Friday, October 5, 2012

Kari Telur Pecah




Assalamualaikum.
Selain dibuat masak lemak, Mas suka juga masak kari telur gini...sedapp tau....pernah nampak kat dapur Izahdaut....resepinya lebih kurang jerk, cuma daun kari tu Mas ikut cara mak Mas, blend sekali ngan bawang...lagi wangi baunya masa menumis. Dan rasa kari tu lebih sedap....selalunya kalau kari telur, Mas tak letak santan @ susu cair...tak nak lemak2 sangat...he3....makan ngan nasi panas dan ikan goreng....hmmmm...memang best


Kari Telur Pecah
Resepi : MasDuniaku

Bahan :
4 biji telur
8 biji bawang kecil - dikisar
2 ulas bawang putih  - dikisar
2 tangkai daun kari - dikisar
3 sudu makan serbuk kari 
sedikit bahan penumis - (bunga lawang, kulit kayu manis, cengkih dan buah pelaga)
1 biji tomato - belah 4
1 biji cili merah - belah 2
3 cawan air @ lebih
garam secukupnya
1 kiub ayam

Cara :
1. Tumis bahan kisar, bahan penumis dan serbuk kari hingga pecah minyak dengan api perlahan ( sentiasa kacau supaya tak hangit ).
2. Kemudian masukkan air secukupnya. Biarkan mendidih.
3. Bila kuah mula mendidih, masukkan tomato, cili, garam dan kiub ayam dan biarkan seketika.
4. Pecahkan telur satu persatu ke dalam mangkuk kecil, dan tuangkan perlahan2 ke dalam kuah yang mendidih tadi.
5. Kacau perlahan2 dan biarkan seketika dalam 2 minit dan boleh tutup api.
6. Sedia dihidangkan.



Thursday, October 4, 2012

Jantung & Ayam Masak Lemak (Banana Heart in Spicy Green Broth)

There is always one or more of my banana trees fruiting and of course that would mean there is banana heart too! This is an ordinary dish in Perak but since I have not shown it before and I had little time today to snap a photo, giving me the opportunity to share with you herewith. (Actually the office was blacked out just after 5pm... that would force all of us to leave office on time instead of stucked in there until dark... felt so good to be able to reach home in day light... lalalala....)

By: Roz@HomeKreation
1 Banana Heart - peel the hard part away & slice
4-5 pieces Chicken
10 Chili Padi*
1 Green Chili*
3 Shallots* (* pounded) 
6 Cengkil Leaves - see here - slice finely 
1 Turmeric leaves - slice finely
1 bowl Coconut Milk
Salt

METHOD:
1.  Place all in a pot & stir frequently until boiled.
Let it cook until chicken is well done and banana heart is soften.
2. Serve with white rice.
**********************************

BAHASA MALAYSIA VERSION
Sonok nya hari ni dapat balik awal dari opis.... Ada pulak jantung pisang yg hubby petik dari belakang rumah. Alhamdulillah, rezeki dari pokok pisang memang tak putus walaupun Along takda kebun berekar2. Bukan jantung sahaja - cili api, daun cengkil, daun kunyit pun dari belakang rumah juga.... tq pokok ku... love you all....hehe. Ini lauk biasa2 jer, orang Perak memang suka masak Gulai Lemak, tapi rupa nya Along belum kongsi lauk ni kat sini dan harini berkesempatan pula nak snap gambo.... dah berapa hari tak pegang kamera, rindu lak!

By: AlongRoz@HomeKreation
1 biji Jantung Pisang - kopek & buang bahagian yg keras & hiris isi yg lembut
4-5 ketul Ayam
10 Cili Padi*
1 Cili Hijau*
3 ulas Bwg Merah* (* tumbuk) 
6 Daun Cengkil / Pucuk Buas - tengok kat sini - hiris nipis 
1 helai Daun Kunyit - hiris nipis
1 mangkuk Santan
Garam

CARA2:
1.  Masukkan kesemua bahan2 ke dalam periuk & kacau sehingga mendidih.
Masak sehingga ayam & jantung lembut.
2. Hidangkan dengan nasi putih.
-

