Showing posts with label kuih. Show all posts
Showing posts with label kuih. Show all posts

Thursday, April 24, 2014

Kek Gula Hangus @ Sarang Lebah ...





Assalamualaikum.
Satu lagi resepi Kek Gula Hangus yang simple... tak payah peram baru bakar ...
lepas buat, boleh bakar terus... yang mencabar nak membuat kek ni masa nak membuat gula hangus tu... step2 yang lain ... mudah..
Untuk resepi Mas guna resepi dari blog kak  Norshalieda dr blog Pesona Cinta Cida de'Nuanza. TQ yerk kak.. Mas share resepinya disini pulak yerk..




Kek Gula Hangus @ Kek Sarang Semut
cida de'nuanza


bahan2 :
ni utk wat gula hangus- buat yg ni dulu sblm bancuh adunan

2 cawan gula pasir
2 cawan air mendidih
3 sudu besar (penuh) mentega


cara:
masukkan gula dlm kuali atau periuk
bukak api sederhana kecil...
sentiasa kacau2 gula sampai larut
sampai warna jadi keemasan macam madu..
kalau jadi kearangan, buang je la...konpem x jadik
nanti kek tu akan jadi pahit kalo gula tu hangit

pastu, dgn langkah kuda2..masukkan air panas dlm gula td...
AWAS!! sedikit kemalangan akan berlaku kalau x berhati2
sbb gula tu mcm meletup2 skit nanti...
pastu gula td akan jd cam ketul2 skit bila masuk air...
cairkan semula...
bila dh cair semua, masukkan mentega..biarkan larut...
tutup api dan sejukkan


bahan lain:
7 biji telur saiz A
2 cawan tepung gandum
1/2 tin susu pekat manis disukai ramai
2 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanila



cara:
pukul telur sampai kembang
(blend pun boleh..guna mixer pun boleh- aku guna blender je)
pastu masukkan susu pekat
kasi blend lagi sampai sebati
masukkan pulak esen vanila

pastu ayak tpg gandum + soda + baking powder
masukkan dlm adunan..teruskan blend
last sekali, masuk la gula hangus yg dh sejuk td...
blend lagi!

bakar selama 1- 1 1/4 jam guna api bawah n suhu cam biasa la..antara 160-180 darjah celcius
5-10 mnt terakhir, guna api atas dan bawah
kalo kek lom masak, tambah 5 mnt lg
biarkan sejuk sblm potong

(utk dapatkan potongan yg cantik dan berlubang, belah kek di tgh, kemudian tgk arah urat kek..potong kek secara melintang garisan tersebut)



Wednesday, March 19, 2014

Kaswi Tepung Kacang Hijau - sangat sedap





Assalamualaikum.
Buat peminat Kaswi... Mas recommend sangat Kaswi Tepung Kacang Hijau ni...sangat sedap....
Macam kak Norhayati ...Rasanya seakan2 kuih koleh kacang tapi ala2 dodol gitu.. 
Jadi...kalau ada yg terliur... try la yerk...
TQ pada Kak Fida MyResepi untuk resepi kaswi yang mabeles ni..



Kaswi Tepung Kacang Hijau
Resepi : Kak Fida MyResepi 
Sumber : kak Norhayati


Bahan-bahan ( loyang 10x10 ) 
Bahan A :- 

200 gm tepung kacang hijau
200 gm tepung kanji/ubi
600 gm santan - sedang pekat
1 sudu kecil air kapur
1 sudu kecil pandan paste
sedikit warna hijau muda

Bahan B :- 
500 ml air
380 gm gula pasir (saya guna 180gm gula pasir + 200gm gula melaka)
1/2 sudu kecil garam
2 helai daun pandan - disimpul


Cara-cara 
Satukan bahan A ke dalam mangkuk. Kacau rata.
Masak bahan B hingga mendidih dan tapis.Tuangkan ke dalam adunan bahan A ketika panas dan kacau sebati.
Tuang adunan ke dalam loyang atau acuan kecil yang disapu minyak dan telah dipanaskan dulu. Kukus selama 30 min-40 min jika mengguna loyang dan 20 min jika mengguna acuan kecil.
Sejukkan kuih dan hidangkan bersama kelapa parut kukus.



