Wednesday, April 4, 2012

Red Beans with Soy Milk (Bubur Soya Kacang Merah)

 I purposely boiled the whole packet of red beans to prepare for the bingka yesterday..... My hubby suggested for soy milk instead of the usual coconut milk for the above dessert. If you are conscious about diet and calories count, this is the way to go.... but for me I prefer coconut milk and diet is always second important....hehe. My hubby still argued that soy milk tastes good to him.... so be it.
By: Roz@HomeKreation
INGREDIENTS:
Boiled Red Beans
Packet Soy Milk
Sugar Syrup (boiled sugar & water and then cool before use) 

METHOD:
1. Scoop red beans into a bowl.
2. Pour soy milk & sugar syrup to taste.
You can also skip the sugar syrup completely if you like.
3. Enjoy!
*************************************************

BAHASA MALAYSIA VERSION
Kalau teringin nak makan dessert tapi nak diet.... bubur ni memang sesuai....! Kacang merah ni lebihan dari kuih bingka kelmarin dan hubby Along yang cadangkan... katanya dia nak makan bubur kacang merah tapi dgn air soya.... ok lah, kita ikut jer lah... kalau ikut selera Along nak makan dgn santan yg kaw2 baru best....hehehe. Kata hubby Along sedap lagi makan dgn air soya dari santan.... ok lah, apa2 jer...

BAHAN2:
Kacang Merah - yg telah di rebus
Air Soya Kotak
Air Gula (masak gula & air - sejukkan sebelum di guna)

CARA2:
1. Sendukkan kacang merah ke dalam mangkuk.
2. Hidangkan dgn air soya & gula secukup rasa.
Kalau suka, boleh elakkan air gula dan memadai dgn air soya.


Tuesday, April 3, 2012

Chicken Chop Resepi 2



Assalamualaikum.
Menu lunch semalam, makan ala2 omputehhh lakk..he3...lama jugak Mas tak buat Chicken Chop gini, jadi bila sesekali makan, memang licin sepinggan...
Chicken Chop ni menggunakan Sos Carrot yang Mas tunjukkan semalam, memang mabeless...kekadang klu malas baru Mas buat Sos Black Paper. Jadi meh tengok resepinya pulak......

Chicken Chop 
Resepi : Mas Duniaku

Bahan untuk ayam :
2 keping dada ayam @ peha ayam tanpa tulang - di cucuk2 sikit supaya ayam tak mengecut masa digoreng.
sedikit garam
sedikit kiub ayam
1 sudu kecil lada sulah
1 biji telur - dipukul sedikit

Bahan tepung ( untuk salut ayam ) :
1 cawan tepung gandum 
1 cawan tepung jagung
1 cawan tepung kastad

Satukan semua tepung dlm bekas bertutup dan goncang2 bekas utk sebatikan tepung.




Cara membuatnya :
Untuk Ayam :
Gaul sebati dada ayam @ peha ayam tanpa tulang dengan garam, kiub ayam dan serbuk lada sulah. Perap seketika.
  • Celupkan ayam yang diperap tadi kedalam telur dan kemudian salutkan dengan tepung yang telah disatukan tadi.
  • Goreng hingga garing dengan api sederhana dan toskan. Ketepikan.
  • Boleh dihidangkan dengan 
  • Sos Carrot .



    Bingka Kacang Merah (Baked Red Bean Kuih)

     I bought a packet of red beans more than two months ago - been dreaming to bake this kuih but there were just too many blockers.... Finally I managed to make it yesterday with some determination and effort. Wow, this kuih is really nice - moderate sweetness, nice texture and rich taste of red beans! I would highly recommend to kuih bingka lovers.

