Thursday, April 18, 2013

Chocolate Cheese Tart




Assalamualaikum.
Dah lama nak share resepi Chocolate Cheese Tart ni, baru hari ni berkesempatan. Buat penggemar2 coklat....hmmm...try pulak Chocolate Cheese Tart ni ......memang sangat sedappp ...kalau rasa macam malas nak buat.....meh order ngan Mas...he3
Untuk resepinya, Mas ambil dari blog Kak Naz, TQVM kak.....


CRUST/ TART SHELL
Recipe by: Laman fb Kongsi Resepi
Source: Anna Qawina

Bahan :
250 gm mentega Buttercup
120 gm gula icing
2 biji telur gred B
480 gm tepung gandum (kalau lembik tambah lagi tepung sikit demi sikit)


Cara :
Ayak gula icing ke dalam mangkuk besar.
Menggunakan senduk kayu @ whisker, pukul gula icing & mentega hingga sekata. Jangan pukul lama sangat.
Masukkan telur & pukul lagi sekejap.
Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga membentuk doh, gaulkan dengan tangan biar sebati.
Kalau lembik sangat boleh tambah sedikit tepung lagi.
Bulat2kan doh sebesar ibu jari & tekan ke dalam acuan tart, biar sekata, potong tepinya dengan pisau agar rata, cucuk dasarnya dengan garfu.
Buat sampai habis & bakar menggunakan suhu 170'C lebih kurang 15-20 minit@sehingga masak (warna perang2 sikit) *Guna api atas bawah dulu 10 minit, kemudian api bawah sahaja sehingga masak.

NOTA ANA: 
Untuk mendapatkan crust yang cantik & elok pada pemerhatian Ana, simpan doh dalam peti sejuk untuk 1/2 jam kemudian baru diterap, kemudian, sebelum dibakar, masukkan dulu adunan doh yang dah siap diterap dalam peti ais sambil2 panaskan oven tu, kemudian bakar, ON kan kipas oven jika ada, InsyaAllah pastri anda akan cantik & lebih elok.
Kalau tak sempat habiskan boleh simpan doh dalam plastik & tutup rapat, simpan dalam peti sejuk.
Adunan ni akan menghasilkan lebih kurang 100 biji crust saiz kecil.
Simpan crust dalam bekas kedap udara. 
ACUAN TART NI TAK PAYAH OLES MINYAK/MENTEGA, DAH MASAK TERBALIKKAN JE & CRUST TU KELUAR DENGAN ELOK
Pastikan acuan tidak basah.






Untuk resepi chocolate cheesenya, Mas ikut macam kak Naz, yang  menggunakan resepi dari kak Azita Zain. Cuma dalam cheese yang telah siap diputar tu, Naz tambahkan sedikit chocolate ganache untuk mendapatkan rasa chocolate cream cheese. 
CREAM CHEESE FILLING
Recipe by:  Kak Azita Zain ~ AZITA KITCHEN
Sumber : Kak Naz @ ovenkecil blogspot.com

Bahan : 
250 gm cream cheese
50 gm gula kastor -  Mas kurangkan sbb choc ganache dah manis
1 biji telur saiz B
1/2 sudu teh asen vanilla atau esen lemon

Cara :
Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
Tambah choc ganache sedikit2 ...Mas agak2 jerkMasukkan filling ke dalam kulit tat.
Tuang atau pancitkan (jika menggunakan piping bag) cream cheese ke atasnya. 
Bakar selama 5 minit pada suhu 170 C. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.

NOTA NAZ: 
Untuk mendapatkan Chocolate cream cheese, masukkan chocolate ganache yang cair - DAH SEJUK (tapi bukan yang masih panas ye!) ke dalam bancuhan cream cheese yang telah diputar. Gaul sebati. Ikutlah citarasa banyak mana nak letak tapi dari pemerhatian Naz, makin banyak diletak chocolate ganache tu, makin berkurangan kelikatan cream cheese tu. Bila cream cheese semakin kurang likatnya(lebih cair), maka waktu pembakaran nanti akan menjadi lebih dari biasa. So jangn panic kalau dah lebih 5 minit cream cheese masih belum masak. Just tambah lagi waktu pembakaran ye.
Kalau nak guna chocolate masakan yang dicairkan pun boleh tapi selepas dicairkan tu, biar ia sedikit suam baru gaul bersama dengan cream cheese yang telah diputar.
Chocolate Cheese Tart  lebih sedap dinikmati bila disejukkan dlm fridge.
Untuk inti atau filling di bawah cream cheese tu, Mas buat macam kak Naz, letak chocolate ganache yang sangat simple sangat resepinya. Resepi yang sama kak Naz guna untuk campuran di dalam cream cheese filling di atas tu.  

