Monday, March 31, 2014

Fish Head Curry (Kari Kepala Ikan) Again

To enjoy really delicious fish head curry, the fish head must be free of scales and properly cleaned. I hate it when scales get stuck in between my teeth and therefore investing little extra time to clean them will pay off eventually. The best part of fish head is the lips and the eyes.... that's my taste anyway.... it is not weird as many other people share the same liking.... all parts of the head are edible except the bone of course... LOL!

My curry recipe is simple but I can assure you will come back with a second plate.... as my hubby did every time!

By: Roz@HomeKreation
INGREDIENTS:
1 Fish Head
1 laddle Vegetable Oil
5 Shallots*
3 Garlic* (*sliced)
2 sprigs Curry Leaves 
1 tsp Mustard Seeds
½ tsp Methi Seeds
5-6 tbs Hot Curry Powder - add enough water to form thick paste 
1 big bowl Coconut Milk
1 tbsp Tamarind - add 4 tbsp water to produce tamarind juice & discard seeds 
1-2 Tomato - cut 4 
Salt

METHOD:
1. Heat up oil in a pot & stir-fry sliced shallots, garlic, curry leaves, mustard seeds & methi seeds. 
Add in curry paste & stir until fragrant until oil surface out from the paste, adding some water if it sticks to bottom of the pot.
2. Add in coconut milk & tamarind juice. 
When boiled, add in fish head and salt.
Stir frequently until the fish head is cooked.
Add in tomato and cook until slightly soft.
3. Serve with white rice.
*********************************************************************************

BAHASA MALAYSIA VERSION
Ada tiga ekor kepala ikan dalam freezer sebab hubby suka beli Ikan Pelayar... Isi nya sedap di goreng tapi kepala nya sekali sekala je boleh makan... orang kata makan kepala ikan boleh nyanyuk.... betul ke? Wallahuallam.... Buat kari memang terangkat tau.... Along paling suka makan bibir & biji mata dia....hehee. Tips dari Along, kalau nak masak kepala ikan, cuci sisik2 tu sehingga bersih... leceh ler, terbantut selera kalau tengah makan ada sisik ikan lekat kat gigi.

Kari yang best mesti kaw pedas & secukup rasa garam & asam nya. Susah nak cari kari ikan yang sedap kat restoren kat Miri ni.... tak leh lawan ler yang masak sendiri....hehe. Resipi Along simple jer tapi yang penting pandai imbangkan rasa nya. Lagi best bila makan nasi ada ulam2an dan sambal tempoyak.... adeiiii dua pinggan nasi licin pun tak sedor.

By: AlongRoz@HomeKreation
BAHAN2:
1 ketul Kepala Ikan
1 senduk Minyak Masak
5 ulas Bwg Merah*
3
ulas Bwg Putih* (*hiris)
2 tangkai Daun Kari 

1 st Biji Sawi
½ st Biji Halba
5-6 sb Serbuk Kari Pedas - bancuh dgn sedikit air 
1 mangkuk Santan
1 sb Asam Jawa - + sedikit air, perah jus & buang biji nya
 1-2 bj Tomato - belah empat
 Garam

BAHAN2:
1. Panaskan minyak & tumis hirisan bawang, halia, daun kari, biji sawi & halba.

Masukkan pes kari & kacau sehingga pecah minyak, campur sedikit air jika melekat di periuk.
2. Masukkan santan & jus asam jawa, kacau sehingga mendidih.

Masukkan kepala ikan & garamdan kacau sehingga masak.
Akhir sekali masukkan tomato & masak sebentar lagi.
3. Hidangkan dengan nasi putih.

Sunday, March 30, 2014

Kek Minyak (Bakar)





Assalamualaikum.
Dah banyak kali Mas buat kek minyak versi bakar ni... baru kali ni Mas sempat share kat sini ...kek yang simple tapi sangat sedap... moist jerk kek minyak ni...
Resepi Mas copy dari blog Kak Norhayati - Sinar Kehidupanku
TQ pada tuan resepi kemma81@MyResepi.
Mas share resepinya disini pulak yerk  ..


