Showing posts with label NASI. Show all posts
Showing posts with label NASI. Show all posts

Monday, May 7, 2012

Nasi Kabsa



Assalamualaikum.
Meh layan Nasi Kabsa pulak hari nie. Menu lunch family Mas semalam, kebetulan Kak Anim pun tayang Nasi Kabsa ni semalam. Atas pemberian rempah Nasi Kabsa dari seorang akak yang cantikk manis....dapat juga Mas sekeluarga merasa Nasi Kabsa yang sedappppp nie...nak membuat Nasi Kabsa ni pun senang jerk...
Alhamdulillah...suami dan anak2 sukaa...plan lagi lepas nie nak try guna kambing lak..he3...untuk resepinya Mas copy dari Kak Nor - Secubit Garam dan resepi asal dari Resepiraidah. Lupa pulak nak ambil gambar kuah cili yang digadingkan ngan Nasi Kabsa nie...memang terbaikk...

Nasi Kabsa
Resepi : Resepiraidah

Bahan :
1 ekor ayam (dibelah 2) @ 1 kg daging kambing + tulang
3 pot/cwn beras basmati - cuci dan rendam 30 mionit, toskan
4 1/2 pot/cwn @ secukupnya air panas
2 sudu minyak masak
1 sudu minyak sapi
1 batang kayu manis
3 biji buah pelaga
2 biji bunga cengkih
1 biji bawang besar - dipotong dadu
3 ulas bawang putih - dipotong dadu
1 batang karot - diparut
1 biji buah tomato - dikisar
2 sudu tomato puri
1/2 sudu kecil pewarna kuning (saffron)
1 sudu besar rempah kabsa 
1 biji lemon hitam @ kering - dicucuk bahagian tengahnya 
1 biji lada bengala merah (red capsicum) -  dipotong dadu
1 sudu kecil lada hitam biji @ serbuk
2 biji cili merah -  jgn potong
1/4 cawan kismis
Garam secukup rasa dan gula (kalau suka)




Cara penyediaan:
Panaskan minyak dan minyak sapi. Tumiskan kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga, bawang putih dan bawang besar dan goreng sehingga wangi. 
Masukkan buah tomato, tomato puree, lemon, saffron dan rempah kabsa dan goreng sebentar.
Kemudian masukkan ayam dan masak sehingga ayam masak.
Tambahkan garam secukup rasa dan juga gula. 
Masukkan karot, capsicum, cili merah, kismis dan beras.
Masukkan air panas secukupnya dan masaklah nasi sehingga masak. 
Kacau @ gembur nasi bila nasi betul2 masak, selepas 30 minit supaya nasi tidak hancur.


Nota :
Untuk lemon kering tu K.Nor gantikan dgn sedikit perahan lemon.
Untuk sukatan air, setelah ayam masak, terdapat air dari ayam bercampur dgn rempah ratus tu jadi K.Nor kurangkan sukatan air sebanyak 3/4 cawan. 
Alhamdulillah elok jer nasi masak dan tak lembik tak juga keras. tapi kena ingat ya, sukatan air ni bergantung pada jenis beras yg digunakan.



Friday, April 20, 2012

Nasi Goreng Planta - kesukaan anak2



Assalamualaikum.
Nasi Goreng Planta ni memang menjadi kesukaan Ain ngan Daniel, kadang - kadang sampai Mas pun join makan sekali....nasi goreng yang senang dibuat dan sedappp...tak payah nak sediakan banyak ramuan dan tumbuk bebahan pelbagai...main campak2 jerk dalam kuali...siappppppp........ni gara2 iklan nasi goreng planta kat tv la...ada pulak permintaan, jadi Mas pun buat......memang sedappp.....

