Wednesday, March 7, 2012

Buttered Fish II

 Hi there.... apology, still very busy lately and not able to update regularly. Anyway, tried my best to post this which I made two days ago. My hubby went out with his old school-mate so the two boys picked their favourite menu for dinner. Non-stop compliment as always whenever I cooked this dish. Indeed plain fried fish will taste much better after been flavored this way.
Almost the same recipe that I posted earlier here but this time replaced the evaporated milk with oyster sauce.

 By: Roz@HomeKreation
INGREDIENTS:
2-4 pieces Fish Slices
1/2 tsp Turmeric Powder
2 Egg Yolk - stir lightly with spoon 
4 cloves Garlic - chopped 
Chili Padi - chopped
2-3 sprigs Curry Leaves
Butter
Cooking Oil
2-3 tbsp Oyster Sauce

METHOD:
1. Rub fish with salt & turmeric powder.
Deep fry until just cooked (do not cooked until hard).

2. Heat 2 tbsp butter with some oil.
Pour egg yolk slowly while stirring fast using ladle.
Stir-fry until egg is crispy.
Dish-out & strain the excess oil.

3. Heat up 2 tbsp butter & stir-fry garlic, chilies, curry leaves until fragrant.

Add in oyster sauce & stir until thicken.
Add in fried fish & stir to coat.

4. Dish out & sprinkle egg floss.
Serve with white rice.
************************************

BAHASA MALAYSIA VERSION
Aslmkm dan maaf sebab asyik tenggelam timbul, masih musim sibuk sehingga seminggu dua akan datang. TQ buat kekawan yg singgah & senang2 nanti Along akan blogwalk. Masak ni pun dua hari lepas, baru tengah malam ni dapat nak update blog.... tried my best!

Cara mudah utk menjadikan hidangan ikan goreng lebih berperisa untuk menarik selera anak2 Along kat rumah ni. Resepi yg hampir sama dari sini tapi kali ni Along ganti susu cair dgn sos tiram.

BAHAN2:
2-4 keping Ikan Isi
1/2 st Serbuk Kunyit
2 bj Kuning Telur - kacau sedikit dgn sudu
4 ulas Bwg Putih - cincang
Cili Padi - cincang
2-3 tangkai Daun Kari
Butter
Minyak Masak
2-3 sb Sos Tiram

CARA2:
1. Lumur ikan dgn garam & serbuk kunyit.
Goreng sehingga masak (jangan sampai garing sangat).

2. Panaskan butter & sedikit minyak.
Tuangkan kuning telur perlahan2 sambil dikacau laju dgn senduk.
Goreng sehingga rangup & tapiskan minyak berlebihan.
Ketepikan.

3. Panaskan 2sb butter & goreng bwg putih, cili, daun kari sehingga wangi.
Masukkan sos tiram & kacau sehingga pekat.
Masukkan ikan goreng tadi & gaul rata.

4. Angkat & taburkan telur kuning tadi.
Hidangkan dgn nasi panas.

Monday, March 5, 2012

Roti Goreng Puree Keledek



Assalamualaikum.
Masa tengok Izahdaut tayang Roti Goreng Puree Keledek ni, memang Mas teringin sangat nak buat masa tu dengan tukarkan dengan kentang, tapiiii..rasa macam tak best lak guna kentang, nak juga juga keledek macam resepi asal...jadi Mas buat setelah ada keledek...hhmm..memang sangat best Roti Goreng Puree Keledek ni....lembutttt jerkkkkk....dan tak berminyakkk tau.....Mas buat 2 jenis inti roti ni, kaya dan sambal ikan bilis...untuk anak2, memang dia orang suka inti kaya, tapi pada tekak Mas, inti sambal ikan bilis sangat sedappp...rasa macam tak puas pulak makan hari tu...memang nak buat lagi...untuk 1 adunan, Mas dapat dalam 12 biji...jadi untuk keluarga besar tu, boleh gandakan adunan tu yerk...Kak Sheila pun dah mencubanya....maceh jahh atas resepi roti goreng ni..memang terbaikkkk....

