Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Sunday, December 29, 2013

Cempedak Goreng Rangup





Assalamualaikum.
Hmm.....kalau goreng cempedak...satu rumah boleh bau kan....he3
Cempedak Goreng...memang laku kat rumah Mas. Tengok cempedak kt pasar tani tadi murah...jadi Mas beli sebiji...rm5, dapat dalam 30 ulas...berbaloi kan untuk dimakan sekeluarga...
Mas share satu resepi bancuhan tepung goreng yang rangup...
selamat mencuba...


Cempedak Goreng Rangup
Resepi : MasDuniaku


Bahan :

1 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
1/2 cawan santan
1 sudu besar kelapa parut dikisar @ tumbuk halus
1/2 biji telur
1/2 sudu kecil baking powder
1 sudu besar minyak masak
air - agak2 masa bancuh adunan
sedikit pewarna kuning
Garam secukup rasa


Caranya:
Gaul semua bahan2 tersebut hingga sebati guna pemukul telur. Adunan hendaklah tidak terlalu pekat ataupun cair. agak2 la ye.
Bolehlah sedia menggoreng dalam minyak yang panas.


Tuesday, September 10, 2013

Cream Puff Filling Kastard yang sedapppp dan tips membuatnya




Assalamualaikum.
Sape yang suka Cream Puff ...memang lazat....tapi nak membuatnya...kadang2 agak renyah tau...adat dalam memasak...kadang2 menjadi dengan elok..kadang2...agak menghampakan juga.....jadi...meh Mas share sedikit pengalaman Mas membuat Cream Puff, kata orang...praktis make perfert....pernah cream puff tu terpaksa dibuang gitu ajerk berdasarkan banyak faktor...jadi jangan mudah putus asa yerk dalam memasak ni....untuk resepinya...Mas copy dari blog tauke kek yang pemess Anna Qawina. TQVM



Cream Puff 
Sumber : Anna Qawina

Bahan :
125 grm butter
1 cawan air (250ml) *boleh dicampur dengan susu segar jika mahu.
150 grm tepung gandum  *diayak bersama
1 sudu kecil baking powder - Mas tambah 
 *diayak bersama 
1 sudu besar gula kastor - Mas tambah 
 *diayak bersama 
secubit garam 
 *diayak bersama 
4 biji telur
1 sdk esen vanila

Cara :
Satukan air dan butter dalam periuk, panaskan sehingga mendidih
Masukkan bahan2 kering yang di ayak.
Kacau cepat2 sehingga adunan tepung tak melekat didasar & sekeliling periuk.
Tutup api  dan masukkan ke dalam mixer.
Putar adunan tepung tadi dengan kelajuan sederhana, sehingga adunan menjadi suam.
Masukkan telur satu persatu, pecahkan telur, kocok2 dengan garfu kemudian masukkan ke dalam mixer, dah sebati baru pecahkan sebiji lagi telur dan teruskan sehinggan 4 biji telur.
Masukkan juga esen vanila.
Pukul adunan dari speed medium kepada high speed, sehingga daunan kelihatan berkilat dan pekat. 
Alas loyang dengan butter @ paper @ alum.foil, paipkan atau sudukan adunan puff tadi mengikut saiz dan bentuk yang anda ingikan.
Buat sehingga habis, spray @ sapu atau renjis2kan puff dengan air supaya puff naik dengan cantik. 
Bakar didalam oven dengan suhu 200'C selama 20 - 25 minit api atas bawah (bergantung kpd jenis oven anda dan juga saiz puff) (makin kecil puff makin pendek masa membakar)
"On" kipas oven jika ada.
Puff yang menjadi akan ringan dan berongga didalam, ketepikan untuk diisi dengan inti pilihan.




Resepi Filling Kastard
Sumber : Kak Ida & Tun Telani

Bahan2:
( Mas buat 2 1/2 adunan filling kastard tuk 1 adunan cream puff tu ) 

2 camca besar tepung kastard 
2 camca besar gula kastor
1 1/3 cawan susu segar 
30 gram mentega (kurang lebih 2 camca teh)
2 camca teh esen vanilla

Cara2:
Satukan semua bahan untuk kastard kecuali mentega dan esen vanilla. 
Kacau rata dengan whisk dan masak dengan api perlahan sambil terus dikacau hingga pekat. 
Padam api, tambah mentega dan esen vanilla, kacau rata dan biar sejuk. Ketepikan. 
*Kami suka resepi ni kalau untuk makan-makan kat rumah, lembut dan manis sedang2 aje.