Sunday, January 12, 2014

Donut Kentang Gebu




Assalamualaikum.
Mari2 mendonut lagi...
Memang seronok mencuba pelbagai resepi donut yang gebu dan lembut ni..
Kali ni Mas mencuba Donut Kentang resepi dari Tahrunnisah FB.  Memang tak menghampakan.... donut yang sangat sedap.... lembut, gebu, ringan dan tak berminyak..
TQ Tahrunnisah atas perkongsian resepi di FB ( Kelab Roti FB ) . Mas share disini yerk...



Donut Kentang Gebu 
Resepi : Tahrunnisah FB


Resepi :

250 gram tepung gandum
sebiji kentang yang telah direbus dan dilenyek
1 biji telor ayam + 1/2 sudu kecil garam (dikacau dlm bekas lain dulu)
2 sudu besar susu tepung apa2 jenama 
70-100 ml air ais (dulu guna air suam) tp sbb nak cuba teknik baru
1 1/2 sudu besar shortening/marjerin
2 sudu besar gula
1 sudu kecil baking powder
1 3/4 sudu kecil yis mauripan

*doh lembut dan tak lekat kat tangan dikira ok..insyaallah...pastikan doh jgn lembik sangat sbb nanti masa menggoreng minyak serap dlm donut...


Caranya : saya guna mixer
1. Masukkan semua bahan kering dulu dalam bekas adunan
kemudian masukkan telor yang dipukul dulu dlm bekas lain serta masukkan air sedikit demi sedikit (part ni kene pastikan air tu taruk sikit2 ye sambil mesin menguli sehingga doh tu tak lekat kat tangan) serta last skali shortening atau marjerin dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut dan elastik ye, Uli selama 20 minit

2. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. saya letak dlm oven 25 minit ( suhu 30 C) jika disuhu bilik masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam atau nak letak kat tmpt panas pun boleh..

3.Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bentuk doh tersebut dgn acuan donat atau bentukkan rupa donat dan susun donat2 atas dulang yang ditabur tpung gandum... dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda.

4. Goreng di dalam minyak panas...masa menggoreng tu turunkan suhu panas supaya donut tidak hangus....angkat dan hias dengan gula atau coklat....
selamat mencuba..







Sunday, December 29, 2013

Cempedak Goreng Rangup





Assalamualaikum.
Hmm.....kalau goreng cempedak...satu rumah boleh bau kan....he3
Cempedak Goreng...memang laku kat rumah Mas. Tengok cempedak kt pasar tani tadi murah...jadi Mas beli sebiji...rm5, dapat dalam 30 ulas...berbaloi kan untuk dimakan sekeluarga...
Mas share satu resepi bancuhan tepung goreng yang rangup...
selamat mencuba...


Cempedak Goreng Rangup
Resepi : MasDuniaku


Bahan :

1 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
1/2 cawan santan
1 sudu besar kelapa parut dikisar @ tumbuk halus
1/2 biji telur
1/2 sudu kecil baking powder
1 sudu besar minyak masak
air - agak2 masa bancuh adunan
sedikit pewarna kuning
Garam secukup rasa


Caranya:
Gaul semua bahan2 tersebut hingga sebati guna pemukul telur. Adunan hendaklah tidak terlalu pekat ataupun cair. agak2 la ye.
Bolehlah sedia menggoreng dalam minyak yang panas.


Sunday, December 8, 2013

Donut ....gebu , ringan dan sangat sedappp...






