Sunday, August 21, 2011

Tart Nenas










Assalamualaikum....kukis ke2 Mas lepas Mas buat Biskut Nestum hari tu. Memang sedappp gebu Tart Nenas ni....kiranya berbaloi juga Mas menerainya sebab ini Tart Nenas yang pertama Mas buat sendiri.....selalunya makan Tart Nenas yang mak Mas buatkan. Tengok la Tart Nenas Mas tu...tak berapa cantikk la..he..he..Alhamdudillah...rasanya memang cukup sedappp...maceh pada Kak Jee yang berkongsi resepi Tart Nenas yang sedap ni dan Kak Ita yang telah mempromotkan lagi Tart Nenas Kak Jee ni....untuk jem nenas tu, Mas beli yang readymade jerk...rasa malas lak nak membuatnya...pada hal hari tu sibuk tanya Izahdaut ngan Kak Nor cara membuat jem nenas.....InsyaAllah..nanti nak try juga buat jem nenas sendiri...jadi Mas letakkan juga resepi jem nenas kat sini, senang untuk rujukan dimasa akan datang....untuk Tart Nenas versi gulung ni, Mas tambah sedikit butter untuk lembutkan lagi adunan supaya senang nak dipicit, sebab adunan asal tu rasanya sesuai untuk tart nenas macam yang Kak Jee ngan Kak Ita buat...betul kan Kak Jee dan Kak Ita....





Tart Nenas


Resepi : Kak Jee


Sumber : Kak Ita




Adunan dapat anggaran 35 - 40 biji
Bahan :

  • 300 gms tepung gandum 

  • 4 sudu besar tepung jagung 

  • 3 sudu gula ising 

  • 200 gms butter 

  • 2 kuning telor sahaja

  • jem nenas  - Mas guna yang readymade



Cara membuatnya :



  1. Ayak tepung gandum, tepung jagung dan gula ising ke dalam bekas. Kemudian masukkan butter yang telah dipotong dadu. Kalau guna unsalted butter, masukkan secubit garam.Ramas tepung dengan butter guna hujung jari hingga berderai (rub-in method). Kemudian masukkan telor dan satukan menjadi doh.

  2. Canai jadi setengah inci dan turap guna acuan atau cutter . Untuk lebih mudah agar tak melekat2 lapik dengan plastik semasa mencanai doh. 1 keping plastik 4 segi potong jadi sekeping besar. Oleskan atas plastik dgn sedikit minyak. Letakkan doh di tengah plastik dan lipat plastik dan kayu canai tu gelek atas plastik.

  3. Kemudian terap adunan tadi dgn terap tuk buat tart. Kalau adunan melekat kat alat penerap tu. Beruskan sedikit alat tu dgn sedikit minyak masak. Ini dapat mengelakkan adunan dari melekat2.

  4. Kalau nak ikut cara kak jee yg lebih mudah boleh tgk kat SINI.

  5. Mas buat Tart Nenas gulung, jadi Mas tekan adunan guna acuan, letak jem dan gulung. 

  6. Susun adunan yg telah di canai atas loyang pembakar.

  7. Ambil jem nenas dan gentel bulat2 sebesar guli. Letakkan atas doh yg telah di terap tadi. Buat hingga habis.

  8. Kemudian bakar adunan ni dalam oven yg bersuhu 170C selama 20 - 30 minit atau sehingga masak.

  9. Setelah masak keluarkan dari loyang dan letak atas redai hingga sejuk. Simpan dalam bekas kedap udara.





Resepi Jem Nenas :



Sumber : Kak Ita


Bahan :



  • 3 biji nenas (atau 1 kg parutan nenas, toskan sedikit airnya)

  • 2 biji epal hijau, buang kulit dan parut kasar

  • 1 biji oren, buang kulit dan ambik isinya (pulp)

  • 1 cawan penuh gula pasir



Cara membuatnya :


  1. Masukkan parutan nenas tadi bersama gula pasir ke dalam kuali, kacau rata. Hidupkan api dan biar mendidih. Pada api kecil, kacau sentiasa nenas tadi sehingga pekat. Masukkan isi oren (pulp) dan terus kacau hingga kering.