Cara menyediakan Cream Puff
Gunting atau potong sedikit jangan putus puff tu.
paipkan inti kastard yang dah sejuk kedalam rongga puff
Tabur snow powder diatasnya.
Jemput makaaannn.. 


    Tips :
    Sapu alas loyang dengan marjerin @ butter supaya senang tanggalkan cream puff setelah masak nanti.....
    Masak cream puff hingga nampak coklat2 @ garing , baru cream puff tu tak turun bila sejuk....
    Sila buat filling kastard awal dan sejukkkan dulu dalam fridge supaya senang paipkan nnti ke dalam cream puff tu...filling tu tak de meleleh2 sangat ...
    Telur juga penting yerk....pengalaman Mas, telur gread A menghasilkan cream puff yang cantik...
    Letakkan dulang pada rak tengah supaya cream puff masak sama rata... 
    Sila spray @ sapu atau renjis2kan puff dengan air supaya puff naik dengan cantik.
    Untuk hiasan, Mas tabur snow powder atas cream puff tu....rasanya kurang manis berbanding gula halus dan teksturnya kekal tak cair seperti gula aising....boleh didapati dikedai2 bakery....


    Untuk tempahan, boleh contact Mas 0134242505


     

    Monday, March 11, 2013

    Apam Polkadot Coklat dan tips2




    Assalamualaikum.
    Apam Polkadot Versi coklat...yummy ...memang sedapp...dan menjadi kegemaran anak2.
    Untuk fillingnya, Mas letakkan choc chips jerk...mudah dan sedapp..
    Kali ni Mas share sedikit tips2 mendapatkan apam polkadot yang gebu....dari pengalaman Mas membuat apam polkadot, ada masa amat menyeronokkan, dan bila apam tu tak seperti yang Mas inginkan, aduhhh...rasa putus asa pun ada...jadi Mas banyak bertanya dan  banyak cari maklumat di internet... 
    Apam polkadot ni kadang2 buat hal juga tau...jadi mudah2an tips2 yang Mas kongsikan ni dapat membantu...





    Tips :
    Jangan gunakan api besar semasa mengukus untuk mengelakkan apam ni jadi merekah atau mekar. Gunakan api yang sederhana sahaja.
     Kena pastikan air betul2 panas mendidih sebelum kukus apam tu. Kalau tak, apam tak naik dan jadi leper.
    Digalakkan untuk balut tudung periuk anda dengan kain bersih untuk mengelakkan air wap kukusan menitis jatuh ke atas apam dan menyebabkan apam tidak cantik. 
    Jangan terlebih pukul adunan apam tu. Cukup sekadar adunan kembang seperti yg diinginkan.
    Kalau nak buat banyak apam...berdasarkan pengalaman Mas... sila buat 1 adunan atau 2 adunan paling byk dan abiskan satu adunan dulu. Pastu baru buat adunan yang lain pulak. Kalau adunan lama sangat kat luar, angin akan masuk dalam adunan. Nanti apam jadi banyak lubang2 kat permukaan dia. Jadi masukkan adunan dlm bekas bertutup rapat...nak guna baru buka tudung tu, jngn dedahkan adunan terlalu lama diluar tanpa ditutup.
    Pada pendapat Mas, elok buat 1 adunan dan habisskan dulu...untuk dapatkan apam yang cantik gebu dan lembut walaupun dah 2 ke 3 hari...
    Untuk mendapatkan permukaan apam yang cantik dan tak berlubang2, elok sudukan adunan menggunakan sudu kecil untuk masukkan dalam paper cup...Mas guna sudu kfc atau sudu md tu...he3... Cuma yang nak buat dot2 je pakai piping bag. 
    Berdasarkan pengalaman yg lalu, adunan yg dimasukkan dlm piping bag mudah menjadi bubble disebabkan udara yg terperangkap dlmnya.
    Sebelum sudukan adunan tu kedalam cup, kacau2 dulu adunan supaya angin2 yang masuk dalam adunan tu takde. 
    Tuang adunan hingga hampir penuh cup baru paipkan filling dan sudukan sedikit lagi untuk menutup filling tu, untuk elakkan filling jatuh kebawah setelah apam masak nnti disebabkan filling tu berat.
    Kukus setingkat jerk. Jangan bertingkat2...he3
    Kukus apam 15 - 18 minit...jngn lebih dari tu untuk elakkan apam tu keras dan kurang gebu dan lembut dan jangan kurang dari tempoh tu supaya apam masak sekata walaupun apam ni kecik jerk...mas pernah kukus 10 minit, bawah apam sedikit mentah...
    Jangan dedahkan apam lama di tempat terbuka, nanti apam keras, dah tak lembut. 
    Lepas angkat apam tu, biarkan sejuk dulu, Mas letak ditempat yg tak de kipas... baru masukkan dalam bekas bertutup.
    Apam polkadot ni boleh tahan 2 ke 3 hari...in sha Allah  