Assalamualaikum.
First time buat donut yang menggunakan minyak...alhamdulillah....sangat gebuuuu kejadiannya....kalah donut big apple ...donut tu pun tak berminyak...ringan dan gebu...rasanya ini resepi donut terbaik yang Mas pernah buat....TQ banyak2 pada Isma Maisara fb atas perkongsian resepi yang sangat mabeles ni...Mas share disini pulak yerk..


Donut Gebu
Resepi : Isma Maisara fb

Bahan : 
250 gm tepung gandum
1 1/2 sudu kecil yis segera
2 biji kuning telur
50 gm gula
2 sudu besar water roux
50 - 60 ml air dari peti sejuk
50 ml minyak masak
Sedikit garam


Caranya :
Ayak tepung ke dlm sebuah mangkuk & campurkan yis, gaul rata. Masukkan gula, kuning telur dan water roux. Gaul rata.
Kemudian masukkan minyak dan garam. Akhir sekali masukkan air sedikit demi sedikit. Uli hingga doh lembut. Tambahkan tepung sedikit kalau doh lembik. Uli hingga doh lembut, x melekat di tangan dan mangkuk.
Rehatkan doh 30 minit hingga kembang atau naik sekali ganda. Setelah doh naik tumbuk2 doh, canai dan terap. Rehat doh 30 minit lagi. Kemudian bolehlah digoreng menggunakan minyak yg panas dgn api yg perlahan.


WATER ROUX

1/4 cwn tepung gandum + 250ml air. Satukan bahan2 dan masak di atas dapur dgn api yg kecil hingga pekat. Kacau sentiasa agar x berketul. Sejukkan baru boleh digunakan. Boleh simpan dlm peti ais tahan hingga 2-3 hari.



Monday, November 11, 2013

Bubur Ashura Versi Utara - Sangat sedapp




Assalamualaikum.
Buat yang mencari2 resepi Bubur Ashura Versi Utara yang sedap...boleh mencuba resepi dari wall fb Zaliedana ni....Serius memang sedap...Mas pun first time membuatnya...gara2 terliurr sangat tengok Zaliedana buat....TQ yer CT, akak share resepinya disini pulak...



Bubur Sora Versi Utara
Resepi : Koleksi Resepi

Olahan  : Zaliedana

Bahan:
2 Cawan Tepung Beras
3 cawan santan pekatcampur secubit garam
2 1/2 Cawan Air
Gula pasir ikut manis
Gula merah n Nesan / Gula Gerek(Sy letak nesan 2keping n gula merah 2sdu besar)
Kacang Kuda Direbus empuk
Keledek Dipotong Dadu n Direbus Empuk
Kacang Hijau Direbus Empuk
1 Btg jagung
Pisang Raja di potong Dadu msk last
1sudu besar Biji Sagu
Daun Pandan 2 ke 3helai
Bahan2 lain yg anda suka sprti Nangka ke ok juga..


Cara:
1.Masak air daun pandan yg disimpul dgn gula melaka,nisan n gula pasir..
2.campurkan tepung,air gula n santan kacau sebati2blend jerk
2. panaskan dengan api yg perlahan
3. setelah mendidih masukan kesemua bahan2 tadi
4. kacau sehingga pekat dan rasa manisnya kalu keras tambah sedikit air lagi..
5.Bubur yg telah betul2 masak TIDAK MELEKAT d periuk..Klo melekat lagi tu mmg kna kacau lagi ya..
5. angkat dan tuang dalam loyang , Api jgn dipadamkan smp selesai letak dlm bekas..sejukkan dan potong lah ikut suka..


