Friday, August 31, 2012

Kek Lapis Kacang Merah (Red Bean Layered Cake)

 I made this cake in July but thought will share in this blog only after the publication in the magazine - this is one of the cakes featured in Aroma magazine recently in September issue. It is actually just a plain simple cake but enriched with red beans.
By: Roz@HomeKreation
Size: 9"x4.5" tin
INGREDIENTS:
225g Butter
140g Sugar
6 Eggs
140g Self-raising Flour - sifted 
cup Boiled Red Beans
1 packet Coconut Cream Powder
Pink/Yellow Coloring, Pandan Paste

METHOD:
1. Beat butter & sugar until fluffy.
Add in egg one by one until well mixed.
Fold in flour until well mixed.

2. Divide into two portions.
Add red beans into one portion.
Add coconut cream powder into the other portion and divide into two portions and colour each yellow and green with pandan paste.

3. Heat up steamer and steam the red portion for 30 minutes.
Pour yellow portion on top and steam for another 20 minutes until cooked.
Pour the green portion and steam for another 30 minutes or until well done.
***************************************

BAHASA MALAYSIA VERSION
Assalamualaikum dan sebagai pembuka bulan September, di sini Along kongsikan satu lagi resipi yg menarik. Kek ni mudah jer nak buat dan rasa nya pun agak simple. Along buat ni dah lama dah special untuk majalah Aroma. Bila Aroma isu September dah di siarkan barulah Along kongsikan resepi nya di sini.

By: AlongRoz@HomeKreation
Saiz: tin 9"x4.5"
BAHAN-BAHAN:
225g Mentega
140g Gula
6 bj Telur
140g Tepung Naik Sendiri – di ayak
1½ cwn Kacang Merah yg telah di rebus
1 bungkus Santan Serbuk
Pewarna merah jambu, Kuning, Pes Pandan

CARA-CARA:
1.    Pukul mentega dan gula sehingga kembang dan putih.
Masukkan telur satu persatu sambil di pukul sebati.
Masukkan tepung dan di gaul sebati.

2.  Bahagikan adunan kepada dua bahagian.
Satu bahagian di campurkan dengan kacang merah.
Satu bahagian lagi di campur santan serbuk & di bahagi dua - di warnakan setiap satu dengan kuning dan pes pandan.

3. Panaskan air kukusan sehingga menggelegak.
Kukus adunan kacang merah selama 30 minit sehingga masak.
Tuangkan lapisan kuning dan kukus lagi selama 20 minit sehingga masak.
Akhir sekali, tuangkan lapisan hijau dan kukus selama 30 minit atau sehingga masak sepenuh nya.


Wednesday, August 29, 2012

AlongRoz & Friends in Sep12 Aroma

I'm still in Hari Raya mood and just return to work today... There were many missing baking and cooking during Ramadhan & Shawal that I would like to share but didn't have opportunity to do so. Hopefully will be able to catch up back soon despite returning to busy routines again at home and office....

Sharing herewith my appearance in September'12 Aroma issue with 13 recipes of my own creation in it. One of the recipes was specially created for Aroma and not yet shared in this blog but will do so at later opportunity. For the readers who have been requesting for my hard copy recipes, here is your opportunity to get one (the publication is in Malay language).
##########################################################

Salam sejahtera buat semua pembaca dan kenalan. Seronok nya berhari raya sehingga tiada kesempatan untuk Along ke udara.... Setelah dua minggu berhari raya di Taiping bersama sanak-saudara Along kembali bertugas seperti biasa pada hari ini. Masih keletihan dan teringat2 suasana kemeriahan di hari raya..... seronok nya tiada terhingga....hahaha. Bila Along ada kelapangan, Along akan tayangkan kek2 & biskut raya tahun ni ok... Nanti Along blogwalk kendian, tq kekawan & sud singgah & tinggalkan jejak.