    Cara Mas membuat apam polkadot, boleh lihat DISINI
    dan resepinya DISINI



    Harap tips2 ini dapat membantu dan tima kasih banyak2 pada kawan2 yang banyak membantu dan tak jemu2 berkongsi ilmu dengan Mas...jadi Mas kongsikan disini pulak yerk..mudah2an kita semua mendapat banyak kebaikkan darinya...klu ada tips2 yg tertinggal...in shaa Allah, Mas akan update nnti...

    Untuk yang berminat, boleh order dengan Mas , cont jerk 0134242505.



    Sunday, October 14, 2012

    Karipap Ros Sedap.....best sangat pastrynya - rangup




    Assalamualaikum.
    Serius suka sangat dengan karipap ni.....rasa macam inilah karipap yang terbaik yang Mas pernah makan...he3....memang susah nak stop bila dah start makan karipap nie....Mas suka sangat dengan pastrynya yang rangup nie....macam berlapis2 sikit kejadian pastry nie...tu yang best sangat...walaupun dah sejuk....kulit karipap ni tetap rangup...Mas simpan dalam bekas bertutup jerk ....mungkin itu salah satu faktornya...doh pastry ni pun Mas simpan semalaman dalam freeze, doh tu dimasukkan dalam tapeware bertutup rapat, sebab tak sempat nak buat petangnya...Alhamdulillah......hasilnya sangat best...TQ pada Ros Jintanmanis dan Izahdaut yang rekemenkan resepi pastry karipap Ros ni kat Mas masa sembang2 kat FB...memang kebetulan bercadang nak buat karipap frozen...


    Karipap Ros Sedap
    Sumber : Izahdaut

    Untuk Pastry Rapuh
    Bahan :
    400 gram tepung gandum
    1/2 cawan minyak
    2 sudu besar marjerin
    1/2 cawan air sejuk ( letak kiub ais)
    garam

    Untuk Inti Keledek
    Mas dan Izah guna kentang
    Bahan :
    1 biji keledek saiz besar ( boleh dinganti dengan kentang)
    * Mas dan Izah guna 5 - 6 biji sederhana kentang
    1/2 gengam ikan bilis ( boleh ganti dengan daging atau isi ayam)
    2 sudu besar udang kering
    2 sudu besar serbuk kari * Mas ikut Izah taruk 3 sudu besar
    1 sudu besa cili kisar *omit
    * Mas ikut Izah tambah isi ayam semangkuk
    garam
    2 biji bawang kecil dan daun kari dikisar - Mas tambah

    Cara :
    Buat Doh Pastri dulu
    1. Campurkan sedikit garam dalam air sejuk, masukkan marjerin di dalam tepung gandum dan sebatikan, kiranya akan jadi seperti berketul-ketul halus, macam serbuk roti, panaskan minyak dan curah di dalam tepung tadi, dengan menggunakan sudu, kacau ke seluruh adunan.
    2. Selepas itu curahkan air sejuk tadi dan uli hingga menjadi doh, air jangan masuk semua, kira agak-agaklah kelembutan doh tu, setelah menjadi doh dan doh pemukaan doh agak licin,  masukkan doh ke dalam plastik bersih dan perap di dalam peti ais lebih kurang 1 hingga 2 jam, langkah ini penting bagi mendapatkan doh yang rangup dan senang untuk di canai nanti. *izah tak masukkan dlm peti es, cume biarkan doh yang sudah licin diuli sebati lebih kurang 1/2 jam. Sementara itu boleh buat inti karipap.
    Mas rajin sangat dan masukkan jerk dalam breadmaker untuk menguli, stepnya tetap Mas ikut..he3 dan doh tu Mas perap semalaman dalam petiais....