Wednesday, October 3, 2012

Cotton Soft Japanese Cheesecake




Assalamualaikum.
Hmmm...baru jerk nak stop buat kek...ada ajerk yang menggoda.
Serius, Cotton Soft Japanese Cheesecake ni sedapppp sangatttt...sangat2 lembut gebu...rasanya kalau dah start makan, memang susah nak stop...memang terbaikkkk.....gara2 Izahdaut tayang pagi2 tadi.....kena juga Mas buat disebabkan bahan2 pun dah ada semuanya...hmm..memang nak salahkan juga makcik sorang tu...kikikikikiki. Dan Mas buat 1/2 adunan jerk sebabkan faktor cheese yang tinggal sikit...ingatkan nak buat benda lagi....kek juga jadinya yerk...he3


Cotton Soft Japanese Cheesecake
Sumber : Alma@myresepi
(kebanyakan blogger dah pernah buat kek ni kan, nak sebut 1 per 1 mau sampai tengah malam tak habis so, boleh google nama kek & jumpala ramai yang dah buat kan..tqvm bt semua blogger yg mengispirasikn kek ni) 

Sumber :  Izahdaut

Bahan : 
Loyang bulat 9 inci 

 Bahan A: 
250 g cream cheese 
50 g butter 
100 ml susu segar (fresh milk) @ susu cair 70ml + air 30ml 
6 biji kuning telur *izah guna 7 biji gred B
1 sdb jus lemon @ 1 sdt esen vanila 
1/4 sdk garam 
60 g tepung kek @ tepung superfine @ guna tepung gandum - ayak 3 kali 
20 g tepung jagung (cornflour @cornstarch) 

Bahan B: 
140 g gula kastor 
6 biji putih telur  *izah guna 7 biji gred B
3/4 sdk jus lemon @ 1 sdt cream of tartar 



 Cara : 

Step I : Utk adunan A: 

Cairkan cream cheese, butter & susu dgn teknik double boiler. kacau2 dengan whisk sehingga sebati. Bila dah cair, sejukkan adunan cream cheese tu td. 
 Kemudian, campurkan ke dlm adunan c/chs td dgn tepung, tepung jagung, kuning telur, garam & jus lemon ke dlm adunan cream cheese & gaul hingga sebati (gaul guna senduk kayu sj pun boleh, tapi Ana pukul guna mixer dengan kelajuan sederhana agar semua adunan halus dan sebati). 


 Step II : Utk adunan B: 

Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama jus lemon, sampai berbuih2 (foamy). Lepas tu, tambahkan gula & pukul lagi sampai bertanduk (soft peak). 

Tips dari Izahdaut :
Kalau something wrong masa memutar telur putih tu, alamat kek memang tak menjadi.
Jadi berhati2 masa ngasingkan putih n kuning telur tu. Pastikan telur tu lepas basuh keringkan betul2 dulu, jgn ada setitis air pun masuk dlm putih telur yang di asing. Masa asing tu elok2 jangan ada kuning telur termasuk dlm putih. Bekas mangkuk putih telur tu pun jgn ada air tau ( kering ). Pastu putar telur tu sampai jadi meringue kental dan bertanduk. Bermakna kalau terbalikkan mangkuk telur tu, telur tu tak jatuh pun. Sungguh kental la tu.
Sedikit tips la kan, Kalau lah andai kata, masa memutar putih telur tu, kita trasa mcm kurengg tak naik n tak brapa gebu jek putih telur tu, amik jek sebiji lagi putih telur campurkan skali. InsyaAllah menjadi.

 Step III : 
Campurkan adunan Bahan A td ke dalam adunan Bahan B yg dah gebu tu dan kacau sampai sebati. Sediakan tin/bekas kek yg bulat berukuran 9 inci, yg digriskan bwhnye & dialas dgn kertas baking. tepi loyang tak perlu gris ya. Tuang adunan kek dlm tin kek. 
Bakar kek dlm kire-kira sejam, dgn cara au bain-marie (waterbath), pd 160 degrees C / 325 degrees F. 