Wednesday, October 2, 2013

Apam Tepung Gandum - sedap dan mudah disediakan




Assalamualaikum.
Dah banyak kali Mas try Apam Tepung Gandum ni....mudah disediakan dan sedapppp...
TQ pada Kak Fida@MyResepi.com. Sentiasa berkongsi resepi2 yang hebat2.
Mas sharekan lagi yerk resepi Apam Tepung Gandum ni. Kali ni Mas alaskan loyang dengan daun pisang...harum semerbak baunya masa mengukus....  ^_^


Apam Tepung Gandum

Bahan :

4 1/4 cawan tepung gandum - diayak (akak guna 1/2 kilo)

3/4 cawan gula hitam ( Mas ikut Kak Fida guna gula perang dan gula pasir - dicampur)

2 1/2 cawan air - Mas letak lebih sikit sbb adunan nmpk agak pekat 

1 peket yis Mauripan

secubit garam - opt - Mas letak

sedikit pewarna bright red - Mas tambah

kelapa parut putih dikukus dgn sedikit garam dan daun pandan yg digunting kecil - utk makan bersama apam





Cara membuatnya :
Loyang disapu minyak sekeliling.
Yis dibancuh bersama 1/2 cawan air dan ketepikan.
Tepung gandum dan gula digaul rata di dalam sebuah mangkuk lalu masukkan campuran yis tadi sambil dituangkan lebihan air dan kacau dengan hand whisk @ senduk hingga adunan sebati, licin dan tak berbintil2. 
Tuang adunan ke dalam loyang dan biarkan adunan naik dua kali ganda, selama lebih kurang 45 min hingga 1 jam. Jadi jangan tuang adunan kedalam loyang penuh yerk...biarkan berbaki 1/2 loyang supaya adunan tak melimpah nanti.
 Panaskan kukusan dan terus kukus adunan apam tadi selama 30 - 40 min.
Biar apam benar2 sejuk baru dipotong dan disalut dengan kelapa parut.


Monday, September 23, 2013

Kuih Koleh Kacang Dengan Tahi Minyak




Assalamualaikum.
Try resepi yang dah lama tertangguh....akhirnya buat juga Kuih Koleh Kacang Dengan Tahi Minyak, tak de la susah sangat membuatnya...tengok macam susah...he3..
Alhamdulillah Kuih Koleh Kacang Dengan Tahi Minyak menjadi dengan jayanya...bila dapat rasa masakan tu macam yang diinginkan..kiranya masakan kita berjaya la kan...sangat sedapp Kuih Koleh Kacang Dengan Tahi Minyak resepi yang Mas ambil dari blog Kak Azie Kitchen. Cuma tahi minyak tu Mas baru perasan kena gelap lagi warnanya...hmmm...boleh diperbaiki next time...he3
TQ kak..Mas share resepinya disini pulak yerk...


Kuih Koleh Kacang
Sumber : Kak Azie Kitchen.

Bahan : 
1 cawan santan pekat
1 cawan gula merah
2 sb gula pasir
1 cawan air
2 cawan santan
1 cawan tepung kacang hijau (cap kijang)
Beberapa helai daun pandan disimpul
Secubit garam




Cara :
Masak 1 cawan santan sehingga menjadi tahi minyak. Apabila siap, ambil tahi minyak yang terhasil dan biarkan dalam 2 sb lebihan minyaknya dalam kuali.

Masak gula merah, gula pasir, air dan daun pandan sehingga gula larut, Sejukkan dan ketepikan seketika.

Satukan tepung kacang hijau, santan, garam dan air gula merah dalam satu bekas dan kacau hingga sebati.

Masukkan adunan tadi ke dalam kuali yg berisi lebihan minyak kelapa tadi. Selalu di kacau agar tak bergentel nanti. Masak hingga pekat dan menggelembung sehingga agak berkilat. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah disapu dengan lebihan minyak tadi.

Taburkan dengan tahi minyak dan sejukkan sebelum boleh dipotong.

Siap untuk dihidangkan.