    Buat Inti Karipap
    1. Potong dadu keledek dan rendam dalam air, blender udang kering dan ikan bilis hingga hancur, ketepikan. Panaskan minyak dan tumis bahan2 kisar, cili kisar, dan pes serbuk kari hingga garing.
    2. Kemudian masukkan bahan yang di blender tadi dan kacau sebati, akhir sekali masukkan keledek dan 1 cawan air, kacau selalu dan biarkan keledek empuk, sesuaikan rasa, masukkan garam, setelah masak dah inti agak kering, tutup api dan sejukkan.

    Proses Mengelim
    1. Keluarkan doh dari peti ais, dan bahagikan doh pada bahagian kecil, ikut lah nak buat karipap bentuk ape, bulat ke, love ke, bentuk biasa ke, kemudian terap doh bentuk bulat dengan menggunnkan tapak tangan dan isikan inti keledek tadi, kelim seperti biasa, kalau nak guna acuan pun boleh. Ulang langkah tadi hingga doh habis. Panaskan minyak, pastikan minyak betul-betul panas dan tidak menggunakan api yang terlalu besar, goreng hingga keperangan. Angkat dan sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba. 




    Untuk Frozen Karipap Tanpa Digoreng
    By : Izahdaut

    Lepas je dikelim kemas karipap tu, susun satu2 karipap atas bekas tak melekat. * di alas plastik pun boleh. Atau bekas apa2 la kan. Pastu masukkan ke tempat sejuk beku. Bior dlm sejam ke sejam lebih baru disusun tanpa lapik mcm dalam gambor di atas ke dalam taapuware. Bila karipp tu dah keras ianya mmg tak melekat dah. Bila nak goreng defros dulu dlm 1/2 jam dengan susun satu2 karipap dlm bekas. Sebab kalau defros gitu je takut bila karipap lembut ianya akan melekat antara satu sama lain lak. Sekian :-)


    Wednesday, October 3, 2012

    Cotton Soft Japanese Cheesecake




    Assalamualaikum.
    Hmmm...baru jerk nak stop buat kek...ada ajerk yang menggoda.
    Serius, Cotton Soft Japanese Cheesecake ni sedapppp sangatttt...sangat2 lembut gebu...rasanya kalau dah start makan, memang susah nak stop...memang terbaikkkk.....gara2 Izahdaut tayang pagi2 tadi.....kena juga Mas buat disebabkan bahan2 pun dah ada semuanya...hmm..memang nak salahkan juga makcik sorang tu...kikikikikiki. Dan Mas buat 1/2 adunan jerk sebabkan faktor cheese yang tinggal sikit...ingatkan nak buat benda lagi....kek juga jadinya yerk...he3


    Cotton Soft Japanese Cheesecake
    Sumber : Alma@myresepi
    (kebanyakan blogger dah pernah buat kek ni kan, nak sebut 1 per 1 mau sampai tengah malam tak habis so, boleh google nama kek & jumpala ramai yang dah buat kan..tqvm bt semua blogger yg mengispirasikn kek ni) 

    Sumber :  Izahdaut

    Bahan : 
    Loyang bulat 9 inci 

     Bahan A: 
    250 g cream cheese 
    50 g butter 
    100 ml susu segar (fresh milk) @ susu cair 70ml + air 30ml 
    6 biji kuning telur *izah guna 7 biji gred B
    1 sdb jus lemon @ 1 sdt esen vanila 
    1/4 sdk garam 
    60 g tepung kek @ tepung superfine @ guna tepung gandum - ayak 3 kali 
    20 g tepung jagung (cornflour @cornstarch) 

    Bahan B: 
    140 g gula kastor 
    6 biji putih telur  *izah guna 7 biji gred B
    3/4 sdk jus lemon @ 1 sdt cream of tartar 



     Cara : 

    Step I : Utk adunan A: 

    Cairkan cream cheese, butter & susu dgn teknik double boiler. kacau2 dengan whisk sehingga sebati. Bila dah cair, sejukkan adunan cream cheese tu td. 
     Kemudian, campurkan ke dlm adunan c/chs td dgn tepung, tepung jagung, kuning telur, garam & jus lemon ke dlm adunan cream cheese & gaul hingga sebati (gaul guna senduk kayu sj pun boleh, tapi Ana pukul guna mixer dengan kelajuan sederhana agar semua adunan halus dan sebati). 