Sebelum ini, ada pembaca yg mencadangkan Along mencetak resepi2 Along supaya mudah rujuk oleh mereka tetapi Along belum ada kesempatan utk berbuat demikian. Di sini Along ada berita baik untuk mereka kerana boleh lah dapatkan naskah majalah Aroma keluaran September'12 yg mana Along kongsikan 13 resepi istimewa. Salah satu drpd resipi2 tu belum Along kongsikan di blog ini sbb Along buat khas untuk Aroma. Ucapan terima-kasih pada majalah Aroma yg sudi menjemput & menyunting resepi2 daripada HomeKreation.

Kesemua resipi2 yang Along kongsikan di situ adalah sumber/ hasil kreativiti Along sendiri tanpa ada isu ciplak atau republication tanpa izin. Sebelum ni ada juga terjadi pada Along sendiri yg mana resepi yg di kongsikan di cetak semula di media tanpa izin sama sekali sebelum atau pun selepas cetakan. Along hanya dapat tahu apabila terjumpa di kedai buku tapi Along tak mahu perbesarkan hal tu, jadi Along diam sahaja lah. Di harap kekawan ambil prihati hal2 sebegini supaya tidak menyentuh perasaan kekawan yang telah ikhlas-hati berkongsi ilmu tetapi di ambil kesempatan begitu sahaja. Hakcipta adalah peraturan biasa di global ini dan bukan perkara baru - sila rujuk "Rules" yg Along letak di sebleah kanan tu kalau kurang faham ya. Harap tiada yg kecil hati dengan teguran ikhlas dari Along... luv u all.

 Formal nya ada panggilan "Puan" lak....hehe, panggil Along jer lebih mesra gitu.... TQ Emak, hubby and my family for the support they have given me in my blogging activities. Tak lupa juga kesemua pembaca dan rakan2 blogger yang amat Along sayangi.... tq atas sokongan dan persahabatan.

p/s Pembetulan: Along anak ke6 drpd 11 org beradik bukan anak sulong seperti tertera dalam profile di atas. Along anak perempuan yg sulong selepas 5 anak lelaki. Buat pengetahuan pembaca, nama timangan "Along" adalah dari sebelah suami (anak sulong 8 beradik). Along ada mengajar memasak kepada orang2 kampung nya bila ada kesempatan sewaktu khenduri-khendara dan "Along" adalah panggilan mesra oleh adik2 ipar dan juga orang2 kampung nya.


 Kek Lapis Kacang Merah ni Along belum kongsi kat sini lagi.... nanti senang2 Along update kendian k...

Ini antara resepi2 Along yg popular kat alam blogging so far.....

Rakan2 yg mengiringi.... Ryo, Juwita dan juga Izzah turut sama memeriahkan Aroma pada bulan ini.... Nak tau resepi apa yg mereka kongsikan, cepat dapatkan naskah Aroma..... koleksi berharga daripada blogger/kekawan kesayangan semua kan.


Tuesday, August 28, 2012

Ketupat Palas dan video cara membalutnya...




Assalamualaikum.
Selamat Hari Raya diucapkan buat semua ....
Curi masa sikit mengupdate blog...hmm..bunyi macam sibuk jerk kan...tidak la buzy mana pun..cuma masa ngadap laptop agak terbatas sikit....apa lagi Adam dah pandai nak main..rasa seronok sangat melayan kerenahnya....ngan suasana raya yang masih panas lagi ni...ada juga aktiviti berhari raya...esok lusa, InsyaAllah, nak balik rumah MIL pulak beraya...
Meh layan dulu Ketupat Palas dan cara membuatnya....balik Kedah baru2 ni..ambik resepi dari mak Mas, boleh dikongsi di sini ...Mas sertakan juga video cara2 membalut daun palas...ayah dan mak Mas siap buat berniaga ketupat palas tiap2 tahun tau...cuma tahun ni jerk tak buat atas faktor mak yang tak berapa sihat...jadi sudi2 la mencuba, buat yang mencari2 resepi Ketupat Palas....

