Sunday, April 14, 2013

Kiwi Fruit Muffins (Again)

 Hi all HomeKreation readers! Sorry for not appearing regularly lately.... extremely busy at office and home... herewith a repeat recipe that I made for office mates recently.... something to post so that the blog will not be completely quiet and you know that I'm still alive!

Recipe was shared here earlier on. The muffins are really moist and soft... something a must try!


BAHASA MALAYSIA VERSION
 Assalamualaikum pembaca blog HomeKreation dan kekawan. Maaf lah  ya Along menyepi sedikit kebelakangan ni sebab terlalu kesibukan dengan pekerjaan harian di pejabat & di rumah jadi tak banyak masa untuk mencuba resipi2 baru. Supaya pembaca tidak kesepian bila masuk ke sini, Along tayangkan lagi resepi muffin yg mabeles ni.... Resepi boleh tengok kat sini.

Thursday, April 11, 2013

Mini Pavlova




Assalamualaikum.
Antara dessert yang menjadi kegemaran ramai...
Juga antara order yang sering mendapat permintaan ramai..
Lebih senang dimakan bila dibuat dalam saiz comei gini...
Anak2 pun sering ngendeng bila Mas terima order untuk mini pavlova ni..
Alhamdulillah...salah satu tarikan untuk anak2 makan buah sebab dah tersusun atas pavlova tu...tak mo kutip2 yerk..terus makan semua...baru sedappp...menjadi juga untuk Ain sebab anak dara sorang tu agak susah sikit makan buah...bila makan pavlova...boleh pulak dia makan semua buah2 tu....hmm..macam2 anak2 ni..he3
Untuk resepi, Mas copy dari Izahdaut dan resepi asal dari kakwan.
TQVM yerkkk


Mini Pavlova
Resepi : kakwan

Bahan :
200 gm telur putih (4biji)
160 gm gula kastor
1/4 sudu kecil cream of tartar
2 sudu kecil tepung jagung
esen vanila - Mas tambah
200 gm whipping cream

Buah2an segar :
strawbery, bluebery, mangga, kiwi, anggur, epal, physais etc





Cara :
1. Panaskan oven pada suhu 120 C. Mas guna suhu 150 c api atas bawah.
Alaskan loyang dengan baking paper dan Mas tabur tepung jagung atas baking paper supaya senang nak kluarkan pavlova tu nanti.
2. Pukul putih telur dalam mangkuk yang bersih dan kering hingga putih telur berbuih.
Masukkan gula, cream of tartar dan tepung jagung. Putar lagi hingga kental, kembang dan bertanduk. Kemudian Mas tambah esen vanila dan pukul sebati.
3. Masukkan adunan dalam piping bag dan picit ke dalam acuan berlubang. Ratakan menggunakan spatula. Angkat acuan perlahan-lahan. Jika tiada acuan lukis bulatan ke atas baking paper dan picit maringue ke dalamnya.
*saya picit je terus ke atas baking paper mengiku size yg diingini. cuma jarakkan antara pav kerana pav akan mengembang sedikit.
*boleh tengok teknik memaip meringue di blog kak wan di link atas.
4. Bakar menringue selama 1 jam. Mas bakar 1 jam 20 minit dan setelah itu, biarkan dulu meringue sesudah masak selama 30 minit di dalam oven atau hingga sejuk, pintu oven biarkan tertutup. Permukaan meringue akan kelihatan retak dan kekuningan.
Setelah pavlova sejuk, keluarkan pavlova dari baking paper dan masukkan dalam bekas.
5. Letakkan whipping cream di atas meringue dan hiaskan dengan buah2an segar.
Terus simpan dalam fridge untuk elakkan pavlova menjadi cair.
Pavlova yang sudah siap dibakar boleh disimpan dalam bekas kedap udara dan masukkan dalam fridge...kemudian baru boleh letakkan cream dan buah2an.





