Saturday, July 21, 2012

Kek Batik Coklat Cheese Pesona





Assalamualaikum.
Dessert untuk berbuka semalam....Kek Batik Coklat Cheese Pesona.
Memang amat mempersonakan bila dimakan....sedappp sangat...gabungan Kek Batik ngan cheese ni amat serasi.....
Tima kasih pada Izahdaut yang menggabungkan KEK BATIK COKLAT BERAGAR-AGAR dan KEK LAPIS CHEESE PESONA RYO dan hasilnya terciptalah Kek Batik Coklat Cheese Pesona yang sangat sedappp ni...Ain ngan Daniel kata mak boleh dapat markah 100 untuk kek ni.....memang akan diulang buat lagi nanti...
Terima kasih pada tuan resepi Kek Batik Coklat Beragar2 dan Kek Lapis Cheese Pesona Ryo kerana menyumbangkan resepi yang hebat dan pada Izahdaut yang menyatukanya menjadi satu kek yang sangat lazat. tq semuaaaa


Kek Batik Coklat Cheese Pesona
Olahan Resepi : Izahdaut
Sumber : Kak Nor

Lapisan Coklat
Resepi Asal: mylla@myresepi.com
Idea : Noorsha
Sumber : HaSue

Bahan :
2/3 cawan air
1 sudu kecil serbuk agar-agar
250 gm butter
125 gm milo
3 sudu besar serbuk koko
1/2 sudu kecil serbuk nescafe
1/2 tin susu pekat ( tin 505g ) - hampir 1/2 tin ikut kemanisan masing2
1 kampit biskut merie  * tak habis 1 kampit


Cara :
Sediakan Loyang yg dialas plastik bersih(tujuannya supaya kek tidak melekat dan senang diangkat dr loyang tanpa mencacatkannya).
Masukkan air ke dalam kuali diikuti serbuk agar2. Kacau sehingga cair.*kacau hingga serbuk agar2 larut dan air mendidih.
Setelah itu masukkan butter dan gunakan api yang kecil sekali...
Apabila sudah cair masukkan susu,milo sedikit demi sedikit gaul sehingga milonya sebati.
Seterusnya masukkan serbuk koko.... gaul tanpa henti sehingga halus dan tidak berketul lagi....
*boleh rasa cicip kemanisan yang disukai.
Setelah pekat(adunan yang mengandungi agar2 ini tidak akan terlalu pekat seperti resepi asal),boleh lah mula menyusun biskut marie di dalam loyang sehingga menutupi permukaan dasar dan ceduk adunan coklat kemudian ratakan.
Susun lagi biskut marie dan lapiskan dengan adunan coklat.
Ulangi langkah 4 dan 5 sehingga adunan habis
Biarkan sejuk dan masukkan ke dalam peti sejuk semalaman.... potong dan siap untuk dihidangkan...
*untuk kek batik coklat beragar2 ni tak perlu semalaman. Jika cukup sejuk dan set di dalam peti es, sudah boleh dinikmati dan dipotong.



Lapisan Cheese
resipi : Ryo@Ryoazhar

Bahan2: (Saiz 9x9)
Bahan A:
2 bungkus biskut marie perisa coklat-lebih kurang 600 g (ryo guna jenama LEE)
*ikut kak Nor guna perisa kopi 
500 ml susu segar,dipanaskan

Bahan B:
500 g cheese cream ( Philadelpia @ Tartura )
10 ml susu segar *izah lebihkan 1 sb
1/2 cawan gula halus

Caranya :
Satukan cheese dan gula halus,pukul sebati
Masukkan susu segar sedikit demi sedikit,jangan sampai adunan terlalu cair
Pukul lagi hingga kembang dan sebati,ketepikan
Sediakan bekas yang di alaskan terlebih dahulu dengan plastik @ kertas minyak @ baking paper.
Panaskan susu segar,padamkan api.
Ambil sekeping2 biskut dan celup ke dalam susu ( suam2 panas )....terus susun dalam bekas.....( Celup 1 saat je taw )
Pastu sapukan adunanan cheese di atasnya,ratakan
Ulang proses melapis biskut,kemudian sapukan lagi adunan cheese tadi
Ulang proses melapis hingga habis,biarkan lapisan cheese di atas sebagai lapisan terakhir.
Kemudian,kisar baki biskut yang ada,taburkan dengan cara menapis serbuk biskut tu dia atas lapisan cheese.(Kalau pakai jenama LEE,boleh ramas2kan je dalam penapis tu..jadi serbuk lah ia..)
Tekan2 sikit permukaan tu..masukan dalam peti sejuk,biarkan selama 6 jam sebelum dipotong.





Turmeric Basil Chicken (Ayam Masak Kunyit Daun Selasih)

 Assalamualaikum to all muslim friends and wish you blessed Ramadhan. I may not be able to spend too much in blogwalking and updating the blog during Ramadhan due to my very limited spare time.

This recipe is modified version from here - this time I've added basil leaves.

