Tuesday, December 31, 2013

Ayam Goreng Ala KFC - Memang Sedappp




Assalamualaikum.
SELAMAT TAHUN BARU 2014.. Semoga ditahun baru ini, kita semua akan mendapat keberkatan, keredaan dan kebahagiaan dari Allah.
Entry pertama 2014, Ayam Goreng Ala KFC yang super sedap...
Alhamdulillah....anak2 suka....kata dia orang macam makan ayam KFC...
Resepinya Mas dapat dari teman FB Saiful Hanie.  TQ yerk... ayam goreng yang mabelesss...akan diulang2 buat nanti...
Buat penggemar2 ayam goreng..boleh mencuba resepi Saiful Hanie ni...


Ayam Goreng Ala KFC
Resepi : Saiful Hanie FB.

Bahan A :
chicken wing - anggaran 5 ketul
 garam secukup rasa
kiub ayam - Mas tambah
1 sudu besar madu
serbuk kari daging dalam 2 sudu besar
serbuk lada sulah dalam 1 sudu kecil
( semua bahan digaul sebati dengan chicken wing dan diperap selama 2 - 3 jam atau semalaman ) 


Bahan B :
1 biji telur 


Bahan C ( Bahan salut ayam ) :
3 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tepung ubi kayu
( gaul sebati semua tepung2 tu )

Cara :
Celupkan ayam yang diperap tadi dalam telur dan golekkan dalam campuran tepung tadi...
Goreng dengan minyak yang banyak dan api sederhana dan tutup kuali atau periuk untuk mendapatkan ayam yang lembut dan berjus didalam dan rangup diluar.
Selamat mencuba ..



Happy New Year 2014

courtesy of wallpaperhdfree.com

To all friends and readers, HAPPY NEW YEAR 2014 and may all your wishes come true. As for me, I'm hoping for another blessed year with strength and determination to be a better person - wife, mother, daughter, sister and most of all, a best friend I could be. I also hope to accomplish all of my to-do-plan with success! May Allah grant me strength and time to share what I love to do on this blog.... Wish me luck and success! My wishes for all too! TQ all for the friendship!

Monday, December 30, 2013

Roti Gebu Resepi Isma Maisarah FB




Roti Cheese Gula



Assalamualaikum.
Macam2 ada kan... untuk 1 adunan..macam2 jenis roti boleh dipelbagaikan. TQ Isma Maisarah FB untuk resepi roti yang mabeles gebu ni...
Mas share resepinya disini pulak yerk..
Selamat mencuba ..

Roti Gebu 
Resepi :  Isma Maisarah FB

Bahan :
500gm tepung gandum
11 gm yis segera
1/2 cwn gula halus
Secubit garam
2 sudu besar susu tepung
1/2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil bread improver
1 sudu besar water roux (nk letak lebih pun x pe tp kurangkan sukatan air)
1 biji telur
220 ml air suam (kali ni saya guna air sejuk dari peti ais)
2 sudu besar mentega/marjerin (saya guna shortening kali ni)

Satukan semua bahan. Kalau nk rendam yis dgn air suam dan gula dulu pun boleh. 
Uli hingga lembut..saya uli dgn tangan 1/2 jam..selang seli..banting doh..uli..x larat nk uli je. Perap doh 30 minit atau hingga doh naik sekali ganda. 
Setelah doh naik..tumbuk2 doh. Dan bulat2kan...atau nk letak sosej ke..rehat kan doh 30 minit..sapu butter atau kunibg telur..
bakar pada suhu 160c...selama 20-25 minit bergantung pada oven masing2.


Water roux

Bahan :
1/4 cwn tepung gandum
250 ml air

Cara :
Campurkan semua bahan dan kacau dgn hand whisk. Masak atas api yg perlahan. Kacau sentiasa supaya jgn bergentel. Kacau hingga pekat agak2 mendidih sekejap, angkat dan sejukkan baru boleh guna & boleh disimpan dlm peti sejuk. Bila nk guna biar dlm suhu bilik baru digunakan. Tahan selama 2 hari.




Boleh juga dibuat Sosej Bun .



Sunday, December 29, 2013

Sambal Ayam Penyet - sedapp




Assalamualaikum.
Buat penggemar sambal...boleh mencuba Sambal Ayam Penyet yang mabeles ni....serius sedappp...kali pertama makan masa Mas makan ayam penyet...memang jatuh hati dengan sambalnya yang sedap...siap minta tambah lagi..he3
Jadi Mas try google mencari sambal ayam penyet macam yang Mas makan tu...alhamdulillah...jumpa juga...he3
Tima kasih pada Mag5504 - Dapur Kota Singa atas perkongsian resepi yang sedap ni... Mas share disini pulak yerk..


