Showing posts with label Masakan Indonesia. Show all posts
Showing posts with label Masakan Indonesia. Show all posts

Sunday, December 29, 2013

Sambal Ayam Penyet - sedapp




Assalamualaikum.
Buat penggemar sambal...boleh mencuba Sambal Ayam Penyet yang mabeles ni....serius sedappp...kali pertama makan masa Mas makan ayam penyet...memang jatuh hati dengan sambalnya yang sedap...siap minta tambah lagi..he3
Jadi Mas try google mencari sambal ayam penyet macam yang Mas makan tu...alhamdulillah...jumpa juga...he3
Tima kasih pada Mag5504 - Dapur Kota Singa atas perkongsian resepi yang sedap ni... Mas share disini pulak yerk..


Sambal Ayam Penyet 

Bahan :
ikan bilis
belacan
bawang merah
bawang putih
cili padi
cili merah
tomato
garam secukup rasa
gula
sedikit gula merah
jus limau
sedikit minyak


Bahan :
Masukkan sedikit minyak, masukkan ikan bilis dan belacan, goreng hingga wangi dan angkat.
Masukkan bawang merah, bawang putih, tomato, cili padi, cili merah, masak hingga layu..
angkat dan masukkan dalam lesung batu, tumbuk perlahan2 hingga hancur, masukkan garam, gula , gula merah dan jus limau secukup rasa.
Kemudian masukkan semula dalam kuali dan masak dalam 5 minit dengan api perlahan, boleh angkat dan dimakan.


Boleh lihat video dibawah untuk lebih jelas..selamat mencuba ..




Monday, September 12, 2011

Soto Ayam - memang sedappp




Assalamualaikum. 
Hmmm..sekali buat Soto Ayam ni, terus terpikat...rasa nak buat lagi...sebenarnya Soto Ayam resepi Kak Yati ni la yang Mas hidangkan masa Izahdaut sekeluarga datang bertandang sabtu lepas.....Alhamdulillah....sedappp.....tetamu pun suka...betul kan jahh....he3...
Jadi Mas buat lagi semalam....rasa macam nak ulang lagi makan soto ayam ni....kebetulan nasi impit pun ada lagi berbaki dalam freeze tu.....cuma semalam, kuah soto Mas ni terpekat sikit..mungkin sebab rempah sup lebih kot...he3...lumrah la kan memasak...abang dah tegur sikit..nape kuah pekat sikit...tersengih2 jerk la bini ni..tahu teguran yang betul...tak pe..lain kali Mas dah tahu...jangan memandai letak lebih rempah sup tu.....konon2 sayang la klu rempah sup tu berbaki...he3...apa pun....Soto Ayam resepi Kak Yati ni memang terbaik..sedapppp..

Soto Ayam

Bahan :
Nasi Impit secukupnya
1 ekor ayam - dipotong 4 ( 3 kpng di goreng dan 1 kpng di cincang kecil2 ) 
Mas tak potong, terus rebus ayam tu sekali ngan kuah soto
3 sudu besar rempah sup @ rempah soto
1 ketul sup bunjut adabi
1 sudu besar lada sulah - di tumbuk lumat
1 ketul kiub pati ayam
6 cawan air atau secukupnya

Bahan Tumis:
Rempah tumis
( 1 kayu manis + 1 bnga lawang + 2 buah pelaga + 2 biji cengkih )
2 biji bwng merah - di hiris
2 ulas bwng putih - di hiris
2 btg serai - dititik
2 cm lengkuas - dititik

Bahan Kisar :
1 biji bawang besar*
5 ulas bawang merah *
3 ulas bawang putih *
1 inci halia *


Bhn utk tabur dan dimakan ngan nasi impit :
1 mangkuk kecil tauge
1/2 cwn kcng tanah- di goreng - x letak
1 paket kecil su'un- di goreng
sambal kicap secukupnya
2 tangkai daun sup dan daun bawang - dihiris halus
Sedikit bawang goreng
Bergedil - Mas tambah
Garam dan sedikit gula






Cara memasak :
Kisar halus bahan yang bertanda *
Sementara itu goreng 3 keping ayam yg dilumur sedikit garam dan serbuk kunyit hingga sedikit garing. Angkat dan ketepikan dahulu. Mas rebus ayam dalam kuah soto dulu baru angkat dan goreng.
Panaskan sedikit minyak di dalam periuk, tumiskan rempah tumis, bwg merah dan bwg putih yg di hiris, serai dan lengkuas yang telah dititik hingga naik bau, kemudian masukkan bahan kisar, kacau hingga garing.
Masukkan rempah sup dan serbuk lada sulah, kacau sebati dan masukkan kiub ayam tadi, masukkan air dan ayam yg di cincang tadi ( Mas masukkan 1/2 ekor ayam tanpa dipotong sebab nanti nak angkat, toskan dan goreng ayam tu)... gaul rata.
Masukkan sup bunjut adabi dan gaul sebati.
Biarkan sehingga mendidih, masukkan garam dan sedikit gula, kacau rata dan perasakan.
Sekiranya rasa dah ok, matikan api dan bolehlah hidangan bersama nasi impit.
Sementara itu siat2kan isi ayam hingga habis.


Cara Penyediaan :
Masukkan nasi impit yg telah di potong kecil kedalam mangkuk hidangan, kemudian letakkan sedikit tauge, ayam yg telah di siat2 tadi, kcng tanah goreng, su'un goreng dan tuangkan kuahnya, taburkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng. Letakkan sedikit sambal kicap.
Setelah siap bolehlah di makan. Selamat Mencuba...