Nasi Goreng Planta
Resepi : MasDuniaku

Bahan :
2 cawan nasi
2  sudu besar planta
1 biji telur
1 sudu kecil lada sulah
sedikit garam
1/2 sudu kecil secukup rasa - optional
mix vegs, sosej , isi ayam

Cara memasak :
Panaskan planta sampai cair. 
Masukkan mix vegs, sosej , isi ayam, secukup rasa dan secubit garam secukupnya. Kacau sebentar.
Masukkan telur (x payah pukul), Kacau kejap.
Terus masukkan nasi dan kacau rata2 selama 3 minit.
Taburkan lada sulah dan kacau lagi.
Hidangkan dengan telur goreng jika suka. Sedap dimakan ketika panas.



Friday, April 13, 2012

Nasi Lemak Resepi Kak Fida





Assalamualaikum.
Entry terkini dari Duniaku...he3....Alhamdulillah..... baru kekenyangan makan Nasi Lemak Resepi Kak Fida nie....lagi resepi nasi lemak yang best pada Mas...kelainan pada Nasi Lemak Resepi Kak Fida nie adalah sebab bawang putih, bawang merah dan halia dikisar, selalunyakan dihiris jerk....semerbak wangi bau nasi lemak ni apa lagi ditambah dengan daun pandan dan serai yang diketuk...Ain ngan Daniel pun tegur tadi, nape nasi lemak nie lain sikit dari selalu....sememangnya resepi Kak Fida ni selalunya mabeles....dan populer diMyresepi. Sayang Kak Fida tak buka blog...jadi rajin2 lah yerk selongkar resepi Kak Fida ni diMyresepi, ada 300 lebih resepi yang boleh dicuba...banyakkkk tu...jadi Mas kongsikan pulak diDuniaku Nasi Lemak Resepi Kak Fida....memang terbaikk la....

Nasi Lemak Resepi Kak Fida

Bahan ( 6 - 8 orang ) :
500 g beras
santan secukupnya - drpd 1 biji kelapa
2 biji bawang besar - dikisar
4 ulas bawang putih - dikisar
2 hiris halia - dikisar
2 helai daun pandan - disimpul
2 batang serai - dititik
garam secukup rasa

Lauk sampingan yg dimakan bersama nasi lemak :
ikan goreng @ ayam goreng @ ikan bilis goreng
telur dadar @ telur rebus @ telur mata lembu
timun yg dihiris
kacang tanah goreng
kangkung goreng dan lain2 ikut selera

Cara memasak :
Beras dicuci bersih dan masukkan ke dalam periuk nasi ( saya guna periuk eletrik ) bersama bahan2 kisar, daun pandan dan serai.
Tuang secukup santan dan garam secukup rasa ke dalam periuk nasi tadi dan gaul hingga rata.
Masak nasi hingga hampir kering dan serih nasi perlahan2 hingga rata dan masak terus hingga nasi benar2 masak.
Siap dihidangkan bersama lauk2 sampingan ikut selera masing2.




Wednesday, March 7, 2012

Nasi baryani Batu Pahat



Assalamualaikum.
Dah lama Mas simpan resepi Nasi baryani Batu Pahat resepi mrsdayat@myResepi ni. Jadi hari ni baru Mas mencubanya....dan tak menghampakan....memang best nasi beriani ni...sedapppp....tengok respon kat myresepi, memang ramai yang dah mencubanya...sedikit kelainan juga pada resepi nasi beriani ni sebab susu cair dan kuah daging @ ayam beriani diletakkan last bila nasi dah masak...rasa ala2 nasi beriani gam pun ada...maceh dayat atas perkongsian nasi beriani yang best ni....izinkan Mas kongsikan disini pulak yerk..