Saturday, September 21, 2013

Kuih Lapis Pelangi





Assalamualaikum.
Alang2 ada order kuih lapis , Mas buat sekali untuk anak2 ...padahal maknya yang makan banyak..he3.
Resepi Mas ambil dari dapur ratu kuih2 kukus yang cantik manis iaitu Kak Yatie - Sinar Kehidupanku. TQ kak, resepi2 dari blog akak memang terbaek...sedapppp kuih lapis tu, Alhamdulillah custemer pun puji sedap....
Mas share resepinya disini pulak yerk...
Nota dari blog kak Yatie, Mas paste disini pulak untuk rujukan....
Buat kuih lapis ni kenalah bersabar, sekiranya kuih yg kita buat tu tak menjadi, janganlah kita salahkan pd tuan punya resepi. Kita mestilah kaji di mana silapnya kita...mungkin kita kukus sekejap sangat atau sukatan tak berapa betul.
Pastikan setiap lapisan yg kita kukus tu membeku, kadang2 lapisan yg pertengahan kena lebihkan masa sikit sbb lapisan dah tebal....masa ini kita kena pandai mengagak ikut kesesuaian. Sekiranya adunan tak membeku betul, adunan akan bercampur dngn adunan warna lain.Inilah saja cara saya utk pastikan kuih lapis ni menjadi dan cantik. Di sini saya sekadar berkongsi sedikit petua utk pastikan kuih lapis ni menjadi. Kalau yg rajin tu bolehlah guna 7 warna pada setiap adunan sebab namanya kuih lapis pelangi. Saya guna loyang 10 inci utk resepi ini. Kawan2 bolehlah buat separuh adunan sekiranya terasa kuih ni terlalu banyak.





Kuih Lapis Pelangi



Bahan :
1 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 tepung beras
1/2 cawan tepung ubi
1 1/2 cawan gula pasir
8 cawan santan sederhana pekat( 1 1/2 biji kelapa parut)
1 sudu kecil garam
pewarna merah, hijau, putih, kuning

Cara Penyediaan :
Gaulkan semua bahan-bahan dan tapiskan.
Bahagikan adunan kepada 4 bahagian.
Masukkan pewarna ke dlm setiap bahagian.
Panaskan kukusan dan sapukan sedikit minyak pada loyang yang akan digunakan dan kukus loyang sebentar....nak lagi selamat alas loyang dngn plastik.
Masukkan 1 senduk adunan merah dan kukus selama 5 minit.
Lapiskan pula 1 senduk adunan putih dan kukus lagi selama 5 minit.
Lapiskan warna hijau dan kukus selama 5 minit dan di ikuti warna putih.
Lapiskan adunan berselang-seli hingga habis. (*bagi adunan terakhir, saya balut tudung periuk dengan kitchen towel agar air tidak menitis ke atas permukaan kuih dan dikukus dalam 20 minit ).
Setelah masak, angkat dan sejukkan selama 2 jam. Pastikan kuih betul2 sejuk barulah di potong dngn menggunakan pisau plastik/ pisau potong kek.



Wednesday, September 11, 2013

Apam Polkadot Gebu





Assalamualaikum.
Terajin lak mengupdate blog kan.....he3 ...meh Mas share satu resepi Apam Polkadot yang gebu ....kelainannya resepi ini menggunakan minyak masak...TQVM pada Cida De'Nuanza yang sudi berkongsi resepi Apam Polkadot diwall fbnya...Mas share disini pulak yerk...sila2 la mencuba ...kalau nak order ngan Mas pun boleh, sila3 ....


Apam Polkadot 
Sumber Resepi : Cida De'Nuanza 


Bahan A :
3 biji telur
2 sudu teh ovalete
3 sudu besar minyak masak
200 gram gula castor


Bahan B: 
250 g tepung gandum + 1 sudu teh baking powder
150 ml susu segar (sy guna susu tin f&n)



Cara :

Pukul bahan A kat atas sampai kembang n gebu...adunan akan jadi berganda2 dan keputihan)
Lepas adunan tadi kembang, masukkan tepung selang seli dengan susu sampai habis dan pukul sebati.
Lepas tu bahagi la ikut berapa kaler yg nak

