Showing posts with label MUFFIN. Show all posts
Showing posts with label MUFFIN. Show all posts

Friday, July 22, 2011

Muffin Coklat



Assalamualaikum. Bekal Ain ngan Daniel, Mas try buat Muffin Coklat yang Izahdaut tayang pagi tadi...sebenarnya pagi tadi dah buat satu resepi kuih...tapi kuih tu dah masuk dalam cik tong sebab tak jadi....bantattttt.....hu..hu...frush betoiii.....jadi Mas pun try Muffin Coklat ni sebab nampak cara nak membuatnya senang....itu pun was2 juga..risau kalau mapin ni pun tak jadi...jawabnya bebudak tu bawa bekal sosej goreng la...bekal last minit...he..he..
Alhamdudillah.....muffin ni menjadi dan sedappppp.....abang pun suka, banyak juga dia makan tadi...tukang buat ni merasa seketoi dua jerk.....dapat juga buat bekal Ain ngan Daniel....Mas buat 1/2 adunan...banyak juga dapat....elok2 jerk untuk family kecil macam Mas ni....muffin ni sangat lembut gebu tau.....tak terlalu lembab...manisnya pun elok2 jerk...maceh makcik...memang betul kata kau...muffin coklat ni memang terbaikkkk...

Muffin Coklat
Sumber : MaklangKak Ummi
Copy : Izahdaut
Bahan A :
  • 2 cawan tepung *izah gune tepung gandum
  • 1 1/4 cawan serbuk koko *izah letak 1 cawan
  • 2 sudu kecil baking powder
  • 2 sudu kecil soda bikarbonate
  • 3 sudu teh nescafe
  • sedikit garam
Bahan B:
  • 2 cawan gula kastor *izah kurangkan sikit
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan susu cair (atau susu segar)
  • 3 biji telur
  • 1-2 sb oren sunquick * izah tambah
Bahan C :
3/4 cawan air panas

Cara membuatnya :
  1. Campurkan semua bahan-bahan B dan letak ketepi. 
  2. Ayakkan tepung bersama serbuk koko, baking powder dan soda dan campurkan semua bahan A di dalam mangkuk besar. 
  3. Masukkan bahan B ke dalam A dan kacau rata. Kemudian akhir sekali masukkan air panas ke dalam adunan tadi dan gaul rata. 
  4. Ceduk ke dalam muffin cup dan bakar pada suhu 175 C selama 20 minit.

Monday, July 11, 2011

Muffin Pisang



Assalamualaikum. Meh layan muffin pisang yang panass lagi ni...baru kluar oven..untuk bekal Ain ngan Daniel sebenarnya dan menghabiskan stok pisang berangan yang dah masak ranum tu.....sesuai bebenor dimapinkan.....resepi asal muffin pisang ni diletakkan inti coklat dalamnya...oleh kerana stok coklat pun tak banyak..malas lak nak meletakknya...jadi muffin pisang ni biasa2 jerk...tetap sedapppp...rasa macam kek pisang pun ada...maceh pada tuan resepi Ros Jintanmanis dan Izahdaut pun buat juga baru2 ni....siap ada tips2 tentang muffin lagi pada resepi Muffin Pisang Inti Coklat yang Izahdaut buat hari tu. Caya lah makcik...maceh berkongsi tips2 tu yerk...Mas kongsikan kat sini pulak yerk...

Muffin Pisang 
Resepi : Ros Jintanmanis
Sumber : Izahdaut
Bahan :
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 1/3 cawan gula * izah guna 3/4 cawan
  • 2 biji pisang yang ranum * izah letak 200gm
  • 1\2 cawan minyak masak
  • 2 biji telur
  • 1\3 cawan  susu segar
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 1/2 sudu kecil baking powder
  • beberapa titik esen vanila
  • beberapa ketul coklat dairy milk ( ros guna jenama meiji) - Mas x ltk
Cara membuatnya :
  1. Hancurkan pisang dengan menggunakan gelas dan letakkan 1/2 sudu kecil garam.
  2. Ayak tepung gandum bersama baking powder dan soda bikarbonat, kemudian pukul telur hingga berbuih baru masukkan gula, pukul lagi hingga kembang.
  3. Selepas itu, masukkan pisang dan kacau sebati, kemudian masukkan minyak, dan tepung sedikit demi sedikit, titik kan beberapa esen vanila, akhir sekali masukkan susu segar, masa ni jangan guna mixer ye, guna spatula atau senduk kayu je.
  4. Cedokkan adunan tadi didalam papercup muffin ( isikan 3/4 papercup) dan letakkan coklat di tengahnya, bakar pada suhu 170darjah selama 18 ke 20 minit, *izah bakar 25minit, sejukkan atas redai dan tabur sedikit dengan sugar powder. Sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.

