Saturday, January 19, 2013

Daging Goreng Kunyit




Assalamualaikum.
Lama tak masak Daging Goreng Kunyit, bila tengok Noorsha tayang kat fb....perhhh...memang terliur sangat...kebetulan memang ada stok daging tuk masak Daging Masak Merah...hmmm...next time la masak Daging Masak Merah tu...he3....
Satu resepi yang sangat mudah, simple dan sangat sedappp....makan ngan nasi panas...hmmm...memang syok habisss...tak payah lauk lain dah....Mas sharekan juga resepinya kat sini cara Mas masak walaupun simple sangat membuatnya....untuk bahan2nya...agak2 lah yerk banyak mana...
Selamat mencuba...


Daging Goreng Kunyit
Resepi : MasDuniaku

Bahan : 
Daging lembut - potong kecik2
bawang kecil @ bawang besar - potong nipis2
sedikit bawang putih - hiris nipis2
cili padi - ikut pedas, hipis 
kunyit, garam dan sedikit kiub ikan bilis

Cara :
Gaulkan daging dengan serbuk kunyit, garam dan kiub ikan bilis, perap sebentar.
Tumis bawang, cili padi dan bawang putih hingga wangi...
masukkan daging yang diperap tadi dan kacau sebati, api sederhana yerk..
Masak hingga daging masak..boleh tambah sedikit air panas jika suka.....kalau guna daging lembut, dalam 10 minit dah masak daging tu...angkat dan sedia dihidangkan.
Enak dimakan dengan nasi panas...colek ngan roti pun best juga....
Selamat mencuba.... 





Thursday, January 17, 2013

Bolu Kukus Pelangi Putih Telur





Assalamualaikum.
Bahulu versi kukus....memang sangat lembut dan lembab...bila dah rasa seketoi....mesti nak lagi dan lagi dan lagi....betul kan Izahdaut  ^_^
Rasanya pun sedang2 jerk manisnya...memang best.....tapi nak membuat balo kukus ni...menggunakan 16 biji putih telur...hmmmm...pikir banyak kali gak..he3...tapi disebabkan teringinnnn sangat nak merasa...Mas buat 1/4 adunan...kikikikiki....Alhamdulillah....tak menghampakan..Ain n Daniel suka sangat...TQ pada tuan resepi Ibutio dan yang menyebarkan resepi ni  Kak Wan dan izah ....bestt sangat bolu kukus nie.....


Bolu Kukus Pelangi Putih Telur
Resepi : Ibutio
Sumber : Kak Wan dan  Izahdaut


Bahan A: 
500 ml putih telur 
300 gm gula pasir 
1 sudu besar cake emulsifier (ovellete) 
1/2 st garam 

 Bahan B: 
100 ml susu cair 
50 gm mentega cair (satukan) 

 Bahan C: 
1 st baking powder 
250 gm tepung gandum 
25 gm susu tepung (ayakkan) 

 Bahan D:  Mas letak pewarna jerk
1 st pasta strawberry 
1 st pasta lemon 
1 st pasta mocca 
1 st pasta pandan 




 Cara Membuatnya: 
1. Sapukan marjerin dan lapikkan kertas loyang bersaiz 9 inc 
2. Pukul putih telur, gula ovellete dan garam sehingga kembang dan kental 
3. Ayak tepung gandum, susu dan baking powder. 
4. Campur susu cair dengan mentega cair 
5. Masukkan campuran tepung gandum ke dalam bancuhan putih telur, kacau rata 
6. Tuang campuran susu, kacau rata 
7. Bagi adunan menjadi 3 @ 4 bahagian. 
8. Campur masing - masing adunan dengan macam-macam perasa. 
9. Tuang adunan lapisan pertama ke dalam loyang . 
10. Kukus selama 7 minit 
11. Lapiskan lapisan kedua. 
12. Kukus selama 7 minit. 
13. Lakukan sehingga lapisan terakhir dengan kaedah yang sama. 
14. Untuk lapisan terakhir, tutup penutup pengukus dengan aluminium foil dan kukus selama 20 minit.




Wednesday, January 16, 2013

Snow Cheesecake .....mabelesss




Assalamualaikum.
Meh layan jerk entry kek yang berderet2 ni.....gini lah kalau dah start buat kek...rasa susah lak nak stop...makan tidak la banyak mana pun...seronok buat tu yang lebih...sudahnya anak2 bawa gi sekolah...makan ramai2 ngan kekawan dia...he3
Untuk kali ke -2 Mas buat Snow Cheese Cake yang sangat sedap nie...lembut gebu kek ni bila dikawankan dengan cheese, menjadikan Snow Cheese Cake ni sangat mabeless...rasa susah pulak nak stop makan bila dah masuk mulut...resepi Mas copy dari Izahdaut dan Kak Diana. TQVM pd semua...Mas kongsikan disini pulak.....