     Step II : Utk adunan B: 

    Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama jus lemon, sampai berbuih2 (foamy). Lepas tu, tambahkan gula & pukul lagi sampai bertanduk (soft peak). 

    Tips dari Izahdaut :
    Kalau something wrong masa memutar telur putih tu, alamat kek memang tak menjadi.
    Jadi berhati2 masa ngasingkan putih n kuning telur tu. Pastikan telur tu lepas basuh keringkan betul2 dulu, jgn ada setitis air pun masuk dlm putih telur yang di asing. Masa asing tu elok2 jangan ada kuning telur termasuk dlm putih. Bekas mangkuk putih telur tu pun jgn ada air tau ( kering ). Pastu putar telur tu sampai jadi meringue kental dan bertanduk. Bermakna kalau terbalikkan mangkuk telur tu, telur tu tak jatuh pun. Sungguh kental la tu.
    Sedikit tips la kan, Kalau lah andai kata, masa memutar putih telur tu, kita trasa mcm kurengg tak naik n tak brapa gebu jek putih telur tu, amik jek sebiji lagi putih telur campurkan skali. InsyaAllah menjadi.

     Step III : 
    Campurkan adunan Bahan A td ke dalam adunan Bahan B yg dah gebu tu dan kacau sampai sebati. Sediakan tin/bekas kek yg bulat berukuran 9 inci, yg digriskan bwhnye & dialas dgn kertas baking. tepi loyang tak perlu gris ya. Tuang adunan kek dlm tin kek. 
    Bakar kek dlm kire-kira sejam, dgn cara au bain-marie (waterbath), pd 160 degrees C / 325 degrees F. 

     Waterbath :
    Sediakan loyang yg lebih besar dari loyang kek, isikan air panas, kemudian letakkan loyang kek tadi di dalam loyang yg berisi air panas. Bakar hingga masak, test guna lidi ya, dah masak, off suis oven, renggangkan pintu oven sedikit dan biarkan kek di dalam hingga agak sejuk supaya kek tak mendap@turun mendadak. Sisip tepi kek dan terbalikkan, hiaskan dengan filling kesukaan, sedap dimakan sejuk.  




    Blueberry Topping 

    Bahan :
    1 tsp Gelatin @ Serbuk agar2 *Ana guna gelatin Halagel 
    30 ml Air 
    150 g Blueberry pie filling @ apa2 filling kesukaan 

    Cara : 
    Campurkan gelatin @ agar2 dengan air. 
    Panaskan sebentar dan campurkan blueberry. 
    Sapukan ke atas cheesecake dan sejukkan sebentar.



    Tempahan dibuka untuk sekitar Shah Alam dan kaw2 sewaktu dengannya....boleh email Mas di Mashitah80@gmail.com atau pm jerk kat FB....


    Tuesday, September 18, 2012

    Sup Kaki Ayam Pedas




    Assalamualaikum.
    Sape suka makan kaki ayam....he3...
    Serius Mas tak tahu rupanya kaki ayam ni pun banyak juga khasiatnya. Mas kongsikan disini yerk infonya....

    Khasiat Kaki Ayam
    Rujukan : Inilah.com

    Dapat Mencegah Osteoporosis...

    Tau tak Osteoporosis tu apa...???  hehee..
    Mesti korang tau kan iaitu sejenis penyakit tulang rapuh, mudah retak, dan patah. Ia biasanya tidak menimbulkan gejala kerana prosesnya berlangsung tanpa disedari.

    Meskipun Osteoporosis terjadi pada golongan veteran, tp kini ia juga menyerang golongan muda, kerana gaya hidup yang tidak sihat seperti suka merokok, malas bersenam, minum kopi dalam dos berlebihan dan juga mengamalkan minuman keras.. sebab tu iklan di TV menyarankan kita minum SUSU ANLENE.. Mencegah tulang menjadi rapuh.. ;)

    Seperti yang diambil dari bl-health, hydroxyapatite adalah makanan untuk tulang yang berasal dari tulang binatang. Secara logiknya, memang makanan yang tepat untuk tulang adalah tulang.
    Nah, salah satu makanan yang banyak mengandung zat ini adalah kaki ayam. Tanpa disedari kaki ayam banyak mengandung protein yang membantu merawat kulit, otot, tulang, dan kolagen. Kolagen adalah sejenis protein jaringan ikat yang liat berwarna kekuning-kuningan. Jika terkena panas, kolagen akan mencair jadi agak kental.

