Assalamualaikum.
Menu lunch hari ni.... tengok kat fb ngan blog, ramai yang dah mencuba Daging Palembang ni....yummyy...sedappp sangat dan mudah disediakan...bahan2nya pun ringkas jerk..dan Mas gantikan santan dengan kerisik...hmmm...memang mabeless Daging Palembang ni, selain makan dengan nasi, colek dengan roti pun sedappp...tak percaya...cuba la dulu...he3
Daging Palembang
Sumber : Kak Madihaa
Bahan :
700 gram daging - potong lebar dan nipis
2 batang serai - dititik
500ml santan pekat - (boleh gantikan dengan kerisik) ~ Mas ikut kak MaDiHaA, tak gunakan santan tapi masukkan kerisik homemade anggaran 3 sudu besar
1 cawan kicap lemak manis Cap Kipas Udang (Habhals)
minyak
Bahan kisar:
1 labu bawang besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
3 cm lengkuas
15 biji cili kering
Rempah penumis:
3 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
Cara:
1. Panaskan minyak secukupnya dan tumis bahan kisar, bahan penumis bersama serai sehingga pecah minyak.
2. Masukkan daging dan gaul sebati. Tutup kuali dan masak dengan api sederhana sehingga keluar air daging dan biarkan seketika.
3. Masukkan kicap dan diikuti dengan santan. Biarkan masak hingga daging mula empuk.
4. Kacau sekali-sekala sehingga masak dan kuah menjadi pekat.
P/S:
Menurut Kak Maria Hakem, jika tidak mahu masukkan santan, dan rajin buat kerisik, eloklah masukkan kerisik.
No comments:
Post a Comment