Snow Cheesecake

Bahan²

6 biji telur ayam ( buang 2 putih telurnya ) 
100 gram gula halus
100 gram tepung hong kong ( blue key superfine boleh juga ) - akak guna self raising flour 
60 gram tepung jagung  ( maizena )
50 gram air sejuk  ( dari peti ais )
1 sudu teh baking powder -  tak letak
2 sudu makan ovelet
75 gram mentega  ( dicairkan )
izah tambah esen vanilla 


Untuk Krim
1 kotak cream cheese philadelphia
1/2 tin susu pekat manis - izah letak sekadar manis pada selera 

** ( satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul-ketul )


Untuk Topping
1/2 kotak kraft cheddar cheese (parutkan) 

 ** Dicadangkan parut halus supaya kek tidak muak ketika dimakan
.





Cara²
Masukkan semua bahan-bahan kecuali mentega cair dan putar.
Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat & putih.
Akhir sekali masukkan mentega cair. Putar lagi sehingga sebati dan pekat.
Sediakan acuan yang telah dialas dengan kertas minyak atau yang telah disapu dgn sedikit butter.
Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam, dengan kepanasan 150°C. ( * izah  bakar kek menggunakan kaedah waterbath ).
** Diana pula bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan bakar menggunakan api atas dan bawah.
Bila sudah masak biarkan sejuk. Bila dah sejuk, ambil pisau kek dan potong di tengah-tengah kek supaya menjadi dua bahagian. ( * izah potong kek  menggunakan benang ).
Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.
Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi keseluruh kek sebagai toppingnya.
Masukkan dalam peti ais dalam 1 - 2 jam. Lepas tu baru potong.



Sunday, January 13, 2013

Black Forest Cake





Assalamualaikum. 
Merajinkan diri menerai Black Forest Cake pulak...hmmm...tak dinafikan...sedapp sangat...  ^_^



Kek Black Forest
Sumber : Juwita Fariz


RESEPI CHOCOLATE SPONGE CAKE
(Loyang Kek 18cm / 7 inci)

BAHAN A:
* 3 biji kuning telur
* 100 gram gula castor
* 120 gram tepung kek
* 50 ml minyak masak
* 1 sudu kecil esen vanila
* 1/2 sudu kecil baking powder
* 1/2 sudu kecil soda bikarbonat


Cara :
1. Campurkan semua Bahan A ke dalam mangkuk adunan.
2. Kacau rata menggunakan senduk kayu. Ketepikan.


BAHAN B:
* 30 gram serbuk koko Van Houtan
* 120 ml air panas.

Cara :
1. Satukan bahan B.
2. Kacau sehingga serbuk koko hancur.
3. Masukkan Bahan B ke dalam mangkuk Bahan A dan kacau rata. Ketepikan.


BAHAN C:
* 3 biji putih telur
* 60 gram gula castor
* 1/4 sudu kecil cream of tar tar
* Loyang kek 18cm / 7inci


Cara :
1. Sapu dasar dan keliling loyang dengan marjerin. Alas dasar loyang dengan cooking sheet.
2. Panaskan oven dengan suhu 170 degree.
3. Dengan menggunakan mixer, pukul putih telur bersama cream of tar tar selama 2 minit.
4. Masukkan gula sedikit demi sedikit sehinggan gebu dan bertanduk. Adunan tidak tumpah walaupun diterbalikkan mangkuk pengadun.
5. Campurkan adunan kuning telur ke dalam adunan putih telur.
6. Kaup balik adunan supaya sekata. Jangan terlebih kacau.
7. Masukkan adunan ke dalam loyang.
8. Bakar dengan suhu 170 degree selama 50 minit atau sehingga kek masak.
9. Sejukkan di atas redai.




CARA MENGHIAS KEK BLACK FOREST

Bahan 2 :

* Whipped Cream (200ml) ( ita guna 300 ml)
* 25 gram gula halus
* Chocolate Syrup Hershey's
* Jem blueberry ( ini ita tambah)
* Dark Pitted Cherry / apa2 jenis buah pun boleh je
* Buah cherry bertangkai secukupnya
* Chocolate parut