    By: Roz@HomeKreation
    Source: Yatie, Ady, Ummi
    Size: 8" square
    INGREDIENTS:
    1½ cup boiled Red Beans*
    1 cup Water*(* blend till fine) 
    1½ cup Flour
    ½ cup Rice Flour
    2
    cup Coconut Milk
    1
    cup Sugar
    3 tbsp Butter
    2 Eggs
    ½ tsp Salt
    1 tsp Red Colour
    Sesame Seeds
    - for sprinkling (I skipped)

    METHOD: 
    1. Blender all ingredients except sesame seeds until fine and well mixed.
    Stir above small fire for about 5 minutes until slightly thicken.
    2. Oil the tin & heat up in oven for 5 minutes.
    3. Pour the batter & sprinkle sesame seeds.
    Bake at 180C for 60 minutes or until cooked.
    4. Cool completely before slicing.

    BAHASA MALAYSIA VERSION
    Along beli kacang merah ni dah lebih dua bulan semenjak nampak kat rumah Yatie & Ady tapi sekarang baru kesempatan nak buat kuih idaman ni. Kuatkan hati & usaha selepas Ummi tag Along, pujuk2 suruh buat cepat.... alhamdulillah.... tercapai juga lah hajat. Teramat lah gembira hati ini sebab kuih ni memang sedap sangat seperti yg di bayangkan. Lemak kacang merah nya, sedang2 manis dan tekstur kuih yg mantap. Terima-kasih kepada Yatie, Ady & Ummi atas resipi & galakkan.

    By: AlongRoz@HomeKreation
    Source: Yatie, Ady, Ummi
    Saiz: 8" persegi
    BAHAN2:
    1½ cwn Kacang Merah* (yg telah di rebus) 
    1 cwn Air*(* di kisar bersama) 
    1½ cwn Tepung Gandum
    ½ cwn Tepung Beras
    2 cwn Santan
    1 cwn Gula
    3 sb Butter
    2 biji Telur
    ½ st Garam
    1 st Pewarna Merah
    sedikit Bijan
    - utk tabur (Along tak letak)

    CARA2:
    1. Kisar kesemua bahan di dalam blender kecuali bijan sehingga sebati.
    Masak sebentar sehingga berwap guna api kecil selama 5 minit.
    2. Panaskan oven 180C, sapukan minyak di sekeliling loyang dan masukkan dlm oven sebentar.
    3. Keluarkan loyang dan tuang adunan tepung tadi dan taburkan bijan di atasnya.
    Bakar selama 60 minit atau sehingga masak.
    4. Biarkan betul2 sejuk barulah di potong.

    Sos Carrot - memang sedappp




    Assalamualaikum.
    Dalam cuaca sejukkk dingin petang gini...rasa laparrr jerk kan...he3
    Apam Gula Hangus  ada 2 ketoii lagi tue....japppp lagi akan hilang.....
    Malam nie pulak plan nak buat Chicken Chop...jadi tadi Mas buat Sos Carrot nie dulu...Sos Carrot ni Mas belajar dari mak Mas, sememangnya Chicken Chop kat restauren mak Mas dulu kuahnya menggunakan sos carrot ni, bukan sos black paper...sedappp tau sos nie...kalau dicicah ngan kentang goreng pun best, kadang Mas jadikan sos fish n chips dan masukkan juga dalam stik......untuk anak2 yang tak makan sayur, gerenti suka sos carrot nie...
    Untuk sukatan bahan2nya, Mas agak2 jerk tau..biasa la resepi dari mak Mas, mana ada sukatannya, katanya agak2, janji bahan2nya cukup dan seimbangkan rasa sos tu ikut citarasa kita sendiri...kalau sos ni kelihatan pekat masa sejuk, hanya tambah air panas dan sebatikan. 
    Puri sos carrot nie pulak boleh tahan lama dalam esbox dengan syarat disimpan elok dalam bekas bertutup..jadi bila nak buat sos carrot, hanya panaskan balik dengan menambahkan air panas, sos cili, sos tomato, serbuk lada putih, kiub ayam, gula dan garam secukup rasa jerk..senang kan..selamat mencuba...