 Waterbath :
Sediakan loyang yg lebih besar dari loyang kek, isikan air panas, kemudian letakkan loyang kek tadi di dalam loyang yg berisi air panas. Bakar hingga masak, test guna lidi ya, dah masak, off suis oven, renggangkan pintu oven sedikit dan biarkan kek di dalam hingga agak sejuk supaya kek tak mendap@turun mendadak. Sisip tepi kek dan terbalikkan, hiaskan dengan filling kesukaan, sedap dimakan sejuk.  




Blueberry Topping 

Bahan :
1 tsp Gelatin @ Serbuk agar2 *Ana guna gelatin Halagel 
30 ml Air 
150 g Blueberry pie filling @ apa2 filling kesukaan 

Cara : 
Campurkan gelatin @ agar2 dengan air. 
Panaskan sebentar dan campurkan blueberry. 
Sapukan ke atas cheesecake dan sejukkan sebentar.



Tempahan dibuka untuk sekitar Shah Alam dan kaw2 sewaktu dengannya....boleh email Mas di Mashitah80@gmail.com atau pm jerk kat FB....


Tuesday, October 2, 2012

Butterscotch Souse - sedapppppp




Assalamualaikum.
Ada yang tergoda nengok roti yang disirami Sos Butterscotch tu......
Sila mencuba yerk kalau tergoda sebab Mas sangat2 suka dengan Sos Butterscotch ni...sedappppp sangat dimakan dengan pancake, disapu pada roti atau tuang jerk sos tu masa suam2 atas roti macam gambar diatas....memang mabelessss
Masa Mas buat Roti Naik Tok Mak hari tu, buat sekali Sos Butterscotch  ni...hmmm...memang sedap makan masa roti tu tengah suam2......terbaikk la
Pernah buat sekali dulu, DISINI.

Butterscotch Souse
Sumber : cook.com
Olahan : Izahdaut

Bahan :
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan air
1 tsp. vanilla
1/4 cawan tepung
1/2 cawan butter
secubit garam (optional)




Cara :
Satukan gula perang, gula pasir, tepung dan air ke dalam periuk kecil. 
Gaul hingga sebati. 
Masak atas api yang kecil hingga gula hancur. 
Tambahkan vanilla dan butter. 
Masak dan kacau sehingga butter cair dan sedikit pekat. 
Sejukkan dan tuang ke atas roti kosong.

Nota: 
Kacau atas api hanya sedikit pekat sebab bila sos ni sejuk, ianya makin pekat. Tapi kalau dah pekat sangat tambah je sikit lagi air panas. 
Boleh kurangkan sikit gula kalau tak mau manis sangat.
Simpan sos ni dalam freeze...dalam seminggu masih ok lagi...



Rich Oreo Brownies from Cake Scraps

 Yes, you are reading the title right.... this cake is made from leftover cake scraps! Next time you have cake scraps after making decorated/layered cake, don't throw them away. Usually ice layered cake will have some scraps from trimming and eating them is boring because they don't look presentable or appealing that even children will feel as if they are fed like street beggars because of the ugly broken pieces. Turning them into something delicious and beautiful like what I make here, guarantee no waste and more so everyone crave for more! The unfortunate part is that you cannot easily make this again unless you have more cake scraps...LOL!

 After much searching in the internet for ideas on what to do with my cake scraps, I finally gave up and decided to create something by myself. My children love Oreo Brownies so I thought that was exactly what I wanted to make! Look carefully in the photo above and you can see the layer of oreo! You will feel melted oreo in your mouth in each bite!
 

Remember the Red Velvet Merdeka Cake that I posted earlier here? You can also see how much scraps I gotten myself in there. I froze the cake because I was too busy to make something yet. When finally had time, I placed the cake scraps in a food processor and turn it into fine crumbs - see photo below.
Lebihan kek di kisar sebelum digunakan

Oreo cookies are arranged on half of the batter and then topped with remaining half batter... wow making the brownies super delicious with melting oreo in your mouth of every bite!
Susun biskut oreo serapat2 nya supaya lebih nyummy!
 I must be so excited with my own creation that I babble a lot more in this entry....LOL! Let's not wait and see the recipe now.