Nasi baryani Batu Pahat

Bahan ( 4 org ) :
3 cwn beras basmathi
sedikit rempah tumis
6 ulas bwg merah - blend
5 ulas bwg putih - blend
2 halia - blend
setengah biji bwg besar - hiris
sedikit daun pudina, daun bawang. daun sup
2 - 3 tbsp minyak sapi
1tsp garam
sedikit pewarna kuning
gajus dan kismis sebagai hiasan - goreng
2 tbsp rempah baryani
4 setengah cwn air
setengah cwn susu cair

Cara-cara
Panaskan minyak sapi, kemudian tumis rempah tumis dan rempah baryani.
Masukkan bawang yg dihiris, gorengkan sebentar. Kemudian,masukkan pula 2 tbsp campuran bwg merah + halia + bwg putih yg di blend tadi. (baki campuran yg di blend akan diguna utk kuah daging baryani).
Masukkan air..tunggu sampai didih.
Masukkan daun bwg, daun pudina, daun sup dan masukkan juga garam, kemudian..masukkan pula beras dan kacau.
Pindahkan periuk ke dalam rice cooker dan biar nasi masak
Bila nasi dah masak, keluarkan daun-daun yg ade dlm periuk tu, kemudian tambahkan susu cair ke dalamnya. Titikkan pewarna..kacaukan.
Masukkan 2 senduk kecil rempah dari kuah daging baryani ke dalam nasi dan kacau rata. (nak lebih 'kick',masukkan juga 2-3 ketul daging bersama kuah dari kuah daging tu ke dalam nasi)
 Masukkan gajus dan kismis.
Sedia untuk di hidangkan....


Wednesday, February 29, 2012

Nasi Tomato Kukus



Assalamualaikum.
Bersiaran di hari pertama bulan Mac dengan entry Nasi Tomato Kukus. Hari tu nampak Kak Quinnie tayang Nasi Tomato Kukus, terus teringin nak mencubanya.....kebetulan Mas baru jerk beli beras basmathi, jadi elokkk sesangat la kan..he3....satu percubaan yang tak menghampakan...suka sangat ngan nasi tomato versi kukus ni..nasinya lembuttt dan cantikk...tak melekat2.....dan Mas buat Ayam Masak Merah jerk untuk digadingkan ngan nasi tomato ni....maceh pada tuan resepi Kak Lina pg@myResepi.com. Kalau nak ke blog Kak Lina, boleh klik DISINI. Tapi resepi nasi tomato kukus tak de lak kat blog kak lina ni..puas gak Mas selongkar...he3...jadi sila rujuk dimyresepi yerk....

Nasi Tomato Kukus
Sumber : Kak Quinnie 

Bahan ( 5-6 org mkn ) :
4 cawan beras basmati
4 cawan air
1 cawan susu cair
1 kiub ayam - saya guna kiub ayam maggie

Bahan2 Tumis :
1 labu bawang besar - dikisar
2 biji buah tomato - dikisar
1 batang kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
3 helai daun pandan - disimpul
5-6 sudu makan butter - untuk menumis
4 sudu makan tomato puri

Bahan Hiasan :
Daun sup 
Kismis 
Gajus

Cara memasak :
Beras dibersihkan, Rendam 15 - 20 minit. Kemudian toskan
Masukkan mentega, tumis bahan2 tumis ( kecuali tomato puri ) hingga wangi (Jangan terlalu garing nanti rasa pahit)
Masukkan tomato puri, Kacau sebentar. Kemudian masukkan beras, kacau sebati.(Jgn kacau kuat sangat nanti beras patah,tak cantik)
Kemudian masukkan air, susu cair dan kiub ayam. Kacau sekali sekali supaya nasi tak hangit kat dasar periuk.Tuggu hingga nasi kering.
Setelah nasi kering, pindahkan nasi tadi ke dalam kukusan (yang dipanaskan terlebih dahulu). Kukus selama 20 - 25 minit atau sehingga nasi betul-betul masak.
Setelah nasi masak, gemburkan nasi menggunakan garfu supaya nasi tidak patah.
Taburlah bahan hiasan ketika menghidang.