Tips dari Izahdaut : Sepanjang saya mencube pelbagai jenis muffin ni boleh la saya sharekan sikit pengalamannya.
  1. Secara umumnya muffin adalah salah satu jenis cupcake. Cupcake ni lagi luas dan merangkumi pelbagai jenis, contoh medeleines  pun adalah sejenis cupcake dan mooncakes pun dikatakan dikategorikan di bawah cupcakes. Asalkan ianya berbentuk kek yang dimasak didalam mould kecil, ianya adalah cupcakes.
  2. Cara pembikinan membuatkan kita lebih mudah membezakan cc dengan muffin. CC dibuat dengan pelbagai teknik. 
  3. Antaranya teknik cream mixture - iaitu menggebukan gula dan butter seterusnya telur.
  4. teknik all in 1 mixture - masukkan semua bahan dan gebukan.
  5. teknik whisked mixture - iaitu dengan wisk kan dulu telur, gula dan kemudian bahan2 lain. 
  6. teknik muffin - iaitu mengasingkan bahan kering dan bahan basah kemudian campurkan keduanya.
  7. Jadi secara khususnya membuat muffin adalah sangat mudah. Iaitu mengasingkan bahan kering dan basah. Kemudian tuangkan bahan basah ke dalam bahan kering. Gaul.
  8. Satu perkara penting  untuk mendapatkan muffin yang fluffy gebu dan lembut ialah jangan OVERMIX bahan basah dengan kering. Gaul sekadar sahaja. Biarkan jika adunan nampak tak licin dan adunan nampak berketul2. 
  9. Cara saya mudah, saya pastikan bahan2 kering betul2 digaul rata. Kemudian bahan2 basah seperti telur, mentega cair, susu segar, pisang, yogurt dsb digaul sebati. Kemudian curah ke dalam bahan kering dan kaup balik menggunakan spatula. Gaul kurang lebih 1 minit aje. Jangan overmix!
  10. Untuk mendapatkan muffin membukit naik, sudukan ke dalam muffin cup 3/4 penuh. Tapi awas tidak semua jenis muffin akan naik membumbung, Ada juge jenis muffin yang akan melimpah ruah. Lain jenis muffin dan adunan, lain result yang dapat. Sebab itulah saya suke mencube pelbagai jenis muffin. Jika dalam resepi ada menyebut sudukan hanya 1/2 adunan bermakna mungkin muffin jenis yang agak cair adunanya.
  11. Satu faktor lain membumbung naik atau tidak muffin ini, adalah jenis adunanya. Berdasarkan pengalaman cetek saya membuat muffin ni, jika adunan sedikit pekat, saya suke letakkan adunan agak penuh ke dalam muffin cup. Nanti hasilnya muffin akan naik membumbung cantik. Sebab permukaan muffin mudah kering dan akan membuatkan muffin tidak melimpah.
  12. Muffin yang adunan nya agak cair , mungkin ada keberangkalian akan melimpah jika meletakkan penuh2 ke dalam muffin cup. Mungkin disebabkan permukaannya masih cair basah  ia mudah melimpah. *ini adalah berdasarkan pengalaman. Bukan teori sebenar yeee.. hhehe
  13. Faktor lain adalah, jangan  ketuk atau hentak muffin cup selepas disudukan adunan. Biarkan ada angin2 di dalam adunan itulah yang membuatkan muffin naik membumbung.
  14. Faktor lain adalah suhu oven. Ramai juga yang mungkin mengalami masalah muffin tak naik elok kerna suhu oven masing2. Syaa belajar dari  sifu kak Nor Secubitgaram yang suhu juga memainkan peranan penting. Kite sendiri kena faham ragam oven masing2 untuk menghasilkan muffin yg elok. Kata kak Nor jika oven menggunakan api atas dan bawah ada 2 cara untuk menentukan yang mana satu lebih elok.
  15. Pertama: Bakar muffin 10 minit menggunakan api bawah, kemudian tukar ke api atas dan bawah hinnga masak.
  16. Kedua: Bakar muffin menggunakan api atas bawah, kemudian tukar ke api bawah sahaja sehingga masak.
  17. Sila cube yang mana satu elok dengan oven untuk menghasilkan muffin yang cantik.
  18. Dah baca semua atas tu kan? Nak bagitau skali lagi, secara khususnya membuat muffin mmg tidak menggunkaan mixer, tidak perlu cream teknik bagai. Hanya menggaulkan bahan basah bersama bahan kering. Tapi kerana kekreatifan kite maka dah banyak variasi muffin yang menggunakan teknik pelbagai. Dan hasilnya sangat memuaskan dan menambah fluffy gebunya sesuatu muffin itu. Satu lagi kalau dibarat muffin ni lebih suke dibakar bogel tanpa cup dan berbentuk cendawan. Satu lagi cadangan hidangan adalah ketika panas2.
  19. Penggunaan sesuatu bahan juga menambah kegebuan sesuatu muffin. Jadi kalau nak cube dan nak rasa, bolehlah mengalami pengalaman sendiri menggodek muffin. Okaeyy... ini adalah satu info amatur dari saya. Banyakkkk lagi kena belajarkan. Dan siapa2 jom lah kongsi lagi tips2 membuat muffin ni. Saya memang suke siapa2 sudi share.



