp water 
1 kg Fresh Yellow Noodles
1 bunch Mustard Leaves - blanched 
Bean Sprout - blanched 
1 Bean Curd - deep fried & sliced 
Garnish - Spring Onion, Chinese Celery, Chilies, Boiled Eggs, Lime, Fried Shallots
Salt, Sugar

METHOD:
1.  Boil beef with 1½ liter water until tender - usually will take > 1hour but I cooked overnight in slow cooker.

2. Heat up few tbsp oil & stir-fry chili paste until fragrant.
Add in pounded ingredients & stir few more minutes.
Add in soup spice powder, tomato sauce & stir few more minutes.
Add in beef, the stock, blended sweet potato, cornflour paste, salt & sugar.
Cook until all well mixed and balanced taste.

3. Wash noodles to get rid of excess oil & blanch in hot water.
Serve with the vegetables, gravy & garnishes.
BAHASA MALAYSIA VERSION
Assalamualaikum kekawan & para pembaca.Maaf lah ya, tak dapat nak bersiaran sekerap nya. Hari ni berkesempatan snap2 gambo Mee Rebus yg buat pagi tadi. Gambo pun cincai2 jer tak dan nak berhias apa bagai. Along nak kongsi resepi Mee Rebus yg mudah tapi sedap.

Dalam resepi ni, Along guna daging yg berurat2 - selalu nya orang tak gemor daging camni tapi Along suka sebab rasa nya lebih sedap. Kena rajin rebus lama2, nak senang boleh guna pressure / slow cooker.

By: AlongRoz@HomeKreation
Hidangan 5-6 orang
BAHAN2:
500g Daging - potong ketul2 kecil
8 ulas Bwg Merah*
2 ulas Bwg Putih*
1/2" Halia* (* blended with a bit of water) 
5 sb Cili Mesin
1 sb Serbuk Rempah Sup
3 sb Sos Tomato
2 cwn Keledek Lecek/Blend
2 sb Tpg Jagung - bancuh dgn sedikit air
1 kg Mee Kuning
1 ikat Daun Sawi - celur 
Taugeh - celur 
1 keping Tahu - goreng garing & hiris
Bahan Tabur - Daun Bwg/Sup, Cili, Telur Rebus, Limau & Bwg Goreng
Garam & Gula

CARA2:
1.  Rebus daging dgn 1½ liter air sehingga empuk (Along guna slow cooker & rebus semalaman).

2. Panasakan sedikit minyak & tumis cili mesin sehingga wangi.
Masukkan bhn2 tumbuk & kacau beberapa minit lagi.
Masukkan rempah sup, sos tomato & kacau lagi beberapa minit.
Masukkan daging, air rebusan, keledek lecek, tepung jagung, garam & gula.
Masak sehingga sebati rasa.

3. Basuk mee supaya tidak terlalu berminyak.
Bilas dgn air panas.
Hidangkan dengan kuah Mee Rebus, sayuran & bahan tabur.