Sunday, October 14, 2012

Ayam Percik III (Malay Traditional Creamy Grilled Chicken III)

 This is a third version of Ayam Percik posted in my blog and this is inspired from a friend Hatta who cooked for us in the last Ramadhan. - very easy to prepare and surely delicious and nice aroma.
By: Roz@HomeKreation
INGREDIENTS:
1/2 Chicken (bottom part) 
1 tbsp Chili Powder
1 tsp Black Pepper Powder
1 Big Onion*
2 cloves Garlic*
2" Ginger*
1" Galangal*
1 Lemongrass*
1 tbsp Coriander Seeds*
1 tsp Cumin Seeds*
1 tsp Fennel Seeds*
1 tsp Turmeric Powder*
1/2 packet Coconut Powder*
Salt*, Sugar*
(* blend with plenty of water until fine) 
Extra Virgin Olive Oil

METHOD:
1. Rub chicken with salt & sprinkle chili powder & black pepper all over.
2. Place chicken in a baking casserole.
Pour blended ingredients* on top of chicken.
Springle EVOO all over.
3. Bake 200C until done.
I used microwave roast function 28min.
4. Chop & pour leftover gravy from roasting pan.
Serve with white rice.
************************************

BAHASA MALAYSIA VERSION
Ini versi ke 3 Ayam Percik yg Along kongsikan kat blog ni. Versi ni amat mudah sekali tapi tetap sedap. Resepi ni di ilhamkan dari En Hatta yg hidangkan ayam ni sewaktu berbuka puasa kat rumah dia di bulan Ramadhan yg lepas. En Hatta memang terrer bab2 masakan, maklum lah tokey restoren kan. Thanks dear for the treat and hope you don't mind me sharing here.

By: AlongRoz@HomeKreation
BAHAN2:
1/2 ekor Ayam (bahagian bawah) 
1 sb Serbuk Cili
1 st Serbuk Lada Hitam
1 bj Bwg Besar*
2 ulas Bwg Putih*
2" Halia*
1" Lengkuas*
1 btg Serai*
1 sb Biji Ketumbar*
1 st Jintan Manis*
1 st Jintan Putih*
1 st Serbuk Kunyit*
1/2 bungkus Santan Serbuk*
Garam*, Gula*
(* blend dgn sedikit air sehingga halus) 

Extra Virgin Olive Oil

CARA2:
1. Lumur ayam dgn garam & taburkan serbuk cili & lada sehingga rata.
2. Letakkan ayam dlm bekas pembakar.
Tuangkan bahan2 blend* ke atas ayam.
Renjiskan EVOO sehingga rata.
3. Bakar 200C sehingga masak.
Along guna microwave roast function 28min.
4. Potong2 ayam & tuangkan lebihan kuah dari dulang pembakar.
Hidangkan dgn nasi putih.

Friday, October 12, 2012

Rainbow Cake @ Kek Pelangi




Assalamualaikum.
Selamat berhujung minggu buat semua....cuaca hari ni pun hujan jerk kan....sejukkk...nak kluar jejalan pun rasa malas....meh layan dulu Rainbow Cake nie....rainbow 4 warna ???...he3...testing buat sikit dulu...jadi bedal jerk mana yang ada...godek2 dapur...ada 4 warna jerk yang ada, jadi Mas buat jerk la...kek yang sangat sedapppp...apa lagi ditopping dengan Cream Cheese Frosting....perhhhhh....memang terbaik....makan sejuk2 lepas kluar dari freeze....lagi best....tekstur kek ni yang lembab2 gebu memang mengasyikkan bila dimakan...suka sangat...


Rainbow Cake @ Kek Pelangi
Resepi : Whisk Kid
Rujukan 1  : Zuraini Alias FB
Rujukan 2 : Kak Azlita dan Juwita

Bahan :

3 cwn tepung gandum
4 sdk baking powder
1/2 sdk garam
1 cwn butter ~ suhu bilik
2 cwn gula castor ~ Mas dan Ita guna 1 3/4
5 biji putih telor ~ suhu bilik
2 sdk esen vanila
1 1/2 cawan susu segar ~ suhu bilik
pewarna - oren, merah, kuning, biru, ungu dan hijau



Cara :
Sediakan loyang 8 inc ~ kalau boleh 3 loyang. Sapu loyang dengan butter dan alas dasar loyang dengan baking paper. sapukan juga baking paper dengan butter
Panaskan oven pada suhu 170C
Ayakkan tepung, baking powder dan garam ~ ketepikan
Dalam bekas mixer pukul butter dan gula sampai kembang dan gebu atau butter bertukar warna putih .
Masukkan telur putih dan pukul lagi sampai gebu dan ringan
Masukkan esen vanila
Kemudian slowkan yang paling perlahan sekali, mixer, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar
Boleh juga guna spatula dan guna kaedah kaup balik.