Monday, June 20, 2011

Muffin Pisang Mudah - DiKukus



Assalamualaikum. Meh layan Muffin Pisang Mudah versi dikukus ni. Lembut dan gebu jerk muffin ni. Sedappppp...dan nak membuatnya pun tak mengambil masa lama..tak sampai 1/2 jam..dah siap muffin pisang mudah ni....Mas guna 3 biji pisang berangan macam Kak Ct Delima dan Che Mat Gebu dan hanya tambah 1 sudu besar susu segar sebab adunan nampak agak pekat dan muffin pisang ni dikukus selama 15 minit sebab Mas menggunakan paper cup  yang comei2 dan dimasukkan dalam bekas lompang.....haaa...senyummm mekar lak muffin ni....suka sangat...dan masih lembut gebu walaupun sejuk.... 

Muffin Pisang Mudah - DiKukus
Resepi : Che Mat Gebu
Sumber : Kak Ct Delima
Bahan :
  • 1 1/2 cawan tepung gandum*
  • 1 camca teh baking powder*
  • 1/3 camca teh garam halus*
  • 1 camca teh soda bicarbionate (mat letak 3/4 camca teh)*(*disatukan dan diayak)
  • 3 biji pisang emas - dilecek halus 
  • 1 camca besar mayonnaise
  • 1 biji telur gred B
  • Beberapa titik esen pisang
  • 1/3 cawan gula perang @ soft brown sugar (resipi asal guna 3/4 cawan gula halus)
  • 1/3 cawan mentega cair - mat guna minyak masak


Cara Membuatnya :
  1. Panaskan oven pada suhu 180C, dalam satu bekas, satukan telur, gula perang dan mayonnaise, kacau rata dengan whisk hingga sebati. Masukkan pisang, minyak canola, esen pisang. Kacau rata.
  2. Masukkan tepung yang telah diayan bersama bahan2 yang bertanda (*), tadi, gaul pantas hingga sebati, jangan gaul lama2.
  3. Sudukan ke dalam bekas muffin yang telah disediakan terlebih dahulu sebanyak 3/4 penuh. Bakar 25 minit atau hingga masak. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan...

Saturday, June 18, 2011

Muffin Coklat Kukus



Assalamualaikum. Muffin Coklat Kukus ni Mas buat untuk sarapan pagi tadi...hmmm..dah tinggal 3 ketoi jerk tu...alamat untuk minum petang kene memikir menu lain lak...hmm..memang sedapp muffin ni..lembutt lembabb jerk...cuma muffin ni tak mau senyumm macam yang Kak Ct Delima buat....nape yerk...hu..hu...
Jadi mulat2 muffin...layan jerk la yerk...janji sedappp dan anak2 suka.....tengok respon ramai yang dah mencuba muffin coklat kukus ni, antaranya kak Ummi, kak Rose, Anna dan Izah...ada yang Mas tertinggal..nanti cakapp yerk....pada Mas muffin coklat kukus ni kalau dibuat 1 adunan, rasanya boleh dapat banyak sebab Mas yang buat 1/2 adunan pun puas makan ngan anak......maceh pada tuan resepi iaitu Mak Lang Azie.