  2. Akhir sekali masukkan parutan epal hijau, gaul rata dan masak hingga berkilat dan boleh digentel bila jem sejuk. Biar sejuk dan simpan dalam peti sejuk untuk kegunaan kemudian..






Saturday, August 20, 2011

Cheese Tart Lagiii










Assalamualaikum. Hari ni mesti ramai yang kluar shopping atau sibuk ngukis kan. Mas pun lepas zohor, nak kluar gak mencari keperluan raya yang tertinggal...ada dua tiga lagi barang2 Ain ngan Daniel yang nak dibeli.....mudah2an dapat barang2 tu dengan mudah...faham2 la....gerenti hari ni ramaii yang bershopping.....meh layan dulu Cheese Tart ni....Mas buat Jumaat lepas untuk abang bawa ke tempat kerja untuk berbuka.....terus Mas buat lorekan bunga macam yang Kak Ita tunjukkan...seronok pulak mendeko cheese tart tu...untuk resepi cheese tart ni...Mas tempekkan lagi disini...senang nak tengok resepinya kan...





Cheese Tart






Tart Crust / Shell .


Bahan-bahan :


  • 170 gm marjerin

  • 50 gm gula aising

  • 1 biji telur Gred C

  • 290 gm tepung gandum

  • 1 sudu kecil esen vanilla



Cara membuatnya :



  1. Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu. Jangan putar lama sangat.

  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.

  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.

  4. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.

  5. Bakar pada suhu 170oC sehingga masak.



Nota :
Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.






Cream Cheese Filling


Bahan :

  • 250gm cream cheese

  • 50gm gula kastor / gula halus

  • 1 biji telur Saiz B

  • ½ sudu teh esen vanilla / esen lemon - Mas letak esen vanila



Cara membuatnya :



  1. Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.

  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.

  3. Masukkan filling ke dalam kulit tat.

  4. Tuang cream cheese ke atasnya. Bakar selama 5 minit pada suhu 170c. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.



Filling :
Blueberry, strawberry, kiwi, oren, dll.











  1. Tart crust yang sedia untuk dibakar.

  2. Tart crust yang telah siap dibakar dan disusun ke dalam loyang untuk proses seterusnya.

  3. Isikan filling ke dasar crust. Lebih banyak filling..lebih sedap!

  4. Picitkan adunan cream cheese filling ke atas filling tadi.

  5. Untuk melorek, ambil sedikit adunan cream cheese dan titikkan dengan beberapa titik pewarna.

  6. Mas menggunakan strawberi filling untuk lorekkan atas cream cheese tu, jadi Mas picitkan jer strawberi filling yang telah dimasukkan dalam pipe bag tu atas cream cheese. Sila abaikan no 7  dan no 8 jika menggunakan strawberi filling.

  7. Kacau rata2 hingga mendapat warna yang diinginkan.

  8. Dengan menggunakan pencungkil gigi, buat garis kecil2 di bahagian tepi.

  9. Bilangan garis2 kecil tersebut mengikut citarasa sendiri (lebih banyak lebih cantik...)

  10. Kemudian dengan menggunakan bahagian yang tajam, tarik daripada atas ke bawah untuk mendapatkan bentuk tersebut.

  11. Bakar selama 5 minit. Siap!!!



Tips untuk dapatkan cistat yang gebu dan montok(mengikut pengalaman Kak Azita.) :




  1. Jangan simpan cream cheese di tempat sejukbeku (frozen).

  2. Keluarkan cream cheese 30 ~ 40 minit sebelum digunakan. JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.

  3. Isi adunan cream cheese ke dalam piping bag untuk memudahkan proses mengisi adunan ke dalam crust.

  4. Picitkan adunan hingga penuh...hingga sampai ke bahagian sisi crust.






Friday, August 19, 2011

Biskut Dam




Assalamualaikum. 
Ni la biskut Dam yang Mas ceritakan semalam. Atas permintaan seseorang, Mas mencuba resepi Biskut Dam ni. Masa mencari kat internet, jumpa resepi biskut dam ni kat blog Kak Wan, siap ada step by step lagi...hmmmm....rupanya membuat biskut dam ni memerlukan kesabaran yang tinggi...proses membuatnya memang panjang, Mas buat dari pukul 10 pagi...pukul 5 lebih baru siap dibakar....sempat lagi buat kukis lain masa membuat biskut dam ni....
Alhamdulillah...hasilnya  memang berbaloi....sedappp sangat biskut dam ni...cuma dam yang Mas buat tak secantik macam yang Kak Wan buat.....tima kasih pada Kak Wan atas resepi biskut Dam yang sangat sedappp ni...