Ketupat Palas
Resepi : MasDuniaku

Bahan :
1 kilo beras pulut
santan dari 1 biji kelapa
sedikit garam
daun palas




Cara :
Basuh bersih pulut dan toskan. Kalau nak rendam kejap pun boleh.
Sukat santan dari sebiji kelapa sama banyak dengan pulut. 
Tips : Mak Mas campur air kelapa masa perah kelapa parut tu.
Didihkan santan dalam periuk dengan api perlahan dan masukan garam secukupnya dan baru masukkan pulut. Pastikan periuk tu besar supaya senang mengacau pulut tu.
Sentiasa kacau hingga pulut kering dan boleh angkat. Pulut tu akan jadi 1/2 masak.
Boleh terus balut pulut dengan daun palas. 
Masa membalut, jangan masukkan pulut tu banyak sangat @ padat untuk elakkan ketupat pecah masa merebus, kan pulut tu 1/2 masak, pulut akan kembang lagi masa merebus.
Dah siap balut, gunting lebihan tangkai ketupat tu.
Letakkan daun2 palas dan daun pandan dalam periuk dan baru susun ketupat atasnya.
Tuang air panas suku dari sukatan ketupat2 dalam periuk tadi, tutup tudung periuk dan boleh terus rebus atas api sederhana hingga air kering. 
Boleh angkat dan dihidangkan dengan rendang atau kari.

Nota :
Tempoh memasak Ketupat Palas diukur mengikut air yang digunakan untuk merebus Ketupat Palas tu, bukan diukur dengan kiraan jam.
Ketupat yang belum direbus boleh difrozenkan, nak makan, baru rebus.

Untuk daun palas :
 Pisahkan daun2 palas, anda perlu mengirai-ngirai daun palas terlebih dulu dan lepas tu pisahkan dan tarik daun2 palas tu. Boleh pilih daun yang cantik jerk untuk dijadikan  ketupat.
Kemudian gunting sikit bahagian hujung daun palas tu supaya nampak rata dan cantik, buka lipatan daun palas untuk melembutkan dan raut lurus dengan menggunakan tangan supaya habuk2 kat daun tu dikeluarkan. Gulung2 dulu daun palas tu baru lipat menjadi ketupat, cara begini untuk memudahkan kerja2 membalut Ketupat Palas



Mas sertakan video cara2 membalut Ketupat Palas...sila abaikan suara2 tu yerk..he3..tq pada ayah tersayang yang menjadi modelnya...


Tuesday, August 14, 2012

Biskut Dahlia




Assalamualaikum.
Terpikat dengan resepi yang simple hasil olahan dari Noorsha, Mas pun menerai Biskut Dahlia pulak semalam. Alhamdulillah, resepi yang simple, senang dan menghasilkan biskut yang sangat sedappp.....bak kata Noorsha... Biskut Dahlia ni rasanya lemak2 manis hasil dari tambahan susu pekat manis dalam adunan dan mencair dalam mulut...sedappp sangat....Mas ikut cara Noorsha dengan cara menggaulkan bahan2 menggunakan senduk kayu jerk...senanggg

Biskut Dahlia
Resepi : Norazie - Resepi.net

Bahan :
300 g mentega - SCS atau Anchor atau mentega pilihan
160 g gula aising - Mas ikut Noorsha guna 120 gm
2 kuning telur
4 sudu makan susu pekat manis - Mas ikut Noorsha tambah
1 camca teh esen vanilla
240 g tepung gandum *
100 g tepung jagung *
160 g tepung kastard ( Noorsha guna 200gm ) *
(*bahan bertanda *  diayak)
Ceri merah - dipotong kecil untuk hiasan




Cara :
Putar mentega dan gula aising hingga berkrim, masukkan kuning telur dan esen vanilla @ rose dan putar hingga kembang. ( Noorsha pukul bersama mentega, gula icing, telur kuning dan susu pekat dengan menggunakan spatula sahaja asal bercampur semua..tak perlu pukul lama sebab nanti kukis jadi kembang ).
Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Adunan akan menjadi doh yang lembut dan mudah ditekan. ( Untuk step ini, Noorsha masukkan tepung kastad dan tepung jagung terlebih dahulu.. kacau rata dengan spatula. kemudian baru masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh yang lembut dan mudah dibentuk ).
Masukkan doh ke dalam alat penekan yang dipasang muncung untuk biskut dahlia. Tekan atas dulang pembakar. Buat hingga siap dan hias dengan sepotong kecil ceri. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 - 20 minit. ( Mas pun macam Noorsha guna suhu 130 C dan bakar selama 20 minit... suhu ni bergntung pada jenis oven masing² ya..jadi kenali  oven anda... hehe)
Biarkan biskut sejuk sedikit atas dulang pembakar sebelum dialihkan ke atas jaringan. Biar sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara..