*Tepung kena berselang seli dengan susu. Mulai dengan tepung dan akhiri dengan tepung juga.
maksunya : tepung ~ susu ~ tepung ~ susu ~ tepung ~ susu dan akhir mesti tepung


Kemudian bahagikan adunan sama banyak dalam 6 bekas berasingan

*timbang setiap adunan supaya dia sama tebal bila dah siap di bakar



  • Letakkan pewarna dalam setiap bekas dan gaul rata

  • Masukkan dalam loyang

  • Bakar adunan tadi satu persatu dalam oven pada suhu 170C letak pada rak bawah menggunakan api atas dan bawah dan bakar selama 15 ~ 20 minit atau sehingga kek benar-benar masak.

  • Bila dah masak letak atas redaiTunggu dia sejuk sekejap dan kemudian terbalikkan

  • Kemudia boleh lah teruskan membakar pada adunan yang lain satu persatu hingga siap 6 lapisan



  • *Jangan tindih2 kan kek bersama kerana kek mudah melekat dan nanti kek nampak comot dan tak cantik bila dia bertindih dan melekat antara satu sama lain.





    Resepi Krim Cheese :
    Bahan :
    500 grm whipping cream - brand VIVO
    250 grm cream Cheese - brand Phillidephea
    60 grm gula icing
    110 grm butter
    2 titik lemon paste

    Cara :
    Pukul whipping cream hingga kental. ketepikan
    Dalam bekas lain, pukul krim keju bersama semua bahan lain hingga berkrim.
    Satukan whipping cream tadi bersama krim keju, gaul sebati, boleh juga  pukul dengan mixer dengan kelajuan perlahan.
    Boleh digunakan untuk menghias kek anda

    Untuk melapis.
  • Mulakan dengan satu lapis kek mengikut warna kegemaran.

  • Sapu sedikit cream cheese diatasnya dan ratakan.

  • Dengan menggunakan pengayak ayak serbuk coklat siatas laisan cream cheese tadi. * Mas tak buat..

  • Letak lapisan kek yang berwarna lain pula diatasnya dan ulang stepa ini hingga habis. 

  • Setelah lapisan yang terakhir jangan ayakkan serbuk coklat sebaliknya buat lapisan cheam cheese agak tebal dan kemaskan kek dengan menyapu keseluruhan cream cheese tadi disekeliling kek.

  • Hias mengikut kreativiti masing-masing.






  • Tempahan dibuka untuk sekitar Shah Alam dan kaw2 sewaktu dengannya....boleh email Mas di Mashitah80@gmail.com atau pm jerk kat FB....



    Tuesday, October 9, 2012

    Kuih Lompat Tikam - sedappppp




    Assalamualaikum.
    First time tau Mas buat Kuih Lompat Tikam ni. Selalunya Mas beli jerk. Berbaloi buat sendiri sebab dapat banyak untuk 1 adunan....puas juga makan...he3
    Simpan dalam freeze lagi best.....sejukkk nyaman jerk bila makan....
    Macam biasa, resepinya dari Kak Fida Myresepi. TQ kak....


    Kuih Lompat Tikam 
    Resepi :  Kak Fida Myresepi

    Bahan :
    10 -12 mangkuk kecil 

    Lapisan bawah :
    62 g tepung beras @ 8 sudu besar 
    660 ml air @ 2 1/2 cwn + 2 sudu besar 
    62 ml air pandan @ 3 sudu besar  + 1/2 sudu kecil pewarna hijau
    1/2 sudu kecil garam
    1 sudu kecil air kapur - Mas x letak

    Lapisan atas :
    25 g tepung beras @ 3 sudu besar 
    600 g santan pekat @ 2 cawan + 5 sudu besar 
    1/2 sudu kecil garam

    Air gula :
    250 g gula melaka @1 cawan - yang telah dihiris halus
    500 ml air @ 2 cawan 
    1 helai daun pandan - di simpul

    Cara :
    Gula melaka, daun pandan dan air dimasak hingga mendidih dan gula larut.
    Tapis dan sejukkan.