Biskut Dam

Bahan Doh Vanila :
500 g tepung gandum - diayak
50 g tepung kastard diayak
50 g susu tepung @ creamer - Mas guna coffemate
380 g butter
150 g gula aising
1 biji kuning telur
2 tsp esen vanila

Bahan Doh Coklat :
480 g tepung gandum - diayak
50 g susu tepung @ creamer - Mas guna coffemate
30 g serbuk koko - diayak
380 g butter
100 g gula aising 
1 biji kuning telur
1 tsp esen vanila




Cara membuatnya :

Doh Vanila : 
Pukul butter dan gula hingga berkrim. 
Masukkan kuning telur dan esen vanila, gaul rata. 
Masukkan tepung yang diayak dan coffemate, uli hingga menjadi doh, biarkan 15 minit.

Doh Coklat : 
Pukul butter dan gula hingga berkrim. 
Masukkan kuning telur dan esen vanila, gaul rata. 
Masukkan tepung yang diayak, serbuk koko dan coffemate, uli hingga menjadi doh, biarkan 15 minit.

Cara :

Ambik doh Vanila :
Canai setebal 1 cm dengan lebar 5" in dan panjang 6" in ( 5" x 6" x 1" ). 
Buat sebanyak 3 kepingan doh vanila. 
Bungkus setiap kepingan doh tu dengan kertas minyak @ plastik dan simpan dalam peti sejuk selama 1 jam.

Ambik doh Coklat :
Canai setebal 1 cm dengan lebar 5" in dan panjang 6" in ( 5" x 6" x 1" ). 
Buat sebanyak 3 kepingan doh coklat. 
Bungkus setiap kepingan doh tu dengan kertas minyak @ plastik dan simpan dalam peti sejuk selama 1 jam.

Cara membuat Dam :
Selepas 1 jam lebih, keluarkan kedua2 doh tadi iaitu doh vanila dan doh coklat, susun kepingan doh tadi berselang seli antara doh vanila dan doh coklat, boleh lihat rujukan DISINI.
Ukur doh coklat dan doh vanila selebar 1 cm dan tandakan sebanyak 10 keping ( stripes ) kemudian potong hingga mendapat 10 kepingan doh coklat dan 10 kepingan doh vanila.
Susun bertindih berselang warna menjadi batang dan balut dengan kertas minyak @ plastik. 
Simpan dalam peti sejuk hingga mengeras sedikit. Mas simpan selama 1 jam.
Keluarkan dari petisejuk dan potong setiap batang setebal 1 cm, potong hingga habis.
Susun dalam loyang yang telah digliss dan bakar selama 25 minit dengan suhu 140 c. Mas guna suhu 160 c sebab setiap oven agak berlainan. Jangan bakar terlalu lama sehingga doh vanila keperangan kerana tidak mendapat hasil contras antara warna vanila dan coklat.

Nota :
Untuk melihat cara membuat Biskut Dam step by step boleh lihat DISINI .
Susu tepung agak berketul selepas diadun dengan mentega, boleh tukar kepada creamer seperti coffemate yang lebih halus.
Biskut ni agak besar, jika inginkan saiz yg lebih kecil, tukar ketebalannya kepada 1/2 cm. 
Biskut ini juga mengambil masa yang agak lama, jadi jangan terburu2 membuatnya. Selamat mencuba...


