Saturday, February 4, 2012

Cucur Badak



Assalamualaikum.
Terlebih dahulu diucapkan Selamat Menyambut Maulidurrasul kepada semua yang berkunjung ke blog Mas ni.... sama2lah kita banyakkan berselawat ke atas junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW, Moga kita semua mendapat syafaat....Insyaallah...
Sebenarnya dah lama teringin nak makan cucur badak..tapi disebabkan tak puas hati dengan cucur badak yang Mas beli...cucurnya liat dan intinya ntah apa2....jadi Mas pun first time buat sendiri cucur badak....setelah godek2 Myresepi mencari resepi Cucur Badak....terjumpalah Cucur Badak resepi dari Quinnie dan Mas pun mencubanya...lagi pun bahan2 memang semuanya ada kat dapo .
Alhamdulillah...sedap pada Mas..kiranya puas hati la dapat makan cucur badak...he3..maceh yerk Quinnie atas resepi Cucur Badak yang sedap ni.

Cucur Badak
Resepi : Quinnie

Bahan :
Untuk inti:
 1/3 biji kelapa parut
2 sudu besar udang kering - rendam dan kisar
 2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
3 tangkai cili kering
1 batang serai
sedikit air asam jawa dan 1 sudu gula 
  garam secukup rasa

Untuk doh :
 500 gram keledek -
 kalau color merah lagi sedap 
 
1 - 3/4 cawan tepung gandum (bergantung kepada kelembutan ubi yg direbus..kalau lembut sgt leh tambah tepung gandum tapi jgn byk sgt) 
 1/4 cawan tepung kanji 

 

Cara membuatnya :
Untuk inti:

1) 
cili kering, bawang besar dan putih, udang kering, serai hendaklah dikisar halus. 
2) Campurkan kelapa dengan bahan kisar, sedikit perahan air asam jawa, gula dan garam secukupnya. Gaul sebati dan goreng dalam kuali tanpa minyak hingga inti masak.
Untuk Doh :
1)  Rebus ubi keledek sampai empuk, angkat dan tos kan, terus lecek2 kan ubi tu masa tengah panas, lepas dah sejuk boleh letak tepung dan gaul2 rata. 
2)  Ambik sedikit doh dan buat bulat2, kemudian leperkan pada tapak tangan dan isi inti. Lepas tu bulat2 kan kasi cantik. Letak kuih yg dah siap atas dulang yg telah ditaburkan dengan tepung utk elak kan dia melekat bila diangkat nanti. 
3)  Selepas siap, goreng kueh dengan api sederhana. Selalu balik2 kan kuih agar kuih masak sekata. Bila kekuningan boleh lah diangkat. 

NOTA
Jangan risau kalau doh tu rasa melekat2, Takyah tambah tepung.memang doh tu akan melekat sikit masa kita nak bulat2kan kueh. tapi kalau terlalu lembut boleh tambah tepung skit. masa nak bentuk kan bulat2 tu...boleh letak tepung gandum skit kat tgn utk elakkan doh tu melekat2 kat tapak tangan.


Friday, February 3, 2012

Buttered Fish

 Instead of serving the typical plain fried fish along other dishes, this is one of the ways to add flavour to attract my children.... fried fish covered with buttered egg floss, chilies & curry leaves.
By: Roz@HomeKreation
INGREDIENTS:
2-4 pieces Fish Slices
1/2 tsp Turmeric Powder
2 Egg Yolk - stir lightly with spoon 
4 cloves Garlic - chopped 
Chili Padi - chopped
3-4 sprigs Curry Leaves
Butter
Cooking Oil
4-5 tbsp Evaporated Milk
Salt & Sugar

METHOD:
1. Rub fish with salt & turmeric powder.
Deep fry until just cooked (do not cooked until hard).

2. Heat 2 tbsp butter with some oil.
Pour egg yolk slowly while stirring fast using ladle.
Stir-fry until egg is crispy.
Dish-out & strain the excess oil.

3. Heat up 2 tbsp butter & stir-fry garlic, chilies, curry leaves until fragrant.
Add in salt & sugar & stir well.
Add in evaporated milk & stir until thicken.
Add in fried fish & stir to coat.

4. Dish out & sprinkle egg floss.
Serve with white rice.
************************************

BAHASA MALAYSIA VERSION
Cara mudah utk menjadikan hidangan ikan goreng lebih berperisa untuk menarik selera anak2 Along kat rumah ni. Masak macam ni, sorang seketul pun tak cukup - they all sonok buat ratah2 pula lagi.