Sediakan acuan (bekas lompang kaca atau plastik), isikan cup kertas di dalamnya, masukkan sedikit adunan
(lebih mudah kalo masukkan adunan dlm plastik, just paipkan)
paipkan separuh je, pastu leh la letak filling (inti) yg di sukai..
kemudian paipkan baki lg separuh hingga memenuhi cup

ambik kaler lain, dot2 kan atasnya (masa dot2 ni, gunting bucu plastik lubang kecik je)

kemudian panaskan kukusan hingga airnya mendidih
kemudian kecilkan api 
kukus selama 9-10 mnt (sy kukus 9 mnt)

dlm resepi asal, 15 mnt, tp nti habis pecah apamnya
jgn terlalu sekejap, nti dlmnya x masak...bab ni kena la try error sendiri ye berapa mnt yg sesuai...test 2-3 cup dulu...
sbb lain dapur, lain pengukus, lain hasilnya







Monday, August 19, 2013

Cucur Jagung Special




Assalamualaikum.
Mas nak share satu resepi cucur jagung yang best...memang sedappp..special sebab selain jagung, ada ikan bilis dan udang dalamnya....
Sesuai untuk sarapan atau minum petang...
Selamat mencuba yerk

Cucur Jagung Special
Resepi : MasDuniaku


Bahan :
1 biji jagung - dihiris
1/2 cawan udang kertas yg kecik halus2 tu - bersihkan buang kepala n janggut nyer
1 biji bawang besar saiz sederhana - dihiris dan ditumbuk bersama ikan bilis
segenggam ikan bilis - basuh dan toskan - ditumbuk
2 biji cili merah - ditumbuk juga
sedikit daun kucai - di potong panjang2
1/2 sudu besar minyak masak
1/2 sudu kecil cuka
1 sudu kecil serbuk secukup rasa
 1 cawan tepung gandum - klu rasa adunan cair sikit, boleh tambah lagi 2 atau 3 sudu besar
 1 sudu kecil serbuk kunyit - untuk warna
Garam secukup rasa
1 cawan air 
Minyak untuk menggoreng




Cara membuatnya :
Masukkan  bahan yang ditumbuk kedalam bekas dan masukkan air, sedikit minyak, cuka, secukup rasa dalam bekas dan gaul sebati .
Kemudian masukkan tepung dan kacau sebatijangan terlalu cair kalau cair tambah tepung tau. Rasakan, klu tawar sedikit, baru letak garam secukup rasa. 
Kemudian baru masukkan udang , jagung yg dihiris dan kucai, sebatikan.
Panaskan minyak (menggunakan api yg perlahan dan kecil saja tau), sendukkan adunan ke dalam minyak dan goreng hingga garing.
Bila dah cukup garing angkat dan toskan siap tuk dihidangkan.


Tuesday, July 23, 2013

Karipap Daging Rangup





Assalamualaikum.
Kali ni try Karipap Daging Rangup resepi dari kak Quinnie. Memang berbaloi menerainya...sedapp karipap ni..memang rangup dan lembut pastrynya...mula2 kompius macam Kak Yatie bila baca resepinya, sukatan marjerinnya yang pada Mas agak banyak...tapi bila Kak Yatie kata dia try juga buat dan sukakan resepi ni...Mas pun mencuba juga...alhamdulillah...memang best karipap ni..TQ kak Q dan Kak Yatie...Mas sharekan disini pulak yerk..


Karipap Daging Rangup
Resepi :
Rujukan : Kak Yatie


Bahan2 inti :
300gm daging - Yatie guna daging kisar
8 biji kentang saiz besar - potong dadu
1 biji ubi keledek saiz sebesar kentang - potong dadu (optional- tak dek pun tak pe)
4 sudu besar udang kering *
1 bawang besar*
2 bawang putih*
6 cili kering* -rendam dgn air ( blend bahan* halus)
7 tangkai daun kari
2 sudu kecil garam
3 sudu besar gula
5 sudu besar rempah kari daging -dibacuh dgn air
1/2 cawan santan pekat
air secukupnya

