Wednesday, June 26, 2013

Tekwan

Siapa yang tak kenal dengan makanan Tekwan yang berasal dari Palembang?? tentu semua telah mengenalnya... ya...rasanya sangat enak dan suegerrrrr...

Kali ini akan disajikan resep membuat makanan Tekwan khas Palembang, simak ya...jangan lupa untuk dicoba.

Bahan-bahannya:
- 250 gr udang kupas, cincang kasar
- 250 gr daging ikan tenggiri, haluskan
- 125 gr tepung tapioka/sagu
- 1 butir telur, ambil putihnya saja
- 1 sdt garam
- 80 cc air


Campur semua bahan, kemudian tambahkan air sedikit demi sedikit hingga kalis dan dapat dibentuk menjadi bulatan-bulatan.

Untuk bahan kuah:

- 200 gr jamur kuping
- 5 batang daun bawang, iris-iris
- 3 batang seledri, iris-iris
- 2 siung bawang putih, iris tipis
- 3 sdm bawang goreng
- 1 bungkus kaldu instan
- garam dan merica bubuk secukupnya
- 1500 cc air
- 1 sdm mentega



Cara membuat Tekwan:


1. Panaskan mentega didalam panci kuah. Masukkan irisan bawang putih tumis sampai  harum. Kemudian masukkan air dan kaldu instan. Biarkan hingga mendidih
2. Masukkan bulatan-bulatan adonan kedalam didihan air hingga mengapung
3. Terakhir masukkan jamur kuping, daun bawang, seledri, garam dan merica.
    Biarkan sebentar lalu angkat. Taburi bawang goreng dan tekwan siap disajikan.
    


(Untuk 5 porsi)

Tuesday, June 18, 2013

Garlic Fish




Assalamualaikum.
Selalunya kalau ikan siakap atau talapia, selain dibakar, Mas suka goreng dan masak sos begini....memang sedapp...sesuai juga dihidangkan untuk tetamu yang bertandang...selain ikan ( tak semestinya ikan siakap dan talapia, ikan2 lain pun sedap ) , sotong dan udang pun sedap juga dimasak begini..selamat mencuba yerk.


Garlic Fish
Resepi : MasDuniaku

Bahan :
1 ekor ikan talapia 
garam secukup rasa
sedikit lada putih
1/2 cawan tepung gandum 
1/2 cawan tepung jagung
minyak secukupnya untuk menggoreng ikan


Cara memasak :
Talapia dibersihkan dan diperap dengan asam jawa @ jus limau nipis ( boleh letak daun dan batang kesum @ daun pisang yang diramas2 dalam rendaman keli tu sekali ) dan sedikit garam selama 5 minit untuk hilangkan hanyir, cuci bersih dan perapkan sekali lagi dalam 5  minit dan cuci kembali dan toskan. 
Lumurkan talapia dengan garam dan serbuk lada putih hingga rata .
Satukan tepung gandum dan tepung jagung dan salutkan talapia dengan campuran tepung tadi.
Goreng talapia hingga garing dan masak.
Angkat dan toskan.
Letak dalam pinggan hidangan.


Bahan Sos :
1/4 cawan sos tiram Maggi
3 sudu besar sos plum
sedikit kiub ikan bilis
1 sudu kecil madu - tak letak pun tak pe
4 ulas bawang putih - cincang halus
cili padi - ikut pedas dicincang halus
1/2 biji bawang besar - potong bulat2
1 tangkai daun bawang - potong2
sedikit gula dan garam jika perlu
sedikit air panas
Cara memasak :
Tumis bawang putih dengan api perlahan hingga wangi dan masukkan bawang besar, cili padi, kacau sebati.
Masukkan sos tiram dan sos plum, kacau lagi, kemudian masukkan sedikit air panas , madu, sedikit gula dan kiub ikan bilis, kacau lagi.
Rasakan dan jika ok masukkan daun bawang, kacau sebentar dan tuang sos atas talapia tadi. 
Sedia dihidang..



Order2 yg lalu ....


Snow Cheese Cake 



Mix Cheese Tart



Rainbow Cake ...