Roti Goreng Puree Keledek
Resepi : Izahdaut 
Yang dah mencuba : .Kak Sheila

Bahan :
200 gm tepung roti @ gandum - Mas guna tepung gandum
1 3/4 sk yis mauripan
3 sb gula 
1/4 sk garam halus
2/3 sk baking powder
2 sb mentega @ marjerin
1 biji telur
1/4 cwn puree keledek
8 - 10 sb air *bergantung semasa menguli - Mas letak 2 sudu besar jerk..



Caranya: Uli tangan
Satukan tepung, yis, gula, baking powder dan garam dalam mangkuik besar.
Kacau sebati.
Buat 'perigi' di tengah2 tepung.
Masukkan telur , mentega dan puree.
Gaul dengan tangan perlahan2 sambil masukkan air sesudu demi sesudu.
Bila dapat doh yang elok diuli, uli hingga licin.
Perap doh dlm bekas bertutup sehingga doh naik 2x ganda.
Mas guna BM :
Masukkan semua bhn2, tekan butang start dan biarkan BM menguli hingga selesai...
Kemudian, tumbuk doh untuk kluarkan angin.
 Ambil doh bulat kecil dan intikan dengan inti kesukaan masing2.
Buat sehinga habis dan biarkan roti kembang sedikit dlm 20 minit.
Kemudian baru digoreng menggunakan api kecil supaya masak sehingga kebahagian dlm roti.
Angkat n hidang.

*puree: ialah keledek yang dikisar bersama sedikit air.


Pucuk Salang Masak Lemak Putih

 This is the first time I found Pucuk Salang in Sarawak after been living here more than 20 years. Whenever I visited my Emak in Perak, I surely requested for this veg (except the last visit which was too short and hectic). I was so surprise to find it in the Tamu & quickly grabbed it as soon as I saw it. There are several dishes that I like to cook this veg but settled with this one.
Just an ordinary recipe perhaps but I would like to add it to my blog in the vegetable dish index as it is not something common in Sarawak and for reminder to myself & children not to forget our local veg.

By: Roz@HomeKreation
INGREDIENTS:
1 bundle Pucuk Salang
1 Sweet Potato - peeled & cubed 
1 bowl Coconut Milk
1 Red Chili*
1 Shallot*
1 clove Garlic* (* sliced) 
Salt

METHOD:
1. Boil sweet potato until 3/4 cooked.
2. Place all ingredients in a pot & cook until boiled.
3. Serve with white rice, salted fish & other protein dish.
*****************************************


BAHASA MALAYSIA
Lauk biasa2 jer ni tapi saja nak tunjuk sebab susah nak jumpa daun ni kat Sarawak. Dah 20 thn duduk sini, first time terjumpa.... suka nya hati....!

BAHAN2:
1 ikat Pucuk Salang
1 biji Keledek - kupas & potong kiub
1 mangkuk Santan
1 biji Cili Merah*
1 ulas Bwg Merah*
1 ulas Bwg Putih* (* hiris) 
Garam

CARA2:
1. Rebus keledek sehingga 3/4 masak.
2. Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk & masak sehingga menggelegak.
3. Hidangkan dengan nasi putih, ikan masin goreng dan lauk sampingan yg lain.

Sunday, March 4, 2012

Kuetiaw Kungfu



Assalamualaikum.
Salah satu menu yang Mas selalu order bila makan kat luar....Kuetiaw kung fu...dulu selalu makan kat food court kat Alam Sentral atau gerai makan kat depan wet world shah alam tu...memang sedappp Kuetiaw kung fu nya...tapi bila tempat tu dah ditutup....baru Mas rajin buat sendiri kat rumah bila terjumpa resepi Kuetiaw kung fu ni kat MyResepi....tak de susah sangat buat Kuetiaw kung fu ni...senang dan cepat dan yang penting sedappp dan kenyang dimakan....maceh pada hanis@myResepi atas perkongsian resepi Kuetiaw kung fu yang mabelesss ni...siap tunjukkan cara nak membuatnya lagi....Selamat mencuba yerkkk ....