Cara :
1. Bila kek sudah sejuk, potong kepada 3 lapis.
2. Pukul whipped cream bersama gula sehingga pekat, ringan dan gebu. (depends pd jenis whipped cream, mungkin ada yang tidak perlu tambah gula)
3. Sapukan chocolate syrup Hershey's di atas lapisan pertama. Ita sapukan blueberry jem yang dicairkan sedikit.
4. Kemudian sapu rata whipped cream di atas jem blueberry tadi.
5. Susun Dark Pitted Cherry. ita gunakan buah blueberry segar dan taburkan juga coklat chip.
6. Tutup dengan satu lapisan kek.
7. Kemudian ulang langkah 3 - 6 untuk lapisan kedua.
8. Selepas tutup dengan lapisan ketiga kek, sapu whipped cream di seluruh kek.
9. Tabur chocolate parut di tepi kek.Jika tiada gunakan coklat rice pun boleh.
10. Paipkan cream putar rosset bulat di atas kek dan letakkan cherry diatasnya.
11. Boleh tulis wording jika mahu atau hias ditengahnya.



Yummmyyy.....



Banana Fritters (Goreng Pisang Tepung Celup Hana)

 My hubby chopped a banana tree behind our backyard today and some of it already yellowish. I had small portion of dinner only as I wanted to reserve some space for banana fritters during supper. I took the opportunity to try the batter recipe shared by Hana recently. Coincidentally, at Hilmi's gathering yesterday we had hot crispy banana fritters and the maid shared the recipe (asked by a friend) which using the same ingredients.

I made only half of below's recipe as my hubby and son already full, but using one whole egg. The batter produces light and crispy crumbs.

By: Roz@HomeKreation
Source: Hana
INGREDIENTS:
2 cup Rice Flour
1 Egg (small)
1 tsp Sugar
¼ tsp Lime Water
(not too much or else batter will taste bitter)
¼ tsp Turmeric Powder
1 cup Water
Salt


METHOD:
1. Mix all ingredients until smooth.
2. Ready to be used as batter for fritters - banana/sweet potato/yam/etcs.
3. Deep fry until crispy.
***************************************************************************

BAHASA MALAYSIA VERSION
Memalam ni Along buat goreng pisang.... tadi petang hubby tebang pokok pisang kat belakang rumah. Gemuk2 pisang tu, ada 8 sikat kesemua nya. Along dah sedekah kat jiran2 belakang, selebih nya nak bawa gi office kasi kat member2 pula. Ada sesikat yg dah kuning, Along teringin betul nak makan malam ni juga. Tadi dinner makan nasi sikit jer sebab nak makan pisang goreng pula waktu supper ni. Teringat pula resipi tepung goreng yg di kongsikan oleh besan baru2 ni. Kebetulan, kelmarin gi khenduri rumah Hilmi & Maz, dihidangkan dgn goreng pisang panas yg rangup. Sorang kawan tu tanya resepi nya - letak tepung beras + kapur + telur, cam sama lak dgn resipi yg di kongsikan oleh Hana. Maceh ya besan cayang... mmg rangup pun tepung ni, ringan jer. Semuga makcik goreng pisang yg kasi resepi ni di murahkan Allah rezeki dia....

By: AlongRoz@HomeKreation
(Along buat separuh dari resipi di bawah ni tapi Along letak 1 bj telur)
Source: Hana
BAHAN2 TEPUNG CELUP:
2 cwn Tepung Beras
1 bj Telur (saiz kecil)
1 sk Gula
¼ sk Air Kapur
(jgn terlebih nanti pahit)
¼ sk Serbuk Kunyit

1 cwn Air
Garam


CARA2:
1. Bancuh kesemua bahan2 sehingga sebati.
2. Siap utk di celupkan pisang, ubi, dll & goreng sehingga rangup.
Angkat & toskan.
 


Saturday, January 12, 2013

Layered Cake & Caramel Pudding (Kek Puding Karamel)

 This cake has been very popular in the net for quite some time. My first trial was here but it was a plain version. I've been waiting for the right opportunity to try the colorful version and today I made it for a friend's prayer gathering. However, my marble version is batik style instead of the famous stripe.
By: Roz@HomeKreation
Source: Hana (tq to all contributors & original recipe owner)
Translated into English by HomeKreation
Size: 8.5"-9" round
(A) Caramel
2 tbsp Sugar
- Sprinkle sugar into the baking tin & heat up above small fire until melt & golden in color.
- Keep aside until harden.

(B) Pudding Layer
1 tin (400ml) Evaporated Milk
3 sb Sugar
1 st Vanilla
Essence
2 Eggs
3 Egg Yolks
1tsp Custard Flour
- Mix all ingredients slowly (do not beat) & strain onto the caramel.
- Keep aside while waiting for the next layer preparation.

(C) Merinque
6 Egg Whites
70g Castor Sugar
1 tsp Krim of Tartar

- Whisk until fluffy & form meringue.