Friday, January 27, 2012

Nasi Lemak Tumis



Assalamualaikum.
Nasi Lemak yang tengah hot dipasaran....tengok ramai juga yang dah menerainya...Kak Anim pun baru jerk postkan Nasi Lemak Tumis yang glemer ni...
Sebenarnya Mas buat Nasi Lemak Tumis ni Rabu lepas...jadi entry bertangguh la ni..bila tengok Nasi Lemak Tumis kat dapur Kak Anim tadi, terus teringat nak kongsikan juga kat sini....meh kita meramai2kan lagi musim Nasi Lemak Tumis ni..he3
Memang ada kelainan sikit pada Nasi Lemak Tumis ni, sedappp dan wangi...untuk yang belum menerainya...cuba2 lah nasi lemak versi tumis ni yerk..memang best dan berbaloi untuk dicuba.....

Nasi Lemak Tumis

Bahan : ( 5-6 orang )
3 cawan beras
2 cawan santan
2 cawan air
1/2 sudu besar halba
1 daun pandan
1 cm halia-hiris halus
1 batang serai-titik
2 biji bawang merah-hiris
garam secukup rasa
1 sudu minyak + 1 sudu minyak sapi

Cara memasak :
Panaskan kedua-dua minyak, tumis bawang dan halia hingga garing.
Masukkan air dan santan, kacau hingga pecah minyak.
Bila mendidih, masukkan beras, daun pandan, halba, serai dan garam.
Pastu masak seperti nasi lemak biasa..
Hidangkan bersama sambal tumis ikan bilis @ udang @ sotong, timun, telur dan ikan bilis goreng.

Nota Dapurmamasya
Utk nasi lemak kuning ni , tambah 1 sb kunyit semasa masukkan santan dan air.



Thursday, October 6, 2011

Nasi Goreng Kampung



Assalamualaikum. Pagi ni layan dulu Nasi Goreng Kampung yang Mas buat untuk sarapan semalam.  Pedas dan sedap....habis masukkan segala harta karun yang ada kat dapur, selalunya kalau buat nasi goreng kampung, Mas suka tumbuk bawang putih, bawang merah, cili padi dan udang kering...harum jerk baunya masa menumis....suka juga letak ikan bilis yg digoreng dalam nasi tu.....hmm....memang best....ada pulak lebihan ayam goreng...letakkan juga...dan kacang buncis yg dipotong2.....wahhhhh...sedapp tau....he3

Nasi Goreng Kampung
Resepi : MasDuniaku
Bahan :
  • 2 cawan nasi sejuk - lerai2kan
  • 1 sudu besar udang kering, rendam kejap dan toskan - ditumbuk
  • 10 biji cili padi - ditumbuk
  • 1 ulas bawang putih - ditumbuk
  • 1 biji bawang merah - ditumbuk
  • 2 biji bawang merah - dihiris
  • 6 batang kacang buncis - dipotong2
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar Sos tiram maggi
  • sedikit kiub ikan bilis
  • ikan bilis yang digoreng dan ayam goreng dipotong
  • sedikit lada sulah aji shio
Cara memasak :
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang merah yang dihiris hingga layu dan masukkan bahan tumbuk  dan tumis hingga harum. Masukkan kiub ikan bilis dan sos tiram, kacau sebati dan masukkan telur dan biar mengeras sikit , kacau dan gaul bersama bahan2 lain.
  2. Masukkan nasi dan gaul sebati dan terus besarkan api dan gaul pantas. Renjiskan sedikit air panas atas nasi supaya nasi goreng tu tak terlalu kering dan kacau lagi. Masukkan ikan bilis goreng dan ayam goreng yang dipotong dan sebatikan, masukkan lada sulah aji shio, kacau lagi , rasakan dan jika ok boleh tutup api... 