Wednesday, April 10, 2013

Cream Puff






Assalamualaikum.
Antara kuih yang menjadi kesukaan anak2 Mas...seronok tengok Ain ngan Daniel makan...ambil sorang satu bekas...kejapp jerk dah abis cream puff tu..senang hati emak yang membuatnya...
Alhamdulillah....bila dah banyak kali buat cream puff ni...hasilnya sekarang lebih ok daripada first time Mas buat dulu....belajar dari pengalaman...itu yg penting kan...


Cream Puff
Resepi :Zaliana@myresepi.com
Sumber : Tun Telani

Bahan2 :
125 gm self raising flour atau tepung gandum + 2 sudu teh baking powder
100 gm butter
250 ml air
1/2 sudu teh gula
3 biji telur 


Cara 2 :
Panaskan oven pada suhu 220 darjah C.
Satukan butter, air dan gula dalam periuk. Panaskan sehingga butter cair.
Selepas ia mula mendidih, terus masukkan tepung. Kacau dengan pantas sehingga ia kurang melekat pada dinding periuk. Konsistensi perlulah kental. biarkan adunan betul-betul sejuk.
Selepas sejuk, masukkan telur satu persatu. Kacau sehingga rata dahulu sebelum dimasukkan telur seterusnya. Mas pukul guna mixer hingga adunan licin.
Gunakan beg paip dan paipkan mengikut bentuk yang anda suka di atas dulang yang telah disapu marjerin.
Renjiskan cream puff dengan sedikit air.
Bakar dalam oven dengan suhu 200c hingga permukaan puff kecoklatan,lebih kurang 30 minit.
Suhu yang panas membantu puff naik dengan sempurna. 
Pastikan puff telah benar-benar masak sebelum dikeluarkan dari oven.
Ia kelihatan ringan,bahagian bawahnya tidak melekat di dulang dan telah berwarna kuning kecoklatan sedikit. 
Jika dikeluarkan sebelum cukup masak, puff akan turun dan tidak berongga di dalamnya.
Selepas dibakar. Buatlah lubang dibawah atau belah dua secara melintang dan paipkan dengan krim pastri atau sebarang krim yang anda suka dan salutkan atas dengan coklat cair atau ayakkan dengan sedikit gula icing...





Custard Filling
Resepi: kak Ida@1001resepi
Sumber: 
Tun Telani

Bahan2:

2 camca besar tepung kastard 
2 camca besar gula kastor
1 1/3 cawan susu segar 
30 gram mentega (kurang lebih 2 camca teh)
2 camca teh esen vanilla

  • Cara2:
  • Satukan semua bahan untuk kastard kecuali mentega dan esen vanilla. 
    Kacau rata dengan whisk dan masak dengan api perlahan sambil terus dikacau hingga pekat. 
    Padam api, tambah mentega dan esen vanilla, kacau rata dan biar sejuk. Ketepikan.



         

        Cream Puff  Filling Cream Kastard





        Order2 yg lalu :


        Cream Puff




        Red Velved



        Cheese Tart Pelbagai Perisa



        Snow Cheese Cake



        Untuk yang berminat, boleh cont Mas 0134242505



        Saturday, April 6, 2013

        Daging Masak Merah ala gerai




        Assalamualaikum.
        Selamat berhujung minggu buat semua...
        Dah lama Mas share resipi Daging Masak Merah ala gerai ni kat FB..lupa lak nak update kat blog...bila tengok Kak Nor tayang, baru teringat...huhuhuhu...
        TQ kak sudi mencuba...baru hari ni berkesempatan mengentry kat blog...
        dan untuk yang teringin mencuba...sudi2 la yerk menerainya...
        Antara menu kegemaran Mas kalau makan kat luar dan Mas memang suka masak tiap kali buat nasi goreng...terasa macam makan kat geraii lak...simple dan sedappp
        Kalau ada yang dah mencuba, bagitahu Mas yerk, mungkin Mas terlepas pandang..


        Daging Masak Merah ala gerai 
        Resepi : MasDuniaku
        TQ pd Kak Nor - Secubit Garam yang telah mencuba....