    Cara :
    Campurkan bahan2 lapisan bawah di dalam periuk, Kacau rata dan masak hingga pekat dan berkilat, sampai nampak adunan meletup letup besar. Matikan api.
    Tuang adunan ke dalam mangkuk2 kecil yang bertutup hingga 1/2 bahagian mangkuk. Ketepikan.
    Masak pula lapisan atas hingga pekat dan tuang keatas lapisan bawah tadi. Sejukkan pada suhu bilik.
     Tuang secukup air gula ke atas kuih dan boleh di hidangkan.
    Jika suka makan sejuk,simpan kuih yang telah diisi air gula di dalam peti sejuk.



    Monday, October 8, 2012

    Ayam Perap Masak Kicap - simple dan sangat sedap




    Assalamualaikum.
    Sape yang suka Ayam Masak Kicap....Mas rekemenkan mencuba resepi dari Kak Fida nie. Memang sangat sedapp...nak membuatnya pun sangat mudah, cuma ayam tu kena perap beberapa jam dulu sebelum dimasak @ nak sedap lagi, perap semalaman, lagi best...baru masak bahan2 perapan tu hingga masak. Mas dah banyak kali dah buat Ayam Perap Masak Kicap ni, baru kali ni teringat nak share....he3
    Tima kasih pada Kak Fida yang tak lokek berkongsi resepi2nya yang mabeles di Myresepi. Kalau nak tengok cara2 membuat Ayam Perap Masak Kicap ni, boleh lihat diMyresepi.
    Selamat mencuba...   (^__^)


    Ayam Perap Masak Kicap

    Bahan :
     1 famili 
    1 ekor ayam (1kilo) - potong kecil
    6 ulas bawang putih *- ditumbuk halus
    1/2 ibu jari halia * - ditumbuk halus
    1 sudu besar cili giling - lebihkan jika suka lebih pedas
    1 sudu besar serbuk rempah kari *
    1 sudu kecil serbuk kunyit *
    1/2 cawan kicap manis *  - lebihkan jika suka, ikut selera
    1 - 2 sudu besar air asam *
    garam dan gula secukup rasa

    Bahan B :
    1 biji bawang besar - hiris bulat
    2 biji kentang  - potong baji dan goreng
    2 biji tomato - belah 4
    1 biji cili merah dan 1 biji cili hijau  - dipotong serong
    1 biji lada benggala merah (jika suka) - potong kecil
    sedikit daun sop,daun bawang - dihiris


    Cara :
    Bersihkan ayam dan toskan. Masukkan ke dalam sebuah mangkuk dan campurkan ayam dengan bahan2 yang bertanda * . Gaul rata2 hingga sebati.
    Perapkan dan simpan dalam peti ais untuk beberapa jam atau semalaman.
    Panaskan sedikit minyak masak dalam kuali @ periuk dan masukkan perapan ayam dan gaul hingga rata.
    Tutup kuali @ periuk dan masak lauk ayam hingga pekat atas api sederhana.
    Buka penutup kuali @ periuk dan kacau lagi rata2 dan tambah sedikit air jika inginkan berkuah.
    Tambah sedikit garam dan gula jika perlu secukup rasa. Akhir sekali masukkan Bahan B dan gaul sebati dan masak hingga lembut atas api kecil.
    Siap untuk dihidangkan. Tabur sedikit bawang goreng,dan tambahan hirisan daun sop dan daun bawang jika suka.


    Delicious Apple Cake

     Showing my hot cake that just came out from the oven.... I must clear all the apples in the fridge that start shrinking - seemed like nobody wanted to eat them anymore - as usual mommy's job is to turn something unappealing to magically irresistible....LOL! I think I am very successful to do that this time - this cake is so delicious - loaded with apple chunks. The moment I finished shooting some photos, half of the cake gone into my children's tummies - even Liana was screaming for the hot cake! That is such a real joy for mommy!

    I would say to all of you that do not wait until you have leftover apples - go and buy some and make this delicious cake! It is really awesome!

    There is another excitement I want to share.... look down and see my new bundt pan - used for first time. It is a carbon steel pan - quite heavy weighted 531g and the cake did not stick at all after baked! So what is the excitement? I paid only RM3.90 for it....! Yes, that's correct! That was on special offer at Carefour so I grabbed it right away despite I already have almost similar bundt pan....haha.