    Sos Carrot
    Resepi : MasDuniaku

    Bahan :
    1 biji bawang besar - dikisar
    2 biji carrot saiz sederhana - dikisar
    1 ulas bawang putih - dikisar
    1 batang saleri - dikisar
    2 sudu besar tomato puri
    2 sudu besar membumbung tepung gandum
    2 sudu besar membumbung tepung jagung
    2 sudu besar membumbung tepung kastard
    2 sudu besar marjerin @ butter

    Cara membuatnya :
    Cairkan marjerin @ butter dalam periuk dan tumis bahan2 kisar hingga wangi.
    Masukkan tomato puri , kacau sebati dan biarkan 10 minit dengan api sederhana.
    Masukkan tepung gandum, tepung jagung dan tepung kastard, kacau sebati .
    Pada masa ini, kelihatan bahan2 menjadi pekat, kacau lagi biar bahan2 sebati dalam 5 minit dan boleh tutup api.
    Puri Sos Carrot siap....seperti gambar dibawah 




    Bahan Sos Carrot :
    2 cawan air
    1/2 cawan puri sos carrot
    4 sudu besar sos cili @ agak2 seimbangkan rasa sos tu
    2 sudu besar sos tomato @ agak2 seimbangkan rasa sos tu
    1 sudu besar serbuk lada putih
     1/2 kiub ayam
     gula dan garam secukup rasa.

    Cara membuat Sos Carrot :
    Sebelum tu kalau Puri Sos Carrot tu baru keluar dari esbox, biarkan dalam suhu bilik dulu.
    Masukkan air dalam periuk dan biarkan mendidih, agak2 yerk nak sos banyak mana, selalunya kalau 2 cawan air panas, Mas masukkan 1/2 cawan Puri Sos Carrot.
    Sebatikan dan masukkan sos cili, sos tomato, serbuk lada putih, kiub ayam, gula dan garam secukup rasa.
    Kacau sebati dan seimbangkan rasanya.
    Jika sos kelihatan pekat, boleh tambah sedikit air panas.
    Sos siap.....


    Monday, April 2, 2012

    Lagi Apam Gula Hangus Kak Jun Resepi 2



    Assalamualaikum.
    Sambil update blog, sambil mengunyah Apam Gula Hangus bercheese nie...sedappp..sedappp..sedapp...sebab tu Mas berulang kali buat apam nie....gabungan chesse dalam apam ni mabelesss sangat....ni semua atas idea Izahdaut dulu....maceh makcik...semalam pun Izah buat Apam Gula Hangus, tapi resepi yang lain...macam berjanji lak kita kan..he3....maceh juga pada Kak Jun@myresepi atas perkongsian resepi apam yang best nie...untuk entry terdahulu, boleh lihat DISINI.

    Apam Gula Hangus 
    Resepi :  Kak Jun@myresepi

    Bahan :
    150 gm gula dan 100 ml air - dibuat gula hangus
    70 gm butter - cairkan
    75 gm susu cair - Mas guna susu segar
    1 biji telur dipukul
    150 gm tepung gandum - diayak
    1 sudu teh baking soda - diayak
    secubit garam
    75 gm gula - Mas letak 60 gm gula halus sebab tengok kat Myresepi Kak Jun kata apam ni manis sikit.

    Cara membuatnya :
    Masukkan butter yang dicairkan, susu cair dan telur ke dalam gula hangus.
    Dalam mangkuk lain, ayak tepung dan soda. Masukkan garam dan gula. Masukkan campuran gula hangus tadi. Kacau sebati.
    Acuan lompang tak payah disapu minyak sebab dah ada butter dalam adunan apam gula hangus tu, terus jerk masukkan adunan apam tadi ke dalam acuan lompang, dan picitkan sedikit cream cheese dengan menggunakan paip. 
    Biarkan air kukusan betul2 mendidih baru kukus adunan apam tadi.. Kukus selama 20 min dan balut tudung pengukus dengan kain untuk mengelak air menitik atas apam.