Kek Puding Karamel



Red Velvet In Jar






Pavlova



Rainbow Cake In Jar



Fruits Tart



Kek Lapis Kukus Cream Cheese



Carrot Cake


Sunday, June 16, 2013

Daging Sekilo Bawang Sekilo




Assalamualaikum.
Agak unik nama resepi ni kan...Daging Sekilo Bawang Sekilo...tapi rasanya....sangatttt2 sedapppp.....nak memasak pun agak ringkas....main potong2 jerk...lepas tu tumis dan masak hingga daging lembut....satu kelainan untuk mencuba resepi berasaskan daging...Mas masak guna pemanggang ajaib...jadi tak lama sangat masa tuk masak daging ni supaya lembut....TQ banyak2 pada kak Salamie ...katanya resepi dari kawannya...nostalgia masa alam persekolan kak salami....sharing is caring.. TQ sekali yerk kak....Mas share resepi ni diblog Mas pulak...sila2 la mencuba buat yg berminat..

Bawang Sekilo Daging Sekilo
Sumber : Imelda Shahriah Ishak
Olahan : Amie's Little Kitchen - Kak Salamie

Bahan :
1 kg daging - potong kecil-kecil
500ml  santan cair
250ml santan pekat
5 ulas bawang putih - pecahkan dan cincang
1 kg bawang besar - potong kasar-kasar
15 biji lada merah - potong nipis-nipis
3cm halia - tumbuk
5 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
garam & gula / perasa pilihan
minyak
1 sudu teh pati asam jawa - pilihan (kali ini Amie cuba tambahkan asam jawa)

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang putih, halia, kulit kayu manis dan bunga lawang hingga wangi.
2. Masukkan lada merah dan terus kacau hingga layu.
3. Masukkan daging dan bawang. Biarkan hingga layu.
4. Gunakan api besar supaya bawang dan lada segera hancur.
5. Kemudian masukkan 500ml santan cair dan perlahankan api. Tutup kuali.
6. Setelah kuah hampir kering dan bawang serta lada menjadi hancur, masukkan pula santan pekat serta garam dan gula / perasa pilihan serta pati asam jawa. Gunakan api perlahan.
7. Kacau selalu supaya sebati dan tutup api setelah terbit minyak
8. Daging sekilo bawang sekilo siap untuk dihidangkan dan enak dimakan bersama nasi himpit.

Biasanya Amie mengambil masa selama 2 jam untuk memasak Daging Sekilo Bawang Sekilo tidak termasuk waktu menyediakan bahan.


Nota :
Jika dilihat dalam gambar di atas, warna merah itu ialah hirisan cili merah. Cili merah tidak perlu dikisar tetapi hanya dihiris. Begitu juga dengan bawang besar. Walaupun kuantitinya banyak iaitu 1 kg, tetapi hanya perlu dipotong atau dihiris kasar sahaja. 
Proses memasak selama 2 jam dengan api perlahan dapat menghancurkan kedua-dua bahan hirisan tadi. Kuantiti sebenar hasil Daging Sekilo Bawang Sekilo (daging dan bawang 1 kilo) setelah dimasak, boleh dilihat dalam mangkuk di atas.



Tomato Rice (Nasi Tomato)

 I was thinking for rich and flavorful rice and this was what I cooked last week for breaking off fast.... The Tomato Rice was served with Veg Dhal, Spicy Fried Rice and Cucumber Salad dressed with dates vinegar (a gift from a lovely friend).


By: Roz@HomeKreation
Serves 3-4 persons
INGREDIENTS:
2 cups Basmati Rice - wash & drain
2 tbsp Butter / Margarine
Mixed Spices (Cinnamon, Star Anise, Cardamon, Cloves)
4 Shallots*
1 cloves Garlic* (*chopped) 
2" Ginger - bruised 
3-4 tbsp Tomato Puree
1 cup Evaporated Milk
2 cup Water
1 stalk Mint Leaves - chopped 
1 Pandan Leaf - knotted 
1 tsp Sugar, 1 tsp Salt

METHOD:
1. Heat up butter & stir-fry mixed spices & chopped shallots & garlic until fragrant.
Add in ginger, tomato puree & rice - stir few minutes until well mixed.
Pour into a rice cooker together with remaining ingredients.
Cook automatically until rice is done.
2. Serve with your choice of dishes.
I served mine with cucumber pickles, spicy fried chicken and vegetable dhal.
************************************************************

BAHASA MALAYSIA VERSION
 Nasi tomato yg Along buat ni versi sempoi je untuk memenuhi selera orang puasa (Along lah tu....hehe). Menu ni Along buat dah lebih seminggu lalu tapi akhir2 ni asyik keletihan sebab selalu balik lewat dari office tak larat nak update blog.