Kuetiaw kung fu
Resepi : hanis@myResepi

Bahan  ( 1 org )  :
kuetiaw - Mas agak2 masa letak dlm telur
2 biji telur - Mas guna 1 biji telur gred A
lada hitam @ lada putih - Mas guna lada putih aji shiok
mix seafood
lobak
1 1/2 sudu besar tepung jagung - bancuh dgn sedikit air
1 cawan @ lebih jika nak kuah lebih - Mas guna stok ayam
sayur2 lain - optial
1 ulas bawang putih - diketuk
2 biji cili padi @ lebih klu nak pedas - diketuk
sos tiram - Mas letak 1 sudu
sedikit kuib ayam - Mas tambah



Cara memasak :
Pukul telur bersama garam dan sedikit lada hitam @ putih di dalam gelas @ mangkuk.
Masukkan kuetiaw hingga 3/4 gelas. Mas agak2 jerk kuetiaw tu dan sebatikan.
Kemudian tuang dalam kuali yang dah diletakkan sedikit minyak ( minyak tu agak2 mcm nak goreng telur dadar ).
Ratakan kuetiaw supaya menjadi sedikit nipis dan balikkan supaya kedua-dua belah masak dan masukkan dalam pinggan.
Untuk Kuah : 
Tumis bawang putih hingga sedikit perang, kemudian masukkan seafood mix.
Masukkan air @ stok ayam dan biarkan mendidih.
Masukkan sedikit serbuk lada hitam @ serbuk lada putih , cili padi, sedikit sos tiram, lobak dan sayur-sayuran dan juga kiub ayam. Sebatikan.
Tuangkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air dalam kuali.
Biarkan kuah sedikit pekat kemudian tuangkan ke dalam pinggan berisi kuetiaw tadi. 


Steamed Yellow Rice (Nasi Kuning Kukus)

Hi everyone.... sorry been missing for almost a week. Life has been very hectic at office and home. Even week-end gave no chance to do anything fancy in the kitchen but attended a couple of invites from friends and worst was to return to office to complete urgent & important stuffs. I foresee this trend to continue for another at least two weeks including travel plan.

Normally, making steamed rice is very time consuming but not anymore with this recipe. Despite very busy, I managed to make this for dinner tonight. The difference between steamed rice and those cooked in rice cooker: steamed rice has non-sticky grains. This rice has very nice fragrant too & I love it.
Served with Stir-fried Spicy Chicken & French Beans
By: Roz@HomeKreation
Idea adopted from Sedap magazine
Serves 5 persons
INGREDIENTS:
2 1/2 rice-measuring-cup Bhasmati Rice - rinsed 
3 1/2 rice-measuring-cup (600ml) Coconut Milk
1 Screwpine Leaf
1 Dried Bay Leaf
3 Cloves
1 tsp Turmeric Powder
1 tsp Salt

METHOD:
1. Place all ingredients, except rice, in a wok & stir until boil
Add in rice & stir occasionally until all coconut milk has been absorbed by rice.

2. Place the rice in a tin & steam for 45 minutes until cooked.

3. Garnish with fried onions & serve with dishes.
I served mine with Stir-fried Spicy Chicken and French Beans.
****************************************************************

BAHASA MALAYSIA VERSION
Assalamualakum kekawan semua. Maaf lah ya, dah lah tak sempat nak balas kunjungan kekawan, kita pulak lesap hampir seminggu. Akhir2 ni banyak urusan di pejabat & di rumah, tak terdaya dah nak tonggang-tonggeng amik gambar atau pun berblogging. Balik memalam, lapor terus nak ngap jer. Dalam bulan ni memang tak dapat nak berblogging selalu sebab byk urusan nak di selesaikan. Harap maaf ya, nanti bila semua dah settle Along akan balas kunjungan yg mana terdaya.

ok lah, hari ni Along nak kongsi satu resepi istimewa. Selalu nya bukan mudah nak buat nasi kukus, beras nak kena rendam semalaman baru kukus. Tapi resepi ni amat lah mudah, dalam kesibukan pun sempat Along buat ni tadi. Rasa nya amat sedap, lemak dan wangi. Nasi kukus ni yg best nya peroi tak melekit2 macam masak dlm rice cooker. Meh intai resepi nya.

