Assalamualaikum.
Hari ni layan sayur pulak yerk...Mas suka masak gini kalau terasa nak makan brokoli . Memang sedapppp...layan ngan nasi panas dan ikan goreng jerk dah cukup sedappp....
Brokoli Masak Taucu Sedap
Resepi : Mas Duniaku
Bahan :
brokoli
carrot
1 biji telur
3/4 camca besar taucu
1/2 camca besar sos tiram
Secubit gula
1/4 cawan air
sedikit kiub ikan bilis
Bahan dihiris :
1/2 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
2 biji cili padi
sedikit ikan bilis
Cara :
Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan hiris hingga harum, masukkan taucu dan sos tiram, kacau rata dan masak sekejap.
Masukkan brokoli, carrot dan kacau sebati, Tuang air dan biar mendidih. masak sekejap jerk tau..baru brokoli tu tak lembik. Masukkan secubit gula, kiub ikan bilis, kacau dan rasa, jika ok masukkan telur dan kacau sekejap dan boleh matikan api. Sedap dimakan ngan nasi panasss....
Order2 yg lalu...
Pavlova
Rainbow Cake With cream cheese n deko Angry birds
Kek Puding Karamel n Puding Karamel Coklat
Kek Puding Karamel
Blueberry Cheese Tart
Moist Choc Cake Deko Superman
Apam Polkadot
No comments:
Post a Comment