By: AlongRoz@HomeKreation
Hidangan untuk 3-4 orang
BAHAN2:
2 cwn Beras Basmati - basuh & tapis
2 sb Butter / Majerin
Rempah Tumis (Kulit Kayu Manis, Cengkih, Bg Lwg, Buah Pelaga)
4 ulas Bwg Merah*
1 ulas Bwg Putih* (*cincang) 
2" Halia - di ketuk
3-4 sb Puri Tomato
1 cwn Susu Cair Evaporated
2 cwn Air
1 tangkai Daun Pudina - cincang
1 helai Daun Pandan - simpul
1 st Gula, 1 st Garam

CARA2:
1. Panaskan butter & tumis rempah tumis, bwg* sehingga wangi.
Masukkan halia, puri tomato & beras - gaul sebati.
Masukkan ke dlm rice cooker bersama bhn2 yg lain.
Biarkan sehingga nasi masak sempurna.
2. Hidangkan dgn lauk pilihan anda.
Along hidangkan dgn acar timun mentah, ayam goreng berempah dan sayur dalca.
**********************************************

Mari minum jus delima.....  khabar nya banyak khasiat...
- Stabilkan paras kolestrol
- Melawan penyakit jantung
- Menguatkan antibodi
- Mengurangkan risiko kencing manis
- Merawat sinus
- Meningkatkan tenaga
- Antioksida yg tinggi
- Mencegah barah
- Mencantikkan kulit

..........wallahuallam

Saturday, June 15, 2013

Puding Kasih Bertaut.




Assalamualaikum.
Puding Kasih Bertaut ni Mas buat minggu lepas untuk seorang kawan sempena anaknya bertunang....Alhamdulillah...menjadi seperti yang Mas inginkan...dah lama nak buat puding ni...cuma tak terbuat2 jerk lagi...Alhamdulillah...buat juga akhirnya...TQ Kak Naz resepinya...Mas kongsikan disini pulak yerk..



Puding Kasih Bertaut.
Resepi : Kak Naz


Bahan A :
1/2 paket @ 2 tsp serbuk agar-agar (dari sepeket 10 gm serbuk agar-agar)
300 ml air
200 ml santan
1/2 cawan gula
1 biji telur
2 atau 3 jenis pewarna dan perisa (kalau tak nak letak perisa pun tak pe, just pewarna)


Cara :
Masukkan serbuk agar-agar, gula dan air ke dalam periuk dan masak hingga gula dan serbuk agar-agar larut. Kecilkan api.
Pecahkan telur ke dalam santan dan kocok sikit dengan garfu. Tuang ke dalam periuk berisi larutan agar-agar tadi dan kacau sebati dan masak hingga mendidih (beware! atas api perlahan tau!). Setelah mendidih, tutup api.
Bahagikan larutan kepada 2 atau 3 bahagian dan masukkan pewarna dan perisa. Kacau sebati setiap bahagian dan tuangkan ke dalam mould yang anda suka. Biarkan ia keras di dalam peti sejuk.
Setelah keras, keluarkan agar-agar dari mould atau kalau guna bekas yang besar sebagai mould tadi, potong agar-agar menjadi kiub-kiub kecil dan masukkan semua agar-agar ini ke dalam satu bekas lain yang lebih besar.




Bahan B :
1 paket serbuk agar-agar 10 gm
1 liter air
1/2 cawan gula pasir
100 gm gula Melaka atau nise
2 helai daun pandan (disimpulkan)

Cara :
Masukkan semua bahan di atas ke dalam periuk dan masak hingga larut dan mendidih. Tutup api dan tapis larutan agar-agar.

Cara menyediakan puding :
Tuang larutan agar-agar B ke dalam bekas yang berisi semua agar-agar A / kiub-kiub agar-agar A tadi. Biarkan keras dan sejukkan ke dalam peti ais.