Idea drpd majalah Sedap (resepi dah di ubahsuai)
Hidangan 5 orang
BAHAN2:
2 1/2 cwn-ukuran-beras Beras Bhasmati - bilas
3 1/2 cwn-ukuran-beras (600ml) Santan
1 helai Daun Pandan
1 helai Daun Salam
3 bj Bunga Cengkih
1 st Serbuk Kunyit
1st Garam

CARA2:
1. Letakkan kesemua bahan2, kecuali beras, ke dlm kuali.
Masak & kacau sehingga mendidih.
Masukkan beras & masak sehingga santan meresap ke dlm beras.

2. Masukkan beras ke dalam bekas tin & kukus selama 45 min sehingga masak.

3. Taburkan bwg goreng sewaktu menghidang.
Hidangkan dgn lauk kesukaan anda.

Saturday, March 3, 2012

Ayam Vietnam



Assalamualaikum.
Selamat berhari minggu buat semua.....hmmm....entry tertangguh lagi..dah lama Mas buat Ayam Vietnam ni...lepas tengok Zaliedana tayang hari tu..terus Mas buat...lagi resepi ayam yang sedappp...Ain ngan Daniel pun suka....kali ni Mas guna dada ayam jerk...lagi la senang anak2 makan kan...maceh pada Saji Online atas resepi ayam yang sedappp ni dan juga pada  Kak Watie yang mula menyebarkan resepi ayam yang mabeles ni...rasanya ayam vietnam ni sesuai juga digadingkan dengan nasi tomato, nasi minyak atau pun nasi carrot....selamat mencuba....

Ayam Vietnam
Resepi :  Saji Online 
Sumber Resepi : Zaliedana dan Kak Watie

Bahan :
7 ketul paha atau kepak ayam - dipotong kecil - Mas guna dada ayam
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar gula
1 sudu besar kicap
1 biji telur
4 sudu besar tepung ubi
Minyak untuk menggoreng dan menumis

Bahan Tumis:
3 batang serai - d
itumbuk kasar 
10 tangkai cili padi - 
 d
itumbuk kasar 
4 ulas bawang putih - 
 d
itumbuk kasar 
6 ulas bawang merah - 
d
itumbuk kasar 
3 labu bawang besar - dibelah 8
4 tangkai daun kari

Bahan Perasa:
1 sudu besar serbuk kari daging
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos ikan
1 sudu besar kicap
1 sudu besar gula
1 sudu kecil kicap pekat

Cara Memasak :
Ayam dibersihkan kemudian diperap dengan sos tiram, gula, kicap dan telur selama dua jam sebelum digaul dengan tepung ubi.
Panaskan minyak dan goreng ayam hingga masak. Angkat dan ketepikan.
Tuangkan minyak dan tinggalkan anggaran tiga sudu besar di dalam kuali kemudian masukkan bahan - bahan menumis. Kacau sehingga rata dan masukkan bahan-bahan perasa. Kacau lagi.
Masukkan ayam dan kacau lagi sebelum diangkat.


Thursday, March 1, 2012

Donut Kentang



Assalamualaikum.
Dah lama tak mendonut, jadi Mas buat Donut Kentang semalam..jadi teringin pulak nak makan donut bila tengok Kak Yati tayang hari tu...sebelum ni Mas pernah buat donut ni, tapi guna keledek..jadi kali ni try guna kentang ...tetap lembut gebu jerk donut ni...maceh pada tuan resepi Kak Nor atas resepi donut yang mabeles ni...suka sangat...

Donut Kentang 
Resepi : Kak Nor
Sumber : Kak Yati

Bahan :
500 gram tepung gandum
200 gram kentang @ keledek yang telah direbus dan dilenyek
4 sudu besar susu tepung
1 biji telur - dipukul sedikit
200 ml air suam 
3 sudu besar marjerin @ butter
3 sudu besar gula
2 sudu kecil yis


Caranya :
Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut, Uli selama 8 hingga 10 minit. Kalau guna BM, tekan ON dan tunggu je siap, kemudian boleh terus bentukkan.
Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam.
Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada beberapa bahagian kecil dah lubangkan di tengah-tengahnye, seperti bentuk donut. Susun donut di atas dulang dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda.
Goreng di dalam minyak panas sehingga perang, dan salut donut kentang bersama serbuk gula ataupun coklat masakan. 
Sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba..