Assalamualaikum.
Sebelum ni Mas perasan entry Daging Lompap ni kat blog Kak Ayu S"pore dan teringin mencubanya, tapi jadi terlupa lak ngan Daging Lompap ni....he3...jadi bila Izahdaut tayang hari tu..terus teringat Daging Lompap ni dan macam tak sabar2 nak menerainya, first time Mas merasa Daging Lompap ni.....hmmm.....memang Mas dah jatuh hati dengannya....serius...sedappp sangat...rasanya yang manis,masam, pedas memang best....dan Mas guna daging lembut seperti yang dicadangkan oleh Izahdaut. Jadi tak mengambil masa terlalu lama untuk memasaknya....memang sedappp dimakan dengan nasi putih jerk...tak nak lauk lain dah...rasanya lepas ni nak buat lagi Daging Lompap ni sebab macam tak puas jerk makan hari tu...hmmm..sebenarnya Daging Lompap ni Mas buat Isnin yang lepas, jadi entry tertunggak la ni..he3...Mas kalau beli daging segar kat pasar tani, memang tak simpan lama2....baru best makan daging baru..
Terima Kasih pada tuan resepi iaitu Kak Cek yang memperkenalkan satu lagi resepi tradisi Negeri Sembilan iaitu Daging Lompap....i like....Selain Izah dan Kak Ayu S'pore ,Kak Madihaa pun dah menerainya.....
Daging Lompap
Resepi : Kak Cek
Bahan :
500 - 600 grams daging
dipotong sederhana kecil...dicuci...ditoskan..
13 biji cili padi *
3 biji cili hijau *
1 biji bawang besar *
1 inci halia *
2 ulas bawang putih *
1 batang serai dititik
2 biji cili merah dipotong serong2
1 batang celery dihiris2
1 ketul chicken cube
Garam dan gula secukup rasa
1 keping asam keping
Minyak secukupnya untuk menumis
Sedikit air
Cara Penyediaannya :
Kisar sume bahan2 yang bertanda *
Panaskan minyak...tumiskan sume bahan2 kisar dan serai...hingga naik baunya...
Masukkan daging....kacau sebati....tutupkan kuali...kecikkan api....sekali sekala...dikacau..tambahkan air...jgn byk sgt...tutupkan kuali semula...biarkan daging empuk...
Masukkan chicken cube...garam dan gula secukup rasa....masukkan jugak asam keping...biarkan kuah agak pekat sedikit....akhir sekali masukkan hirisan cili dan celery...kacau sebati...siap dah...tutupkan api....
No comments:
Post a Comment