Sambal Ayam Penyet 

Bahan :
ikan bilis
belacan
bawang merah
bawang putih
cili padi
cili merah
tomato
garam secukup rasa
gula
sedikit gula merah
jus limau
sedikit minyak


Bahan :
Masukkan sedikit minyak, masukkan ikan bilis dan belacan, goreng hingga wangi dan angkat.
Masukkan bawang merah, bawang putih, tomato, cili padi, cili merah, masak hingga layu..
angkat dan masukkan dalam lesung batu, tumbuk perlahan2 hingga hancur, masukkan garam, gula , gula merah dan jus limau secukup rasa.
Kemudian masukkan semula dalam kuali dan masak dalam 5 minit dengan api perlahan, boleh angkat dan dimakan.


Boleh lihat video dibawah untuk lebih jelas..selamat mencuba ..




Rendang Sekawah

  Some photos from the recent cooking event.... made a giant wok of Black Beef Rendang for a relative's wedding.

Kenangan memasak rendang kawah baru2 ni untuk khenduri kahwin sedara hubby. Along ni tak lah pandai sangat tapi atas permintaan sedara tu, Along tunaikan juga walau pun memasak sehingga pukul 3 pagi dan berangkat ke lapangan terbang beberapa jam selepas tu untuk bercuti ke Semenanjung. Alhamdulillah, lega dapat siapkan juadah tersebut. Along juga sediakan bahan2 untuk Kerabu Nenas pada malam nya dan mereka gaulkan sebelum di hidangkan. Along tak dapat hadir ke majlis tersebut sebab sedang di udara pulang ke Semenanjung. Hari ni baru Along berpeluang melawat mereka & alhamdulillah feedback dari tetamu kata sedap.

 Ramai pembantu2 yang tolong kacau.... tengoklah kuali kawah tu.... 3 orang yg besor tu pun leh dok dalam tu. Along rasa daging tu ada lah dalam 80kg kot.... seekor besar lembu yg di sembelih. Sepatut nya kerbau tapi kerbau yg nak di sembelih tu meronta & cabut lari... lalu di gantikan dgn lembu.

Apabila rencah2 nya dah wangi, baru masukkan daging yg telah di perap.

Ini orang kuat Along.... lovely hubby yg banyak membantu

Rendang yg telah siap di masak di simpan dlm periuk besar supaya mudah di hidangkan nanti

Cempedak Goreng Rangup





Assalamualaikum.
Hmm.....kalau goreng cempedak...satu rumah boleh bau kan....he3
Cempedak Goreng...memang laku kat rumah Mas. Tengok cempedak kt pasar tani tadi murah...jadi Mas beli sebiji...rm5, dapat dalam 30 ulas...berbaloi kan untuk dimakan sekeluarga...
Mas share satu resepi bancuhan tepung goreng yang rangup...
selamat mencuba...


Cempedak Goreng Rangup
Resepi : MasDuniaku


Bahan :

1 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
1/2 cawan santan
1 sudu besar kelapa parut dikisar @ tumbuk halus
1/2 biji telur
1/2 sudu kecil baking powder
1 sudu besar minyak masak
air - agak2 masa bancuh adunan
sedikit pewarna kuning
Garam secukup rasa


Caranya:
Gaul semua bahan2 tersebut hingga sebati guna pemukul telur. Adunan hendaklah tidak terlalu pekat ataupun cair. agak2 la ye.
Bolehlah sedia menggoreng dalam minyak yang panas.


Saturday, December 28, 2013

Spicy Chick Peas Snack (Kacang Kuda Pedas)

 Our evening snacks..... nice!

By: Roz@HomeKreation
INGREDIENTS:
1 packet Chic Peas (forgot to measure but estimately about 2 cups) 
10 Dried Chilies - cut 
5 cloves Garlic - pounded 
4 sprigs Curry Leaves
1 tbsp Chili Powder
1 tbsp Sugar
1 tsp Tumix
Salt

METHOD:
1. Wash & soak chick peas for an hour/more & boil until tender.
I used a short cut method, without soaking but boil in pressure cooker.
2. Heat up few tbsp oil & stir-fry dried chili and curry leaves until fragrant.
Add in pounded garlic & continue stir-fry until golden.
Quickly add in chili powder, tumix, salt & sugar and chick peas.
3. Mix well and serve.
*********************************************************************

BAHASA MALAYSIA VERSION
Petang2 rasa lapor lak.... korek2 petisejuk jumpa sepeket kacang kuda kiriman dari sahabat facebook. Tambah perisa kasi pedas2 sedikit memang sedap kudap2 waktu petang dan waktu malam nonton tv....

