Monday, August 19, 2013

Cucur Jagung Special




Assalamualaikum.
Mas nak share satu resepi cucur jagung yang best...memang sedappp..special sebab selain jagung, ada ikan bilis dan udang dalamnya....
Sesuai untuk sarapan atau minum petang...
Selamat mencuba yerk

Cucur Jagung Special
Resepi : MasDuniaku


Bahan :
1 biji jagung - dihiris
1/2 cawan udang kertas yg kecik halus2 tu - bersihkan buang kepala n janggut nyer
1 biji bawang besar saiz sederhana - dihiris dan ditumbuk bersama ikan bilis
segenggam ikan bilis - basuh dan toskan - ditumbuk
2 biji cili merah - ditumbuk juga
sedikit daun kucai - di potong panjang2
1/2 sudu besar minyak masak
1/2 sudu kecil cuka
1 sudu kecil serbuk secukup rasa
 1 cawan tepung gandum - klu rasa adunan cair sikit, boleh tambah lagi 2 atau 3 sudu besar
 1 sudu kecil serbuk kunyit - untuk warna
Garam secukup rasa
1 cawan air 
Minyak untuk menggoreng




Cara membuatnya :
Masukkan  bahan yang ditumbuk kedalam bekas dan masukkan air, sedikit minyak, cuka, secukup rasa dalam bekas dan gaul sebati .
Kemudian masukkan tepung dan kacau sebatijangan terlalu cair kalau cair tambah tepung tau. Rasakan, klu tawar sedikit, baru letak garam secukup rasa. 
Kemudian baru masukkan udang , jagung yg dihiris dan kucai, sebatikan.
Panaskan minyak (menggunakan api yg perlahan dan kecil saja tau), sendukkan adunan ke dalam minyak dan goreng hingga garing.
Bila dah cukup garing angkat dan toskan siap tuk dihidangkan.


Sunday, August 18, 2013

Ayam Goreng ... super yummyy




Assalamualaikum.
Selamat Hari Raya buat semua ...
Ayam goreng yang disebarkan di FB bulan puasa baru2 ni....resepi dari fb Noorsha ....katanya dapat resepi dari seorang akak yg berniaga sebelah kedainya...Dhira suka bebenar ayam goreng kat situ...
TQ Sha dan akak yg sudi berkongsi resepi ayam goreng yang mabeless ni...perap lama2...lagi best tau...dan goreng ayam dlm minyak banyak dengan api sederhana...hmmm...ayam tu akan garing diluarnya dan lembut2 didalamya...ala2 tekstur ayam kfc gitu....Mas share resepinya disini pulak yerk...dan Mas ada tambah lagi bahan2 tuk rasa yang lagi ummmpphhh....


Ayam Goreng
Sumber :  Noorsha


Bahan : 
 ( agak2 yerk ngan ayam tu )
ayam
kunyit hidup - ditumbuk
halia - ditumbuk
bawang putih - ditumbuk
cili
putih telur
tepung jagung - agak2 bahan2 melekat kat ayam 
sedikit tepung beras - Mas tambah
secukup rasa - Mas tambah
sedikit minyak masak - Mas tambah
sedikit serbuk kari - Mas tambah
sedikit serbuk lada putih aji shiok  - Mas tambah
sedikit sos tiram Manggi - Mas tambah 





Cara :
Gaul sebati ayam dengan semua bahan2.
Perap sejam, klu semalaman lagi best.
Goreng dengan minyak banyak dengan api sederhana hingga ayam masak.




Tempahan yang lepas...



Rainbow Cake



Fruits Tart dan Cheese Tart



Kek Kukus Lapis Cream Cheese



Cream Puff



Apam Polkadot dan Cheese Tart



Pavlova



Snow Cheese Cake



Rainbow Cake




Red Velvet Cupcake



Rainbow Cake 



Red Velvet Cake



Saturday, August 17, 2013

Cornflakes Cookies (Again)

 This is favourite cookies in the house and will sure make every year for Idh based on demand.... My children all love the crunchy and tasty cornflakes coated with melt in the mouth cookies. As for me, I like making it with no fuss to mould it like any other cookies.

 Recipe was posted here and here before.


BAHASA MALAYSIA VERSION
 Assalamualiakum semua kekawan dan pengunjung. Raya lum habis lagi kan.... Along pula banyak entri tertunggak yg tak sempat nak post.

