Monday, October 3, 2011

Sambal Kentang dan Bilis



Assalamualaikum. Salah satu sambal yang Mas suka sangat...Sambal Kentang dan Bilis, sedap dimakan ngan nasi lemak, ngan nasi putih pun best tau.....kadang2 Mas colekkan Sambal Kentang dan Bilis ni ngan roti.....punn sedappp ....untuk dapatkan kentang yang lembut empuk, Mas akan goreng kentang tu dengan api kecil menggunakan periuk dan tutup periuk tu semasa menggoreng kentang, ini supaya kentang cepat empuk, tak cepat jadi seakan2 hangit dan bila kentang digoreng dalam periuk, menjimatkam minyak sebab permukaan periuk yg rata, kalau goreng ayam pun Mas selalu menggunakan kaedah begini...selalunya kalau Sambal Kentang dan Bilis ni, Mas suka ala2 kering gini, boleh juga buatkan berkuah jika suka, terpulang pada citarasa masing2 yerk...

Sambal Kentang dan Bilis
Resepi : MasDuniaku
Bahan :
  • 4 biji kentang - dibelah 8 dan goreng
  • segenggam ikan bilis - dibasuh sedikit dan digoreng garing
  • 1/2 labu bawang besar - dihiris nipis
  • 1 labu bawang besar - dikisar
  • 2 biji bawang putih - dikisar
  • cili kering ikut pedas - dipotong dan direbus sekejapp - dikisar
  • sedikit ikan bilis - dikisar
  • 1@ 2 keping asam keping
  • garam dan gula secukup rasa
  • sedikit kiub ikan bilis

Cara memasak :
  1. Tumis bawang besar yang dipotong nipis hingga wangi dan kemudian masukkan bahan-bahan kisar dan masak garing sedikit.
  2. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Kemudian masukkan kiub ikan bilis dan asam keping. Kacau sebati dan masak hingga pecah minyak.
  3. Setelah masak,(boleh juga masukkan sedikit air panas jika ingin berkuah) masukkan kentang yang telah digoreng dan ikan bilis yang digoreng tadi dan gaulkan rata-rata dan rasa dan jika ok boleh matikan api. 
  4. Tips goreng kentang : Untuk dapatkan kentang yang lembut empuk, Mas akan goreng kentang tu dengan api kecil menggunakan periuk dan tutup periuk tu semasa menggoreng kentang, ini supaya kentang empuk, tak cepat jadi seakan2 hangit dan bila kentang digoreng dalam periuk, menjimatkam minyak sebab permukaan periuk yg rata


Fermented-Tapioca Cake (Kek Tapai Ubikayu)

 Sorry friends, another product from fermented tapioca... and more to come after this.... hopefully you don't get fed-up and run away....LOL. Can't get fermented tapioca from the market, so once I made it, I'm going to try out everything I can to make good use of it....hehe.

This time I tested a cake from fermented tapioca... This version produces quite mild taste as it uses only small amount of fermented tapioca. The cake is soft and moderately sweet (yes, like Kak Wan said it tastes like yoghurt cake). I returned half of the cake to the relative who gave us the tapioca.
By: Roz@HomeKreation
Source: KakWan@Citarasawan
Translated into English by HomeKreation
Size: 8" Round
INGREDIENTS:
4 Egg Whites
1/8 tsp Cream of Tartar
225g Butter
160g Castor Sugar
2 tsp Ovalett
6 Egg Yolks 
200g Mashed Fermented Tapioca
160g Superfine Flour
30g Milk Powder
2 tsp Choc Emulco

METHOD:
1. Whisk egg whites & cream of tartar until stiff.

2. Cream butter, sugar and ovalett until fluffy.
Add in fermented tapioca & mix well.
Add in egg yolk one-by-one until well mixed.
Fold in flour & milk powder gradually until well mixed.
Finally, add in egg white until well mixed.

3. Add choc emulco to 1/4 of the batter.

4. Pour the plain batter into lined & greased tin.
Slowly spread the choc batter on top of the plain one.

5. Bake 160C with bottom heat for 30 minutes.
Continue baking for another 15 minutes with top & bottom heat.
*********************************************

BAHASA MALAYSIA VERSION
Jangan boring ya kekawan, resipi tapai ubikayu lagi ni.....hehe... nak buat camna kita kan banyak tapai ubi, kena lah di pergunakan sepenuhnya. Buat ni di hujung minggu & santai2 kat rumah sedara..... Kek ni sedap, rasa nya macam kek yogurt dan lembut sekali.

Along taip semula kat sini sbb tak dapat nak copy dari blog K1
Saiz: 8" bulat
BAHAN2:
4 bj Putih Telur
1/8 tsp Krim of Tartar
225g Butter
160g Gula Kaster
2 st Ovalet
6 bj Kuning Telur
200g Tapai Ubikayu yg di lecek
160g Tepung Superfine
30g Susu Tepung
2 st Coklat Emulco

CARA2:
1. Pukul putih telur & krim of tartar sehingga bertanduk.