By: AlongRoz@HomeKreation
BAHAN2:
1 bungkus Kacang Kuda (Along lupa na timbang tp anggaran 2 cawan) 
10 bj Cili Kering - gunting kecil
5 ulas Bwg Putih - tumbuk
4 tangkai Daun Kari
1 sb Serbuk Cili
1 sb Gula
1 st Tumix
Garam

CARA2:
1. Basuh dan rendam kacang kuda selama sejam atau lebih.
Rebus sehingga lembut.
Along guna pressure cooker supaya cepat masak tanpa perlu merendam terlebih dahulu.
2. Panaskan sedikit minyak dan tumis cili kering & daun kari sehingga garing.
Masukkan bwg putih tumbuk & kacau sehingga garing.
Masukkan cili serbuk, tumix, gula & garam, kacau dgn cepat atas api perlahan.
Masukkan kacang kuda & gaul sebati.
3. Hidangkan sebagai makanan ringan.


Friday, December 27, 2013

Kerutup Ayam

 Hello everyone! It has been a long break since the last post... I have just returned from hometown and not yet fully warmed up for blogging especially after the recent loss of my youngest brother. Anyway, here is a simple and nice dish.....

By: Roz@HomeKreation
Source: Yatie / Chef Hanieliza
English translation by HomeKreation
INGREDIENTS:
1/2 Chicken - cut
1 sb Curry Powder*
1 sb Kurma Powder* (* mix with some water to form paste)
1 cup Coconut Milk
1 tsp Palm Sugar
1 tbsp Roasted Coconut Paste
3 tbsp Oil

Salt, Sugar
BLEND FINELY:
50g Fried Shallots
1 Cardamon
1 cm Ginger
1 cm Galangal
1 Lemongrass
4 Shallots
2 cloves Garlic


METHOD:
1. Heat up oil & stir-fry blended ingredients until fragrant.
2. Add in mixed spiced paste* and stir-fry until fragrant.
3. Add in chicken pieces, roasted coconut paste, salt, sugar & coconut milk.
Cooked until boil and chicken is done. Stirring occasionally.
4. Serve with rice or bread.
********************************************************************** 

BAHASA MALAYSIA VERSION
Assalamualaikum wmh kepada semua kekawan dan para pembaca. Maaf ya sebab Along dah lama menyepi. Along bercuti sekejap, pulang ke kampung dan mood nak blogging pun agak kurang di sebabkan keletihan dan juga kesedihan yang melanda keluarga kami baru2 ini apabila adik bongsu kesayangan Along, Ahmad Yazid AlRafiq bin Ismail berumur 24 tahun telah kembali ke rahmatullah tanpa di sangka2. Sesungguh nya Allah menyayangi nya dan kami redha tapi perasaan sedih tetap terasa. Semuga Allah menempatkan nya di kalangan orang2 yg beriman. Tolong lah hadiahkan nya al-fatihah ya kekawan. Terima-kasih banyak, semuga Allah memberkati kita semua.

Hanya santapan yg seadanya sahaja yg dapat Along kongsikan buat masa ini.... Terima-kasih Yatie yg menarik perhatian Along untuk mencuba juadah ayam ini. Sedap rasa nya.

By: AlongRoz@HomeKreation
Source: Yatie / Chef Hanieliza
Along edit sedikit resipi nya mengikut sukatan yg Along buat. Resipi asal sila rujuk kat link ya.
BAHAN2:
1/2 ekor Ayam - potong kecil
1 sb Rempah Kari*
1 sb Rempah Kurma* (* bancuh dgn sedikit air)
1 cwn Santan
1 st Gula Merah
1 sb Kerisek
3 sb Minyak
- untuk menumis
 
Garam, Gula
BAHAN KISAR:
50g Bawang Goreng
1 biji Buah Keras
1 cm Halia
1 cm Lengkuas
1 btg Serai
4 ulas Bawang Merah
2 ulas Bawang Putih


CARA2:
1. Tumiskan bahan kisar sehingga garing.
2. Masukkan rempah. Kacau sehingga sebati.
3. Masukkan ayam, kerisek, garam gula dan santan. 