    Selain itu, tubuh juga akan mencari cadangan kalsium yang diperlukan tulang. Hal inilah yang menyebabkan tulang kehilangan kepadatan dan kekuatannya, sehingga mudah retak, bahkan patah.
    sumber dari SINI





    Resepi Sup Kaki Ayam Pedas ni Mas belajar dari mak Mas. Selain dari dibuat sup, Mas suka masak kaki ayam macam ni...memang sedapp...enak dimakan dengan nasi atau pun dimakan begitu saje....
    Kalau ada yang berkenan...sila2 mencuba yerk...memang mabeles.

    Sup Kaki Ayam Pedas
    Resep : MasDuniaku

    Bahan :
    12 ketul kaki ayam 
    5 biji cili kering ikut pedas - potong 2 jerk
    halia - potong nipis2
    2 ulas bawang putih - tak payah kopek kulit - basuh bersih
    2 sudu besar sos lada hitam ( klu x de, sos tiram + lada hitam yg ditumbuk )
    1/2 kiub ikan bilis
    sedikip kicap lemak manis
    garam jika perlu
    air tepung jagung secukupnya

    Caranya :
    Basuh bersih2 kaki ayam. Mas rendam kejap ngan cuka kurma dan bilas sebersihnya, boleh juga guna tepung.
    Ambik towel bersih @ kitchen towel, lap kaki ayam tu hingga kering, ini untuk mengelak kaki ayam meletup masa proses menggoreng nanti.
    Panaskan minyak dalam periuk dan masukkan kaki ayam tadi, tutup periuk dan biar kaki ayam tergoreng hingga kaki ayam nampak cokelet2 sikit, tutup api dan biarkan kaki ayam tu, terus jerk tuang minyak kebekas minyak.
    Kemudian masukkan air panas kedalam periuk yang ada kaki ayam tadi, agak2 tenggelam kaki ayam tu.
    Masukkan juga cili kering, halia, bawang putih, sos lada hitam ( @ sos tiram dan lada hitam ditumbuk ) dan kiub ikan bilis. 
    Masak dengan api perlahan hingga kaki ayam lembut.
    Kemudian masukkan sedikit kicap lemak manis dan rasa, jika ok, masukkan bancuhan air tepung jagung dan kacau, kepekatan kuah bergantung pada selera masing2 yerk....
    Tutup api dan boleh dihidangkan.


    Wednesday, September 12, 2012

    Kek Span Coklat Ayat Sendiri




    Assalamualaikum.
    Sebenarnya dah kali 2 Mas buat Kek Span Coklat Ayat Sendiri ni. Masa buat untuk first timenya, Alhamdulillah, menjadi dengan jayanya...tapi topping pulak yang gagal...masa tu Mas buat topping buttercream dan topping tu termanis sangat...hilang mood nak betul2 menikmati  Kek Span Coklat Ayat Sendiri ni. Jadi Mas buat lagi semalam...he3...
    Alhamdulillah, setelah berguru dengan Anna Qawina, topping cream cheese Mas menjadi dan rasanya sedapp sangat. TQ yerk Anna.
    Cerita tentang Kek Span Coklat Ayat Sendiri ni, Mas betul2 seronok mencubanya. Kek ni tak susah sangat membuatnya, asalkan ikut betul2 resepinya. InsyaAllah menjadi dan rasanya.....MEMANG SEBIJI MACAM KEK SPAN KAT KEDAI KEK, gebu dan ringan, tapi tak terlalu ringan, tak terlalu berat, sedang2 ajerk....tak muak rasanya bila dimakan. Memang terasa macam makan kek yang dijual kat kedai kek....
    Terima kasih banyak2 pada tuan resepi Zethy305f@MyResepi.com yang sudi berkongsi resepi kek coklat span yang mabeles ni....memang terbaikkk


    Kek Span Coklat Ayat Sendiri

    Bahan : 
    ( 1 biji kek 1/2 kg kot )

    Bahan A

    4 biji telur (elok gred B, klu saiz kecik lebihkan sebiji )

    120 g gula kastor - Mas ayak dulu gula kastor tu

    1 camca besar ovallate 

    1 camca besar mayonis original yg putih


    Bahan B :

    80 g tepung gandum

    20 g serbuk koko

    20 g tepung jagung

    1 camca teh baking powder


    Bahan C :

    65g butter cair - sejukkan dulu ( sy ganti dgn minyak masak je )


    Cara :

    Panaskan dulu oven dengan suhu 170c.