2. Pukul butter, gula dan ovalet sehingga kembang & putih.
Masukkan tapai & kacau sebati.
Masukkan kuning telur satu-persatu sehingga sebati.
Masukkan tepung & susu tepung sedikit demi sedikit sehingga sebati.
Masukkan putih telur sehingga bergaul rata.

3. Ambil 1/4 drpd adunan & campurkan coklat emulco.

4. Tuangkan adunan yg tidak berwarna ke dlm tin yg di alas & bergris.
Ratakan adunan coklat perlahan2 ke atas nya.

5. Bakar 160C dgn api bawah selama 30 min.
Bakar 15 min lagi dgn api atas & bawah sehingga masak.

Sunday, October 2, 2011

Ikan Tongkol Tumis Tomyam



Assalamualaikum. Mas pun macam akak sorang tu juga, suka sangat ikan tongkol, jadi kalau nak mencari resepi2 berasaskan ikan tongkol..mesti selongkar dapur akak yang cantik jelita lagi ayu tu, yang dok kat tganu tu iaitu Kak Nor, hmm..jumpa lagi resepi yang sedappp lagi mabeles ni...simple dan sangat enak....sangat serasi rasanya ngan ikan tongkol....kalau ada yang tak makan ikan tongkol, guna ikan kembung pun sodapp gak..rasanya yang masam, manis dan pedas tu memang mabeles....hmm..tengok Ain ngan Daniel pun suka...ligat lak bebudak tu mencedok kuah, he3...kata Kak Nor, resepi asal dari Kak MaDiHaA a.k.a Ratna....maceh pada akak berdua...memang membangkitkan selera sesekali makan lauk gini.....

Ikan Tongkol Tumis Tomyam
Resepi : MaDiHaA a.k.a Ratna
sumber; K.Nor@SecubitGaram
Bahan :
  • 6 keping ikan tongkol - gaul garam, goreng & ketepikan
  • 1 biji tomato - dibelah 6
  • 2 pokok daun bawang - potong 1 inci
  • 1 inci halia - hiris halus memanjang
  • 4 ulas bawang putih - dimayang
  • 5 ulas bawang merah - dimayang
  • 1 biji bawang besar - dimayang
  • 7 biji cili padi - diketuk
  • 3 helai daun limau purut
  • 1 batang serai - diketuk
  • 3 cawan air atau lebih
  • 1 sudu besar asam jawa + air ambil jus
  • 2 sudu besar pes tomyam + sikit air panas dibancuh
  • garam, aji dan gula secukupnya - Mas ganti aji ngan kiub ikan bilis
  • minyak masak
Cara penyediaan :
  1. Panaskan sedikit minyak. Tumiskan bahan2 yang dihiris & halia hingga layu & wangi. Masukkan air, air asam jawa, pes tomyam, serai, daun limau & cili padi. 
  2. Bila mendidih masukkan ikan, daun bawang & tomato. Sesuaikan rasa dengan menambah garam, gula & perasa. Padamkan api & bolehlah dihidang.



Liana dgn Gaya Genit di Hari Raya

Posing jap sebelum ikut mama go open house nak kutip duit laya...hehe. Psssstt... nampak tak eye-shadow & lipstick tuu...
 Dear all aunties out there, for those who miss me, here I am....  with my Hari Raya style...

Kehadapan auntie-auntie yg di rindui.... lama dah Liana tak muncul kan... Liana tak reti duduk diam amik gambo mama asyik bz jer selalu.... here I am dengan gaya thema berhari-raya.... rinnnnnduuuu auntie2 semua.... mmmmuah2!!
Berhari-raya kat kampung Nenek di Sarawak

Bergaya dgn baju Vietnam, hadiah dari Nenek tahun lepas tp thn ni baru muat

Nampak cam big girl dah kan....hehe
Dah pandai berposing anak dara mama ni...
 
Bergaya lentok dgn baju hadiah dari MamaHana.Pandai nya MamaHana pilih!
 Talipon siapa tu.... ooooo talipon Darwish... nak cakap tq kasi baju cantik ya... mana Darwish ni lama tak ajak Liana jalan2 kan....

Syedih nya Liana... Darwish tak angkat tepon....

Here I am just the way I always be....., berpeluh2 lepas melompat kat luar....

Awards from Nurul

Thank-you Nurul@ Dari Hujung Jari kerana sudi hadiahkan award ni untuk Along. Ingatan Nurul pada Along sangat di hargai & Along terima dgn besar-hati.

Along skip jer homework tu ya... jangan marah... Nak tau 7 perkara mengenai Along, check kat menu Along tu dah banyak homework pasal diri Along sebelum ni..... Nak pilih 15 member untuk panjangkan award, rasa nya award ni ramai yg dah dapat, Along pun tak mampu nak beli 15 teket kapalterbang untuk hantar jemputan... dah semput dah ni...hehee... Siapa2 yg belum dapat, sudi2kanlah amik award ni dari Along, dengan gembira nya Along berikan..... mmmmmuah2 to all!