Biarkan sehingga mendidih dan masak sehingga pekat.
Pastikan kacau sekali sekala.
4. Hidangkan dengan nasi atau roti.
 



Tuesday, December 10, 2013

Peparu Goreng Berempah II

 Clearing the lung stock from the recent Idh sacrifice.... This time I cooked it in several steps as opposed to my short-cut method in the first version here. I like it dry which can last for few days in room temperature. This scrumptious dish can go with rice or by itself.

By: Roz@HomeKreation
INGREDIENTS:
1/2-1 kg Beef Lung - cut into big chunks of palm size
1-2" Turmeric Roots - pounded
1 Big Onion - sliced thinly
1 tbsp Coriander Seeds*
1 tbsp Fennel Seeds*
1 tbsp Cumin Seeds*
1 tbsp Black Pepper Corns*
3 Lemongrass*
1" Ginger*
1" Galangal* (* blend #1) 
3 Red Chilies**
7 Shallots**
2 cloves Garlic** (** blend #2) 
1 tbsp Vinegar
Salt, Sugar

METHOD:
1. Boil lungs in water & salt until cooked about 20 minutes.
Slice thinly & mix with salt, sugar & pounded turmeric.
Deep fry until crispy with high heat.
Lift out of oil & keep aside.
2. Heat up a scoop of oil & stir-fry big onion until yellowish.
Add in blended ingredients #1 & salt with slow medium fire until dry & fragrant.
Add in fried lungs and stir well.
Lift out & keep aside.
3. Heat up a scoop of oil & stir-fry ingredients #2, salt, sugar & vinegar until dry & fragrant.
Add in lungs and mix well.
Dish out & serve with white rice.
*********************************************************************************

BAHASA MALAYSIA VERSION
Assalamualaikum sahabat2 semua. Maaf ya dah lama blog menyepi sebab kesibukan yang macam2.... Supaya tak menyepi terus, meh lihat paru-paru yang di goreng dengan rempah yang amat enak di makan dengan nasi atau begitu sahaja. Cara Along masak ni agak remeh sikit sebab nak kena masak empat step tapi berbaloi. Step pertama rebus dulu, kedua goreng, ketiga masak rempah, keempat masak cili nya. Kalau nak senang satu step jer, boleh rujuk resepi versi pertama yg Along kongsikan dulu di sini.

By: AlongRoz@HomeKreation
BAHAN2:
1/2-1 kg Paru-Paru Lembu - potong sebesar tapak tangan 
1-2" Kunyit Hidup - tumbuk 
1 bj Bwg Besar - hiris nipis 
1 sb Biji Ketumbar*
1 sb Jintan Manis*
1 sb Jintan Putih*
1 sb Lada Hitam*
3 btg Serai*
1" Halia*
1" Lengkuas* (* blend #1) 
3 bj Cili Merah**
7 ulas Bwg Merah**
2 ulas Bwg Putih** (** blend #2) 
1 sb Cuka
Garam, Gula

CARA2:
1. Rebus peparu dgn air & garam sehingga empuk, lebih kurang 20 minit.
Sejukkan & hiris nipis.
Gaulkan dgn garam, gula & kunyit hidup.
Goreng dgn api besar sehingga garing.
Angkat & ketepikan.
2. Panaskan sesenduk minyak & goreng bwg besar sehingga kekuningan.
Masukkan bahan blend #1, garam & kacau dgn api sederhana sehingga kering & wangi.
Masukkan peparu & gaul rata.
Angkat & ketepikan.
3. Panaskan sesenduk minyak & tumis bahan blend #2, garam, gula, cuka sehingga kering.
Masukkan peparu tadi & gaul rata.
Hidangkan dengan nasi.



Sunday, December 8, 2013

Donut ....gebu , ringan dan sangat sedappp...






Assalamualaikum.
First time buat donut yang menggunakan minyak...alhamdulillah....sangat gebuuuu kejadiannya....kalah donut big apple ...donut tu pun tak berminyak...ringan dan gebu...rasanya ini resepi donut terbaik yang Mas pernah buat....TQ banyak2 pada Isma Maisara fb atas perkongsian resepi yang sangat mabeles ni...Mas share disini pulak yerk..