Thursday, August 11, 2011

Bakso - simple dan sedappp




Assalamualaikum. 
Bakso resepi Kak Iza ni dah banyak kali Mas buat...rasanya dalam sebulan, mesti satu ke 2 kali Mas akan buat....senang jerk membuat bakso ni dan ni lah resepi bakso yang paling Mas suka....sedappppp sangat....sekarang ni kalau makan bakso, Mas suka tambah bergedil dalamnya...ala2 macam soto tu....hmm..lagi best tau...cili kicap tu memang wajib.....gerenti berpeluh2 kalau makan.....klu bebola tu, tengok mood, klu ada stok bebola bakso, Mas guna yang itu jerk...kadang2 buat sendiri...bebola tu yang paling anak2 suka......kalau dulu Mas suka makan bakso kat satu tempat kat Subang Perdana, memang sedapp baksonya, sekarang dah jarang makan kat sana, lebih suka buat sendiri......boleh makan berulang2kan.....bakso ni Mas buat untuk berbuka 2 hari lepas....terlupa lak nak entrykan...meh layan resepinya pulak....mana tahu ada yang nak buat untuk berbuka atau juadah hari raya nanti....

Bakso
Sumber : MasDuniaku

Bahan :
Mee Hoon 1 bungkus (400 gm)
Taugeh
Kobis dihiris halus

Untuk Bebola :
400 gm daging cincang
2 biji bawang merah diracik halus
2 biji bawang putih diracik halus
2 sb telur (1/2 biji)
1 sk tepung ubi @ tepung jagung
sedikit serbuk lada sulah n garam

Untuk Kuah :
3 biji bawang merah dihiris
* 3 ulas bawang putih - dikisar @ tumbuk
* 1/2 inci halia - dikisar @ tumbuk
* 1sk lada sulah biji - dikisar @ tumbuk
1 batang serai - diketuk
1 sb pati daging @ pati ayam
sedikit serbuk lada sulah
garam dan perasa secukupnya




Cara memasak :
Untuk Kuah : 
Tumbuk bahan bertanda *. 
Panaskan minyak, tumis bawang merah hingga kekuningan. 
Masukkan bahan yg telah ditumbuk tadi, tumis hingga garing n naik bau. Masukkan sekali serai.
Masukkan air, masukkan juga pati daging, serbuk lada sulah, garam n perasa. Kali ni Mas letak dada ayam seketul sbb nak ada isi ayam dalam bakso tu..he..he..

Untuk Bebola : 
Sementara menunggu kuah mendidih, gaul semua bahan utk membuat bebola daging. Bentukkan bulat mengikut saiz yg kita suka. 
Siap membentukkan masukkan kedlm kuah tadi, biar mendidih. 
Kuah siap apabila bebola tadi timbul. Siap kuah n bebola

Rendam bee hoon dan celur, kemudian tapis. Hidang bee hoon dgn taugeh n kobis. Tuang kuah dgn bebola. Boleh juga guna mee lain.
Biasanya di indonesia.. bakso dihidang dgn cili padi yg ditumbuk berasingan dgn kicap... Kicap yg sering diguna kicap ABC.... Tak tahulah kat tempat lain ada tak... Tapi kalau kat batu pahat leh jumpa.


Friday, April 22, 2011

Bakso yang sedappp...



Hujan2 ni besttt tau makan Bakso. Sebenarnya dah banyak kali dah Mas buat Bakso resepi dari Kak Hana ni. Resepi asal dari che iza yang berkongsi resepi Bakso ni kat Myresepi, tengok respon kat Myresepi, ramai yang dah mencuba bakso ni...memang sedappp...nak buat pun senang jerk....tak de la susah sangat....untuk Bakso yang Mas buat sebelum ni, boleh lihat DISINI yerk......lupa lak nak letak cili kicapppp....jangan mencari2 lak..ni gara2 kelam kabut ambik gambar..muahahaha

Bakso
Resepi asal : che iza
Sumber : Kak Hana
Bahan-bahan
  • Mee Hoon 1 bungkus (400 gm)
  • Taugeh - Mas dan Kak Hana x ltk
  • Kobis dihiris halus
Untuk Bebola :
  • 400 gm daging cincang
  • 2 biji bawang merah diracik halus
  • 2 biji bawang putih diracik halus
  • 2 sb telur (1/2 biji)
  • 1 sk tepung ubi / tepung jagung
  • sedikit serbuk lada sulah n garam
Untuk Kuah :
  • 3 biji bawang merah dihiris
  • * 3 ulas bawang putih
  • *1/2 inci halia
  • *1sk lada sulah biji
  • 1 batang serai diketuk
  • 1 sb pati daging / pati ayam
  • sedikit serbuk lada sulah
  • garam n perasa

Cara membuatnya :
  1. Untuk Kuah : Tumbuk bahan bertanda *. Panaskan minyak, tumis bawang merah hingga kekuningan. Masukkan bahan yang telah ditumbuk tadi, tumis hingga garing n naik bau. Masukkan sekali serai.
  2. Masukkan air, masukkan juga pati daging, serbuk lada sulah, garam n perasa.
  3. Untuk Bebola: Sementara menunggu kuah mendidih, gaul semua bahan utk membuat bebola daging. Bentukkan bulat mengikut saiz yg kita suka. Siap membentukkan masukkan kedlm kuah tadi, biar mendidih. Kuah siap apabila bebola tadi timbul. Siap kuah n bebola
  4. Rendam bee hoon dan celur, kemudian tapis. Hidang bee hoon dgn taugeh n kobis. Tuang kuah dgn bebola. Boleh juga guna mee lain.
  5. Biasanya di indonesia.. bakso dihidang dgn cili padi yg ditumbuk berasingan dgn kicap... Kicap yg sering diguna kicap ABC.... Tak tahulah kat tempat lain ada tak... Tapi kalau kat batu pahat leh jumpa.