Assalamualaikum.
Dah 3 kali Mas masak Ayam Masak Kari Pakistan ni....memang sedappp..bahan2nya pun simple jerk dan tak menggunakan santan...cuma tempoh masak jerk lama sebab nak bawang dan tomato hancur ...baru sedapp Ayam Masak Kari Pakistan ni..selain di makan dengan nasi, colek ngan roti pun best tau...selamat mencuba yerk..berbaloi2 tau...tima kasih pada ummi Maria Hakem yang selalu berkongsi resepi2 yang sangat lazat...untuk resepinya, Mas copy dari blog kak Salami ..TQ kak Salami.....Zaliedana dan Kak Quinnie pun dah mencubanya menggunakan daging...
Resepi : Ayam Masak Kari Pakistan
Sumber : Kak Maria Hakem
Olahan : Amie's Little Kitchen
Bahan :
1 ekor ayam - potong 16 bahagian
4 biji bawang besar - cincang
4 biji tomato merah - cincang
1 sudu makan halia kisar
1 sudu makan bawang putih kisar
1 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu makan serbuk cili
1 sudu teh serbuk ketumbar
2 cawan air
garam
1/2 cawan minyak
garam masala - jika suka (tak bubuh pun tidak apa - Amie tidak bubuh)
hirisan cili padi dan daun ketumbar untuk hiasan
Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar cincang hingga kekuningan.
2. Masukkan tomato cincang dan teruskan tumisan hingga sebati.
3. Tambahkan halia dan bawang putih kisar, serbuk cili serta serbuk kunyit.
4. Kacau hingga sebati dan masukkan air. Biarkan bahan tumisan masak sehingga bawang dan tomato hancur. (Menurut Kak Maria, menumis bahan ini boleh memakan masa selama 1 jam!)
5. Masukkan ayam dan gaul rata.
6. Tidak perlu tambah air kerana daging ayam akan mengeluarkan air. Perasakan dengan garam (Amie tambah sedikit serbuk pati ayam).
7. Kacau sebati dan masak sehingga kuah kering. (sebaiknya jangan sampai kering).
8. Hidangkan bersama taburan cili padi hiris dan daun ketumbar.
P/S: Selain ayam, menurut Kak Maria, daging lembu atau kambing juga sesuai digunakan untuk masakan begini.
No comments:
Post a Comment