Monday, August 1, 2011

Nasi Daging & Air Asam



Assalamualaikum. Menu berbuka semalam, try buat Nasi Daging ngan Air Asam resepi dari Kak Dayang Jack, lepas tu Mas buat kari Ayam untuk digadingkan dengan nasi daging ni, kesian pulak Ain ngan Daniel makan nasi tak berkuah....hmm...memang sedappp...kena sangat daging tu dicicah ngan air asam tu......berpeluh2 juga makan sebab pedasss...itu yang syok kan....rasanya ramai yang dah menerai resepi ni, jadi Mas copy resepi dari Kak Nor jerk sebab dah masuk list masa nampak Kak Nor buat hari tu, rasanya Ika pun dah try resepi ni sabtu lepas....jadi untuk yang belum menerainya, cuba lah resepi Kak Dayang ni....memang best......

Nasi Daging 
Resepi : Kak Dayang Jack
Sumber : Kak Nor
Bahan A :
  • 3 pot kecil beras Basmathi (direndam 3 jam)
  • 250 g daging batang pinang (dihiris nipis atau dipotong kiub)
  • 2 sudu makan serbuk rempah kurma (dibancuh dengan sedikit air)
  • 2 helai daun pandan
  • 80 ml susu cair
  • 1 sudu makan puri tomato
  • 2 helai daun limau purut
  • garam secukupnya
  • 1 sudu kecil gula
  • 1 sudu besar minyak sapi
Bahan B :
  • 5 biji bawang merah - dikisar
  • 3 ulas bawang putih - dikisar
  • 1/2 inci halia - dikisar
  • 1 sudu kecil jintan manis
  • rempah 4 sekawan (kulit kayu manis, buah pelaga, cengkih dan bunga lawang)
  • 1 batang serai - diketuk
Cara memasak  :
  1. Panaskan minyak sapi di dalam periuk. Tumiskan bahan-bahan B hingga wangi.
  2. Masukkan pes kurma dan puri tomato. Tumis lagi hingga garing dan pecah minyak.
  3. Kemudian masukkan daging, daun pandan, garam dan gula. Kacau rata-rata.
  4. Masukkan air secukupnya dan masak hingga daging empuk (pastikan air rebusan daging sama dengan sukatan beras Basmathi...agak-agaklah yer)
  5. Masukkan beras. Perlahankan api. Masak hingga nasi hampir kering. (boleh juga dimasak dengan menggunakan rice cooker selepas menumis bahan)
  6. Tuangkan susu cair dan daun limau purut. Kacau perlahan-perlahan hingga rata dan sebati. Biarkan nasi masak sempurna.
  7. Taburkan bawang goreng dan sedikit daun hirisan daun ketumbar pada nasi dan hidangkan bersama air asam serta lauk berkuah jika suka. 
Air Asam
Bahan :
  • 2 biji bawang merah - dihiris
  • 1/2 labu bawang besar - dihiris
  • 1 biji tomato - dihiris dadu
  • 8-10 biji cili padi - dihiris
  • 2 biji cili merah - dihiris
  • 1 cawan air asam jawa (-/+)
  • sedikit serbuk belacan atau belacan bakar
  • sedikit garam, gula dan jus limau nipis/kasturi

Cara membuatnya :
Satukan semua bahan dan kacau sebati.
Hidangkan bersama nasi daging.



Friday, July 22, 2011

Nasi Ketumbar yang besttt



Assalamualaikum. Melayan entry tertunggak...Nasi Ketumbar yang Mas buat semalam. Teringin juga menerainya bila tengok ramai yang dah mencubanya, ada yang buat berulang kali tau....hhmmm...memang sedapppp la...tak percaya...kene buat sendiri dan makan...baru tahu macam mana rasa nasi ketumbar ni...Mas pun tak sangka Nasi Ketumbar ni sedappp...patut la Kak Nor buat berulang kali....tengok semalam Kak Wana pun buat dan hari ni Kak Ct Delima pun entrykan Nasi Ketumbar juga....untuk yang belum menerai lagi Nasi Ketumbar ni...boleh mencubanya....terbaikkkk....Mas makan ngan Ayam Masak Merah Madu....perrhhhh....hingga menjilat jari......boleh buat lagi Nasi Ketumbar ni nanti....