By: Roz@HomeKreation
Makes 9" square
INGREDIENTS:
250g Butter
1 cup Condensed Milk
2 large Eggs
½ cup Cocoa Powder
1 tsp Bic Soda
½ tsp Baking powder
3½ cup Cake Scrap Crumbs (I used red velvet cake from here) 
1 cup Hot Water*
6 tbsp Chocolate Flavoured Milk Powder* (* mixed) 
2 packet Oreo Cookies

METHOD:
1. Beat butter and condensed milk until white and fluffy.
Add in egg one by one - mix well in each addition.
Add in cocoa powder, BS & BP and mix well.
Add in cake crumbs and mix well with wooden spoon.
Finally add in the hot chocolate milk.
2. Pour half of the batter into lined and greased tin.
Arrange oreo cookies like shown on the above photos.
Top with the remaining batter.
3. Bake for 55-60 minutes at 180C until cook.
4. Cool on wire rack before slicing.

BAHASA MALAYSIA VERSION
Satu lagi kek rekaan Along sendiri yang amat sedap tak terkata... super delicious! Tekstur kek yg 'crumbly' dan cair di mulut, rasa yg lemak bercoklat & tidak terlalu manis amat sesuai dgn citarasa yg Along idamkan! 

Kek ni Along buat daripada lebihan kek yg sebelum ni - tengok kat sini. Banyak pula lebihan scraps selepas kek tu di potong2. Orang rumah ni tengok kek hancur berterabur camtu memang takda yg teringin, tambahan bila ada kek velvet yg cun buat apa pula nak suruh dia org makan keredak2 tu, Along sendiri pun tak teringin nak makan kek hancur2 tu. Nak buang sayang, jadi Along cari idea kat internet nak buat apa dgn lebihan kek tu. Takda idea yg menarik pun... rata2 cadangkan buat trifle - orang kat rumah ni semua nya tak minat makan dessert yg manis2 lembik2 camtu (kecuali Along yg memang tak cerewet!). Akhir nya Along pun give up, meh lah reka2 buat brownies campur oreo sbb org kat rumah ni semua suka brownies dan oreo. Bila dah masak.... walaaaaa.... memang sedap, super sedaaap! Excited tak terhingga dgn new discovery ni. Lepas ni dah dapat idea nak buat sesuatu lagi dgn lebihan kek nanti.

oklah, jgn celoteh panjang2 lagi.... meh jenguk resepi. Lenkali kalau anda ada lebihan kek, simpan dalam peti beku dulu kalau takda masa nak buat. Bila kelapangan, masukkan kek tu dlm pengisar sampai jadi crumbs!


By: AlongRoz@HomeKreation
Saiz: 9" persegi
BAHAN2:
250g Butter
1 cwn Susu Pekat
2 biji Telur (grade A)
½ cwn Serbuk Koko
1 st Bic Soda
½ st Baking powder
3½ cwn Kek yg di kisar ( spt gambar di atas Along guna lebihan kek red velvet cake dari sini) 
1 cwn Air Panas*
6 sb Susu Tepung perisa Coklat* (* campur) 
2 bungkus Biskut Oreo

CARA2:
1. Pukul butter & susu pekat sehingga kembang.
Masukkan telur satu-persatu sambil di pukul sebati.
Masukkan serbuk koko, BS & BP sehingga sebati dgn sudu
Masukkan kek yg dikisar sehingga sebati.
Akhir sekali campurkan susu coklat panas sehingga sebati.
2. Tuangkjan separuh adunan ke dlm tin yg di lapik kertas & di minyak.
Aturkan biskut oreo seperti gambar di ats.
Tutup dgn adunan yg separuh lagi.
3. Bakar 55-60 minit, suhu 180C sehingga masak.
4. Sejukkan kek sebelum di potong.



Monday, October 1, 2012

Red Velvet Cake @ Kek Baldu Merah




Assalamualaikum.
Bila dah gian nak buat kek....memang tak boleh sabar2 dah kan.
Meh layan Red Velvet Cake nie...baru jerk buat pagi tadi...dapat juga Ain ngan Daniel bawa bekal pergi sekolah.
Teruja tengok Red Velvet Cake Anna Qawina yang cantik menggoda tu...tauke kek la kan...jadi klu ada yang nak order kek..roger2 Anna tu yerk....he3....jadi Mas pun buat hari nie...TQ Anna sudi melayan sms aku pepagi tadi..yerk la kan...bila dah yakin betul2.....baru compiden sikit membuatnya...Alhamdulillah...Red Velvet Cake ni menjadi dengan jayanya...sukaaaa sangat...


