Monday, January 23, 2012

Ubikayu Rebus & Sambal Ikan Bilis (Steamed Tapioca w Sambal)

 Kampung style breakfast for this morning..... whilst the father is enjoying it so much, UsuRaz is grumbling and disappointed with the menu because I promised him Spinach Pasta for this morning but changed my mind. Other than the father, AngahRuz & myself; UsuRaz & Liana didn't like it at all and they both opted for toasts instead.... see.... not all the time you can please everybody in the house!

For the sambal recipe, refer the earlier post here.
***************************************************************

BAHASA MALAYSIA VERSION
Ada sesiapa nak resipi dalam BM? Takda kot.... sambal tumis ikan bilis, semua org pandai buat kot.... Meh jamu mata jer lah ya... ni untuk org yg berselera kampung macam Along lah kan... bebudak susah sikit ler nak laku, dok selera makan pasta jer... susah betoi... dah majuk2 pagi ni tengok hidang ubikayu ni!

Kacang Phool Ayam

 I bought a can of foul beans which I found in Taiping Giant hypermarket during my last visit. I used baked beans to replace the foul beans in the earlier version that I posted here because I cannot find the real ones in Miri. This time I've added minced chicken instead of beef. This is the first time I tried foul beans..... comparing the two versions, I prefer the first version using baked beans!

By: Roz@HomeKreation
INGREDIENTS:
1 can Foul Beans (squeezed) 
250g Minced Chicken
5 Shallots*
1 cloves Garlic*
½" Ginger*
½ tsp Fennel Seeds*
½ tsp Cumin seeds*  (*blend) 
2 tbs Curry Powder
1 Big Onion**
1 Tomato**
Red & Green Chilies**
(**diced)
Salt
¾ Boiled Eggs (or fried/poached eggs) 
Slices of Toasted Bread

METHOD:
1. Heat up some oil & stir fry blended ingredients* until fragrant.
Add in curry powder & stir for a minute.
Add in chicken meat & stir until cooked.
Add in foul beans & salt.
Let it boiled & add in tomato, onion & chilies.

2. Serve with toasted bread and eggs.
*************************************************

BAHASA MALAYSIA VERSION
Kali ni Along buat Kacang Phool guna kacang yg sebenar, dulu Along buat guna baked beans jer sbb kat Miri takda jual kacang phool - tengok kat sini versi dulu tu ya. Versi kali ni, Along cuba2 guna isi ayam cincang pula & tambahkan jintan, memang sedap.... tapi kalau tanya Along mana yg sedap, Along lebih suka versi pertama dulu tu yg menggunakan baked beans walaupun hubby kata yg ini pun sedap juga.... terpulang lah selera masing2 kan.

BAHAN2:
1 tin Kacang Phool (ramas) 
250g Daging Ayam Cincang
5 ulas Bawang Merah*
1 ulas Bawang putih*
½" Halia* (*dikisar halus) 
½ st Jintan Manis*
½ st Jintan Putih* 
2 sb Rempah Kari Daging
1 biji Bawang Besar**
1 biji Tomato**
Cili Hijau & Merah**
(**didadu)
Garam
Telur Rebus ¾ masak / Telur Goreng
Roti Panggang

CARA2:
1. Panaskan sedikit minyak & tumis bahan2 kisar* sehingga wangi.
Masukkan rempah kari dan kacau sebentar.
Masukkan isi ayam & masak sehingga daging kecut.
Masukkan kacang phool & garam dan masak sehingga menggelegak.
Masukkan tomato, bwg besar & cili yg di dadu.

2. Hidangkan dengan roti panggang dan telur.

Showing both sides of the can

Drained Foul Beans


My favourite 3/4 cooked egg served w black soy sauce

Sunday, January 22, 2012

Polka-dot Apam for CNY Gift

 I wasn't feeling too well that I have to cancel my business trip to Holland which was scheduled this week. Apart from that, my hubby asked me to rest from blogging for few days to ensure I fully recover - that was the reason why I have been quiet for the last few days. So here I am again, feeling slightly better although I still need more rest....

A quick update today to show off my beautiful red & white polka-dot apam that I made for my friend Chin. For the last many years (almost 10 years), Chin never forget to give me something for Hari Raya and so did I when Chinese New Year approaching. Such a beautiful friendship and bonding between two different cultures. Due to my health, I made her something quick and easy to handle for this year gift. I chose red to denote the CNY color. I hope she & family enjoy it.
 The recipe was posted earlier here.