    Untuk Cream Cheese Topping :
    Sumber : Izahdaut 

    Bahan : 
    • 125gm cream cheese
    • 1 sudu besar gula
    • 1/2 biji telur
    • sikit oren juice

    Cara membuatnya :
    Campur semua. 
    Mix dengan mixer hingga gebu. 
    Letakkan adunan cream cheese atas apam gula hangus sebelum dikukus. 




    Ikan Kukus Wangi Selasih Celup Air Asam (Steamed Fish with Basil Leaves)

     I bought a bunch of basil leaves in the recent week end without having anything in mind at that time. Only tonight suddenly an idea came through..... Adding basil to steamed fish does make a lot different to the flavour and aroma.... mmmmh.... I ended up eating more than my usual portion! Kids and hubby like it too.
    By: Roz@HomeKreation
    INGREDIENTS:
    2 big Mackerels (Kembung)
    1" Ginger - pound & squeeze juice 
    Salt
    Basil Leaves

    METHOD:
    1. Rub fish with salt & ginger juice.
    2. Steam for 10 minutes.
    Sprinkle basil leaves & steam for another 5 minutes.
    3. Dish out & pour Asam Sauce (refer here for recipe).
    4. Serve with white rice along other dishes.
    ************************************************

    BAHASA MALAYSIA VERSION
    Cuba lah resipi yg Along hidangkan hari ni.... ikan kembung di kukus dgn daun selasih & di siram air asam..... walaaa, tak cukup nasi sepinggan... hehehe. Aroma daun selasih memang menyelerakan!

    BAHAN@:
    2 ekor besar Ikan Kembung
    1" Halia - tumbuk & perah jus nya
    Garam
    Daun Selasih

    CARA2:
    1. Gaul ikan dgn garam & jus halia.
    2. Kukus selama 10 minit.
    Tabur daun selasih & kukus 5 minit lagi.
    3. Hidangkan ke dalam piring & curahkan Air Asam Sauce (resipi air asam kat sini ).
    4. Hidangkan dgn nasi putih & lauk sampingan yg lain.

    Sunday, April 1, 2012

    Paprik Resepi Makyong




    Assalamualaikum.
    Rasanya dah lama Mas tak berkongsi resepi berasaskan sayur kan...jadi hari ni meh layan Paprik Resepi Makyong ni. Sebenarnya dah banyak kali dah Mas masak paprik ni, dan pada Mas Paprik Resepi Makyong ni yang paling terbaik...jadi Mas kongsikan disini pulak. Kalau tengok respon kat Myresepi, ramaiii bebenor yang dah mencubanya....
    Selalunya paprik ni Mas akan masak untuk dimakan ngan nasi goreng...memang best..kalau dimakan ngan nasi putih pun tetap sedappp...tak payah lauk lain dah....cukuppp dah lauk paprik nie dan Mas memang selalu masak paprik ni berkuah banyak.....ikut selera masing2 yerk...maceh pada makyong@Myresepi yang sudi berkongsi resepi paprik yang mabeles nie....

    Paprik 

    Bahan :

    ½ ekor ayam - dipotong kecil2 - Mas guna daging

    4 ulas bawang merah - ditumbuk

    2 ulas bawang putih - ditumbuk

    1 labu bawang besar - dimayang

    2 batang serai - dititik

    2 biji buah tomato - dipotong 4

    5 biji cili padi - ditumbuk

    bunga kobis, kacang buncis @ panjang, karot dan jagung muda

    sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis

    bahan2 perasa - Mas letak kiub ikan bilis





    Cara memasak :

    Panaskan kuali. Gorengkan ayam ( agak2 sampai masak, jangan terlalu garing ).

    Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili padi yang ditumbuk, kacau sekejap.

    Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis dan Mas letak 1/2 kiub ikan bilis. Biarkan mendidih sekejap dan masukkan pula sedikit air. Masukkan serai, daun limau purut, ayam yang digoreng tadi dan sayur-sayuran.

    Bila dah mendidih, masukkan bawang besar dan buah tomato. Biarkan seketika dan boleh tutup api.

    Semasa menghidang, perahkan limau kasturi.