Donut Gebu
Resepi : Isma Maisara fb

Bahan : 
250 gm tepung gandum
1 1/2 sudu kecil yis segera
2 biji kuning telur
50 gm gula
2 sudu besar water roux
50 - 60 ml air dari peti sejuk
50 ml minyak masak
Sedikit garam


Caranya :
Ayak tepung ke dlm sebuah mangkuk & campurkan yis, gaul rata. Masukkan gula, kuning telur dan water roux. Gaul rata.
Kemudian masukkan minyak dan garam. Akhir sekali masukkan air sedikit demi sedikit. Uli hingga doh lembut. Tambahkan tepung sedikit kalau doh lembik. Uli hingga doh lembut, x melekat di tangan dan mangkuk.
Rehatkan doh 30 minit hingga kembang atau naik sekali ganda. Setelah doh naik tumbuk2 doh, canai dan terap. Rehat doh 30 minit lagi. Kemudian bolehlah digoreng menggunakan minyak yg panas dgn api yg perlahan.


WATER ROUX

1/4 cwn tepung gandum + 250ml air. Satukan bahan2 dan masak di atas dapur dgn api yg kecil hingga pekat. Kacau sentiasa agar x berketul. Sejukkan baru boleh digunakan. Boleh simpan dlm peti ais tahan hingga 2-3 hari.



Thursday, December 5, 2013

Sambal Terasi Mantap


Sambal Terasi
Siapa yang tidak suka sambal terasi?????
Hampir semua orang Indonesia suka dengan sambal apalagi sambal terasi khas nusantara karena cita rasa pedas tersebut dihasilkan dari cabe rawit maupun cabe merah. Jenis sambal yang ada sekarang ini sangat banyak sekali mulai dari sambal biasa, sambal tomat hingga sambal terasi. Yang akan kita coba kali ini adalah membuat sambal terasi yang mantap. Ibarat makan tanpa sambal sama seperti sayur tanpa garam menurut kebanyakan warga di kota besar maupun pedesaan. Sambal juga bisa membuat selera atau nafsu makan meningkat drastis. Benarkan????

Udah pada tau belom bahwa terasi yang paling enak di Indonesia adalah terasi dari Juana, kebetulan suami saya dari Juana, jadi klo kita pas mudik pasti bawa oleh-oleh terasi buatan Juana yang asli terbuat dari udang yang akan membuat rasa sambalnya mejadi matappppp :)

Yuk kita memulai membuatnya.....

Bahan membuat sambal terasi
  • 10 buah cabai merah ukuran besar ( sesuai selera )
  • 10 buah cabai rawit merah ( sesuai selera )
  • 5 siung bawang merah
  • 1 sdm terasi matang
  • 1-2 sdt garam
  • Gula jawa secukupnya
  • 1 buah tomat ukuran besar
  • 3 lembar daun salam
  • 1 batang serai, geprek
  • 3 iris lengkuas, geprek
  • 5 sdm minyak goreng
Cara membuat sambal terasi
  1. Haluskan cabai merah, cabai rawit, bawang merah dan terasi. Ulek atau blender bahan-bahan tersebut hingga rata dan halus.
  2. Panaskan minyak goreng, masukkan tomat yang sudah di iris tipis biarkan agak matang, kemudian masukan bumbu halus, garam, gula jawa dan bahan lainnya. Aduk hingga rata.
  3. Tumis semua bahan dengan api sedang hingga tercampur dan benar-benar matang.
  4. Setelah matang sambal yang sudah jadi dapat langsung disajikan ke dalam mangkuk untuk sambal.
Itulah  beberapa langkah mudah mengenai cara membuat sambal terasi yang nikmat dan menggugah selera makan Anda. Usahakan untuk menyesuaikan tingkat kepedasan sambal tersebut dengan kekuatan Anda. Jangan sampai Anda membuat sambal yang terlalu pedas karena bisa menghilangkan nafsu makan Anda karena terlalu pedas dan dapat membuat anda sakit perut loh. Tingkat kepedasan tersebut bisa Anda tentukan dari jumlah cabe yang Anda gunakan. Semoga bisa membantu Anda dalam menyajikan sambal nikmat untuk keluarga Anda.

Wednesday, December 4, 2013

Order2 yang lalu...



Rainbow Cake 



Pavlova



Red Velvet Cupcake 




Pandan Layer Kastard 




Red Velvet Cake 




Blueberry Cheese Tart                                                         Nutella Cheese Tart 




Cream Puff




Rainbow Cake 





Kek Kukus Lapis Cream Cheese 







Snow Cheese Cake 





Aneka kuih kukus ( kuih lapis , kuih lapis pelangi & serimuka ) 



Rainbow Cake 




Moist Choc Cupcake