Showing posts with label KENTANG. Show all posts
Showing posts with label KENTANG. Show all posts

Sunday, January 12, 2014

Donut Kentang Gebu




Assalamualaikum.
Mari2 mendonut lagi...
Memang seronok mencuba pelbagai resepi donut yang gebu dan lembut ni..
Kali ni Mas mencuba Donut Kentang resepi dari Tahrunnisah FB.  Memang tak menghampakan.... donut yang sangat sedap.... lembut, gebu, ringan dan tak berminyak..
TQ Tahrunnisah atas perkongsian resepi di FB ( Kelab Roti FB ) . Mas share disini yerk...



Donut Kentang Gebu 
Resepi : Tahrunnisah FB


Resepi :

250 gram tepung gandum
sebiji kentang yang telah direbus dan dilenyek
1 biji telor ayam + 1/2 sudu kecil garam (dikacau dlm bekas lain dulu)
2 sudu besar susu tepung apa2 jenama 
70-100 ml air ais (dulu guna air suam) tp sbb nak cuba teknik baru
1 1/2 sudu besar shortening/marjerin
2 sudu besar gula
1 sudu kecil baking powder
1 3/4 sudu kecil yis mauripan

*doh lembut dan tak lekat kat tangan dikira ok..insyaallah...pastikan doh jgn lembik sangat sbb nanti masa menggoreng minyak serap dlm donut...


Caranya : saya guna mixer
1. Masukkan semua bahan kering dulu dalam bekas adunan
kemudian masukkan telor yang dipukul dulu dlm bekas lain serta masukkan air sedikit demi sedikit (part ni kene pastikan air tu taruk sikit2 ye sambil mesin menguli sehingga doh tu tak lekat kat tangan) serta last skali shortening atau marjerin dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut dan elastik ye, Uli selama 20 minit

2. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. saya letak dlm oven 25 minit ( suhu 30 C) jika disuhu bilik masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam atau nak letak kat tmpt panas pun boleh..

3.Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bentuk doh tersebut dgn acuan donat atau bentukkan rupa donat dan susun donat2 atas dulang yang ditabur tpung gandum... dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda.

4. Goreng di dalam minyak panas...masa menggoreng tu turunkan suhu panas supaya donut tidak hangus....angkat dan hias dengan gula atau coklat....
selamat mencuba..







Saturday, November 9, 2013

Sambal Kering Kentang & Ikan Bilis





Assalamualaikuim.
Meh layan Sambal Kering Kentang & Ikan Bilis ...sedapp dimakan dengan nasi panas atau ratah gitu ajerkkk....
Nak resepi..Mas share kat sini...
Selamat mencuba ...  ^_^


Bahan-bahan :
 ubi kentang 
minyak untuk menggoreng ubi kentang
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang besar
1 senduk Cili kering blender
Ikan bilis 
Garam dan Gula secukup rasa
sedikit sos cili
sedikit sos tiram



Cara-caranya :
1.  Buang kulit dan potong slice kan macam nak buat kerepek.
2. Panaskan minyak dan masukkan garam kedalam minyak sedikit untuk elakkan kentang tu melekat antara satu sama lain.
3. Kemudian goreng hingga garing dengan api sederhana..masa nak masukkan ubi kentang masukkan hirisan demi hirisan..jangan masuk sekali semua...kacau selalu dengan api sederhana dan goreng hingga garing.
4. Goreng ikan bilis hingga garing dan toskan.

Untuk sambal :
1. Blender bawang putih , bawang merah, cili kering dan ikan bilis dan tumis hingga garing,  naik minyak dan masak dengan api sederhana.
2. Kemudian perasakan dengan garam , gula dan sos tiram, sos cili...masak hingga sambal kering baru tutup api.
3. Masukkan ubi kentang dan ikan bilis yang digoreng tadi..
4. Siap untuk dihidangkan...