Muffin Coklat Kukus
Resepi : Mak Lang Azie
Sumber : Kak Ct Delima
Bahan A :
  • 2 cawan susu cair - Mas guna susu segar
  • 1 cawan minyak masak/250 gm mentega & cairkan - Mas guna minyak masak
  • 1 3/4 cawan gula kastor 
  • 1 biji telor
  • 1 sudu besar coklat emulco
Bahan B - Diayak bersama :
  • 250 gram tepung superfine/tepung gandum 
  • 50 gram serbuk koko 
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh soda bikarbonat 

Cara membuatnya :
  1. Satukan bahan A hingga sebati. Kacau guna whisker sahaja.
  2. Ayak bahan B dan masukkan ke dalam bahan A dan kacau rata, jangan terlebih kacau.
  3. Tuang 3/4 penuh ke dalam acuan kertas/muffin cups dan kukus selama 10 - 15 minit. Mas balut penutup kukusan dengan towel.



Wednesday, June 1, 2011

Muffin Coklat berYogurt



Assalamualaikum. Hmmmm...nampak biruuu tak..kikikiki..jumpa lagi satu kedai bakery yang jual pelbagai jenis corak dan warna muffin cup. Pening lak nak memilih yang mana satu. Kedai bakery ni kat area plaza masalam, kat Shah Alam jerk. Kedainya tak de besar sangat....tapi ada pelbagai jenis muffin cup. Yesss..dah jumpa kedai yang dicari2....dekat lak tu....Jadi meh layan Muffin Coklat berYogurt lak. Resepi dari tauke mapin kita makcik Izahdaut kita tu. Memang best mapin ni....cuma diderhakakan dengan menukar choc chips ngan gajus...tetapp menteng sedapppp..suka lak bebudak tu mengutip gajus yang berterabur tu..kikikiki...ari ni air lak tak de..hmmm..rasanya gantung kuali la jawabnya...ari tu ada kasi notis, katanya tak de air Isnin dan Selasa...dok tunggu...air ada jerk...tup2..subuh tadi terus tak de air..sabo jerk la..nasib baik ada simpan air...hmmm...tuan tanah pun nak kluar jap .....kau orang layan dulu yerk mapin ni....

Muffin Coklat berYogurt 
Resepi : Izahdaut
Bahan :
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 sb membumbung serbuk koko
  • 3/4 sk baking powder
  • 1/4 sk soda bikarbonat
  • 1/2 sk garam
  • 1/2 cawan + 2 sb gula perang
  • 3/4 cawan coklat chip
  • 1 biji telur- dikocok sedikit
  • 1 cawan susu segar
  • 1/4 yogurt
  • 1/4 minyak sayur
  • 1 sudu kecil essence vanilla
  • 1 sk cuka *optional- jika tidak menggunakan telur

Cara membuatnya :
  1. Ayak tepung, serbuk koko, soda penaik dan garam ke mangkuk besar.
  2. Kemudian masukkan gula perang dan coklat chip. Gaul semuanya sebati. Ketepikan.
  3. Dalam mangkuk yang lain, sebatikan telur, susu segar, yogurt, minyak sayur dan essence vanilla.
  4. Masukkan bahan basah ke dalam mangkuk tepung tadi.
  5. Adunan sedikit cair.
  6. Masukkan ke dalam muffin cup 3/4 penuh atau hampir penuh.
  7. Bakar pada suhu 180 C selama 25 minit.

Thursday, May 19, 2011

Muffin Coklat



Assalamualaikum. Nampak Muffin Coklat tu......he..he..baru jerk lepas buat tadi, untuk bekal Ain ngan Daniel ari ni. Alhamdudillah, setelah menambah ilmu memapin ni ngan Kak Nor, HaSue ngan Izahdaut....boleh kira lulus la mapin yang Mas buat ni kan...cuma tak menggunung tinggi macam HaSue buat semalam jerk...tak pe..boleh buat lagi kan..kikiki...
Sebenarnya muffin cup ni Mas dah beli dalam 2 minggu lebih dah..masa mula2 beli tu memang terus buat mapin coklat ni....maklom la semangat sebab akhirnya jumpa juga muffin cup yang bercorak ni.....lepas Mas bako mapin ni....mapin Mas tak menggunung tinggi tapi meleleh keluar dari muffin cup ni..jadi senget benget lak....rasanya dah cukupp sedapppp...huhuhu...terus malas memapin...itu yang guna masa buat roti....bila nampak mek sue buat mapin lagi semalam..jadi teringin lak...terus tanya kat  Kak Nor, HaSue ngan Izahdaut....Alhamdudillah.....rasanya kalau buat lagi lepas ni..cantik kot mapin Mas....kikiki...ayat pujuk diri sendiri tu....

