Thursday, July 21, 2011

Macehh yerkkk.....



Assalamualaikum. Pagi ni mengutip award dulu....terima kasih pada mamahawaZaliedanacik cek dan kak ita yang sudi memberi award yang cantik ni pada Mas....klu ada yang Mas terlepas pandang...tolong cakapp yerk......semoga persahabatan yang terjalin antara kita semua berkekalan selamanya walaupun kita semua hanya mengenali antara satu sama lain hanya di alam maya saja.....
Award ni diberi bertujuan memanjangkan hubungan silaturrahim antara blogger...jadi disyaratkan untuk foward pada 8 blogger yg lain iaitu juwitakak nazikadeliahlovenoorshaKak Diana dan Kak yus.


Roti KismisYogurt



Assalamualaikum. Hari ni kelam kabut sikit...he..he...tak pe...sekarang dah selesai dan baru boleh mengupdate blog. Meh layan Roti KismisYogurt yang masih suam2   ni....Alhamdudillah..sempat juga buat bekal untuk Ain dan Daniel....memang dah berkenan kat roti ni bila tengok Izah tayang semalam....jadi bila hari ni kene juga kluar beli barang untuk buatkan cheese tart untuk ustazah Ain, Mas pun beli yogurt sekali......dapat juga menerai roti yogurt hari ni....Alhamdudillah....memang lembut gebu macam yang Izah cakapkan....sedappp....Mas pun tak letak kismis sebab terlupa lak beli kismis tadi..he..he..pada hal bebudak tu suka kismis...tak pe la..bila buat lagi nanti...boleh letak kismis pulakk...mehhh.....jemputt ambik sorang seketoiii.....

Roti KismisYogurt
Resepi : Majalah Sedap Jurnal Resepi Bdaria
Sumber : Izahdaut dan Kak Ummi
Bahan (anggaran 17 ketul) :
  • 300gm tepung gandum protein tinggi (tepung roti)
  • 100gm tepung gandum protein sederhana (tepung gandum biasa)
  • 20gm susu tepung
  • 75gm gula pasir
  • 8 gm yis segera
  • 1 biji telur - pukul ringan
  • 50gm yogurt
  • 150ml air sejuk
  • 75gm marjerin
  • 1 sudu teh garam
  • 50gm kismis, potong dua, celur dan toskan (akak just rendamkan sebentar dalam air panas dan toskan. Lap sikit dgn kitchen towel)
  • * Mas dan Izah tak letak kismis
  • Bahan sapuan:
  • 2 sudu makan susu sejat (sy guna susu pekat)

Cara membuatnya:
  1. Campurkan tepung roti, tepung gandum, susu tepung, gula pasir dan yis segera. Kacau rata.
  2. Masukkan telur, yogurt dan air sejuk sedikit demi sedikit sambil diuli sehingga menjadi doh yang tidak melekat di tangan. Masukkan majerin dan garam. Uli lagi sehingga elastik. Biarkan doh rehat selama 30 minit. (*akak just masukkan dalam Bread Machine dan tunggu hingga proses ulian siap)
  3. Kempiskan adunan. Masukkan kismis. Uli sehingga merata
  4. Susun adunan, setiap adunan seberat 50gm. Bentukkan bulat-bulat dan biarkan selama 10 minit.
  5. Canai adunan memanjang dan gulung.
  6. Letakkan didalam cawan kertas yang memanjang. Biarkan selama 70 minit sehingga kembang.
  7. Sapukan susu sejat.
  8. Bakar selama 12 minit dengan suhu ketuhar 190C sehingga masak.
Nota: Ulian mmg sedikit lembik, tp still boleh uli...so taburkan sedikit tepung atas papan canai dan uli manja-manja sikit semasa membulatkan doh tu eh..hehee

*doh Mas dan Izah sedang elok tak lembik. Mungkin sudah dikurangkan sedikit air. Elok untuk dibentuk.