Red Velvet Cake
Olahan : Anna Qawina

Bahan : 
5 biji telur gred B @ 4 biji telur gred A
250 gram mentega beku tanpa garam
*3 cawan tepung naik sendiri @ Tepung gandum + 2 1/2 sdt baking powder
*3 sudu makan serbuk koko
2 cawan gula kastor
2 sudu makan pewarna oil base
1 cawan buttermilk - kalau xde buttermilk blh tgk resipi kt bwh
1 sudu teh garam- x letak
1 sudu makan baking powder
1 sudu makan cuka makan - Mas dan Ana guna cuka kurma

BUTTERMILK:
1 cawan susu segar
1 sudu makan cuka makan atau jus lemon 
 Cara :
Satukan semua bahan dan biarkan selama 10 minit sebelum digunakan.





Cara :
1. Panaskan ketuhar 180 degree celcius.
2. Ayakkan bahan kering (*) menjadi satu bahagian ke dalam sebiji mangkuk. Ketepikan.
3. Pukul mentega dan gula di dalam mangkuk pengadun kek elektrik hingga sebati.
4. Masukkan telur sebiji demi sebiji, perlahan-lahan.
5. Dalam mangkuk buttermilk campurkan pewarna merah dan kacau sebati.
6. Masukkan tepung dan buttermilk, berselang-seli hingga habis. Masukkan garam.
7. Pukul hingga kembang dan ringan. Matikan mesin pengadun.
8. Larutkan baking powder dan cuka kemudian tuangkan kedalam adunan kek. 
8. Kaup dan balik-balikkan hingga sebati guna senduk.
9. Tuang adunan ke dalam dulang pembakar dan bakar hingga kek masak.





Resepi Krim Cheese :
Bahan :
500 grm whipping cream - brand VIVO
250 grm cream Cheese - brand Phillidephea
60 grm gula icing
110 grm butter
2 titik lemon paste

Cara :
Pukul whipping cream hingga kental. ketepikan
Dalam bekas lain, pukul krim keju bersama semua bahan lain hingga berkrim.
Satukan whipping cream tadi bersama krim keju, gaul sebati, boleh juga  pukul dengan mixer dengan kelajuan perlahan.
Boleh digunakan untuk menghias kek anda




Chicken Popcorns

 Homemade Kentucky Chicken Popcorns for little Liana and also the two big brothers.... all are crazy for fried chicken which we had almost everyday or every other day that I have to create little bit of varieties to fried chicken menu. This time I tried Kentucky flour that ready made from supermarket.
By: Roz@HomeKreation
INGREDIENTS:
1 big Chicken Breast - chop to bite size 
2 Egg White
Kentucky Flour
Salt & Pepper

METHOD:
1. Beat egg white with salt & pepper until a bit lighter and more runny.
2. Marinate chicken in beaten egg white for about 10 minutes.
3. Roll chicken bites into the flour and coat with excess egg white.
Roll into flour one more time and deep fry until golden and crispy.
***********************************************************

BAHASA MALAYSIA VERSION
Lagi menu yg mudah2 jer untuk memenuhi selera anak2.....

By: AlongRoz@HomeKreation
BAHAN2:
1 ketul besar Dada Ayam - potong kecil2 
2 bj Putih Telur
Tepung Kentucky
Garam & Serbuk Lada Hitam

CARA2:
1. Pukul putih telur dgn garam & lada sehingga ringan & cair supaya mudah menyaluti ayam nanti.
2. Perap ayam dgn telur putih tadi.
3. Golekkan ketulan ayam ke dlm tepung Kentucky sehingga rata.
Gaulkan semula ayam ke dlm lebihan putih telur.
Golekkan semula ketulan ayam ke dlm tepung.
4. Goreng dgn minyak dalam sehingga garing.