Nasi Ketumbar
Resepi : Q'ein@myresepi
Sumber : Kak Nor
Bahan:
  • 500g beras
  • 3 s/b mentega @ minyak sapi
  • sedikit minyak
  • 1 biji bawang merah - dimayang halus
  • 3 batang daun ketumbar - blender halus
  • sedikit garam
  • pewarna hijau
  • 1 kiub ayam
Cara memasak :
  1. Basuh beras dan toskan
  2. Cairkan mentega bersama sedikit minyak
  3. Masukkan bawang goreng sehingga wangi dan masukkan kiub ayam
  4. Kemudian masukkan beras, daun ketumbar yang telah blender tadi dan secubit garam
  5. Masukkan air dan masak seperti nasi biasa
  6. Bila nasi dah kering buat beberapa lubang dan titiskan pewarna hijau.
  7. Tunggu sehingga nasi betul-betul masak dan gemburkan sebelum dihidang.
*daun ketumbar yg diblend tak perlu ditapis kalau ditapis akan mengurangkan aroma daun ketumbar dlm nasi..



Wednesday, May 18, 2011

Nasi Mandhi



Meh layan Nasi Mandhi petang2 gini...ada lagi tu untuk dinner bebudak malam ni. Lepas balik klinik tadi, terus kelam kabut masak nasi mandhi ngan lauknya.....tak sempat lak nak postkan resepi nasi mandhi ni tengahari tadi....petang pun ok kan..kikikiki...kelam kabut lak ari ni...hmmm..ni pun baru jerk balik tau..ada hal sikit tadi...lepas ni boleh relakss....untuk  dinner dah tak payah masak...senang keje.....
Ari tu nampak Kak Ummi buat...tu yang jadi teringin...rasa nasi mandhi ni lebih kurang macam nasi minyak...cuma ada letak kismis dalamnya masa menumis, jadi harum semerbak baunya, tu yang jadi lain sikit rasanya dari nasi minyak...sedapppp tau...untuk lauknya Mas postkan kemudian tau...

Nasi Mandhi
Bahan :
  • 4 cawan/pot beras basmathi ~ rendam 20 minit dan toskan
  • 3 camca besar minyak sapi
  • 4 cawan air atau secukupnya - **tambah air supaya nasi lembut
  • 1 biji bawang besar - dihiris halus
  • 3 ulas bawang putih - dihiris halus
  • 1 inci halia - dihiris halus btg mancis
  • 1/3 cwn kismis
  • Rempah tumis - 1 batang kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga, 5 kuntum bunga cengkih
  • Sedikit pewarna kuning- guna
  • 1 sk kunyit campur dgn sikit air
  • Garam secukup rasa.

Cara penyediaan :
  1. Panaskan minyak tumis rempah tumis, bawang putih, bawang besar dan halia hingga harum dan bawang layu.
  2. Masukkan kismis, goreng sebentar dan masukkan pula air, biar mendidih.
  3. Bila mendidih, padamkan api dan tuang ke dalam rice cooker. Masukkan beras dan garam secukup rasa, kacau rata dan masak seperti biasa.
  4. #Bila nasi kering, buat lubang ditgh nasi dan letakkan foil. Masukkan 1 sudu minyak dan seketul arang yang telah dibakar. Tutup tudung periuk selama 2 minit supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi.
  5. Buka semula tudung periuk dan keluarkan foil bersama arang tadi.
  6. Titiskan 2-3 titik pewarna kuning, kacau/gembur nasi dan masak nasi sehingga masak.
(#) Step (4) ni, Mas pun tak buat sebab tak ada arang kat rumah..ada kat kedai, maleh nak membakar setakat nak letak seketuiii..hehee) Orang lain jgn ikut akak eh..rajin2 sikit.