(D) Cake Layer
140g Flour*

1 tsp Baking Powder* (* sift)
70g Castor Sugar
3 Egg Yolks
130ml Water
50ml Oil
- Mix all ingredients with spoon or whisker.
- Mix in the meringue well.
- Divide into few portion for different colors.
- Spoon onto the pudding layer alternate colors (should float).
- Bake in water bath at 170C (bottom heat) for 50 min + another 30 min (bottom+top heat).
- Rest 30 min before unmoulding it.
- Serve chilled.

 Just drop a spoon of each color alternately  & swirl for marble effect.
BAHASA MALAYSIA VERSION
Hari ni Along pepagi lah dah buat kek ni untuk di bawa ke khenduri doa selamat kawan. Kek ni memang popular tapi Along buat dulu cuma yg kosong tak berwarna - boleh tengok kat sini - lama dulu dah tahun 2009. Kali ni baru berkesempatan mencuba versi marble. Along buat style batik jer, sudukan & tompok2an warna berselang-seli.

By: AlongRoz@HomeKreation
Source: Hana (tq kpd kesemua penyumbang resepi ni ya... boleh tengok link kat blog Hana)
Resipi di taip semula untuk mudah rujuk sendiri
Saiz: 8.5"-9" round
(A) Gula Hangus
2 sb Gula
- Tabur gula dlm loyang & masak atas api perlahan sehingga gula hancur & berwarna perang.
- Ketepikan sehingga gula mengeras.

(B) Lapisan Puding
1 tin (400ml) Susu Cair
3 sb Gula
1 st Esen Vanilla
 

2 bj Telur
3 bj Kuning Telur
1 st Tepung Kastad (Along tambah)
- Campurkan kesemua bahan2 perlahan2 supaya tidak berbuih & sehingga sebati.
- Tapiskan ke dalam loyang gula hangus tadi.

(C) Merinque
6 bj Putih Telur
70g Gula Kastor
1 st Krim of Tartar

- Pukul sehingga kembang (meringue).

(D) Lapisan Kek
140g Tepung Gandum*

1 st Baking Powder* (* ayak)
70g Gula Kastor
3 bj Kuning Telur
130ml Air

50ml Minyak
- Campurkan kesemua bahan sehingga sebati dgn senduk (Along guna whisker)
- Campurkan adunan meringue (C) sehingga sebati.
- Bahagikan & warnakan.
- Sudukan adunan berselang-seli warna ke atas lapisan puding tadi (adunan akan terapung).
- Letak loyang kek ke dlm loyang besar yg berisi air panas.
- Bakar 170C suhu bawah selama 50 minit + suhu bawah & atas selama 20 minit.
- Rihatkan 30 minit sebelum di terbalikkan.
- Sejukkan sebelum di hidang.


Tuesday, January 8, 2013

Cake Pop




Assalamualaikum.
Cake Pop...kesukaan kanak2....apa lagi bentuknya yg ala2 lolipop dan berwarna warni....memang nampak menarik....
Nak membuatnya pun agak ringkas jika di lihat pada bahan2nya, cuma agak renyah semasa proses membuatnya...banyak step untuk menghasilkan cake pop nie....untuk  lihat cara2 membuatnya....boleh lihat DISINI.


Cake Pop

Bahan2 :
Kek coklat
3 sudu besar jem atau filing kesukaan
400 gm coklat masakan
Lolipop stick secukupnya
Hiasan kesukaan secukupnya



Caranya :
Ramas kek coklat.
Masukkan jem atau filing dan gaul rata hingga kek menjadi moist.
Ambil segenggam kek dan bentukkan menjadi bulat, susun dlm bekas dan teruskan sehingga habis, pastikan semua saiz sama .
Sejukkan bebola kek tadi dalam peti ais selama 2 jam lebih.
Setelah 2 jam lebih, bolehlah mulakan proses menghias bebola kek tadi.
 Cairkan coklat masakan dalam periuk secara double-boiler. Bila dah cair biarkan seketika.
Ambil batang lolipop dan celupkan sedikit hujungnya dengan coklat tadi.
Kemudian cucukkan ke dalam bebola kek yang sudah disejukan tadi lebih kurang setengah dalam bebola tu.
Biarkan hingga ia keras dlm 15 minit supaya ia tidak tercabut apabila dicelupkan ke dalam coklat cair nanti.
Kemudian celupkan perlahan-lahan bebola ke dalam coklat yg suam, salutkan ia sepenuhnya. Ketuk-ketukkan sedikit supaya lebihan coklatnya jatuh.
Bila dah siap dicelup, taburkan bahan hiasan yang disukai.
Kemudian cucukkan pada polystyrene supaya coklat boleh mengeras dan biarkan ia kering sepenuhnya. 
Siap dan boleh dinikmati.