Bahan2 doh :
750 gm tepung gandum
300 gm planta (Yatie guna butter)
1/3 cawan minyak sayur/ masak
2 sudu kecil garam
1 cawan air dari peti ais (letak sikit2 masa menguli doh)




Cara-Caranya :
Mula2 masak inti....panaskan skit minyak dlm kuali...kemudian masukkan bahan2 blend....masak hingga naik bau dan bahan tumis agak kering airnya....kemudian masukkan rempah kari daging...kacau2 rata...dan masak hingga terbit minyak...bila dah terbit minyak...masukkan daun kari....kacau hingga naik bau dan masukkan daging....gaul2 rata....kemudian masukkan kentang, keledek dan air. Air hendanglah dimasukkan sampai hapus kentang tapi jgn lebih sgt sebab nanti kentang jadi hancur. isi jugak santan dan gula.....masakkan hingga kering....bila dah agak2 nak kering...masukkan garam....kacau lagi hingga kering inti tadi/ air dia dah tak de....tutup api dan sejukkan.
Bila inti dah sejuk...baru buat doh....


Cara2 membuat doh :
**Mula2 panaskan minyak dan planta dlm periuk kecil. 
Masak hingga didih dgn api yg kecil. 
Sementara tu masukkan tepung dan garam dlm manggok besar...kacau2 rata...bila dah didih planta tadi...masukkan skit2 dlm tepung tadi....gaul dgn sudu / senduk kayu sebab panas.....kacau2 rata sampai habis. 
Kemudian isi air...isi skit2 dan mula la menguli.....uli sampai doh jadik macam doh buat roti lembut dia...dan texture dia pun lebih kurang sama...rasa cam lembut dan boleh nampak doh tu naik skit.....uli sampai tak melekat doh tu pada mangkok dan tangan....bila dah dpt doh camni maknanya betul la tu....kemudian balut doh dgn plastik...rehatkan dlm 10m...
Lepas doh direhatkan kita akan dpt doh yg lebih lembut...nampak dia cam berpeluh doh tu....kemudian boleh la mula kan proses menggelek doh dan mengisi inti.....ambil skit tepung dan tebarkan tepung tu sebelum gelek setiap doh....saya guna acu bulat yg besar tuk dptkan betuk yg sekata...kalau tak dek boleh guna cawan....gelek nipis dan bolehla isi inti.....bagus tips balut doh ni dgn plastik sebab doh tu akan lembut sentiasa dan tak dek masalah doh tu akan kering kalau kita buat byk pun dohnya....
Bila dah habis buat karipap tadi....boleh la goreng...faktor menggoreng pun penting jugak....kalau tersalah cara...kulit tu tak rangup sgt dan tak dek ruang2 kosong kat dlm dia....kalau betul cara goreng nya..karipap tadi akan mengembang dan rangup lama....saya kalau goreng pagi....malam pun still sedap lagi kalau nak makan. Masukkan minyak yg byk dlm kuali.....panaskan minyak dan bila minyak dah panas...tutup api dan baru masukkan kuih karipap...ni utk mengelakkan karipap tadi kulit dia berjerawat dan karipap masak sekata...isi jgn penuh sgt dlm kuali....lepas tu hidupkan balik api...api kecil je....dan kemudian biar karipap tu masak hingga kuning....selalu balik2 kan dia...tapi jgn kasar sgt masa nak balikkan sebab kulit ni rangup...takut pecah....dah kuning kaler dia...boleh la angkat. bila nak masukkan karipap tuk kali kedua...tutup balik api kuali dan letak karipap dan hidupkan balik api...sama macam proses pertama...buat cam ni tiap2 kali nak menggoreng..




