Sunday, August 21, 2011

Tart Nenas










Assalamualaikum....kukis ke2 Mas lepas Mas buat Biskut Nestum hari tu. Memang sedappp gebu Tart Nenas ni....kiranya berbaloi juga Mas menerainya sebab ini Tart Nenas yang pertama Mas buat sendiri.....selalunya makan Tart Nenas yang mak Mas buatkan. Tengok la Tart Nenas Mas tu...tak berapa cantikk la..he..he..Alhamdudillah...rasanya memang cukup sedappp...maceh pada Kak Jee yang berkongsi resepi Tart Nenas yang sedap ni dan Kak Ita yang telah mempromotkan lagi Tart Nenas Kak Jee ni....untuk jem nenas tu, Mas beli yang readymade jerk...rasa malas lak nak membuatnya...pada hal hari tu sibuk tanya Izahdaut ngan Kak Nor cara membuat jem nenas.....InsyaAllah..nanti nak try juga buat jem nenas sendiri...jadi Mas letakkan juga resepi jem nenas kat sini, senang untuk rujukan dimasa akan datang....untuk Tart Nenas versi gulung ni, Mas tambah sedikit butter untuk lembutkan lagi adunan supaya senang nak dipicit, sebab adunan asal tu rasanya sesuai untuk tart nenas macam yang Kak Jee ngan Kak Ita buat...betul kan Kak Jee dan Kak Ita....





Tart Nenas


Resepi : Kak Jee


Sumber : Kak Ita




Adunan dapat anggaran 35 - 40 biji
Bahan :

  • 300 gms tepung gandum 

  • 4 sudu besar tepung jagung 

  • 3 sudu gula ising 

  • 200 gms butter 

  • 2 kuning telor sahaja

  • jem nenas  - Mas guna yang readymade



Cara membuatnya :



  1. Ayak tepung gandum, tepung jagung dan gula ising ke dalam bekas. Kemudian masukkan butter yang telah dipotong dadu. Kalau guna unsalted butter, masukkan secubit garam.Ramas tepung dengan butter guna hujung jari hingga berderai (rub-in method). Kemudian masukkan telor dan satukan menjadi doh.

  2. Canai jadi setengah inci dan turap guna acuan atau cutter . Untuk lebih mudah agar tak melekat2 lapik dengan plastik semasa mencanai doh. 1 keping plastik 4 segi potong jadi sekeping besar. Oleskan atas plastik dgn sedikit minyak. Letakkan doh di tengah plastik dan lipat plastik dan kayu canai tu gelek atas plastik.

  3. Kemudian terap adunan tadi dgn terap tuk buat tart. Kalau adunan melekat kat alat penerap tu. Beruskan sedikit alat tu dgn sedikit minyak masak. Ini dapat mengelakkan adunan dari melekat2.

  4. Kalau nak ikut cara kak jee yg lebih mudah boleh tgk kat SINI.

  5. Mas buat Tart Nenas gulung, jadi Mas tekan adunan guna acuan, letak jem dan gulung. 

  6. Susun adunan yg telah di canai atas loyang pembakar.

  7. Ambil jem nenas dan gentel bulat2 sebesar guli. Letakkan atas doh yg telah di terap tadi. Buat hingga habis.

  8. Kemudian bakar adunan ni dalam oven yg bersuhu 170C selama 20 - 30 minit atau sehingga masak.

  9. Setelah masak keluarkan dari loyang dan letak atas redai hingga sejuk. Simpan dalam bekas kedap udara.





Resepi Jem Nenas :



Sumber : Kak Ita


Bahan :



  • 3 biji nenas (atau 1 kg parutan nenas, toskan sedikit airnya)

  • 2 biji epal hijau, buang kulit dan parut kasar

  • 1 biji oren, buang kulit dan ambik isinya (pulp)

  • 1 cawan penuh gula pasir



Cara membuatnya :


  1. Masukkan parutan nenas tadi bersama gula pasir ke dalam kuali, kacau rata. Hidupkan api dan biar mendidih. Pada api kecil, kacau sentiasa nenas tadi sehingga pekat. Masukkan isi oren (pulp) dan terus kacau hingga kering.

  2. Akhir sekali masukkan parutan epal hijau, gaul rata dan masak hingga berkilat dan boleh digentel bila jem sejuk. Biar sejuk dan simpan dalam peti sejuk untuk kegunaan kemudian..






No comments:

Post a Comment