Bahan-bahan ( 8x8inci) :

5 biji telur gred A
1/2 cawan gula halus / gula kastor
2 cawan tepung gandum*
1 sudu kecil baking powder*(* diayak bersama)
1 cawan susu pekat
1 sudu besar ovallate
1 cawan minyak masak
perasa dan pewarna kegemaran(saya letak perisa kopi dan oren)
1 sudu teh esen vanila


Cara-cara :
Panaskan oven suhu 170'C
Ayak tepung gandum bersama baking powder.Ketepikan
Lenser loyang kek dgn mentega.Alaskan dengan baking paper.
Pukul telur bersama gula dan ovallate hingga kembang.
Masukkan susu pekat dan esen vanila. Pukul lagi sekejap.
Masukkan minyak masak dan perasa sambil dipukul lagi tapi hanya sekadar untuk adunan bergaul rata.
Akhir sekali masukkan tpng gandum. Gaul rata. Selepas itu, bahagikan adunan kepada 2 atau 3 warna.
Tuangkan ke dalam loyang, marble ikut kreativiti
Bakar hingga masak.Suhu bergantung kepada oven masing2 (saya bakar suhu 170'C selama 60min api atas dan bawah)
Biarkan kek sejuk barulah dipotong dan hidangkan.


Evergreen Layered Cake (Kek Lapis Pandan) Again

 Lovely moist pandan fragrant layered cake.... this is my favourite of all layered cakes.... simple taste and moist texture. Made it for my niece wedding pre-reception day recently. It was all gone in a blink....


 Enjoy the lovely photos....

TIPS UNTUK DAPATKAN KEK LAPIS YANG SEDAP:
1. Hanya guna pure butter.... memang mahal tapi amat ketara perbedaan dgn butter blend.... majerin memang out... rasa tak sedap & tekstur pun lebih keras & kering.
2. Adunan telur mesti di pukul sehingga kental & kembang lebih dua kali ganda. Jika tidak, tekstur kek akan bantat apabila lapisan2 nya di tekan.
3. Bakar menggunakan oven api grill. Grill function tak sama dengan Bake function api atas. Ini supaya kek tetap moist & tak kering. Lapisan nya pula akan lebih cantik & jelas kelihatan sebab permukaan yg perang.
4. Resipi yang baik, kek nya tidak terlalu berminyak, tekstur yang lembut & lembab dan seimbang manis nya.


Saturday, March 29, 2014

Blooming Onion

 I was attracted to try this out when I saw few friends showing off in FB. Sounds and looks easy..... but in my opinion, it is challenging.... not on the preparation but hard to get it crispy through all the petals. The outer petals are crispy but some petals in the inside are only crispy on top but the bottom inside are still soft... probably meant to be as such? No idea because I never tried it before this. Anyway, practice makes perfect.... I served it along Nasi Lemak during our breakfast this morning and nice complement.

 Here is the video, teaching step-by-step. I used ready made Kentucky Flour and the batter taste good with onions.




BAHASA MALAYSIA VERSION
Teruja nak cuba buat ni bila nampak Zalieda & Shima tayang kat facebook. Along takda bawang besar cam kat video tu, so guna Bombay Onion je. Lapisan bawag ni tebal sedikit & tak berapa mekar. Kelopak yang kat luar tu sedap rangup tapi kelopak yg lapisan dalam cuma rangup kat ujung2 je. Apa pun sedap rasa nya. Next time kena cari jenis bawang yg lebih sesuai. Along guna tepung KFC ready made je, tak ikut resipi tepung kat video tu.

By: AlongRoz@HomeKreation
Source: Facebook_Zalieda / Facebook_ShimaMaz
Untuk step-by-step tengok klip video di atas ya
Resipi tepung nya Along guna tepung KFC, senang kerja & tentu sedap
Sos celup nya pun Along tak ikut... guna telur sahaja
BAHAN2:
Bawang Besar
Tepung Goreng KFC
Telur
Minyak utk menggoreng 

CARA2:
1.  Hiris bawang seperti dlm video, membentuk 16 kelopak.
2. Tabur tepung sehingga meliputi kelopak2 bawang.
3. Celup ke dalam telur yg di kocok.
4. Gaulkan dgn tepung sekali lagi.
5. Goreng dengan minyak yg dalam, bahagian kelopak yg terbuka mengadap ke bawah.
Balikkan apabila telah garing & angkat apabila garing di kesemua bahagian.
6. Toskan minyak berlebihan & hidangkan dengan sos mayonis pedas.



Thursday, March 27, 2014

Aneka tempahan Birthday Cake ...




No 2 Choc Cake With Cream Cheese




Moist Choc Cake 




Rainbow Cake 




Snow Cheese Cake 





Moist Choc Cake With Buttercream 



Untuk tempahan @ pertanyaan , boleh call @ whatsap 013 4242505, 
juga call no 03 78599266


Wednesday, March 26, 2014

Laksa Sarawak





Assalamualaikum.
First time buat sendiri Laksa Sarawak...selalu Mas beli jerk... resepi Mas rujuk dari blog HaSue. Alhamdulillah sedap sangat ... nak membuat pun tak susah sangat ... TQ pada adik ipar yang kirimkan pes laksa sarawak Hj Manan ... TQ juga pada HaSue atas perkongsian resepi diblognya ...