Thursday, May 5, 2011

Nasi tomato & Ayam Merah Tomato Kak Ummi



Assalamualaikum. Panjang bebenor tajuk n3 ari ni yerk, itu pun dah tukar Ayam Tomato Merah Home Sweet Home jadi Ayam Merah Tomato Kak Ummi, tak pe yerk Kak Ummi...he..he..tu dah kurang banyak huruf dah tu. Ni gara2 merata2 asyik nampak nasi tomato jerk, Mas pun jadi teringat lak yang Mas pun dah lama tak buat Nasi Tomato, last semalam nampak Zaliedana pun buat nasi tomato gak, lagi pun nasi tomato ni laku kat rumah ni, hhhmmm....macam dijangka, Ain ngan Daniel siap pesan nak makan lagi malamnya. Memang tak membazir Mas buat Nasi Tomato ngan Ayam Merah Tomato Kak Ummi ni, berselera bebenar tengok bebudak tu makan, Mas pun bertambah gak nasi, selalunya 1 1/2 senduk jerk...he..he......abang yang tak nak makan nasi pun makan juga....kira puas hati masak nasi tomato semalam...

Nasi Tomato Home Sweet Home
Resepi : Kak Ummi
Bahan :
  • 3 1/2 cawan beras basmathi Moghul Faiza - basuh dan rendam 15 minit. Toskan.
  • 4 1/2 cawan air
  • 1 cawan susu sejat Ideal
  • 2 biji tomato - didadu kecil
  • 4 sudu besar pes tomato
  • 2 helai daun pandan - disimpul
  • 1 sudu besar garam kasar
  • 4 sudu besar minyak sapi Ghee
  • 1 cawan kismis - Mas tak letak
  • 1 cawan gajus yg digoreng/dipanggang ( Mas dan Kak Ummi x letak kali ni)
  • bawang goreng secukupnya 
Bahan tumis :
  • 2 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 7 biji bawang merah - dimayang nipis
Cara memasak :
  1. Panaskan minyak sapi dalam periuk dan tumiskan bahan tumis hingga naik bau.
  2. Masukkan tomato, pes tomato dan kacau sebentar.
  3. Masukkan beras basmathi dan daun pandan. Gaul rata sekejap.
  4. Masukkan air, susu sejat dan garam. Kacau perlahan sekejap dan biar nampak mendidih sikit.
  5. Tuangkan ke dalam periuk nasi elektrik (rice cooker) dan masak nasi seperti biasa. (*akak terus tumis dalam periuk elektrik tersebut dan alihkan untuk masak seperti biasa).
  6. Bila nasi sudah kering, kaup nasi perlahan-lahan dari bawah ke atas, rata perlahan dan tabur kismis dan gajus. Biarkan nasi masak elok. Hidangkan dengan taburan bawang goreng, ayam merah tomato dan acar masak atau acar mentah. SELAMAT MENCUBA!!

Ayam Merah Tomato Home Sweet Home
Resepi : Kak Ummi
Bahan :
  • 1 ekor ayam - dipotong 12/14 - bersihkan
  • 2 biji tomato - didadu kecil
  • 5 sudu besar sos tomato
  • 3 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar pes tomato
  • 2 sudu besar cuka makan
  • 2 sudu besar cili kisar 
  • 4 sudu besar gula
  • 1/4 cawan air
  • garam secukup rasa
  • minyak secukupnya
Bahan Kisar :
  • 2 labu bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 3 cm halia
Bahan Tumis :
  • 2 batang kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum cengkih
Cara Memasak :
  1. Ayam digaul dengan serbuk kunyit dan garam secukupnya. Perap 20 minit dan goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan tumis hingga naik bau dan masukkan bahan kisar, cili kisar serta tomato dadu. Kacau sekejap.
  3. Masukkan semua sos, cuka dan air. Masak mendidih sebentar.
  4. Masukkan ayam dan gaul balik biar sos rata pada ayam.
  5. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  6. Masak hingga agak pekat dan tutup api. Hidangkan dengan nasi tomato atau nasi minyak ikut citarasa.