    Satukan semua bahan B dan AYAK 5 KALI untuk mendapatkan kek yang ringan dan gebu. Ketepikan

    Satukan semua Bahan A dalam 1 mangkuk dan putar dengan mixer sampai jadi putih gebu dlm masa 15 minit. Guna kelajuan paling maksimum yerk, kalau tidak, x jadi putih gebu.

    Kemudian masukkan Bahan B yang telah diayak 5 KALI tadi dan putar lagi sampai sebati selama 3 minit.

    Kemudian masukkan Bahan C dan putar lagi selama 3 minit. Adunan siap.

    Sapukan loyang dengan minyak dan Mas letakkan kertas minyak tengahnya dan tabur tepung gandum keliling loyang yg disapu minyak tadi dan barulah tuang adunan kek. Saya guna loyang  bulat 9 inci, jadi terpaksa buat 2 adunan utk dptkan 2 layer tu. Sbb nipis utk dibelah 2. 

    Mas guna loyang kecil, jadi boleh belah 2 kek tu sbb kek jadi tebal.

    Bakar kek selama 45 minit dengan api atas bawah.

    Lepas siap masak, terus keluarkan kek dari oven n hentak 2,3 kli perlahan2 n telengkupkan @ terbalikkan atas redai dlm 10 minit (ala2 buat mcm kek chiffon).

    Mas tak hentak pun sebab dah letak kertas minyak kat tengah loyang, hanya sisipkan keliling kek tu jerk lepas 10 minit telangkupkan kek tu.

    Lepas tu barulah lalukan hujung pisau di sekeliling kek utk longgarkan kek dari acuan n then terbalikkan semula..masa ni pepandai la korang buat nk bg kek tu keluar dr loyang tu.senang je dia loose sendiri lps lalukan hujung pisau tu

    Utk cream kat atas tu sy bantai guna sebuku buttercup,100g gula yg diblend halus..putar semuanya sampai gebu.lepas tu tambah 100g coklat masakan yang dicairkan(nk ganti serbuk koko pun xpe dlm 2 camca besar)..putar lg smpai sebati-sy rasa ada lg resepi buttercream lain yg lebih baik.ni b.cream emergency pakai yg mana ada kat dapur je.hehehehe

    Coklat yang kerinting2 kat atas tu cara nak buat nye senang je..amik coklat bar(belasah je coklat masakan)..then parut.bkn pemarut lubang halus2 yang parut nenas utk buat jem nenas tu tau..parut yg org guna utk buang kulit kentang,kulit timun batang..ha..parut je cam nk buang kulit kentang tu ha..nnti dia otomatik kerinting sendiri.

    **mtk maap guna ayat sendiri,sy xtau kat mana dh sy amik resepi ni terpaksa bina ayat sndiri.klu xpaham, tanya lah yek..msti ada yg pelik guna mayonis dlm kek ni kan..sy pun xbrp pasti ape fungsinye..ikut je resepi.sy penah buat xbuh mayonis,kek span tu jd kering mcm roti coklat..bila guna resepi yg ada mayonis ni,kek tu mcm lembab ckit..penah dgr kek buh cuka atau jus lemon tak?ha..fungsi dia mcm tu la kot.hehe..pepandai aku je buat conclusion 


                                   

    Untuk Topping kek, Mas guna resepi kat blog Anna Qawina. Sila abaikan deko yang agak serabut tu...kelam kabut buat sebab Adam dah bangun...he3


    Resepi Krim Keju II

    Krim keju jenis ini memang sedap dan dapat dalam kuantiti yang banyak, namun tidak sesuai digunakan jika hendak digunakan di tempat panas dan perlu sentiasa dalam keadaan sejuk, jika tidak krim akan mudah lembik dan jika terlalu lama diluar akan mudah 'basi'-betul ke istilah basi tu? hehe


    Sumber : MakLang Azie & Anna Alisya

    Bahan Cream Cheese Topping II :
    500 g w/cream - pukul sampai jadi soft peak
    250 g CreamCheese
    60g gula icing
    110 g butter
    lemon emulco @ lemon paste (gunakan beberapa titik shj)


    Cara2 :
    Pukul CreamCheese + butter + gula icing + lemon emulco. Masukkan w/cream yg dah gebu td sebatikan.