Laksa Sarawak
By: HaSue@sue-hasue.blogspot.com


Bahan2 laksa(tidak terhad):

Bihun(yg sudah dicelur n ditoskan)
Isi ayam (yang digoreng lebih sedap)
Tauhu goreng
Telur dadar
Tauge(celur seketika)
Cendawan hitam(celur)
300g udang(celur)
Telur rebus
Sambal belacan dan limau kasturi

Cara menyediakan sambal belacan: Kisar(menggunakan pengisar bahan kering) 3-4 tangkai cili merah+10 tangkai cili api(ikut tahap kepedasan masing2) bersama 3 sudu belacan dan sedikit garam..jika ingin menghasilkan sambal belacan lebih banyak,boleh menggunakan pengisar bahan basah..campurkan sedikit sahaja air,sekadar untuk menggerakkan mesin ye



Bahan2 kuah laksa:
200g pes laksa sarawak hj manan
2 liter air
200g udang tanpa kulit-boleh juga dicincang
2 batang serai-ketuk
200ml santan pekat(hasue guna santan kotak)
Garam n gula/perasa secukupnya

Cara menyediakan kuah laksa:
Masak 2 liter air sehingga mendidih dan celurkan udang (300g) seketika. Boleh juga rebus isi ayam tadi jika tidak suka digoreng. Toskan.
Masukkan rempah laksa,serai yang diketuk dan masak sehingga mendidih. Masukkan udang(200g) untuk kuah,santan,garam,gula. Biarkan mendidih dan sebatikan rasa.


Cara Menghidang laksa sarawak
Sediakan mangkuk,masukkan bihun,dan bahan2 laksa di atasnya. Lengkapkan dengan kuah laksa dan sambal belacan. Perahkan limau kasturi dan laksa sudah sedia untuk dinikmati..





Jika susah untuk mendapat pes laksa,boleh lah mencuba membuat pes laksa sendiri menggunakan resepi Dayangjack ni yer..DJ,nak c n p resepi pes laksa ke sini pula yer..terima kasih.. Boleh juga lihat resepi n cara penyediaan laksa DJ kat sini yer.. ;)

Pes Laksa Sarawak
Resepi:Dayangjack@dapurku sayang

Bahan-bahan : anggaran 200 gm

8 biji bawang merah*
4 ulas bawang putih*
10-12 tangkai cili kering*
1 inci lengkuas*
1 sk ketumbar
1 sk jintan manis
1 sk jintan putih
3 biji buah keras*
2-3 batang serai*
1 inci belacan bakar*
1/4 cawan kacang tanah (digoreng)
1/4 cawan bijan (digoreng tanpa minyak)
sedikit garam
sedikit minyak utk menumis

Cara-cara :

Kisar lumat bahan-bahan yang bertanda *.
Bahan-bahan seperti jintan manis/putih, ketumbar, kacang tanah dan bijan dikisar/ditumbuk halus terlebih dahulu sebelum disatukan dengan baha-bahan bertanda *.
Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan tadi sehingga keperangan. Tambah garam dan sedikit gula. Kacau rata-rata.
Simpan di dalam bekas yang bertutup dan masukkan ke dalam peti sejuk sekiranya ingin menyimpan lama.


Tuesday, March 25, 2014

Kek Lapis Cadbury II (Cadbury Layered Cake)

 Enjoy the photos..... it is 3am and not much energy to babling..... Made this for my hometown families and served during tahlil and my niece's pre-wedding reception.

Will update recipe upon request.




Monday, March 24, 2014

Kuih Bakar Keladi Berlauk (Spicy Yam Kuih)

 Hi everyone! I'm just back from a weekend break in my lovely hometown.... missed my kitchen and poor little yam been sitting in the fridge for a couple of weeks already and time to dispense it off into something sumptuous! I want something savory and I don't want the typical steamed version so I created this instead.... am happy with the outcome... rich taste of yam and generous topping to go along.... add some chili sauce for more flavour but it all up to individual's preference.