BAHAN2:
2-4 keping Ikan Isi
1/2 st Serbuk Kunyit
2 bj Kuning Telur - kacau sedikit dgn sudu
4 ulas Bwg Putih - cincang
Cili Padi - cincang
3-4 tangkai Daun Kari
Butter
Minyak Masak
4-5 sb Susu Cair
Garam & Gula

CARA2:
1. Lumur ikan dgn garam & serbuk kunyit.
Goreng sehingga masak (jangan sampai garing sangat).

2. Panaskan butter & sedikit minyak.
Tuangkan kuning telur perlahan2 sambil dikacau laju dgn senduk.
Goreng sehingga rangup & tapiskan minyak berlebihan.
Ketepikan.

3. Panaskan 2sb butter & goreng bwg putih, cili, daun kari sehingga wangi.
Masukkan garam & gula, kacau rata.
Masukkan susu cair & kacau sehingga pekat.
Masukkan ikan goreng tadi & gaul rata.

4. Angkat & taburkan telur kuning tadi.
Hidangkan dgn nasi panas.

Thursday, February 2, 2012

Kuetiaw Goreng Kerang



Assalamualaikum.
Kuetiaw Goreng Kerang ni Mas buat untuk sarapan 2 hari lepas...jadi jamu mata jerk yerk hari ni..he3...entry tertunggak lagi kann.....
Mas ni boleh dikatakan peminat no1 kuetiaw...suka sangat...selalunya Mas suka beli kuetiaw kat pasar tani sebab ada dijual kuetiaw yang halus, kuetiawnya pun tak melekat2 sangat...jadi senang nak menggorengnya..rasanya pun berbeza sikit tau...kalau terdesak sangat baru Mas beli kuetiaw yang besar sikit tu..he3
Satu lagi...kuetiaw yang sedappp pada Mas ialah kuetiaw yang lembut, bukan yang keras...memang Mas agak cerewet membeli kuetiaw ni sebab rasanya akan lari bila digoreng....hmm...celoteh panjang lak pasal kuetiaw pagi ni...jadi meh layan Kuetiaw Goreng Kerang pagi ni...mesti ada telur goreng...baru best..he3

Kuetiaw Goreng Kerang
Resepi : MasDuniaku

Bahan ( seorang makan ) :
1/2  paket kue teow
1 biji telur
ulas bawang putih - cincang halus
isi kerang - ikut nak byk mana
cili kering dikisar - ikut pedas
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil kicap cair
1/2 sudu kecil kicap pekat
sedikit kiub ayam
1/2 sudu kecil sos ikan
1 sudu kecil sos cili
tauge
sawi @ kucai

Cara memasak :
Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih hingga harum, masukkan cili kisar , kiub ayam dan tumis garing sikit. Masukkan sos tiram dan sos cili,kacau dan tambah kue teow. Sebatikan dan kacau seketika.
Masukkan kicap pekat, kicap cair, sebatikan. Tolak kue teow ke tepi kuali, masukkan telur, kerang dan bila telur sedikit mengeras, kacau rata dan sebatikan dengan kue teow. Renjis dengan sos ikan secukup rasa dan masukkan tauge, sawi dan kacau lagi. Taburkan sedikit serbuk lada putih aji shiok, kacau lagi dan boleh diangkat .Boleh diletak telur mata lembu atasnya jika suka .
Sedapp juga dimakan dengan cili jeruk @ cili kicap.....



Baked Cheesy Tomato Penne

 My sons invited their close friends (Adrian and Shawn) to sleep over during the current semester break. I prepared this for their breakfast since it is their favourite.
 Herewith my recipe to share with all. Actually I'm using the same recipe that I made my lasagna here.

By: Roz@HomeKreation
500g Penne - boil until ala dente 
Parmesan Cheese
Cheese slices

TOMATO SAUCE:
4-5 cloves Garlic - chopped
1 Big Onion - chopped
1 big can Tomato Puree
1 small can Button Musroom - sliced
1 bunch frozen Spinach (I actually bought the fresh imported spinach & froze it)

Herbs - Oregano, Basil, Parsley, Mixed
1 tsp Black Pepper
Salt & Sugar

1. Heat up few tbsp olive oil & saute garlic & onion until fragrant.
2. Add in the rest of ingredients & some water. Let it boil.

BECHAMEL SAUCE:
45g Butter
380ml Warm Milk
3 tbsp Flour
Salt & Pepper

1.Melt butter, add in flour & stir until well mixed.
2. Add in milk gradually while stirring until smooth.
3. Season with s&p.

To Assemble:
1. Mix penne with tomato sauce & pour into greased casserole.
2. Spread bechamel sauce on top.
3. Sprinkle with parmesan cheese & arrange cheese slices.
4. Bake for 20 minutes at 190C until slightly browned on the surface. 
Mushroom & Spinach
Ready for topping before baking
Ready for baking
BAHASA MALAYSIA VERSION
Along selalu buat ni atas permintaan anak2 tapi selalu jer tak berpeluang masuk n3 sebab bebudak selalu nya tak sabar nak makan. Kali ni buat untuk jamu kawan2 mereka sarapan yg datang bermalam. Sempat lah nak posing kali ni sebab they all tu bangun lewat.