Monday, April 1, 2013

Kentang Putar dan Gravy Ala KFC




Assalamualaikum.
Sape yang suka kentang putarrr.....
hmmm...memang sedapp kan...apa kata kita buat kentang putar homemade pulak..rasanya sama jerk macam yang dijual...malah..yang homemade lebih berkhasiat..kentang yang fresh lebih berkhasiat berbanding yang dijual sebab menggunakan serbuk kentang...kentang tu , guna yang jenis mahal sikit...rasanya lebih sedap dan gebu....dan untuk gravy, boleh tambah sayur2an ...hmmm...lebih berkhasiat kan...
Adam suka sangat kentang putar ni...jadi Mas buatkan yang homemade untuk Adam....alhamdulillah...suka Adam makan....senang hati mak..


RESEPI KENTANG PUTAR
resepi: kak Hana

Bahan :
5 - 6 biji kentang
2 sudu besar butter
1 sudu besar mayonis
2 sudu besar susu segar
sedikit blackpepper
garam

Cara :
Kupas kulit kentang. 
Potong 4 atau 6. Rebus sehingga empuk. 
Toskan. Satukan semua bahan dan lenyek hingga lembut dan gebu. 
Ketepikan.




RESEPI GRAVY@SOS KENTANG PUTAR
Source : daunpandan @myr


Bahan :
650 ml air
5 sudu besar stok ayam (sy guna brand Maggi)
1 biji bawang besar - cincang
1 batang saderi - cincang
carrot - dipotong2 ( Mas tambah )
40 gm mentega
20 gm tepung gandum- bancuh dgn sedikit air
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
sedikit serbuk lada hitam
kicap pekat


Cara :
Masak air dengan stok ayam,saderi dan bawang besar hingga mendidih.Renihkan dalam 10 minit.Tapis ke dalam mangkuk.
Masukkan semula air rebusan ke dalam periuk. Masukkan butter, sos tomato, kicap (bergantung kehitaman yang dikendaki) dan sos tiram. Kacau sebati.Kemudian masukkan blackpepper.

Masukkan garam jika perlu.NOTE: rasa dulu baru letak garam sbb stok ayam dan sos tiram dah masin.
Kecilkan api, bancuh tepung dengan sedikit air, kemudian tapis utk mengelakkan berketul2. Masukkan ke dalam periuk sos tadi dan kacau perlahan. Masaklah ikut pekat mana yg disukai.
Curahkan ke atas kentang putar.







Aitttt...macam kentang kfc jerkkk......



Yerkkk laaa...yummmyyyyy




Wednesday, March 28, 2012

Begedil Daging Burger



Assalamualaikum.
Terima kasih pada semua yang mengucapkan happy birthday buat Daniel dan atas doa2nya...Aminnn
Hari ni Mas nak berkongsi satu resepi Begedil Daging Burger yang menjadi kegemaran family Mas, terutamanya anak dara Mas, Ain, suka sangat ngan Begedil Daging Burger nie, Ain boleh ratah gitu jerk..jadi kadang2 Mas saje buat banyak dan frozenkan, bila nak makan, tinggal goreng jerk...senang kan....

Begedil Daging Burger
Resepi : MasDuniaku

Bahan:
2 biji kentang saiz sederhana besar
1 keping daging burger - Mas guna Ramly
Daun sup dan daun bawang dicincang - optional
1 sudu besar serbuk lada putih ajishiok - dlmnya dah ada garam
1 biji telur -  dipukul sedikit
Minyak untuk menggoreng


Cara membuatnya :
Kupas kulit kentang dan potong dadu. Basuh bersih2 dan toskan. 
Goreng hingga kentang empuk, angkat dan toskan. Mas tutup kuali tu dgn tudung periuk supaya kentang cepat empuk.
Dengan menggunakan garfu, lenyek-lenyekkan kentang hingga lumat (ketika kentang masih panas ) dan masukkan daging burger (defrost dahulu), daun sup dan daun bawang yang dicincang, serbuk lada putih ajishiok dan gaul sebati. 
Ambil segenggam adunan, kepal-kepalkan sedikit dan bulatkan dengan kedua-dua tapak tangan. Leperkan sedikit dan susun atas dulang @ pinggan. Buat sampai adunan habis.
Celup adunan begedil satu per satu ke dalam telur yang dikocak tadi dan goreng dalam minyak yang sederhana panas. Bergedil tu jangan selalu diterbalikkan, cukup bila satu permukaan sudah nampak keperangan baru terbalikkan begedil tu untuk masak permukaan yang lagi satu.
Angkat dan toskan atas paper towel.