        Bahan2: 
        daging lembut - hiris nipis2
        (kalo nk merah, rebus dgn pewarna merah, bukan sirap ros ye)

        Bahan Hiris:
        bawang besar - belah 4
        bawang putih - cincang @ ketuk
        halia - hiris
        cili api / cili merah

        Bahan Sos:
        3 sudu besar sos cili
        1 sudu besar sos tomato
        1 sudu besar sos tiram
        sedikit kiub ikan bilis
        sedikit air

        Cara:
        Panaskan minyak, masukkan bahan2 hiris dan kacau sampai naik bau dan kemudian masukkan daging, kacau sebentar dan masukkan pula semua bahan2 sos, kacau sebati..
        Kemudian tambah sedikit air, biarkan sebentar dan letakkan sedikit kiub ikan bilis, biar mendidih jap dan nmpk pekat.. boleh diangkat.





        Kek Marble Tiga Rasa


        Beautiful, moist and tasty cake.... I made it last week when my parents and siblings in law were here visiting.

        By: Roz@HomeKreation
        Source: Facebook - Mummy Ryan's Kitchen
        Translated into English by HomeKreation
        Size: 8" square
        INGREDIENTS:
        250g Butter
        1 cup Sugar
        5 Eggs
        2 cups Flour*
        1 cup Milk Powder*
        1 tsp Baking Powder* (* mixed) 
        1 can / 125g Serikaya
        3 tbsp Honey
        3 Flavour Paste (Pandan / Chocolate / Strawberry)

        METHOD:
        1. Beat butter & sugar until fluffy.
        Add in egg one by one until well mixed.
        Add in serikaya, honey until well mixed.
        2. Divide mixture into three equal portions.
        Add the different flavour into each portion.
        3. Line & grease tin.
        Spoon each flavour one after another until all used up.
        4. Steam cake for 2 hours until cooked.

        BAHASA MALAYSIA VERSION
        Kek ni Along buat minggu lepas.... kebetulan ibu-bapa mertua & adik2 ipar nak datang, dapatlah menjamu mereka. Teruja tengok kat facebook dan nampak mudah. Sedap juga lah kek ni, rasa nya lembab dan lemak2.

        Along baru jer balik dari melawat emak yg tak sihat di Taiping.... terima-kasih kpd kekawan yg tolong mendoakan.... emak Along sekarang beransur pulih.

        Source: Facebook - Mummy Ryan's Kitchen
        Resepi di taip semula untuk mudah rujuk
        Saiz: 8" persegi
        BAHAN2:
        250g Mentega
        1 cwn Gula
        5 bj Telur
        2 cwn Tepung Gandum*
        1 cwn Susu Tepung*
        1 st Baking Powder* (* campur) 
        1 tin kecil / 125g Serikaya
        3 sb Madu
        3 Perasa (Pandan / Coklat / Strawberry)

        CARA2:
        1. Pukul mentega dan gula sehingga kembang.
        Masukkan telur satu persatu sehingga sebati.
        Masukkan campuran tepung* sedikit2 sehingga rata.
        Masukkan serikaya, madu sehingga sebati.
        2. Bahagi adunan kepada 3 bahagian.
        Campurkan setiap bahagian dengan perasa coklat, pandan & strawberry.
        3. Lapik loyang dgn kertas & di gris.
        Sudukan setiap warna berselang-seli sehingga habis.
        4. Kukus selama 3 jam sehingga masak (Along kukus 2 jam sahaja).


        Siap untuk di kukus

        Selepas di keluarkan dari tin



        Wednesday, April 3, 2013

        Air Asam & Order2 yg lalu





        Assalamualaikum.
        Sila abaikan mangkuk air asam yang comot tu yerk..kikikiki
        sekadar share resepi air asam yang Mas suka buat...
        cicah ngan ikan bakar..perhhh..memang meletoppppp...
        jadi...sila2 la try buat yang teringin mencubanya....