By: Roz@HomeKreation
Serves 5 persons 
INGREDIENTS:
8-10 pieces Chicken
10 Chili Padi*
4 Shallots*
1/2 Big Onion*
2 cloves Garlic*
1" Ginger*
1" Fresh Turmeric Root*  (* blend with water)
i bunch Basil Leaves
1-2 Tomato - cut 
Salt

METHOD:
1. Heat up some oil & stir-fry blended ingredients until fragrant.
2. Add in chicken, salt, a bit water (if you like some gravy) & cover until chicken is cooked.
3. Add basil leaves & tomato, stir few more minutes.
4. Serve with white rice.
******************************************

BAHASA MALAYSIA VERSION
Assalamualaikum kepada semua kaum muslimin dan Along ucapkan Selamat Beribadah di bulan Ramadhan yg mulia ini. Berbanyak maaf sebab masa yg tersangat terhad dan kesibukan kerja di rumah & pejabat, Along mungkin tak dapat nak luangkan banyak masa berblogging.... mungkin sempat setakat nak update gambar masakan lama sebelum Ramadhan yg belum sempat di tayangkan.

Resepi nya sama seperti di sini cuma kali ni Along masukkan daun selasih.

Hidangan 5 orang
BAHAN2:
8-10 ketul Ayam
10 bj Cili Padi*
4 ulas Bwg Merah*
1/2 bj Bwg Besar*
2 ulas Bwg Putih*
1" Halia*
1" Kunyit Hidup*  (* blend dgn air)
1 ikat Daun Selasih
1 bj Tomato - potong
Garam

CARA2:
1. Panaskan sedikit minyak & tumis bhn blend sehingga naik bau.
2. Masukkan ayam, garam, sedikit air (jika mahu berkuah) & tutup sehingga ayam masak.
3. Masukkan daun selasih & tomato, kacau beberapa minit lagi.
4. Hidangkan dgn nasi.

Thursday, July 19, 2012

Kweini Mixed Salad (Salad Buah Kuini)

 I'm self-impressed with my creation this time.... it's so simple but delicious combination! I love Kweini (resembles mango but has strong resinous smell) and will sure buy everytime I find it in the market. Usually I'll mix it with Belachan condiments but for a change I've created salad out of it.... and the outcome was surprisingly delicious!

By: Roz@HomeKreation
INGREDIENTS:
1 Kweini Fruit - peel & cubed
1/2 Cucumber - cubed (throw away the center part) 
1 Tomato - chopped 
1 tsp Garam Masala
1-2 tbsp Vinegar
Salt & Sugar

METHOD:
1. Mix all & serve right away!
********************************

BAHASA MALAYSIA VERSION
Siapa suka makan buah Kuini, boleh lah cuba buat salad camni.... fuhlamak.... sedap gilosh you....

BAHAN2:
1 bj Buah Kuini - kupas kulit & potong kiub kecil
1/2 bj Timun - potong kiub kecil (buang bahagian biji) 
1 bj Tomato - potong kiub kecil
1 st Garam Masala
1-2 sb Cuka
Garam & Gula

CARA2:
1. Gaul rata kesemua bahan2... siap utk di hidangkan!

Wednesday, July 18, 2012

Biskut Telur Rebus





Assalamualaikum.
Panaskan sikit dulu enjin ngukis nie...apa lagi nampak Noorsha tayang Biskut Telur Rebus...lagi la rasa tak sabar2 nak ngukis. First time dengar Biskut Telur Rebus, rasa macam pelik jerkk....tapi rasanya...memang sedappp....biskut orang lama2..memang sentiasa dihati...bahan2nya pun simple dan senang dibuat....godek2 jerk...dah boleh terap dan bakar....memang simple dan yang penting...sedappp
Dikesempatan ini..Mas ingin mengucapkan Selamat Berpuasa dan Salam Ramadhan buat semua....Semoga kita semua dapat menjalani ibadah puasa dan melakukan ibadah sunat dengan sebaiknya dalam bulan Ramadhan kali ini...insyaAllah


Biskut Telur Rebus
Resepi : Mamajay
Sumber : Noorsha

Bahan² :
5 biji telur di rebus ( ambil kuning sahaja )
2 cawan gula halus - Mas kurangkan jadi 1 1/2 cawan
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung jagung maizena
1 cawan tepung kastad
2 cawan planta @ butter
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil baking powder
1 biji telur ( di kocok - sapu di atas biskut - Noorsha gune telur putih saja )
badam hiris secukupnya untuk hiasan






Cara² :
1. Pukul planta + gula aising sehingga sebati dengan menggunakan senduk. Masukkan esen dan kuning telur yang telah di lecek.
2. Pukul lagi. Masukkan kesemua tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh.
3. Canai dan terap dengan acuan yang di gemari. Susun di dalam loyang yang telah di sapu planta.
4.Sapu telur dan hias dengan badam hiris. 
5.Bakar selama 15 - 20 minit pada suhu 180'C sehingga masak.



My First Raya Preparation

 My pineapple jam is ready until the Idh cookies project soon.... Felt so relief that I manage to complete this today - happened to be on leave to settle many things today and in between cooking the jam. It took many hours of slow cooking so I managed to do multiple tasks at the same time!