COKLAT GANACHE
SOURCES: Anna QawinaMat Gebu


Bahan :
200 gm coklat masakan  
100 ml susu cair ATAU 150 ml whipping cream 
1tsp butter

Cara  : 
Doubler boiler susu ATAU whipping cream bersama coklat masakan.
Dah agak mencair coklat tu tutup api sambil terus mengacau hingga larut semua coklat.
Masukkan butter, kacau sebati.
Biarkan seketika baru digunakan. 

NOTA NAZ:
Unruk diguna sebagai filling, simpan chocolate ganache di dalam peti ais biar ia kental. So senang bila nak dipaip atau nak disudukan ke dalam tart shell. Kalau tak, nanti comot tart kita tu rupanya.
SELAMAT MENCUBA!




Wednesday, April 17, 2013

Rendang Pedas Ayam Pencen




Assalamualaikum.
Antara menu yang Mas selalu masak....kali ni Mas guna ayam pencen...hmmm..memang sangat best...suka masak kering2 gini .. mabelesss

Rendang Pedas Ayam
Resepi : MasDuniaku

Bahan :
1/2 ekor ayam pencen
1 biji bawang besar dihiris halus
1 helai daun kunyit dihiris halus
 1/2 inci halia - dikisar @ tumbuk halus
 1/2 inci lengkuas - dikisar @ tumbuk halus
 2 batang serai - dikisar @ tumbuk halus
1/2 inci kunyit hidup - dikisar @ tumbuk halus
 1/2 sudu kecil garam kasar - dikisar @ tumbuk halus
 3 ulas bawang putih - dikisar @ tumbuk halus
cili kisar - ikut pedas
santan dari 1/2 biji kelapa
gula secukup rasa
3 sudu besar kelapa parut - ditumbuk sedikit


Cara memasak :
Masukkan ayam yang telah dibersihkan ke dalam kuali. 
Masukkan bahan - bahan yang dikisar atau ditumbuk halus . Gaulkan atau sebatikan dengan ayam. 
Masukkan bawang besar, daun kunyit yang dihiris halus, santan ( santan tu dituang biar sampai ayam tenggelam ), cili kisar, kelapa parut dan gula. Gaul sebati.
Buka api sederhana dan masak rendang tadi hingga masak. Sentiasa kacau rendang semasa memasak agar rendang tak hangus. Jika rasa kurang masin boleh tambah garam halus. 





Sup Ayam Harum Kantan

 Plenty of ginger buds cropped out in the garden so I came out with idea to add it to chicken soup.... the outcome was very pleasantly fragrant and delicious! My hubby & son enjoyed the simple dinner so much. I like using boney parts of the chicken for soup because it makes the soup tastier. Sorry my photos lately were just a quick snap and may look a bit messy.... trying to juggle my busy life at works and at home daily and not much I could do for my blog readers.... the least I can do is to keep this blog alive....

By: Roz@HomeKreation
INGREDIENTS:
1/2 chopped Chicken or Chicken Boney Parts
2 Potatoes - peel & cubed 
1 Carrot - cubed 
1 Onion - sliced 
Some Young Corns, Dried Mushrooms, Tomatoes
Mixed Spices - Cinnamon, Star Anise, Cardamon, Cloves
1/2 Big Onion*
2 tsp Black Pepper*
1 tsp Fennel Seeds*
2" Ginger*
2 cloves Garlic* (* blend) 
1 tsp Soup Powder
1 Ginger Bud - sliced 
1 Lemongrass - bruised 
Salt