        Air Asam
        Resepi : Mas Duniaku


        Bahan :
         Utk dihiris nipis :
        2 biji bawang besar
        1 biji tomato
        1 biji limau nipis jika suka - Mas terlupa letak he3

        Bahan utk ditumbuk :
        1 - 2  biji cili merah
        cili padi ikut pedas
        1/2 inci belacan bakar
        garam
        gula

        Bahan :
        asam jawa  ( anggaran sekepal )  
        1 sudu kecil sos tiram maggi
        jus limau nipis jika suka

        Cara membuatnya :
        Ambil asam jawa dan campurkan sedikit air panas. Tapis air asam jawa untuk mendapatkan jusnya sahaja. Ulangi langkah ini sebanyak 2 kali. Jangan terlalu cair.
        Masukkan bahan-bahan yang dihiris nipis ke dalam air asam jawa. Ramas2.
        Masukkan bahan tumbuk ke dalam campuran air asam jawa.
        Perah limau nipis jika suka dan sos tiram...kacau sebati...
        Sedia dinikmati...




        Cuci2 mata sekali ngan order2 yg lalu..alhamdulillah



        Mini Pavlova




        Black Forest Cake



        Choc Cheese Tart 




        Snow Cheese Cake With Deko Cream Cheese n choc ganache




        Moist Choc Cake With Deko Angry Birds



        Cotton Soft Japanese Cheesecake With Blueberry Topping




        Red Velved Cupcake




        Moist Choc Cake With Ganache Topping




        Kek Puding Karamel





        Durian Crepe




        Buat yg berminat...boleh cont Mas 0134242505




        Monday, April 1, 2013

        Kentang Putar dan Gravy Ala KFC




        Assalamualaikum.
        Sape yang suka kentang putarrr.....
        hmmm...memang sedapp kan...apa kata kita buat kentang putar homemade pulak..rasanya sama jerk macam yang dijual...malah..yang homemade lebih berkhasiat..kentang yang fresh lebih berkhasiat berbanding yang dijual sebab menggunakan serbuk kentang...kentang tu , guna yang jenis mahal sikit...rasanya lebih sedap dan gebu....dan untuk gravy, boleh tambah sayur2an ...hmmm...lebih berkhasiat kan...
        Adam suka sangat kentang putar ni...jadi Mas buatkan yang homemade untuk Adam....alhamdulillah...suka Adam makan....senang hati mak..


        RESEPI KENTANG PUTAR
        resepi: kak Hana

        Bahan :
        5 - 6 biji kentang
        2 sudu besar butter
        1 sudu besar mayonis
        2 sudu besar susu segar
        sedikit blackpepper
        garam

        Cara :
        Kupas kulit kentang. 
        Potong 4 atau 6. Rebus sehingga empuk. 
        Toskan. Satukan semua bahan dan lenyek hingga lembut dan gebu. 
        Ketepikan.




        RESEPI GRAVY@SOS KENTANG PUTAR
        Source : daunpandan @myr


        Bahan :
        650 ml air
        5 sudu besar stok ayam (sy guna brand Maggi)
        1 biji bawang besar - cincang
        1 batang saderi - cincang
        carrot - dipotong2 ( Mas tambah )
        40 gm mentega
        20 gm tepung gandum- bancuh dgn sedikit air
        1 sudu besar sos tomato
        1 sudu besar sos tiram
        sedikit serbuk lada hitam
        kicap pekat


        Cara :
        Masak air dengan stok ayam,saderi dan bawang besar hingga mendidih.Renihkan dalam 10 minit.Tapis ke dalam mangkuk.
        Masukkan semula air rebusan ke dalam periuk. Masukkan butter, sos tomato, kicap (bergantung kehitaman yang dikendaki) dan sos tiram. Kacau sebati.Kemudian masukkan blackpepper.

        Masukkan garam jika perlu.NOTE: rasa dulu baru letak garam sbb stok ayam dan sos tiram dah masin.
        Kecilkan api, bancuh tepung dengan sedikit air, kemudian tapis utk mengelakkan berketul2. Masukkan ke dalam periuk sos tadi dan kacau perlahan. Masaklah ikut pekat mana yg disukai.
        Curahkan ke atas kentang putar.







        Aitttt...macam kentang kfc jerkkk......



        Yerkkk laaa...yummmyyyyy