Biskut ni kegemaran se isi keluarga kami..... nak buat pun mudah, nak makan pun sedap.... sekali hadap boleh habis satu bekas. Terutama nya AngahRuz and Liana.... sekali makan 10 biji pun tak cukup.... LOL.... nama nya pun raya kan, Along suka bila anak2 enjoy makan apa yg Along buatkan. Dah habis licin pun dah.... ada lebih2 sikit tu, Along pack untuk AngahRuz bawa balik KL esuk.

Resipi nya Along dah share kat sini & sini.


Monday, August 12, 2013

Snow Almond Cookies (Biskut Snow Almond)

 Tried something new for this year Idh.... recipe taken from Chef Zubaidah's book.

pssssssst....... lovely orchid from friend for raya.... thanks so much!

By: Roz@HomeKreation
Source: Chef Zubaidah Chepa's book
Yields >110pieces
INGREDIENTS:
260g Butter
150g Castor Sugar
1 tsp Vanilla Essence
50g Ground Almond
300g Flour
50g Custard Powder
50g Milk Powder
40f Cornflour
Coating: Cooking Chocolate, White Breadcrumbs

METHOD:
1. Cream butter, sugar and vanilla essence until creamy.
Add in rest of ingredients and mix to form dough.
2. Roll the dough flat and cut using cookie cutter.
3. Bake 140C for 18-20 minutes until golden.
4. Cool cookies and dip cookies into melted chocolate and roll in breadcrumbs.
5. Keep in airtight container after the chocolate is set & dry.

 
Ready for baking

BAHASA MALAYSIA VERSION
Tahun ni saja Along nak cuba resipi yg Along belum buat lagi sebelum ni. Pilihan kali ni resipi dari Chef Zubaidah. Rasa nya ramai juga yg dah buat biskut ni. Dah lepas raya baru berkesempatan nak update blog ni....

By: AlongRoz@HomeKreation
Source: Chef Zubaidah Chepa's book
Bilangan >110pieces
BAHAN2:
260g Butter
150g Gula Kaster
1 st Esen Vanilla
50g Serbuk Almond
300g Tepung Gandum
50g Tepung Kastad
50g Susu Tepung
40f Tepung Jagung
Hiasan: Cooking Chocolate, Breadcrumbs Putih

CARA2:
1. Pukul butter, gula & EV sehingga sebati.
Masukkan kesemua bahan2 lain sehingga terbentuk doh.
2. Canai & terap.
3. Bakar 140C selama 18-20 minit sehingga keperangan.
4. Sejukkan biskut & celup ke dlm coklat yg di cairkan.
Golekkan ke dlm breadcrumbs.
5. Simpan dlm bekas kedap udara selepas coklat membeku.


Saturday, August 10, 2013

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 2013

Assalamualaikum w.h.b kepada semua saudara-mara, sahabat-handai dan kenalan semua. Alhamdulillah, selesai sudah sebulan Ramadhan dan di hari lebaran yang mulia ini, saya menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf jika ada salah, silap, dosa yang tidak di sedari atau tanpa di sengajakan. Maaf juga di pinta di atas kurang nya layanan dari HomeKreation kepada pengunjung2 dan sahabat2 yang di sayangi..... akhir2 ini masa amat terhad buat saya mengunjungi blog/facebook kekawan dan saya amat berharap tiada yang berkecil-hati. Sesungguh nya persahabatan anda semua amatlah saya hargai.

Salam sayang dari AlongRoz@HomeKreation buat semua dan
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
MAAF ZAHIR & BATIN

Gambar di atas berhari raya di kampung mertua di Kpg Gerigat, Sarikei dua hari lalu.

Sunday, August 4, 2013

Green Peas Cookies (Biskut Kacang Peas) (Again)

 This melt-in-the-mouth cookies with peas aroma is my favourite and many others..... Come and don't miss the lure of the cookies this Hari Raya.... This is my 2nd cookies so far for this year Idh.... not sure whether or not I can manage to make more cookies as the Idh is only several more days away....

For recipe, refer to the earlier post here.
A tray of unbaked cookies
Fresh from the oven

BAHASA MALAYSIA VERSION
Ini baru biskut yang kedua yang dapat Along siapkan untuk Raya tahun ni. Biskut ni kesukaan Along dan ramai yg lain juga.... masuk mulut je terus cair & hilang.... kalau boleh setiap tahun mesti nak buat. Banyak juga yang Along buat sebab nak bawa balik untuk MIL juga nanti. Kalau kekawan nak rasa, singgah lah ke rumah raya nanti ya.

Untuk resipi, sila rujuk, di sini.