Tentang muffin cup ni, ada yang bertanya Mas mana Mas beli, jadi Mas ceritakan kat sini yerk...pada Mas muffin cup ni tak dijual disemua kedai...Mas pun merata2 juga mencari muffin cup ni, akhirnya Mas jumpa muffin cup kat pasaraya Jaya Glocer kat Empire Shopping Gallery, Subang Jaya....sukanya bila dah jumpa muffin cup yang diidamkan......nasib baik tak berjoget kat situ.....kikiki...baru2 ni Mas ada juga nampak muffin cup ni kat Hero Bakery. Jadi untuk sesiapa yang mencari2 muffin cup bercorak ni. bolehlah mencari kat tempat yang Mas cakapkan tu. Berbalik pada Muffin Coklat Kak Yani ni...sangat sedappp tau...Ain ngan Daniel suka sangat...tengok respon kat Myresepi...mapin ni mendapat sambutan hangat tau...ramai bebenar yang dah mencubanya.....

Muffin Coklat
Bahan ( 10 biji ) :
  • 200g coklat masakan
  • 70g mentega
  • 2 biji telur
  • 50g gula halus
  • 60g tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • almond nibs secukupnya (optional)

Cara membuatnya :
  1. Cairkan coklat. Gunakan kaedah "double boiler". Mas masukkan dalam microware jerk. Kemudian masukkan mentega. Kacau sehingga mentega cair. Selepas tu bolehlah panaskan oven sehingga suhu 170C.
  2. Dalam mangkuk lain, masukkan telur dan gula. Kacau sampai sebati. Tak perlu penaik(kembang).
  3. Masukkan telur ke dalam mangkuk coklat. Kacau biar campuran sebati.
  4. Ayakkan tepung dan baking powder ke dalam mangkuk coklat. Gaul sehingga sebati.
  5. Isikan adunan ke dalam bekas muffin sehingga 1/2 penuh atau 60% penuh. Bakar selama 20 minit.
  6. Selepas masak tu, mungkin muffin ni lembik sikit( sebab hanya sedikit tepung yg digunakan) tapi bila dah sejuk dia akan keras dengan sendiri. Jadi kalau lepas 20 minit tu, masih lembik tak payah bakar semula.


Monday, May 9, 2011

Steamed Pumpkin Muffins



Meh minum petang ngan Steamed Pumpkin Muffins yang best ni. Sedappp betoi rasa labu yang lemak - lemak manis tu. Dah lama Mas simpan resepi mapin labu versi kukus ni, baru ari ni dapat membuatnya. Tapi mapin ni tak berapa nak mekar lak ari ni...naik bertopi lak..he..he...tengok Izah, Aunty Yochana ngan Wendy buat, cantik jerk mapin ni mekar.....hhmmm...gasak la...janji sedapppp...Tengok Daniel suka betoi ngan mapin ni, Ain kurang sikit. Pada Mas memang sedappp mapin ni. Sedappp betoi dimakan sambil minum teh o petang - petang gini. Resepi Mas ambik dari Izahdaut yang baru timbul tu....sakan betoi makcik tu bercuti. Banyak resepi - resepi labu kat dapur Izahdaut tu...jadi rajin - rajin la gali - gali cari resepi kat sana yerk. Kata Izah resepi di ambik dari Aunty Yochana dan resepi asal dari Wendy

Steamed Pumpkin Muffins
Resepi asal : Wendy
Sumber : Aunty Yochana dan Izahdaut


Yields12 steamed muffins (I used egg tart pans)
Ingredients :
  • 125gm steamed pumpkin flesh
  • 1 egg
  • 120gm sugar
  • 100gm evaporated milk or coconut milk * Mas dan Izah guna santan
  • 30gm corn oil
  • 180gm cake flour 
  • 20gm rice flour
  • 1.5tsp baking powder

Method :
  1. Prepare your steamer and bring the water to a boil
  2. Put steamed pumpkin flesh, egg, sugar, milk and oil in blender and whizz for 30 seconds.
  3. Sift cake flour, rice flour and baking powder into a mixing bowl.
  4. Make a well in the center of the flour mixture and pour the blended ingredients into the well. Mix until well combined.
  5. Spoon into lined steaming cups and steam on high heat for 15 minutes. It will bloom by itself, no need to make a cross with oil.