Resepi ni sebenar nya resepi yg sama kat sini tapi Aong tukar lasagna dgn penne.

500g Penne - rebus sehingga ala dente 
Parmesan Cheese
Kepingan Cheese

SOS TOMATO:
4-5 ulas Bwg Putih - cincang
1 bj Bwg Besar - cincang
1 tin besar Tomato Puri
1 tin kecil Cendawan Butang - hiris
1 ikat Bayam Beku (boleh guna bayam import yg segar)
Herba - Oregano, Basil, Parsley, Mixed
1 st Serbuk Lada Hitam
Garam & Gula

1. Panaskan beberapa sudu olive oil & goreng bwg putih & besar sehingga wangi.
2. Masukkan kesemua bahan2 lain & sedikit air.
Masak sehingga menggelegak.

SOS PUTIH:
45g Butter
380ml Susu
3 sb Tepung
Garam & Lada Hitam

1. Panaskan butter & masukkan tepung; kacau sebati.
2. Masukkan susu perlahan2 & kacau sehingga rata & tidak bergentel.
3. Perisakan dgn garam & lada.

SUSUNAN:
1. Campurkan penne dgn sos tomato & tuangkan ke dlm bekas yg di gris.
2. Ratakan sos putih di atas nya.
3. Taburkan parmesan cheese & kepingan cheese.
4. Bakar 20 minutes @190C sehingga permukaan nya keperangan.

Wednesday, February 1, 2012

Kek Coklat Kukus Munira - tetap dihatiku



Assalamualaikum.
Hmmmm...lama bebenor tak buat kek coklat...asyik telan air liur jerk nengok kek orang...pada hal..membuatnya tak de la susah sangat...cuma mood tu yang kejap ada kejap hilang...hari ni, memang tahap gaban lidah ni rasa nak makan kek coklat...jadi terus jerk Mas buat pagi tadi....ala..buat 1/2 adunan jerk....cukup la untuk family Mas yang kecik ni....dannnn klu ada yang perasan..dah banyak kali Mas buat Kek Coklat Kukus Munira ni...memang resepi kek coklat no 1 pilihan Mas sebab keknya yang senang dibuat dan kek ni sangat sedapppp....lembab lembut jerk kek coklat ni....bak kata orang...orang tak de gigi pun boleh mamam 1/2 loyang....kikikikiki
Jadi...jom enjoy dengan entry Kek Coklat Kukus Munira yang mabeless ni...

Kek Coklat Kukus Munira
Resepi : Puan Munira Baharom - KR
Sumber : MasDuniaku

Bahan :
Bahan A :
1 cawan gula pasir - Mas letak 3/4 cawan aje
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair - Mas gune susu segar
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak masak
1 sudu kecil serbuk nescafe - resepi asal xde
1 sudu besar oren sunquits - Mas tambah

Semua bahan di atas digaul sebati dan masak atas api perlahan sehingga gula larut. Matikan api dan rehatkan sekejap bila dah sebati.

Bahan B - di ayak
3/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil (sudu kfc) soda bikarbonat
1 sudu kecil (sudu kfc) baking powder

Bahan C :
4 biji telur - diblender - Mas pukul hingga kembang jerk.



Cara membuatnya:
Satukan bahan B dan bahan C ke dalam bahan A secara berselang seli dan gaul dengan senduk aje.
Bila dah sebati masukkan ke dalam loyang yang digris dan dilapik kertas kalis minyak. Kata Puan Munirah, loyang tu  kena dipanaskan dulu sebelum masukkan adunan kek tadi..
Kukus selama 1 jam atau sehingga masak. Jangan buka pengukus semasa proses mengukus 45 min yg pertama takut kek jadi mendap.



Topping :
Bahan2 Simple Chocolate Ganache:
1 cawan susu pekat
1 cawan serbuk koko
1 sb butter @ margerin @ minyak masak

Caranya :
Kacau semua bahan atas api kecil hingga likat dan larut sepenuhnya dan terus tuang ditengah2 kek dan biarkan topping tu meleleh sendirinya.


Tempahan dibuka untuk sekitar Shah Alam dan kaw2 sewaktu dengannya....boleh email Mas di Mashitah80@gmail.com atau pm jerk kat FB....