METHOD:
Heat up few tbsp oil & stir-fry mixed spices, blended ingredients & soup powder until fragrant.
Add in enough water, salt, chicken, potatoes, carrot and let it boil & cook.
Lastly add in young corns, mushrooms and tomatoes and cook for few minutes.
****************************************************

BAHASA MALAYSIA VERSION
Tengah badan kurang sedap ni, memang sesuai lah makan lauk2 sup camni.... buat pula harum wangi dengan bunga kantan & serai.... memang naik selera! Hubby & son pun kata sedap! Bunga kantan tu Along petik je dari laman depan rumah...! Biasa nya kat rumah ni sup guna bahagian isi kurang laku, so Along guna bahagian rangka... isi ayam nya pula buat goreng lebih laris.

By: AlongRoz@HomeKreation
BAHAN2:
1/2 ekor ketulan Ayam atau pun bahagian rangka
2 bj Kentang - potong 
1 btg Karot - potong 
1 bj Bwg Besar - hiris 
Putik Jagung, Cendawan Kering, Tomato
Some Young Corns, Dried Mushrooms, Tomatoes
Rempah Tumis - Kulit Kayu, Pelaga, Bg Lwg, Cengkih
1/2 bj Bwg Besar*
2 st Lada Hitam*
1 st Jintan Manis*
2" Halia*
2 ulas Bwg putih (* blend) 
1 st Rempah Sup
1 btg Bunga Kantan - hiris 
1 btg Serai - ketuk 
Garam

CARA2:
Panaskan sedikit minyak & tumis rempah tumis, bhn blend*, rempah sup sehingga wangi.
Masukkan air secukup nya, garam, ayam, kentang & karot & didihkan sehingga masak empuk.
Masukkan putik jagung, cendawan & tomato dan masak beberapa minit.

Tuesday, April 16, 2013

Kuih Sagu @ Bronok




Assalamualaikum.
Kuih yang tak jemu2 dinikmati sepanjang zaman..memang dari kecik Mas suka kuih sagu ni....banyak nostalgia tentang kuih ni...sekarang anak2 Mas pun ikut sama...jadi kalau buat...memang tak pikir banyak kali sebab ada yang nak join makan sekali....
Untuk dapatkan sagu yang cantik jernih, Mas akan kukus lepas masak sagu tu...alhamdulillah...memang menjadi elok dengan cara ni..jadi Mas sharekan lagi resepinya yerk...


Kuih Sagu @ Bronok 
Resepi : MasDuniaku


Bahan :
1 cawan sagu biji kecil
2 cawan air
3/4 gula pasir - kalau nak manis lagi boleh tambah
sedikit pati sirap
1 helai daun pandan - untuk mewangikan kuih tu


Untuk salut
kelapa parut - agak 2 
sedikit garam - digaul sebati dengan kelapa parut


Cara membuatnya :
Rendam sagu hingga kembang.
Panaskan air, masukkan pati sirap, daun pandan dan gula, biar mendidih .
Toskan sagu tu dan masukkan sagu kedalam air yang mendidih tu, kacau hingga sagu menjadi agak 2 pekat dengan api sederhana, kalau masih ada biji 2 putih, tak pe, biarkan. 
Tuang sagu kedalam loyang atau acuan kecik yang telah disapu dengan sedikit minyak, kukus selama 20 minit dengan api sederhana atau sehingga biji 2 putih sagu tu hilang.
Apabila sejuk, keluarkan dari acuan, kalau dari loyang potong ikut saiz yang dikehendaki dan salutkan dengan kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam.
Jeng..jeng..boleh dimakan





Order2 yang lalu  ... TQVM



Snow Cheese Cake




Rainbow Cake




Red Velved Cupcake




Kek Puding Karamel




Untuk yang berminat, sila cont Mas 0134242505



Strawberry Pancakes

 These are mini pancakes... purposely made them small and flavored with strawberry milk to please my little Liana. I packed them for her morning break in school and so glad to find them all cleared. Today she reminded me to make the pancakes again for her tomorrow's breakfast....


 I'm using the same favourite recipe posted here but change the plain milk to strawberry milk.... see how fluffy the pancakes are and most importantly tastes good!