The recipe was posted earlier on here but I pasted herewith again for ease of reference by all.

PINEAPPLE JAM
 Recipe By: Roz@HomeKreation 
1 large Ripe Pineapple - grate & measure 5 cups
2 cups Sugar
1 Pandan Leaf 

METHOD:

- Cook above small fire until thicken. This may take about 3-4 hours.
- Be careful not to cook it until too dry or else jam will be harden after cookies are baked. Use non-stick wok to avoid burning the jam. 
*******************************************************

BAHASA MALAYSIA VERSION
 Aiih.... tak sabar dah nak raya.... hari ni cuti sebab ada hal, sambil menyelam sempat pula mengacau jam nenas... alhamdulillah walau pun terkapai2 keseorangan di dapur sempat gak siap ni (Patma dah balik Indon hari ni, so doa Along semuga dapur tetap berasap....). Ada chance ler nak makan sekut Tat Nenas, insyaallah kalau badan sihat di bulan ramadhan nanti.

Kalau nak resepi nya, boleh tengok kat sini. Along letak semula kat bawah ni untuk mudah rujuk anda semua.

JEM NENAS

1 biji Nenas ranum yg bersaiz Besar - sagat & sukat 5 cawan
2 cwn Gula
1 helai Daun Pandan

CARA2:
- Masak di atas api yg kecil sehingga pekat. Along masak ni antara 3-4 jam baru siap.
- Hati2 supaya jgn terlalu kering, takut nanti jem akan keras selepas di bakar dgn biskut. Guna kuali yg tidak melekat utk memudahkan kerja.
 

Tuesday, July 17, 2012

Ungkep Ayam Style Jawa




Ungkep Ayam Style Jawa

Bahan :
600 gram ayam, potong saiz sederhana
2 batang serai - dititik
1 keping asam gelugor
2 helai daun salam @ 3 helai bay leaf - Mas dan Kak Yatie guna yg kering je
1 camca besar gula melaka
Garam secukup rasa
Air secukupnya

Bahan Kisar Halus :
7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
3 biji buah keras
1 tangkai cili hijau
10 - 15 biji cili padi merah
1 camca besar ketumbar
1/2 camca teh jintan kasar
1/2 camca teh jintan halus
3/4 inci kunyit hidup


Cara memasak :
Ayam dibuang kulit, cuci bersih dan toskan.
Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar hingga harum, masukkan serai dan daun salam @ bay leaf, kacau rata dan masukkan ayam.
Gaul rata dan biar ayam kecut sedikit.
Tuang air secukupnya (anggaran tenggelam ayam). 
Biar mendidih.
Masukkan asam gelugor dan juga gula merah serta garam.
Masak dengan api sederhana hingga kering.
Rasa dan jika perlu tambah sedikit lagi garam. 
Masak sekejap, dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan..




Red Hot Grilled Fish (Ikan Panggang Bercili)

 This is the 12th recipe of grilled fish that I've posted so far.... I like to cook using my instinct and mood at the particular time... as a result I rarely came up with exactly identical grilled fish recipe.... This one tastes good too!

By: Roz@HomeKreation
INGREDIENTS:
1 /part big Fish - slice open 
1 Kasturi Lime
4 tbsp Chili Paste
1 cm Belachan
3 Shallots
1 clove Garlic
1 cm Ginger
1/2 packet Coconut Milk Powder
Salt & Sugar

METHOD:
1. Rub fish with salt & lime.
2. Blend the rest of ingredients with some water until become fine paste.
3. Heat up some oil & stir fry blended ingredients until fragrant.
4. Place fish on a heated pan lined with banana leaf.
Pour the chili paste on top & cover.
Cook with medium small fire until fish is done.
5. Serve with rice.
***********************

BAHASA MALAYSIA VERSION
Ini resepi Ikan Panggang yg ke12 yg Along telah kongsikan di blog ni. Along ni masak selalu ikut selera semasa & main campak2 jer... akibat nya setiap kali memasak lain2 jer resepi nya.... itulah sampai 12 macam resepi ikan panggang.... Apa2 pun tetap sedap & boleh lah di kongsikan dengan semua pembaca. Kali ni tekak teringin nak makan ikan panggang yang bersambal & pedas2 sedikit.... fulamak... sedap & boleh angkat bakul sendiri....hehehe.

BAHAN2:
1 /separuh ekor Ikan bersaiz besar - belah dua dari sisi jgn putus
1 bj Limau Kasturi
4 sb Cili Mesin
1 cm Belacan
3 ulas Bwg Merah
1 ulas Bwg Putih
1 cm Halia
1/2 bungkus Santan Serbuk
Garam & Gula

CARA2:
1. Lumur ikan dgn garam & jus limau.
2. Blend kesemua bhn2 yg lain dgn sedikit air sehingga lumat.
3. Panaskan minyak & tumis bhn blend sehingga wangi.
4. Letakkan ikan ke ats kuali leper yg berlapik daun pisang.
Tuangkan sambal yg di masak tadi keatas ikan & tutup.
Masak dgn api sederhana kecil sehingga ikan masak sempurna.
5. Hidangkan dgn nasi & sayur.