Wednesday, July 20, 2011

Kek coklat Kukus Hanismajid



Assalamualaikum. Untuk mengubat hati yang lara sebab tertangguh hasrat nak membuat Devil Food Chocolate Cake yang Noorsha tayang hari tu....Mas buat dulu Kek coklat Kukus Hanismajid ni. Hmm..sedappp la...lembab lembut jerk kek ni......lagi pun dah lama Mas tak buat kek coklat...jadi teringin lak...lagi pun tengok respon kat Myresepi...ramai juga yang telah mencubanya...ada juga yang bakar kek ni...tetap lembut lembab kata mereka.....dan cara membuatnya pun mudah sangat...godek2 kejapp..dah siap untuk dikukus @ pun dibakar dan untuk adunan kek coklat ni, Mas kurangkan sikit penggunaan tepung gandum tu untuk mendapatkan kek yang lembuttt.....hhmmm...memang best bila mengunyah kek coklat ni...kata orang...nenek yang tak de gigi pun boleh mamam kek coklat ni 1/2 loyang..he..he...kek coklat ni Mas buat 1/2 adunan jerk...cukup untuk 4 orang makan dan menggunakan 1 biji telur saiz A...Alhamdudillah...sedappp kek coklat ni...

Kek coklat Kukus Hanismajid
Bahan :
  • 2 cawan tepung blue key
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan susu pekat manis
  • 1 cawan milo
  • 1 cawan serbuk koko vochelle
  • 4 biji telur ayam
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan air panas

Cara membuatnya :
  1. Didihkan periuk pengukus terlebih dahulu.
  2. Masukkan semua bahan2 dalam mangkuk besar...
  3. Kacau dengan sudip besar..kacau tangan je...jangan guna mixer...nanti telebih naik....tak jadi
  4. Bila semua bahan2 dah sebati dalam 5 minit je kacaunye....
  5. Then boleh ditapis adunan yag dah siap agar hasil nanti lebih halus dan cantekkkk.
  6. Masukkan adunan kedalam loyang yang telah disapu minyak dan ditabur tepung
  7. Kukus selama 40 minit , Mas kukus 1 jam
  8. dah siap...kalo nak letak topping lagik best....


Tuesday, July 19, 2011

Asam Pedas Patin Goreng



Assalamualaikum. Melayan menu lunch Mas semalam, buat Asam Pedas Patin Goreng pulak. Kat rumah Mas ni memang selalu ada asam pedas walaupun yang makan Mas sorang jerk...anak2 memang mengikut selera abang, tak suka asam pedas...iisshhh...iisshhh..rugikan..boleh tak suka lauk yang sedapp ni...besttt tau hiruppp kuah asam pedas tu.....
Kebetulan ikan patin pun ada dalam esbox, jadi Mas pun buat Asam Pedas Patin Goreng. Lagi  sedapp tau bila ikan tu digoreng dulu baru masukkan dalam kuah asam pedas....memang best....kalau buat asam pedas ayam pun Mas akan goreng sikit dulu ayam tu....tak berapa gemar lak lembik2...he..he.....terpulang lah pada selera masing2....
Jadi meh tengok jerk asam pedas yang dah abiss tu yang dimasak dengan cara Mas.....
Selamat menjamu mata......

Asam Pedas Patin Goreng
Resepi : MasDuniaku
Bahan :
  • 1 ekor ikan patin
  • bendi dikerat hujungnya sedikit jerk
  • air asam jawa ikut masam
  • Garam dan sedikit gula 
  • 1/2 kiub ikan bilis
  • cili kisar ikut pedas
  • 3 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap kuntum
  • sedikit daun kesom
  • 1 batang serai - dititik
  • 6 biji bawang merah - dikisar halus
  • 1 ulas bawang putih - dikisar halus
  • 1/4 inci kunyit hidup -dikisar halus
  • sedikit ikan bilis - dikisar halus
  • 1/4 inci belacan - dikisar halus
Cara Memasak :
  1. Patin dipotong, dibersihkan dan diperap dengan asam jawa @ jus limau nipis dan sedikit garam selama 10 minit untuk hilangkan hanyir, cuci bersih dan perapkan sekali lagi dalam 10 minit dan cuci kembali dan toskan.
  2. Lumurkan patin dengan sedikit garam dam kunyit dan tabur sedikit tepung, sebatikan dan goreng garing, angkat dan toskan, ketepikan.
  3. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus dan serai yang dititik hingga wangi, masuk cili kisar dan tumis hingga pecah minyak dengan api kecil yerk. Tuang air, kacau dan biar mendidih.
  4. Masukkan tomato, tuang jus asam jawa dan masukkan bunga kantan dan daun kesom. Biar mendidih perlahan. Perasa dengan garam secukupnya dan sedikit gula serta kiub ikan bilis secukup rasa. Biarkan seketika dan masukkan patin yang telah digoreng tadi dan bendi, Kacau perlahan2 yerk supaya patin tak hancur dan biarkan mendidih dan bendi dah 1/2 masak, boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih..