By: Roz@HomeKreation
Source: FRD
(I modified the recipe slightly and use manual method this time)
Makes 12 mini pieces
INGREDIENTS:
100g Flour
2 tsp Baking Powder
2 tsp Sugar
1 Egg
150ml Strawberry Milk
1 tbsp Butter - melted 

METHOD:
1. Mix all dry ingredients in a bowl.
2. Mix all wet ingredients together & stir into the dry ingredients until well mixed.
2. Heat up a non-stick pan & pour a scoop of the batter.
Let some bubbles appear on surface and break.
Flip & cook for several seconds and lift out.
Cook remaining batter.
3. Serve with jam.

BAHASA MALAYSIA VERSION
Along perisakan penkek kali ni dengan susu strawberi sebab nak ambil hati Liana tapi semua orang pun suka juga. Liana minta Along buatkan lagi untuk bento ke sekolah nya esuk.

Along masih guna resepi yg sama dar sini cuma Along lebihkan sukatan susu nya supaya lebih mudah di tuangkan. Kali ni Along tak guna blender tapi gaulkan dalam mangkuk dan hasil nya tetap gebu montok!

Source: FRD
Resepi asal telah di ubahsuaikan
Hasil 12 keping
BAHAN2:
100g Tepung Gandum
2 st Baking Powder
2 st Gula
1 bj Telur
150ml Susu Segar Perisa Strawberi
1 sb Butter - cairkan 

CARA2:
1. Campurkan kesemua bahan2 kering ke dlm mangkuk.
2. Campurkan kesemua bhn2 basah & tuangkan ke dlm bhn2 kering.
Gaul rata.
2. Panaskan kuali leper yg tidak melekat.
Tuangkan sesenduk adunan di tengah2 kuali.
Biarkan sehingga terbit buih2 udara & memecah baru balikkan sebentar.
Angkat & ulangi sehingga habis adunan.
3. Hidangkan dgn jam.


Awards from Nasya

Terima-kasih Nasya atas hadiah persahabatan ini.... mmmmuah2 & salam ukhwah dari Along!

Monday, April 15, 2013

Asam Pedas Tulang Rusuk

My favourite dish..... rib bones in spicy sourish gravy!

By: Roz@HomeKreation
INGREDIENTS:
500-600g Rib Bones
20 Dried Chilies*
5 Shallots*
2 cloves Garlic*
1" Ginger*
1 cm Belachan*
1 tsp Coriander Seeds*
1/2 tsp Fennel Seeds*
1/2 tsp Cumin Seeds* (* blend) 
1 Ginger Bud - cut 4 
1 Lemongrass - bruised 
1 bowl Tamarind Juice
Salt & Sugar

METHOD:
1. Boil beef bones with 1 lemongrass and ginger slice until tender.
2. Heat up some oil & stir fry bruised lemongrass & blended ingredients* until fragrant.
Add in tamarind juice, beef, ginger bud, salt & sugar.
Boil & cook until taste is well balanced.
3. Serve with white rice along other side dishes like omelet, cucumber & fried salted fish.
**********************************************************

BAHASA MALAYSIA VERSION
Meh layan lauk yg Along masak kelmarin.... dah habis licin pun.

By: AlongRoz@HomeKreation
BAHAN2:
500-600g Tulang Rusuk
20 btg Cili Kering*
5 ulas Bwg Merah*
ulas Bwg Putih*
1" Halia*
1 cm Belacan*
1 st Biji Ketumbar*
1/2 st Jintan Manis*
1/2 st Jintan Putih* (* blend) 
1 btg Bunga Kantan - potong 4 
1 btg Serai - ketuk
1 mangkuk Air Asam Jawa
Garam & Gula

CARA2:
1. Rebus tulang dgn sebatang serai & sehiris halia sehingga empuk.
2. Panaskan minyak & tumis serai & bhn2 blend* sehingga wangi.
Masukkan air asam jawa, daging, bunga kantan, garam & gula.
Masak sehingga menggelegak & serasi rasa.
3. Hidangkan dgn nasi putih dan lauk sampingan lain spt telur dadar, timun, ikan masin, dll.