Thursday, March 1, 2012

Donut Kentang



Assalamualaikum.
Dah lama tak mendonut, jadi Mas buat Donut Kentang semalam..jadi teringin pulak nak makan donut bila tengok Kak Yati tayang hari tu...sebelum ni Mas pernah buat donut ni, tapi guna keledek..jadi kali ni try guna kentang ...tetap lembut gebu jerk donut ni...maceh pada tuan resepi Kak Nor atas resepi donut yang mabeles ni...suka sangat...

Donut Kentang 
Resepi : Kak Nor
Sumber : Kak Yati

Bahan :
500 gram tepung gandum
200 gram kentang @ keledek yang telah direbus dan dilenyek
4 sudu besar susu tepung
1 biji telur - dipukul sedikit
200 ml air suam 
3 sudu besar marjerin @ butter
3 sudu besar gula
2 sudu kecil yis


Caranya :
Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut, Uli selama 8 hingga 10 minit. Kalau guna BM, tekan ON dan tunggu je siap, kemudian boleh terus bentukkan.
Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam.
Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada beberapa bahagian kecil dah lubangkan di tengah-tengahnye, seperti bentuk donut. Susun donut di atas dulang dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda.
Goreng di dalam minyak panas sehingga perang, dan salut donut kentang bersama serbuk gula ataupun coklat masakan. 
Sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba..


Thursday, January 12, 2012

Donut Kentang Fatmah



Assalamualaikum. 
Donut....donut...hmmm..lama dah Mas tak mendonut...asyik telan air liur jerk mengok donut ijahdaut tu...akhirnya semalam terlaksana juga projek nak mendonut setelah tergodaaa lagi nengok donut ijahdaut tu...sabo jerk ngan makcik sorang tu...dah boleh digelar ratu donut dah...kikikiki...
Sebenarnya dah banyak kali Mas buat Donut Kentang Fatmah ni......ada entrynya DISINI dan DISINI untuk donut yang telah dilabukan. Memang terbaik Donut ni....lembut gebu seakan akan donut big apple jerk tau......sape yang dah try....mesti setujukan....
Alhamdulillah...semalam donut menjadi dengan jayanya...maklum la, dah lama tak mendonut....bibik tu pun semalam kena lapkan dulu sebelum digunakan...berabukkkk..kikikiki
Untuk resepi donut ni....Mas nasihatkan lubang tengah donut tu bulatkan beso sikit yerk sebab donut ni akan mengembang lagi semasa menggoreng....jadi elok donut tu pun disaizkan sederhana...baru cantik kejadiannya....hmmm....meh la layan resepi  Donut Kentang Fatmah ni walaupun dah dientrykan sebelum ni....senang nak rujuk kan...

Donut Kentang Fatmah
Resepi : Fatmah
Sumber : Izahdaut

Bahan :
500 gm tepung  gandum
50 gm susu tepung
11 gm ragi instant
200 gm kentang - kukus, haluskan dan dinginkan
100 gm gula pasir
75 gm mentega
½ sdt garam
4 btr kuning telur
100 ml air dingin *air sejuk dari peti ais


Cara membuatnya :
Dalam mangkuk besar, campur tepung gandum, gula, susu tepung, ragi instant, aduk rata, masukkan kentang halus (keledek) ,tuang telur dan air dingin, uli hingga rata dan setengah kalis.
Masukkan mentega dan garam, uli terus hingga kalis elastis. Istirahatkan 15 menit.
Bagi adonan  masing-masing 50 gr, bulatkan. Diamkan 20 menit, hingga mengembang.
Lubangi tengahnya, menjadi bentuk donat, segera goreng sampai kuning kecoklatan.
Angkat, tiriskan. Taburi gula donat, atau hias dengan coklat.