Donut Kak Yani



Assalamualaikum. Donut....donut.....mari2 makan donut....nak yang mana...yang bergelang mutiara ke yang gelang biasa tu...yang gelang mutiara tu ada 2 jerk...sebab malass bebenor nak bergentel mutiara tu banyak2....sajerk menerai bentuk belang mutiara tu bila dah dapat petua dari Noorsha tentang cara nak melekatkan bulat2 doh tu supaya tak terlerai masa menggoreng, cantik jerk tengok Noorsha buat Donut Tofu hari tu....Jadi Mas pun try untuk Donut Kak Yani ni...Alhamdudillah...menjadi...maceh pada Noorsha....muuaahhhh.....
Berbalik pada Donut Kak Yani ni...ikutkan resepi asal.....Kak Yani pintal2kan  donut tu..boleh lihat DISINI yerk ...jadi bila dah bergentel2 membuat donut bentuk gelang mutiara tu....hhmmm...jadi terlupa lak nak memintal doh tu...Mas buat bentuk donut yang biasa jerk....dah siap goreng baru ingat....hmmm..tak pe la..lain kali boleh buat donut pintal2 yerk.....alhamdudillah...Donut Kak Yani ni lembut gebuu walaupun tak letak telur.....sedappp...patut la mendapat sambutan hangat diMyresepi....memang berbaloi mencubanya......bahan2nya pun simple jerkk......

Donut Kak Yani 
Bahan :
  • 200 g tepung roti
  • 20 g gula
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil dry yeast
  • 140 ml susu segar
  • 20 g butter
  • minyak masak untuk menggoreng
  • sugar powder

Cara membuatnya :
  1. Masukkan semua bahan dalam bread maker dan tekan butang Dough dan biarkan bm menguli hingga siap dan adunan naik.
  2. Keluarkan adunan dan tumbuk2 untuk buang angin dan buat bulat2 dan kemudian leperkan. Rehatkan 20 minit atau hingga donut mengembang.
  3. Buat lubang tengahnya, menjadi bentuk donat dan terus goreng sampai kuning kecoklatan ( gunakan api perlahan semasa goreng ), semasa goreng putar2 tengah lubang donut tu dengan chopstick supaya lubangnya tak tenggelam sebab donut ni akan naik lagi semasa menggoreng.
  4. Angkat dan toskan sebentar baru salutkan donat dengan gula halus atau hias dengan coklat.

TIPS Dari NOORSHA :
UNTUK DAPATKAN DONUT YANG BENTUK GELANG MUTIARA TU, SEDIAKAN BAKING PAPER @ KERTAS A4. GUNTING SIKIT SUPAYA DAPAT SAIZ YANG KECIL, NGAM² UNTUK SEBIJI DONUT NI.....TABUR SEDIKIT TEPUNG, KEMUDIAN BULAT² DOH KECIL².....SELEPAS MEBULAT²KAN DOH TU, SAPU SISINYA DENGAN AIR, SUSUN RAPAT BEBOLA SETERUSNYA DIBAHAGIAN SISI YANG DISAPU AIR TU.. DENGAN CARA NI, INSYAALLAH DONUT NI TAKKAN TERLERAI MASA MENGGORENG YA.. SEMASA MENGGORENG, ANGKAT PERLAHAN² BAKING PAPER YANG BERISI DONUT TADI, PERLAHAN² SENDENGKAN SEDIKIT HINGGA DONUT TU MASUK DALAM KUALI KESELURUHANNYA....


Monday, July 18, 2011

Ikan Talapia Bakar Tomyam



Assalamualaikum. Memang mabeles Ikan Talapia Bakar Tomyam ni. Sedapp sangat....bau ikan ni masa dibakar harumm jerk semerbak.....satu lagi resepi yang mudah dan sedappp...Mas perap 4 jam dulu tau baru bakar ikan talapia ni...lagi best......resepi asal ikan bakar ni menggunakan ikan siakap...tapi Mas try guna ikan talapia merah....hhmm.....sedapp hingga menjilat jari....memang berbaloi menerai resepi dari buku Senangnya Memasak Ikan,ciptaan Chef Hanieliza ni..... Kak Maz menggunakan sotong , Kak Zhai dan Noorsha menggunakan ikan siakap seperti resepi asal...pasti ada siaran ulangan untuk resepi ni dan lain kali Mas nak guna ikan siakap pulak...