BAHASA MALAYSIA VERSION
Along buat ni untuk hadiahkan kpd kawan untuk makan2 semperna CNY. Along guna resipi yang sama seperti yg buat kat sini dulu, cuma tukarkan warna & inti. Kali ni, Along guna inti blueberry jam & red bean paste.
Liana first training session... she was so eager to help so I gave her a simple task to place the paper cups into the mould with supervision by Kakak

Ready to enter the steamer
 Memang mudah kalau guna steamer elektrik ni...
Steaming in the process

Gong Xi Fa Cai


To all friends, bloggers and viewers in Malaysia, Singapore, China and the rest of the world..... My family and I would like to wish you
Gong Xi Fa Cai
Enjoy your new year and may the dragon year bring you health and prosperity!

Thursday, January 19, 2012

Mee Rebus Kak Yatie



Assalamualaikum.
Hmmmmm...menu 2 hari lepas....jadi dah abiss yerk....tetiba jerk jadi terliur bila dengar Izahdaut cerita tentang Mee Rebus Kak Yatie yang katanya sangat sedappp walaupun tak de entry tentang mee rebus tu....bila Mas tengok resepinya...memang Mas tak try lagi...jadi...meronta2 la hati ni nak merasanya...lagi pun mee rebus ni ada diletakkan sedikit santan...hmmm...memang sangat sedapppp...rasanya dalam sehari ulang makan 3 kali pun tak pe....ada sedikit kelainan dari mee rebus yang Mas biasa buat....hanya yang dah makan boleh tahu rasanya macam mana...betoiiii kan Kak Yatie dan Izah....
jadi meh layan resepinya...mana tahu ada yang nak menerainya masa cuti2 ni...sila2 lah yerk..selamat mencuba ....

Mee Rebus Kak Yatie

Bahan :
1 kg mee kuning (di celur dan di toskan)
2 cwn taugeh ( buang ekor, celur dan toskan)
4 biji telur ( direbus dan di belah 2)
4 kpg tauhu ( di goreng dan di hiris nipis)
Cili merah dan Cili hijau (hiris)
bawang goreng
limau kasturi (di belah 2)
daun sup dan daun bawang (di hiris)
Untuk Kuah :
500 gm daging (di hiris nipis dan di rebus hingga empuk, kalau guna daging btng pinang takyah rebus dululah...terus masak je..)
4 biji keledek ( di rebus dan di lenyek halus/blend)
15 tangkai cili kering *
10 biji bawang merah *
5 ulas bawang putih*
2 batang serai*
3 sudu besar udang kering *-cuci, rendam dan toskan
2 sudu besar serbuk kari daging ** bahan2 yg perlu di kisar halus)
1 cwn air atau secukupnya untuk blend bhn2.
2 cwn santan pekat
2 kpng asam keping
2 btng serai- di ketuk
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis.
4 cawan air atau secukupnya- ikut kepekatan yg di sukai ya


Penyediaan Awal :
Hiris daging nipis2 dan rebus hingga lembut.
Kupas keledek, potong kecil dan rebus hingga lembut, lenyek keledek hingga halus. Ketepikan.(Yatie blend je dan tambah air ya semasa blend keledek)
Sementara itu rebus telur....dah siap, kupas kulit telur dan biarkan ketepi.
Untuk Kuah :
Kisar bahan yang bertanda *
Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan2 kisar hingga wangi, masukkan serai yg di ketuk. Masukkan daging rebus bersama air rebusan daging dlm 2 cawan.
Bila mendidih, masukkan keledek lenyek tadi, kacau hingga rata.
Tambah sedikit air jika perlu.
Perasakan dengan garam dan gula (selalunya kuah mee rebus mmg ada rasa sedikit manis) dan biar mendidih.
Masukkan santan dan asam keping, masak hingga pekat.
Rasa dan jika ok, boleh dimatikan api.
Penyediaan Mee Rebus :
Masukkan sedikit mee dalam mangkuk, susun tauhu dan telur rebus, cedokkan kuah bersama2 isinya dan tuang atas mee, hias dengan taugeh, taburan daun bawang/daun sup, bawang goreng, hirisan cili hijau dan belahan limau kasturi.
Siap dan bolehlah di makan..yummyyyyy...


Wednesday, January 18, 2012

Kuih Lapis Noorsha



Assalamualaikum.
Akhirnya.....ku jatuh hati dengan Kuih Lapis Noorsha ni...serius....sedappp sangat pada Mas....rasanya yang sedang2 jerk manisnya, lembut2 kenyal dan tak lemak sangat rasanya, buat mulut ni tak boleh henti bila menguyah Kuih Lapis Noorsha ni. Daniel pun suka sangat...siap minta bawa bekal ke sekolah pagi ni...Ain jerk yang merasa sepotong dua....hmmmm..tak pe....Mas pun buat 1/2 adunan jerk...elok2 untuk 2 orang makan berulang...rasanya abang pun kureng sikit kuih2 gini..he3
Terima Kasih berbillion diucapkan pada tuan resepi kuih lapis ni iaitu Noorsha dan pada Izahdaut yang turut mencuba kuih lapis ni beberapa hari lepas...rasanya Zaliedana pun dah try kan...
Mas memang sangat suka kuih2 yang senang dibuat dan bahan2nya pun simple dan kuih tu....sedapppppp...menepati citarasa Mas. Untuk yang suka manis...boleh tambah gula dalam adunan tu yerk sebab pada Mas kuih ni sedang2 elok jerk manisnya....Selamat mencuba yerk.....