    By: Roz@HomeKreation
    Source: link
    Recipe slightly modified and retyped for simpler reference
    Makes: 25cm bundt or 8"-9" round
    INGREDIENTS:
    ~500g Apples (Green/Fuji) - peeled, cored, chopped 1cm cube 
    150-200g Brown Sugar (orig used white sugar) 
    3 large Eggs
    1 cup Oil
    1 tsp Grated Lemon Rind
    200g Self-raising Flour
    1/3 tsp Cinnamon Powder

    METHOD:
    1. Place sugar, egg and oil in a big bowl & whisk until creamy.
    Add in grated lemon rind.
    Sifted in flour & cinnamon and mix well.
    Add in apple and mix well.

    2. Pour into greased/lined tin and bake 170C for 45-50minutes until cooked.
    Serve warm with condensed milk or just plain.
    *******************************************************

    BAHASA MALAYSIA VERSION
    Hari ni tak kerja lewat malam, jadi sempat lah Along membakar sebiji kek selepas makan malam. Susah-hati tengok buah2 epal kat dlm peti-sejuk yg dah kecut, bebudak pun tak ingin nak makan. Meh buat kek, jangan membazir - buah epal bukan nya murah pun kan, sayang kalau terbuang. Alhamdulillah, tak sia2 buat kek ni - teramat lah sedap nya.... penuh dgn potongan buah epal & tentu nya teramat harum dan sedap rasa nya. Berebut2 anak2 Along makan sewaktu panas2.... Liana yg kecik tu pun berebut2 makan sama.... hehe laku betul, tak rugi buat walaupun penat pulang kerja! Anda semua mesti cuba ni, tak payah tunggu epal kecut, pi beli epal fresh & buat - rugi tak merasa.... hehe.

    By: AlongRoz@HomeKreation
    Source: link
    Resipi di ubahsuai sedikit & terjemah ke BM oleh HomeKreation
    Saiz: 25cm bundt atau 8"-9"bulat
    BAHAN2:
    ~500g Buah Epal (Green/Fuji) - kupas kulit, buah tengah, cincang 1cm kiub 
    150-200g Gula Perang (orig guna gula putih) 
    3 bj Telur (Gred A)
    1 cwn Minyak
    1 st Parutan Kulit lemon (Along petik Lemon kat tepi rumah tau... hehe) 
    200g Tepung Naik Sendiri
    1/3 st Serbuk Kayu Manis

    CARA2:
    1. Letakkan gula, telur & minyak ke dlm mangkuk & pukul sehingga pekat.
    Campurkan parutan kulit limau.
    Ayakkan tepung & serbuk kayumanis ke dlm adunan & kacau rata.
    Gaulkan epal sehingga rata.

    2. Tuangkan ke dlm tin yg di minyakkan & bakar 170C selama 45-50minit sehingga masak.

    Hidangkan suam bersama susu pekat jika suka.
    Top view

    Bottom view

    Sunday, October 7, 2012

    Bun Burger Resepi Kak Yani




    Assalamualaikum.
    Hmmmm...kalau dah start meroti.....mesti jadi gian meroti kan...kikikiki...tiba2 teringin makan burger...tapi tak nak roti burger beli.....homemade punya....jadi Mas try resepi Kak Yani, geram tengok bun burger Kak Yani yang cantik berkedut2 tu....nampak bun tu lembuttt jerk....tengok respon kat MyResepi pun, ramai yang dah menerainya....
    TQ kak...memang best bun burger resepi akak nie...
    lembut gebu jerk rotinya.....lepas bakar, Mas terus jerk belah dua, sapu butter ngan mayonis sikit dan letak inti burger, telur, sayur dan sos....hmmmm....lazat dinikmati...


    Bun Burger

    Bahan :
    ( 6 biji )
    250 g tepung roti - Mas guna tepung gandum jerk
    15 g butter
    20 g gula
    4 g garam
    1 biji telur
    1 sudu besar Horlick - Mas tambah
    170 ml susu ( jumlah sukatan susu campur dgn 1 biji telur)
    1 sudu kecil (3 g) dry yeast
    bijan secukupnya





    Cara :
    Masukkan semua bahan-bahan kecuali bijani ke dalam breadmaker. 
    Pilih untuk buat doh. On kan.
    Bila dah siap, keluarkan dr breadmaker. Tumbuk-tumbuk utk keluarkan angin. Bahagikan kepada 6. Buat bentuk bulat. Rehatkan selama 10 minit.
    Ambik sebiji roti. Tekan-tekan untuk keluarkan angin. Buat semula bentuk bulat. Ulang sampai habis dan susu doh atas dulang yang dilapik baking paper. Biarkan roti naik 2 kali ganda.
    Sapu @ semburkan permukaan roti dengan air. Mas sapu susu pekat manis + sedikit air, kemudian taburkan bijan. 
    Bakar dengan suhu 180 c selama 12 - 13 minit dengan api atas bawah.