Thursday, August 18, 2011

Biskut Nestum....memang sedapppp




Assalamualaikum. 
Alhamdulillah...akhirnya dapat juga mengupdate blog hari ni....semalam seharian blogspot buat hal....sampai naik tension dibuatnya...ingatkan internet prob....merata2 lappy ni berubah2....sampai dok depan tingkap kat ruang tamu last sekali...konon2 nak mencari line internet.....bila tengok kat fb....rupanya blogspot buat hal..ada sesetengah blogger yang masalahnya sama macam Mas....saboo jerk...dah la agak tension sikit ngukis biskut Dam semalam...dari pagi buat, petang baru siap....mujur lah sedapp biskut dam tu...hmm.....meh layan dulu kukis pertama Mas...buat biskut Nestum dulu sebab Ain ngan Daniel sibuk nak tolong ngukis...tapi tak de lamanya menolong...tak sampai 1/2 adunan...masing2 dah mula mengelat...last2 maknya juga perabiskan 2 adunan tu...muahahaha....pada Mas biskut Nestum ni amat senang dibuat dan sangat sedappppp la....untuk Izahdaut yang katanya mencari2 resepi biskut Nestum...kau boleh try resepi ni....terbaikkkkk la.....


Biskut Nestum

Bahan :
250 gm butter
100 gm kismis
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung
3 cawan nestum
1 cawan gula caster
1 biji telur
1 sudu teh esen vanila

Cara :
Pukul butter dengan gula hingga putih.
Masukkan telur dan esen vanila... kacau sebati
Masukkan semua tepung dan nestum... masukkan kismis... uli hingga sebati
Bentukkan bisut ikut suke korang... bakar dalam oven selama 15 minit dengan suhu 175'c. 
Mas bakar 20 minit. 


Tuesday, August 16, 2011

Kuih Keria










Assalamualaikum. Dalam mood entry tertunggak lagi....nak mengupdate sehari 2 resepi pun malas kan....bak kata Izahdaut, lemau jerk rasanya..mengalahkan bebudak berpuasa...he..he..Kuih Keria ni Mas buat Ahad lepas untuk berbuka....semalam beli jerk makanan untuk berbuka...memang urusan kat hospital sampai petang baru habis...sabo jerk...Mas kalau dulu memang jarang buat keria ni walaupun anak2 suka kuih ni...disebabkan bab gula tu...rasa macam susah jerk membuatnya....bila dah pandai buat gula tu...rajin gak membuatnya kalau ada keledek...senang dan sedapp....keria tu pun tak liat sebab tepung tak banyak diletak...baru sedappkan sebab rasa keledek tu, memang lumrah kuih yang dijual....kadang-kadang.....keria tu liat sebab ada banyak tepung...terus mood makan keria hilang...jadi bila buat sendiri.....memang berbaloi2....





Kuih Keria


Resepi : syahmi@myresepi


Sumber : MasDuniaku




Bahan :







  • 500 gm keledek

  • 1 cawan tepung gandum

  • Sedikit garam

  • 3 sudu besar gula dan sedikit air -  untuk salut keria 

  • Minyak masak secukupnya untuk menggoreng





Cara membuat keria :