Kuih Lapis NOORSHA
Resepi : Noorsha
Sumber: Izahdaut dan Zaliedana

Bahan :
2 cawan tepung gandum
3/4 cawan gula pasir
1 cawan santan kotak
1 cawan susu cair
2 cawan air
2 sudu besar minyak sayuran
secubit garam


Cara membuatnya :
 Panaskan kukusan. Sementara itu satukan semua bahan dalam mangkuk, kacau ala kadar hingga bersatu semua bahan² kemudian masukkan adunan tersebut ke dalam blender. Blend hingga smooth.
Bahagikan adunan sama banyak.Satu diletakkan sedikit pewarna merah dan satu dibiarkan plain.. boleh juga bubuh kaler kegemaran masing²....^^
Sapu acuan dengan minyak. Noorsha guna acuan lompang kali ni.. nak guna loyang pun boley.... Susun acuan dalam pengukus dan sudukan warna pink di setiap acuan. Kalau guna loyang, masukkan sesenduk demi sesenduk ye.. agak² lah...
Tutup kukusan dan kukus seketika. jgn lupe lapik dulu tudung periuk kukus ngan kain bersih ya..... kalau kukus guna acuan lompang @ acuan yang kecil x lama..lebih kurang 2-3 minit je....kalau guna loyang mungkin ambil masa 5 - 7 minit la, bergantung pada macammana tebalnye lapisan yg kite wat tadi tu :)
Buka tudung periuk, sudukan @ sendukkan pula warna plain pada setiap satu acuan @ loyang. Tutup semula periuk dan kukus lagi... Buat selang seli begitu hingga habis ya.....
Untuk lapisan terakhir, kukus sekitar 10 minit jika anda menggunakan acuan lompang @ acuan kecil... jika menggunakan loyang, kukus lebih kurang 15 - 20 minit untuk lapisan terakhir ini ya...
Tunggu sejuk dulu baru hidang :)


Ikan Masak Asam



Assalamualaikum.
Resepi yang simple dan sedapp...dan tak payah lauk lain dah klu nak makan Ikan Masak Asam ni ngan nasi. Selalunya kalau Mas dah jemu masak masakan bersantan, bersambal...Mas akan masak Ikan Masak Asam dan telur dadar jerk. Dah cukup sedapp untuk dimakan dengan nasi panas2....dan tempoh untuk memasak Ikan Masak Asam ni tak mengambil masa panjang, lepas goreng ikan, dah boleh terus masak kuahnya. Kalau yang kuat pedas, boleh tukar cili merah tu dengan cili padi...lagi ummmpphh rasanya sebab ada rasa masam dan pedas, untuk resepi ni, Mas guna cili merah jerk sebab anak2 nak makan kan....jadi terpulang pada citarasa sendiri yerk..selamat mencuba...

Ikan Masak Asam
Resepi : MasDuniaku

Bahan :
4 ekor ikan kembung - ikan lain pun sedap juga 
1 biji bawang besar - dihiris2
2 ulas bawang putih - dihiris2
1 biji cili merah ( klu nak pedas, guna cili padi ) - dibelah2 @ dihiris2
1 cawan air asam jawa
sedikit garam dan gula secukup rasa
sedikit kiub ikan bilis
sedikit lada hitam yang ditumbuk

Cara memasak :
Lumurkan ikan yang telah dibersihkan dengan garam, serbuk kunyit dan lada sulah dan goreng, angkat dan toskan.
Lebihan minyak goreng ikan, cedok minyak untuk disimpan dan tinggal untuk ditumis ajerk.
Tumiskan bawang besar, bawang putih dan cili hingga wangi dan masukkan air asam jawa ( pandai2 agak yerk asam jawa tu supaya tak masam sangat kuah tu ), biarkan mendidih dan masukkan sedikit garam dan gula secukup rasa dan sedikit kiub ikan bilis, kacau sebati dan rasakan, boleh tambah lagi bahan2 untuk seimbangkan rasa tu dan bila ok, masukkan ikan goreng tadi dan serbuk lada hitam,kacau, biarkan seketika dan boleh diangkat.