Daging Lompap



Assalamualaikum.
Sebelum ni Mas perasan entry Daging Lompap ni kat blog Kak Ayu S"pore dan teringin mencubanya, tapi jadi terlupa lak ngan Daging Lompap ni....he3...jadi bila Izahdaut tayang hari tu..terus teringat Daging Lompap ni dan macam tak sabar2 nak menerainya, first time Mas merasa Daging Lompap ni.....hmmm.....memang Mas dah jatuh hati dengannya....serius...sedappp sangat...rasanya yang manis,masam, pedas memang best....dan Mas guna daging lembut seperti yang dicadangkan oleh Izahdaut. Jadi tak mengambil masa terlalu lama untuk memasaknya....memang sedappp dimakan dengan nasi putih jerk...tak nak lauk lain dah...rasanya lepas ni nak buat lagi Daging Lompap ni sebab macam tak puas jerk makan hari tu...hmmm..sebenarnya Daging Lompap ni Mas buat Isnin yang lepas, jadi entry tertunggak la ni..he3...Mas kalau beli daging segar kat pasar tani, memang tak simpan lama2....baru best makan daging baru..
Terima Kasih pada tuan resepi iaitu Kak Cek yang memperkenalkan satu lagi resepi tradisi Negeri Sembilan iaitu Daging Lompap....i like....Selain Izah dan Kak Ayu S'pore ,Kak Madihaa pun dah menerainya.....

Daging Lompap
Resepi : Kak Cek

Bahan :
500 - 600 grams daging
dipotong sederhana kecil...dicuci...ditoskan..
13 biji cili padi  *
3 biji cili hijau  *
1 biji bawang besar  *
1 inci halia  *
2 ulas bawang putih  *
1 batang serai dititik
 2 biji cili merah dipotong serong2
1 batang celery dihiris2
1 ketul chicken cube
Garam dan gula secukup rasa
1 keping asam keping
Minyak secukupnya untuk menumis
Sedikit air


Cara Penyediaannya :
Kisar sume bahan2 yang bertanda  *
Panaskan minyak...tumiskan sume bahan2 kisar dan serai...hingga naik baunya...
Masukkan daging....kacau sebati....tutupkan kuali...kecikkan api....sekali sekala...dikacau..tambahkan air...jgn byk sgt...tutupkan kuali semula...biarkan daging empuk...
Masukkan chicken cube...garam dan gula secukup rasa....masukkan jugak asam keping...biarkan kuah agak pekat sedikit....akhir sekali masukkan hirisan cili dan celery...kacau sebati...siap dah...tutupkan api....






Steamed Chocolate Cake (Kek Coklat Kukus)

 The recipe is shared by a FB friend which she inherited from her late mother. She hopes that she can share the recipe with everyone and may her mother soul blessed from this good deed.

The cake turned out very soft and moderately sweet. My hubby & kids liked it so much & half of the cake gone the moment the photographing session was over....LOL (that's the reason why not many photos were snapped). TQ Kak Marina for allowing me to share it with everyone.
By: Roz@HomeKreation
Source: Marina Suhaili's belated mother
Makes 8" round
INGREDIENTS:
3 Eggs
2 cups Caster Sugar
1 cup Corn Oil
1 cup Ideal Milk
1 tsp Vanilla Essence
2 cup Flour*
1 cup Cocoa Powder*
1/2 tsp Bic Soda*
1/2 tsp Baking Powder* (* sifted together) 
1 cup Hot Water
Chocolate Chips (optional) 

METHOD:
1. Beat egg & sugar until fluffy.
Add in corn oil, milk, VE & mix well.
Add in flour mixture* & fold until well mixed.
Add in hot water and mix well.


2. Pour into lined & greased tin.
Sprinkle choc chips.
Steam for 1 hour.
***********************************************8

BAHASA MALAYSIA VERSION
Resipi ni di kirim oleh kawan FB Along. katanya resepi arwah emak nya. Along tolong panjang2kan kepada semua, semuga roh arwah emak nya di berkati dengan pahala yg berpanjangan dengan ilmu yang di kongsikan kepada semua. Terima-kasih kepada Kak Marina yg sudi kongsikan resepi yg baik ni.

Source: Allayarham emak kepada Marina Suhaili
Saiz 8" bulat
BAHAN2:
3 bj Telur
2 cwn Gula Kastor
1 cwn Minyak Jagung
1 cwn Susu Ideal
1st Esen Vanilla
2 cwn Tepung Gandum*
1 cwn Serbuk Koko*
1/2 st Bic Soda*
1/2 st Baking Powder* (* campur & ayak) 
1 cwn Air Panas
Chocolate Chips (optional) 

BAHAN2:
1. Pukul telur & gula sehingga kembang.
Masukkan minyak jagung, susu & EV sambil dikacau rata.
Masukkan campuran tepung* & kacau sebati.
Masukkan air panas & kacau sebati.

2. Tuang adunan ke dlm tin yg di lapik kertas & di gris.
Taburkan choc chips.
Kukus selama sejam.