Monday, October 3, 2011

Sambal Kentang dan Bilis



Assalamualaikum. Salah satu sambal yang Mas suka sangat...Sambal Kentang dan Bilis, sedap dimakan ngan nasi lemak, ngan nasi putih pun best tau.....kadang2 Mas colekkan Sambal Kentang dan Bilis ni ngan roti.....punn sedappp ....untuk dapatkan kentang yang lembut empuk, Mas akan goreng kentang tu dengan api kecil menggunakan periuk dan tutup periuk tu semasa menggoreng kentang, ini supaya kentang cepat empuk, tak cepat jadi seakan2 hangit dan bila kentang digoreng dalam periuk, menjimatkam minyak sebab permukaan periuk yg rata, kalau goreng ayam pun Mas selalu menggunakan kaedah begini...selalunya kalau Sambal Kentang dan Bilis ni, Mas suka ala2 kering gini, boleh juga buatkan berkuah jika suka, terpulang pada citarasa masing2 yerk...

Sambal Kentang dan Bilis
Resepi : MasDuniaku
Bahan :
  • 4 biji kentang - dibelah 8 dan goreng
  • segenggam ikan bilis - dibasuh sedikit dan digoreng garing
  • 1/2 labu bawang besar - dihiris nipis
  • 1 labu bawang besar - dikisar
  • 2 biji bawang putih - dikisar
  • cili kering ikut pedas - dipotong dan direbus sekejapp - dikisar
  • sedikit ikan bilis - dikisar
  • 1@ 2 keping asam keping
  • garam dan gula secukup rasa
  • sedikit kiub ikan bilis

Cara memasak :
  1. Tumis bawang besar yang dipotong nipis hingga wangi dan kemudian masukkan bahan-bahan kisar dan masak garing sedikit.
  2. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Kemudian masukkan kiub ikan bilis dan asam keping. Kacau sebati dan masak hingga pecah minyak.
  3. Setelah masak,(boleh juga masukkan sedikit air panas jika ingin berkuah) masukkan kentang yang telah digoreng dan ikan bilis yang digoreng tadi dan gaulkan rata-rata dan rasa dan jika ok boleh matikan api. 
  4. Tips goreng kentang : Untuk dapatkan kentang yang lembut empuk, Mas akan goreng kentang tu dengan api kecil menggunakan periuk dan tutup periuk tu semasa menggoreng kentang, ini supaya kentang empuk, tak cepat jadi seakan2 hangit dan bila kentang digoreng dalam periuk, menjimatkam minyak sebab permukaan periuk yg rata


Tuesday, September 13, 2011

Bergedil Daging



Assalamualaikum.....fuhhh..lama dah tak buat 2 entry dalam sehari.....he3..sabo jerk..untuk Kak Ummi , Kak Azlita Aziz dan yang lain2 yang meminta resepi bergedil daging yang Mas joinkan sekali berposing ngan Soto Ayam tu.....Mas kongsikan pulak disini resepi bergedil daging yang sedap tu....resepi asal bergedil daging ni Mas ambik dari DianaA dari Myresepi. Memang sedapp bergedil daging ni...Ain ngan Daniel makan gitu jerk....kalau dicicah ngan sos pun sedapp sangat...selalunya kalau bergedil masih berbaki pada malamnya, Mas akan simpan dalam freeze, bila nak makan lagi ke esokkannya...panaskan jerk dalam microware...hmm..tetap sedapp tau...tengok respon kat Myresepi, ramai yang dah mencubanya....jadi..Selamat Mencuba yerk.....

Bergedil Daging
Bahan ( 30 biji bergedil ) : 
  • 1 kilo kentang - dikupas kulitnya dan dipotong bulat - Mas potong dadu sederhana besar
  • 300 gram daging cincang
  • 2 biji telur, asingkan kuning dan putih
  • 3/4 cawan bawang goreng
  • secekak daun sup -  dicincang
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 sudu teh serbuk lada putih
  • sedikit kiub ikan bilis - Mas tambah
  • garam secukup rasa