NOTA :
Untuk perisa tu, kalau tak nak letak pun tak apa. Cukup sekadar mewarnakan agar-agar di bahagian A itu dengan 2 atau 3 warna yang berlainan agar hasilnya nanti nampak cantik dan menarik.

Nota :

Kalau tiada mould yang bentuk macam Naz di atas tu, guna loyang jer pun boleh untuk keraskan agar-agar bahagian A. Cuma lepas keras, potong agar-agar menjadi kiub-kiub kecil.
SELAMAT MENCUBA!




Selit2 Order yg lalu......TQVM pd semua...




Pavlova



Moist Choc Cake With Cream Cheese N Choc Ganache



Red Velvet In Jar



Moist Choc Cake With Deko Ben 10



Red Velvet Cupcake



Red Velvet Cake



Cream Puff




Red Velvet Cupcake



Rainbow Cake



Rainbow Cake




Wednesday, June 12, 2013

Ikan Bawal Bakar

IKAN BAWAL BAKAR BUMBU KUNYIT 

Memasak Ikan bakar memang memiliki cita rasa yang istimewa. Tak hanya rasanya saja yang sering membuat kita ketagihan untuk mencicipinya tetapi juga aromanya yang juga turut mengundang selera makan. Ikan bawal air tawar yang kali ini menjadi pilihannya. Dengan bumbu kunyit sajian ini wajib untuk dicoba ya....!


Bahan-bahan/bumbu-bumbu:

3 ekor ikan bawal tawar sedang, dikerat-kerat
1 sendok teh garam
1/4 sendok teh merica bubuk
1 sendok teh air jeruk nipis
2 sendok makan minyak untuk menumis

Bumbu Halus:

5 butir bawang merah
3 siung bawang putih
3 butir kemiri
1/2 sendok teh ketumbar
4 cm kunyit, dibakar

Bahan Sambal Kecap (aduk Rata):

3 siung bawang merah, diiris
5 buah cabai rawit merah, diiris
1 buah tomat, dipotong-potong
6 sendok makan kecap manis
2 buah jeruk limau, diambil airnya


Cara membuat:
  1. Panaskan minyak. Tumis bumbu halus hingga harum. Dinginkan.
  2. Lumuri ikan bawal dengan bumbu halus, garam, merica bubuk, air jeruk nipis, dan 1 sendok makan minyak goreng . Diamkan 15 menit.
  3. Bakar sampai harum dan matang sambil diolesi sisa bumbu.
  4. Sajikan ikan bakar bersama sambal kecap.



Cukup Untuk 3 porsi

 

TUNA RICA-RICA


Nikmatnya menu tuna rica-rica kali ini. Bagi anda yang gemar makan ikan tidak ada salahnya untuk mencoba menu yang satu ini. Dengan campuran bumbu khas dan cabai merah keriting membuat hidangan ini semakin terasa istimewa.

Bahan:
500 gram tuna segar fillet, potong kotak2
1 sendok teh air jeruk nipis
1/2 sendok teh garam
1/2 sendok makan gula pasir
2 lembar daun salam
1 cm lengkuas, memarkan
1 batang serai, memarkan
5 lembar daun jeruk, buang tulangnnya
1/2 sendok teh garam
1/2 sendok teh merica bubuk
100 ml air
75 ml minyak goreng, untuk menumis
minyak untuk menggoreng

Bumbu Tumbuk Kasar:
10 butir bawang merah
2 siung bawang putih
5 buah cabai merah keriting
4 buah cabai merah besar
2 buah cabai rawit merah
1 buah tomat merah

Cara membuat:
  1. Lumuri tuna dengan air jeruk nipis dan garam.
  2. Goreng dalam minyak yang sudah dipanaskan di atas api sedang sampai berkulit.
  3. Panaskan minyak. Tambahkan gula pasir. Aduk sampai larut.
  4. Masukkan bumbu tumbuk kasar, daun salam, lengkuas, serai, dan daun jeruk. Aduk sampai harum. Tambahkan tuna Aduk rata.
  5. Masukkan garam, merica bubuk, dan air.  Aduk sampai meresap.


Untuk 5 porsi