By: Roz@HomeKreation
Yields: 8" square
TOPPING:
250g Beef - minced
400g Yam - cubed & steamed 
1 Big Onion - chopped
1 tsp Fennel Powder
½ tsp Cumin Powder
2 tbsp Curry Powder
1 sprig Spring Onion + Chinese Celery
1 Red Chili
Salt
KUIH:
3 cup Flour
1¾ cup Water
5 Eggs
Salt
Purple Coloring

METHOD:
1. Heat up 2-3 tbsp oil & stir-fry onion until soft.
Add in fennel/cumin/curry powderand a bit of water until fragrant.
Add in beef & salt.
Keep aside to cool.
2. Mix all kuih ingredients & strain to obtain smooth batter.
3. Heat up 1 tbsp oil in the baking tin & pour batter into it.
Sprinkle beef topping, chopped spring onion/celery/chili.
4. Cover tin with a piece of aluminium foil & bake for 1 hour.
Remove foil in the last 15 minutes of baking time.
5. Slice kuih after it cool down.
Serve with chili sauce.
***************************************************************************

BAHASA MALAYSIA VERSION
Assalamualaikum kawan2 dan pembaca sekalian. Rindu nya nak update blog.... Along gi bercuti sekejap balik kampung.... seronok nya berkumpul semua sanak sedara menghadiri perkahwinan anak saudara. Rindu pula nak membaking.... kesian kat CikKeladi yang dah lama terperam kat dalam petisejuk tu.

Dah lama pendam hasrat hati nak makan Kuih Bakar Keladi Berlauk Daging. Harini tercapai lah hajat sebab masih bercuti dan ada kelapangan sedikit. Esuk pagi bolehlah sarapan dgn kuih ni.

By: AlongRoz@HomeKreation
Hasil: 8" persegi 
BAHAN2 TOPPING:
250g Daging - di kisar 
400g Keladi - potong kiub & di kukus 
1 labu Bwg Besar - cincang 
1 st Serbuk Jintan Manis
½ st Serbuk Jintan Putih
2 sb Serbuk Kari
1 tangkai Daun Bwg/Sup
1 bj Cili Merah
Garam
BAHAN2 KUIH:
3 cwn Tepung Gandum
1¾ cwn Air
5 bj Telur
Garam
Sedikit Pewarna Ungu

CARA2:
1. Panaskan 2-3 sb minyak & tumis bwg besar sehingga layu.
Masukkan jintan manis, jintan putih & serbuk kari, tambah sedikit air supaya tak hangit. Masak sehingga wangi.
Masukkan daging kisar & garam.
Kacau sehingga daging masak.
Ketepikan sehingga sejuk.
2. Campurkan kesemua bahan2 kuih sehingga sebati & tapis.
3. Panaskan 1sb minyak dalam tin pembakar & tuangkan adunan kuih kedlm nya.
Taburkan daging dan hirisan daun bwg/sup & cili merah.
4. Tutup tin dgn aluminium foil & bakar selama 1 jam.
Buka kertas aluminium 15 minit terakhir.
5. Potong kuih apabila suam/sejuk.
Hidangkan dgn sos cili.
 


Wednesday, March 19, 2014

Kaswi Tepung Kacang Hijau - sangat sedap





Assalamualaikum.
Buat peminat Kaswi... Mas recommend sangat Kaswi Tepung Kacang Hijau ni...sangat sedap....
Macam kak Norhayati ...Rasanya seakan2 kuih koleh kacang tapi ala2 dodol gitu.. 
Jadi...kalau ada yg terliur... try la yerk...
TQ pada Kak Fida MyResepi untuk resepi kaswi yang mabeles ni..



Kaswi Tepung Kacang Hijau
Resepi : Kak Fida MyResepi 
Sumber : kak Norhayati


Bahan-bahan ( loyang 10x10 ) 
Bahan A :- 

200 gm tepung kacang hijau
200 gm tepung kanji/ubi
600 gm santan - sedang pekat
1 sudu kecil air kapur
1 sudu kecil pandan paste
sedikit warna hijau muda

Bahan B :- 
500 ml air
380 gm gula pasir (saya guna 180gm gula pasir + 200gm gula melaka)
1/2 sudu kecil garam
2 helai daun pandan - disimpul


Cara-cara 
Satukan bahan A ke dalam mangkuk. Kacau rata.
Masak bahan B hingga mendidih dan tapis.Tuangkan ke dalam adunan bahan A ketika panas dan kacau sebati.
Tuang adunan ke dalam loyang atau acuan kecil yang disapu minyak dan telah dipanaskan dulu. Kukus selama 30 min-40 min jika mengguna loyang dan 20 min jika mengguna acuan kecil.
Sejukkan kuih dan hidangkan bersama kelapa parut kukus.