Cara membuatnya :
  1. Panaskan kuali dan goreng kentang yang telah dipotong bulat. Bila sudah masak angkat dan toskan. Kemudian ditumbuk lumat. Mas lenyek dengan garfu masa kentang masih panas2.
  2. Tumbuk bawang putih bersama garam dan serbuk lada putih. Kemudian tumis dengan sedikit minyak sehingga naik bau dan masukkan daging cincang. Masak sehingga daging bertukar warna dan airnya kering.
  3. Campurkan daging yang telah digoreng tadi ke dalam kentang yang telah ditumbuk lumat. Masukkan juga 2 biji kuning telur, bawang goreng dan daun sup. Gaul rata adunan. Kemudian bentukkan seperti bergedil. Bentuk ikut citarasa sendiri.
  4. Panaskan minyak, biar minyak betul-betul panas kalau tidak bergedil senang pecah bila digoreng. Celup bergedil yang telah dibentukkan kedalam 2 biji putih telur tadi dan kemudian goreng. Teknik supaya bergedil tidak pecah ialah jangan dibalikkan bergedil sehingga ia betul-betul garing. Insyallah bergedil tidak pecah, gorengnya pun lawa.
  5. Apabila bergedil garing, angkat dan toskan...sedap dimakan dengan soto atau dicicah ngan sos..makan gitu jerk pun sedappp...

Sunday, April 17, 2011

Roti Kentang Lagi



Meroti lagi....he..he...ari ni try buat Roti Kentang resepi dari Lemari lak, tengok cara membuat roti ni berbeza sikit sebab menggunakan air sejuk dari peti ais dan tak menggunakan sebarang bahan pelembut, jadi Mas teringin lak nak mencuba sebab tengok roti kentang resepi lemari yang Izahdaut buat ari tu sangat gebu dan lembut.... lagi pun roti kentang ni boleh dibuat bekal Ain ngan Daniel untuk ke sekolah kafa. Roti kentang ni memang sangat lembut bak kapas....sedappnya dimakan masa suam2..maceh untuk Ijah yang menyepi kejapp sebab ada masalah internet katanya dan akan bersiaran tak lama lagi....tak mo bebel2..meh layan resepinya. Tuan rumah pun nak kluar kejapp lagi.....

 Roti Kentang
Sumber : Izahdaut
Bahan :
  • 300 gr tepung roti
  • 100 gr tepung gandum
  • 100 gr kentang, kukus, haluskan
  • 15 gr susu tepung
  • 2 butir telur
  • 75 gr gula pasir
  • 2 sdt yis segera
  • 77 gr margarine
  • 1 sdt garam
  • 100 ml air sejuk dari peti sejuk
Bahan olesan:
  • 1 biji kuning telur dan 50 ml susu cair, campur rata
  •  Izah guna madu campur susu segar.
  • Mas guna madu + susu segar + sedikit kuning telur


Cara membuat bun :
  1. Campur tepung, gula, susu, kentang, yis, aduk rata, ketepikan.
  2. Tambahkan telur dan air sejuk sedikit demi sedikit, uli hingga jadi doh.
  3. Tambahkan marjerin, uli hingga elastis, diamkan 30 menit.
  4. Kempiskan, timbang 50 gr, diamkan 10 menit.
  5. Pipihkan atau bentuk sesuai selera, aku taruh di cup muffin, diamkan 75 menit.
  6. Oles bahan olesan, panggang 190 C selama 12 menit(aku kurang dr sepuluh menit, karena api kebesaran,makanya agak hitam tuh...)
Cara Mas dan Izah :
  1. Saya guna Bread Maker dan campurkan bahan menuruti BM.
  2. Bentukkan bulat2 dan rehatkan 30m minit atau sehingga  doh naik lagi dan sapukan madu + susu segar + kuning telur dan paipkan sos kastard  atas roti.
  3. Bakar pada suhu 180 C 20 - 25 minit dengan api atas bawah.
Bahan Sos Kastard :
  • 3/4 cawan susu segar
  • 2 camca besar tepung kastard
  • 2 camca besar gula halus
  • 1 camca teh mentega
  • 1/2 camca teh esen vanilla
Cara membuat sos kastard :
  • Satukan susu, gula dan tepung kastard. Kacau dengan wisk hingga semua sebati. Masak atas api perlahan sambil terus mengacau hingga pekat. Angkat dari api, masukkan mentega dan esen vanilla. Gaul rata dan biarkan suam sedikit.