  1. Kupas keledek dan rebus ubi keledek hingga empuk dan toskan airnya dan bubuh sedikit garam.

  2. Lenyek sampai hancur sementara ubi keledek masih panas.

  3. Rehatlah dulu sementara menunggu ubi keledek betul2 sejuk.

  4. Bila sudah sejuk, masukkan tepung gandum dan uli hingga sebati.

  5. Buatlah bentuk seperti gelang dan goreng.

  6. Setelah siap digoreng, masak gula dengan air dalam kuali lain yang bersih.

  7. Didihkan gula hingga pekat  dan kemudian masukkan kuih tadi dan kacau hingga rata. Bagi semua kuih kena gula.

  8. Kacau hingga gula nampak bertali baru boleh tutup api.

  9. Dah tutup api , kacau lagi hingga gula kering dan kuih dan tidak melekat.

  10. Jom kita makan.









Monday, August 15, 2011

Kuih Ketayap










Assalamualaikum. Salam ramadhan dan selamat berpuasa buat semua. Alhamdudillah, hari ni dah masuk 16 hari kita berpuasa kan, InsyaAllah. Ain ngan Daniel pun tak tinggal lagi...Alhamdudillah..Bahan2 mengkukis Mas dah beli semalam, insyaAllah, esok baru nak start mengkukis, rasanya hari ni tak boleh start lagi, kejap lagi nak hospital..kalau dah balik...mesti penat kan, dengan nak masak untuk berbuka lagi...itu pun kalau balik awal..kalau tak....beli jerk kot...he..he....meh layan kuih ketayap yang sedapp ni, tengok gambar ketayap ni agak comot sikit, hmm..klu ambik gambar kelam kabut, gitu la jadinya...Mas buat 1/2 adunan jerk...cukup untuk family Mas yang kecil ni...Kuih Ketayap ni Mas buat untuk berbuka ahad lepas...dah 2 hari kan..tak sempat nak entry semalam...tak sangka lepas balik dari beli barang2 biskut raya, ada hal lain sebelah petangnya....bw pun malam tadi baru Mas buat, itu pun ada gak yang tertinggal...insyaAllah, petang @ malam ni, Mas akan buat bw yerk....resepi asal ketayap ni datangnya dari mamakastam tioman dan Mas copy resepi dari Izahdaut sebab nampak dia buat baru2 ni...boleh juga lihat ketayap yang Mas buat sebelum ni DISINI, resepi dari Kak An. Kedua2 resepi ni sedap dan senang dibuat.....





Kuih Ketayap



Sumber : Izahdaut




Bahan ( 22 btg ) :



  • 3 cawan tepong gandum

  • 1 biji telor

  • 1 1/2 sudu kecil garam

  • 1/2 sudu kecil perwarna hijau

  • 4 cawan air

  • 1/2 cawan minyak masak*

  • 3 helai daun pandan*




Cara membuatnya :



  1. Satukan semua bahan, kecuali yang bertanda *, kacau sehingga rata. Kemudian tapis.

  2. Masukan minyak dalam mangkuk kecil. Daun pandan di potong 3 bahagian kemudian di ikat dengan getah gelang. Bahagian hujungnya di siat2 supaya senang untuk menyapu minyak pada kuali.

  3. Panaskan kuali. Angkat kuali tadi kemudian sapu minyak dan sendukan satu senduk kecil adunan kedalam kuali tadi dan goyang2 kan kuali supaya adunan menjadi dadar. Letakkan semula kuali di atas api.

  4. Setelah dadar masak, angkat. Isi satu sudu kecil inti kelapa. Susun memanjang, kemudian lipat di kiri dan kanan. Setelah itu gulung dadar tersebut.

  5. Dah siap..makan..makan..






Saturday, August 13, 2011

Burger Mayonis Malaysia










Assalamualaikum. Dalam mood berpuasa ni...macam2 kita teringin kan...bila tengok E-na tayang Burger Malaysia, jadi teringin pulak.....jadi Mas buat la sikit untuk berbuka semalam...dapat juga buat donut untuk Ain dan Daniel....resepi Mas ambik dari Donut Roti Mayonis . Hmmm....memang tak rugi memburgerkan resepi roti mayonis ni....sedapppp.....gebuuu dan lembut burger malaysia ni.....sama macam donut roti Mayonis yang Mas buat dulu......Maceh pada Kak Yani atas resepi roti Mayonis ni...boleh dipelbagaikan macam2 resepi kuih.......itu yang Mas suka....





Burger Mayonis Malaysia


Resepi : Kak Yani


Sumber : MasDuniaku




Bahan :


  • 300g tepung roti

  • 110g air

  • 50g water roux

  • 50g mayonis

  • 45g gula

  • 45g marjerin/butter

  • 1 sudu kecil yis

  • 1/2 sudu kecil garam

  • 2 sudu besar susu tepung



Cara membuatnya :



  1. Masukkan semua bahan dalam bread maker dan tekan butang Dough dan biarkan bm menguli hingga siap dan adunan naik.

  2. Keluarkan adunan dan tumbuk2 untuk buang angin dan buat bulat2 dan kemudian leperkan. Rehatkan 20 minit atau hingga donut mengembang.

  3. Tumbuk-tumbuk doh untuk keluarkan udara dan bahagikan kepada 12 bahagian. Bulat-bulatkan dan susun atas dulang yang ditabur tepung.Rehatkan doh selama 30 minit lagi. 

  4. Dengan menggunakan api sederhana, masukkan doh ke dalam minyak panas dan balikkan  bila keperangan. Angkat dan toskan di atas kitchen tissue.

  5. Biarkan kuih sejuk. Belah tengah dan isikan dengan sambal tumis dan timun.Sedia dimakan......