Monday, March 17, 2014

Bubur Pedas Batang Keladi

 This is Sarawak traditional dish... yam stalks cooked with spicy rice powder..... really delicious! Recipe in English will be provided upon request.... am too tired tonight to do the typing....
****************************************************************

BAHASA MALAYSIA VERSION
Kebiasaan Bubur Pedas Sarawak letak bermacam2 sayuran tapi kali ni masak batang keladi di campur dengan bumbu pedas pula.... idea dari fren sis MaSaly... nampak sis MaSaly tayang minggu lepas kat facebook terus teringin pula.

By: Roz@HomeKreation
BAHAN2:
1 ikat Sayur Batang Keladi - buang kulit & potong 
1 genggam Udang - kopek kulit 
3 ulas Bawang Merah*
1 bj Cili Merah*
1 helai Daun Kunyit*
4 helai Pucuk Buas/Sengkil* (* hiris) 
1 mangkuk Santan
1 senduk Bumbu Bubur Pedas Sarawak
1 st Serbuk Kunyit
Garam

CARA2:
1. Sayur batang keladi di rebus sebentar sehingga layu.
2. Masukkan kesemua bahan2 ke dlm periuk dan masak sehingga mendidih.
Kacau selalu sehingga kesemua bahan masak & sebati rasa.
3. Hidangkan bersama nasi putih & lauk sampingan yg lain.


Saturday, March 15, 2014

Tempahan Kek Bernombor



No 1 Rainbow Cake




No 6 Snow Cheese Cake 




No 4 Snow Cheese Cake 


Untuk tempahan @ pertanyaan , boleh call @ whatsap 013 4242505, 
juga call no 03 78599266



Wednesday, March 12, 2014

Aneka pilihan untuk tempahan



Apam Polkadot 




Cream Puff 




Roti Jala & S"pore Bihun 




Kuih Sagu




Snow Cheese Cake 



Snow Cheese Tart 



Untuk tempahan @ pertanyaan , boleh call @ whatsap 013 4242505, 
juga call no 03 78599266



Tuesday, March 11, 2014

Resepi Kuah Dal yang sedap ..




Assalamualaikum.
Mas share resepi kuah dal yang sangat sedap ...
Resepi dari Irni Maizura FB.
TQ yerk... Mas share disini pulak..


Resepi  Kuah Dal
Resepi : Irni Maizura FB


BAHAN UTAMA
 1 MANGKUK KACANG DAL DIRENDAM SEMALAM..KEESOKAN HARINYA DICUCI N DITOS..
 REBUS KACANG DAL SEHINGGA EMPOK

BAHAN2 A
2 BIJI BAWANG BESAR
4 BIJI BAWANG PUTIH
2 SUDU UDANG KERING
BAHAN2 DIATAS HARUSLAH DIKISAR HALUS

BAHAN B
5 BIJI LADA KERING DI KERAT 4 (DICUCI DAHULU)
1-2 TANGKAI DAUN KARI
1-2 SUDU BIJI SAWI
1SUDU JINTAN HALUS
GARAM SECUKUP RASA
GULA SEDIKIT
1-2 SUDU KECIL SERBUK KUNYIT. (IKUT KEKUNINGAN PANDAILAH AGAK2 OK)

BAHAN C
SEDIKIT KACANG PANJANG..(KALAU SUKA BOLEH LETAK) DIPOTONG SDANG2



CARA MEMBUATNYA
♥TUMIS BAHAN A SEHINGGA AGAK2 GARING SEDIKIT.PADAM KAN API MASUKAN 
DAUN KARI

♥MASUKAN BAHAN2 TUMISAN KEDALAM PERIUK DAL YG DIREBUS TADI.
BILA KUAH SUDAH KERING MASUKAN AIR LAGI AIR..AGAK..JGN PEKAT2 DAL TU

♥MASUKAN LADA KERING, BIJI SAWI, SERBUK KUNYIT, GARAM SECUKUP RASA, SEDIKIT
GULA, JINTAN HALUS..MASAKAN SEHINGGA KUAH DAL TU SEDAP N SEMUA 
CUKUP RASA.

♥LAST SEKALI MASUKAN KACANG PANJANG, HASIL KUAH TU MESTILAH CAIR2 
SEDIKIT, JGN PEKAT2 SANGAT..


 KUAH DAL TU MAKAN MESTI BERSAMA2 SAMBAL TUMIS BARU SODAP!!!
CECAH ROTI CANAI..KOMPOM ABANG SUKA..CAM KEDAI RASANYA..