    Resepi II ni Ana dapat daripada blog Anna Alisya, tokey kek yang cemerlang bagi saya kerana beliau bekerja dan sempat pula buat kek..hehe..resepi ni Anna Alisya dapat setelah pergi kelas RVC Mak Lang Azie. Jasamu ku kenang sampai bila2 Ana..terima kasih banyak2..
                                                                                         

    Tempahan dibuka untuk sekitar Shah Alam dan kaw2 sewaktu dengannya....boleh email Mas di Mashitah80@gmail.com atau pm jerk kat FB....



    Tuesday, August 28, 2012

    Ketupat Palas dan video cara membalutnya...




    Assalamualaikum.
    Selamat Hari Raya diucapkan buat semua ....
    Curi masa sikit mengupdate blog...hmm..bunyi macam sibuk jerk kan...tidak la buzy mana pun..cuma masa ngadap laptop agak terbatas sikit....apa lagi Adam dah pandai nak main..rasa seronok sangat melayan kerenahnya....ngan suasana raya yang masih panas lagi ni...ada juga aktiviti berhari raya...esok lusa, InsyaAllah, nak balik rumah MIL pulak beraya...
    Meh layan dulu Ketupat Palas dan cara membuatnya....balik Kedah baru2 ni..ambik resepi dari mak Mas, boleh dikongsi di sini ...Mas sertakan juga video cara2 membalut daun palas...ayah dan mak Mas siap buat berniaga ketupat palas tiap2 tahun tau...cuma tahun ni jerk tak buat atas faktor mak yang tak berapa sihat...jadi sudi2 la mencuba, buat yang mencari2 resepi Ketupat Palas....

    Ketupat Palas
    Resepi : MasDuniaku

    Bahan :
    1 kilo beras pulut
    santan dari 1 biji kelapa
    sedikit garam
    daun palas




    Cara :
    Basuh bersih pulut dan toskan. Kalau nak rendam kejap pun boleh.
    Sukat santan dari sebiji kelapa sama banyak dengan pulut. 
    Tips : Mak Mas campur air kelapa masa perah kelapa parut tu.
    Didihkan santan dalam periuk dengan api perlahan dan masukan garam secukupnya dan baru masukkan pulut. Pastikan periuk tu besar supaya senang mengacau pulut tu.
    Sentiasa kacau hingga pulut kering dan boleh angkat. Pulut tu akan jadi 1/2 masak.
    Boleh terus balut pulut dengan daun palas. 
    Masa membalut, jangan masukkan pulut tu banyak sangat @ padat untuk elakkan ketupat pecah masa merebus, kan pulut tu 1/2 masak, pulut akan kembang lagi masa merebus.
    Dah siap balut, gunting lebihan tangkai ketupat tu.
    Letakkan daun2 palas dan daun pandan dalam periuk dan baru susun ketupat atasnya.
    Tuang air panas suku dari sukatan ketupat2 dalam periuk tadi, tutup tudung periuk dan boleh terus rebus atas api sederhana hingga air kering. 
    Boleh angkat dan dihidangkan dengan rendang atau kari.

    Nota :
    Tempoh memasak Ketupat Palas diukur mengikut air yang digunakan untuk merebus Ketupat Palas tu, bukan diukur dengan kiraan jam.
    Ketupat yang belum direbus boleh difrozenkan, nak makan, baru rebus.

    Untuk daun palas :
     Pisahkan daun2 palas, anda perlu mengirai-ngirai daun palas terlebih dulu dan lepas tu pisahkan dan tarik daun2 palas tu. Boleh pilih daun yang cantik jerk untuk dijadikan  ketupat.
    Kemudian gunting sikit bahagian hujung daun palas tu supaya nampak rata dan cantik, buka lipatan daun palas untuk melembutkan dan raut lurus dengan menggunakan tangan supaya habuk2 kat daun tu dikeluarkan. Gulung2 dulu daun palas tu baru lipat menjadi ketupat, cara begini untuk memudahkan kerja2 membalut Ketupat Palas



    Mas sertakan video cara2 membalut Ketupat Palas...sila abaikan suara2 tu yerk..he3..tq pada ayah tersayang yang menjadi modelnya...