Ikan Talapia Bakar Tomyam
Resepi : Buku Senangnya Memasak Ikan, Chef Hanieliza
Sumber : Kak Zhai dan Noorsha
Bahan A :
  • 1 ekor ikan siakap (bersih dan kelarkan) - Mas guna ikan talapia
  • 2 sudu besar pes tomyam
  • 5 helai daun limau purut
  • 1 sudu besar jus limau nipis ataupun kasturi
  • 1 biji tomato (potong 6)
  • Aluminium foil dan Mas letak juga daun pisang
Bahan B :
  • 2 biji cili merah - Mas tak letak sbb letak cili padi merah
  • 5 biji cili api - nak pedas letak lebih
  • 3 batang serai
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • sedikit gula dan fish sos - Mas pun ltk mcm Noorsha
  • 1 biji tomato - Mas tambah

Cara membuatnya :
  1. Gaulkan semua bahan yang dikisar dan letak di dalam aluminium foil. (jangan masukkan garam kerana pes tomyam selalunya masin.
  2. Letakkan ikan dan daun limau purut. Kemudian bungkus kemas.
  3. Bakar di dalam kuali di atas dapur selama 30 minit.
  4. Perahkan limau semasa menghidang.

Sunday, July 17, 2011

Puding Keju Lagi Versi Noorsha



Assalamualaikum. 
Gara2 tergoda sangat tengok Noorsha buat Puding Keju semalam..terasa memanggil2 jerk untuk membuatnya lagi versi Noorsha pulak, kebetulan bahan2 memang dah ada......perhhhh...lagi sedapp tau...memang best gabungan rasa coklat cheese tu...sedappp sangat dan adunan kali ni Mas buat lembik sikit dengan mengurangkan sikit sukatan serbuk agar2 tu....baru syokkk mencedoknya kan......memang bernas idea kau sha....aku suka.....nanti boleh buat lagi untuk juadah berbuka masa bulan puasa nanti....untuk puding keju yang Mas buat sebelum ni, boleh lihat DISINI yerk...kalau dah sedappp..buat banyak kali pun tak pe kan.....dan boleh dipelbagaikan....rasanya Mas lagi suka versi Noorsha ni.....dan bila ditabur biskut cheese yang dipecah2kan tu untuk dimakan bersama puding cheese ni.....hhmmmm.....memang bessttt....

Puding Keju
Resepi : Along Roz
Sumber : Noorsha

Bahan :
13g Serbuk Agar-Agar
1 liter Air
120g Gula
3 biji Telur
120 - 150g Biskut Cheese - blend halus
1 sb Tepung Kastad
400ml Susu Cair
200g Susu Pekat ~ utk 1/2 adunan k.nor letak 2 sudu besar jer...me too!~
50g Mentega




Cara membuatnya :
Masak serbuk agar2 dgn air sehingga hancur. Kacau selalu.
Masukkan gula dan kacau sehingga sebati.
Pukul telur sehingga rata dan campurkan biskut dan tepung kastad.
Masukkan susu dan kacau sebati.
Tuangkan ke dlm adunan agar2 tadi dan tutup api apabila mendidih.
Masukkan mentega sehingga sebati.
Tuang ke dlm tin @ acuan.
 Biarkan sejuk di suhu bilik.Sejukkan sebelum di hidangkan.

Nota :
 Kali ni Mas ikut Noorsha buat sedikit variasi untuk puding yang asalnya 'plain' ni... 1/4 bahagian dari adunan puding tu, dicampurkan dengan 4 sudu besar serbuk koko...ermmm...betul kata Noorsha......makin sedap !~


Tips dari Kak Nor... 
Noorsha ikut cara kak Nor ni sebab lebih mudah dan Mas pun ikut cara Kak Nor juga untuk kali...memang lagi senang :)

Utk bahan telur, biskut, susu cair, susu pekat dan tepung kastard.. K.Nor blend semua sekali dlm blender.
Bila dah tuang ke dlm adunan agar, adunan akan jd pekat dan hendaklah sentiasa dikacau hingga mendidih. 
Pastu padamkan api dan biarkan sebentar (sejuk sket), baru lah dituang dlm mould (kacau dulu hingga sebati sebelum menuang)