Saturday, October 1, 2011

Kek Lapis Cheese Persona




Assalamualaikum. 
Aduhhh..aduhh..kelaut juga diet hari ni bila dah menyuap Kek Lapis Cheese Persona ni masuk mulut....rasa nak lagi dan lagi dan lagi dan lagi...stooppppp....ingat....laling aiii tak makan lagi..he3...wehhh....sedapppp la Kek Lapis Cheese Persona resepi jejaka idaman semalaya tu iaitu Ryo Azhar...klu sesapa yang masih solo nak mencari2 calon suami..sila2 la yerk terjah dapo ryo tu....try2 la ngorat..mana tahu tersangkut....klu ada makcik2 yg nak mencari menantu lelaki...ni haa..calon sesuai....he3...kau jangan mara yerk ryo....promot sikit adik Hasue ni..serius Mas cakap..memang sedapp sangat Kek Lapis Cheese Persona ni..Kak Nor pun dah mencubanya....betul kan Kak Nor....nak membuatnya pun tak de susah sangat...tak payah susah2 nak bako @ kukus....masuk jerk dalam peti sejuk bila dah siap melapis kek tu...tapi kene tunggu 6 jam keatas baru boleh potong dan makan yerk..supaya cheese tu keras...tapi kan....Mas ni klu bab lapis2....memang fobia sikit....agaknya tak de bakat kot bab2 melapis ni....layan jerk la kek Mas ni yang tak berapa kemas jadinya bila dipotong....asalkan sedapp..kira halallah kan...lupa lak..Mas pun guna biskut marie perisa kopi macam kak nor....hmm..memang sedapp...


Kek Lapis Cheese Persona
Resipi : Ryo Azhar

Bahan2 : 
Saiz 9x9 

A:
2 bungkus biskut marie perisa coklat - lebih kurang 600 g (ryo guna jenama LEE)
500 ml susu segar - dipanaskan

B :
500 g cheese cream - Philadelpia @ Tartura
10 ml susu segar
1/2 cawan gula halus


Caranya membuatnya :

Satukan cheese dan gula halus, pukul menggunakan mixer hingga sebati.
Masukkan susu segar sedikit demi sedikit, jangan sampai adunan terlalu cair.
Pukul lagi hingga kembang dan sebati,ketepikan.
Sediakan bekas yang di alaskan terlebih dahulu dengan plastik @ kertas minyak @ baking paper.
Panaskan susu segar, padamkan api.
Ambil sekeping2 biskut dan celup ke dalam susu ( suam2 panas ).....terus susun dalam bekas..... ( CELUP 1 SAAT JERK TAU ).
Pastu sapukan adunanan cheese di atasnya,ratakan
Ulang proses melapis biskut, kemudian sapukan lagi adunan cheese tadi
Ulang proses melapis hingga habis, biarkan lapisan cheese di atas sebagai lapisan terakhir.
Kemudian, kisar baki biskut yang ada, taburkan dengan cara menapis serbuk biskut tu dia atas lapisan cheese tu. ( Kalau pakai biskut jenama LEE, boleh ramas2kan je dalam penapis tu..jadi serbuk lah ia.. )
Tekan2 sikit permukaan tu..masukan dalam peti sejuk. 
Biarkan selama 6 jam sebelum dipotong.



Award Dari Kak Diana



Assalamualaikum. Sebelum terlupa, gantung dulu award yang sangat cantik ni pemberian Kak Diana yang cantik comeii tu, yang sangat rajin memasak, macam2 resepi ada kat Sky Blue's Kitchen tu, terutamanya resepi2 kek...perh....memang sangat menarik dan sedappp, gambar2 pun sangat cantik dan Kak Diana amat rajin tunjukkan step by step  untuk sesuatu resepi....maceh kak atas award ni yerk...

Aduhhh..kene tag juga...kena beritahu 7 perkara tentang diri sendiri...he3..jadi kita layann la yerkkk....
  1. Amat meminati bidang masakan dari kecik dan dah lauk pertama yang Mas pandai masak ialah sambal masa umur 11 tahun.
  2. Dari kecik sampai sekarang tak jemu2 makan telur goreng ngan nasi @ makanan lain  setiap hari...skrg Mas makan sebiji jerk sehari..he3
  3. Masa kecik Mas paling benci makan sayur, tapi semenjak mengandungkan Ain dan sampai sekarang, sangat suka sayur...
  4. Tak semua buah2an yang Mas makan, hanya sedikit jerk....memang Mas sangat memilih buah2an ni..yang serasi dengan tekak Mas jerk yg Mas makan
  5. Mas juga hanya minum jus oren dan nenas jerk..jus lain tak boleh diterima tekak la...
  6. Paling geli dengan ular sawa...ngan binatang2 lain..Mas ok jerk...
  7. Mungkin ada yang tak tahu, Mas sememangnya rabun dan tak suka sangat pakai spek jadi Mas lebih selesa guna contact lenses semenjak umur 16 tahun hingga sekarang, tapi tetap pakai spek diwaktu malam @ masa kat rumah..he3

Sekian...untuk semua yang berminat, sila2 ambik award ni yerk..