    Saturday, October 6, 2012

    Vegetables Cannelloni (Popiah Itali)

     Can't wait to make the baked cannelloni ever since I returned from Taiping (for Idh in Aug) but gotta wait almost two months due to so many other priorities. I found the uncooked cannelloni in Tesco Taiping and bought only a box, which is enough for one serving for our family. I chose vegetables filling and using the usual tomato sauce that I used to cook pasta and also because it is my family's favourite. The whole combination was really delicious and Liana finished a double barrels! What a fabulous breakfast......!
    By: Roz@HomeKreation
    Serves 4-5 persons
    INGREDIENTS:
    1 box Uncooked Cannelloni
    Chopped tomato, brinjal, mushroom, spinach, Fresh Basil Leaves
    Garlic
    Extra Virgin Olive Oil
    1 Egg
    1 can (>400g) Tomato Puree
    Parsley
    Salt, Sugar, Pepper
    Grated Parmesan Cheese

    METHOD:
    1. In a bowl, mix chopped vegetables, 2 cloves pounded garlic, EVOO, salt, pepper & leave 5 minutes to absorb flavor.
    Add in beaten egg, grated parmesan cheese & mix well.
    2. Heat up 1 tbsp EVOO & stir fry 2 cloves chopped garlic until fragrant.
    Add in tomato puree and 1 can water.
    Season with salt & parsley.
    3. Stuff cannelloni with vegetables filling.
    4. Scoop half of the sauce & spread into a baking casserole.
    Arrange stuffed cannelloni in a single layer.
    Pour remaining sauce on top and sprinkle parmesan cheese.
    5. Cover with aluminium foil & bake 180C for 30 minutes or until cannelloni is fully cooked.
    Uncover foil & bake another 10 minutes to brown the top slightly.
    6. Serve with pretzel sticks or garlic bread.



    BAHASA MALAYSIA VERSION
    Pagi ni Along buat Cannelloni pasta yg di sumbat dgn bayam dan sayur campuran. Walaaa.... sedap nya hubby & anak2 makan sehingga Liana pun bertambah. Sonok tengok dia orang bersemangat makan! Along buat macam baked pasta yg selalu buat tu cuma kali ni guna Cannelloni. Along saja panggil ni Popiah Itali sebab bentuk & saiz yg sama cam popiah dan lepas tu ada pula inti sayuran.....setuju tak?

    By: AlongRoz@HomeKreation
    Saiz hidangan 4-5 orang
    BAHAN2:
    1 kotak Pasta Cannelloni
    Tomato, Terung, Cendawan, Bayam, Daun Selasih - cincang 
    Bwg Putih
    Extra Virgin Olive Oil
    1 bj Telur
    1 tin (>400g) Tomato Puree
    Parsley
    Garam, Gula, Lada Hitam
    Grated Parmesan Cheese

    CARA2:

    1. Campurkan sayuran, 2 ulas bwg putih yg di tumbuk, EVOO, garam, lada & perap 5 minit supaya sebati rasa.
    Gaulkan telur yg di pukul sedikit, grated parmesan cheese sehingga rata.
    2. Panaskan 1 sb EVOO & tumis 2 ulas bwg putih cincang sehingga wangi.
    Masukkan tomato puree & 1 tin air.
    Perisakan dgn garam, gula & parsley.
    3. Sumbatkan kesemua cannelloni dgn sayuran tadi.
    4. Ratakan separuh sos tomato ke dalam dulang pembakar.
    Aturkan cannelloni yg di sumbat - jgn di tindih.
    Tuangkan baki sos yg separuh lagi sehingga rata.
    Tabur parmesan cheese di atasnya.
    5. Tutup dulang dgn kertas aluminium & bakar 180C selama 30minit sehingga pasta masak lembut.
    Buka kertas aluminium & bakar 10minit utk garingkan sedikit permukaan nya.
    6. Hidangkan dgn pretzel sticks atau garlic bread.