Cara2 nak simpan kalau ada karipap yg lebih....dulu2 saya akan goreng sekejap dan toskan karipap...bila dah sejuk susun dlm tupperware dan simpan dlm peti ais...tapi kadang2 letih dan leceh kalau guna cara ni...so saya guna cara lain....masa proses buat karipap tadi...bila dah siap satu dulang....saya simpan dlm peti ais....biar dlm 1/2 jam dan kemudian keluarkan dia dan baru susun dlm tupperware...boleh simpan bertinggkat2 kalau ikut cara ni sebab karipap tadi dah keras kulit dia....kalau nak lapik dgn plastik antara karipap tu pun boleh...tapi saya kadang2 tak buat pun. karipap tapi tak melekat kulit dia antara satu sama lain sebab kita dah keraskan kulit dia dulu sebelum tindan2kan....
( nota:kalau ikut cara2 masak kulit saya tu....insyaallah anda akan dpt kulit yg rangup dan ada ruang kat dlm dia....saya selalu tertanya2 macam mana la org dpt kulit cam ni....dan faktor menggoreng penting...kalau api kuat memang kulit dia tak gelembong) 




Thursday, July 18, 2013

Cucur Udang Rangup2 Delima Zamrud





Assalamualaikum.
First time buat Cucur Udang Rangup2 ni, terus jatuh hati dengan kesedapannya. Tekstur cucur yang rangup garing ni memang sangat best...tengok resipinya pun sedikit berbeza sebab diletakkan putih telur, cuka dan minyak masak....tak heran ramai rakan2 yang dah menerainya buat berulang kali cucur udang rangup2 ni....sedappppp...TQVM pada Delima Zamrud yang sudi berkongsi resepi cucur udang rangup ni..katanya resepi datang dari jirannya...TQ pada jiran D5 .....sangat2 best cucur udang rangup ni..memang nak buat lagi sebab tak puas lagi makan....untuk melihat cara2 membuatnya, boleh rujuk diblog Delima Zamrud . TQ juga Izahdaut dan Noorsha yang share cucur udang rangup ni di fb....


Cucur Udang Rangup2 
Resepi : Delima Zamrud 

Bahan :
*1/2 kg udang kertas yg kecik halus2 tu - bersihkan buang kepala n janggut nyer
*2 biji bawang besar - mayang
*1 genggam taugeh - kalau nk letak byk pun boleh
*1 cekak daun kucai - di potong panjang2
*1 biji putih telur
*1 sudu besar minyak masak
*1 sudu kecil cuka
*1 sudu kecil serbuk pasti sedap knorr
*3 - 4 senduk tepung gandum - mengikut keperluan
*Secubit serbuk kunyit - untuk warna
*Garam secukup rasa
Air secukupnya
Minyak untuk menggoreng


Cara membuatnya :
Masukkan semua bahan yang bertanda * dalam bekas dan gaul sebati  sampai tepung menyaluti semua bahan2 .
Bila semua bahan dah bersalut dengan tepung masukkan air sedikit demi sedikit bancuh sampai adunan menjadi likat je seperti dalam gambar DISINIjangan terlalu cair kalau cair tambah tepung tau. Rasa garam kalau xcukup tambah dan baru lah digoreng.
Panaskan minyak (menggunakan api yg perlahan dan kecil saja tau), Guna senduk dan letak adunan ditepi kuali dan lenyek2 kan supaya dia nipis seperti dalam gambar. 
Bila adunan dah agak garing dia akan senang nk dipisahkan dari kuali seperti dalam gambar biarkan betul2 garing baru korang terbalikkan k. Ini untuk mendapatkan cucur udang yg garing dan rangup.
Bila dah garing baru korang terbalikkan dan masak sampai sebelah tu garing juga seperti dalam gambar, bila dah cukup garing angkat dan toskan siap tuk dihidangkan.

Kalau korang rajin gunting kecil2 cucur udang nie pastu korang potong ler timun sikit, sengkuang sikit pastu korang goreng tauhu potong gak siram ngan kuah kacang wahhhhhhhhh mau berkilo naik lemak aku ekkekekke...