Monday, August 13, 2012

Tart Nenas Gebu - Kak Anymz




Assalamualaikum.
Sebenarnya dah lama Mas ushar Tart Nenas Gebu Kak Anymz ni...tapi baru semalam diberi kesempatan menerainya...Alhamdulillah...memang sedappp
Jem nenas tu pulak, Mas buat masa awal Ramadhan, kebetulan nenas kat Tesco tengah ada offer, 2 biji, baru RM1.70....murah kan, terus Mas beli untuk dibuat jem..dan Jem Nenas tu, Mas simpan dalam esbox dulu, bila nak guna, baru keluarkan dahulu dalam 3 jam lebih supaya jem nenas tu berada dalam suhu bilik, dah boleh digentel2 untuk dibuat Tart Nenas. First time tau Mas buat sendiri jem nenas, Alhamdulillah, menjadi dengan jayanya...tima kasih pada Kak Anim yang banyak membantu...he3
Masa Mas first time makan Tart Nenas Gebu ni, terus jatuh hati dengan kesedapannya, adunannya pun cantik tak pecah2 semasa menggulung dan rasanya...hmmmmm.....memang gebu ....like beratus kali untuk Tart Nenas Gebu ni....


Tart Nenas Gebu
Resepi:  Kak Anymz

Bahan pastri :
4 oz butter - 115 gram
4oz minyak sapi - 115 gram
1 biji telur gred B
1 lb tepung gandum - 450 gram
sedikit garam
air sejuk

Cara :
Pecahkan telur di dalam bekas adunan.
Masukkan butter dan minyak sapi.
Gaul hingga sebati dengan hanya menggunakan whisk
Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
Akak tidak menggunakan air sejuk tapi setelah adunan menjadi doh letakkan sebentar di dalam peti ais.
Guna acuan seperti gambar DISINI.
Tekan adunan dan bentukkan tart mengikut kesesuaian anda.
Jika letak inti yang banyak maka dapatlah tat yang tebal.
Bakar pada suhu 170C - 180C selama 20 - 25 min




Untuk Inti Tart Nenas, Puan2 boleh gunakan seperti biasa, samada yang dibuat sendiri atau pun yang segera yang sedia ada di kedai2 jualan bakery.

Jem Nenas
Resepi : Kak Anymz

Bahan :
10 biji nenas - di sagat dan toskan airnya
3 kampit gula
sedikit pewarna kuning

Cara :
Kopek nenas, buang matanya dan sagat.
Kacau nenas dan gula
Bila hampir kering masukkan pewarna kuning.
Kacau hingga kering dengan api yang perlahan.




Sunday, August 12, 2012

Cornflakes Madu - Memang Sedappp




Assalamualaikum.
Setakat ini.....resepi Biskut Cornflakes yang paling sedappp pada Mas ialah  Cornflakes Madu Resepi Kak Nor ni....baru try untuk raya tahun ni....hmmm...lebih sedap dari resepi2 yang Mas pernah buat sebelum ni....patut la Kak Nor kata memang wajib buat tiap2 tahun...resepi Cornflakes Madu yang senang dibuat, simple dan yang penting.....sedapppppp...Ain ngan Daniel pun suka...
Untuk 1 adunan, banyak juga boleh dapat...tapi dinasihatkan, buat jerk lebih sebab nak menghabiskan Cornflakes Madu ni kejappp jerk......he3...
Tima kasih pada Kak Nor atas perkongsian resepi Cornflakes Madu yang mabeless ni, kata Kak Nor resepi asal diambik dari kotak cornflakes dan telah diadjust olehnya....hhmmmm...memang sedappp kukis ni....
Di sini Mas letakkan resepi asal dan resepi olahan dari Kak Nor, terpulang nak guna resepi mana yerk. Mas try resepi Kak Nor....memang mabelesss


Serimadu Cornflakes versi asal 

90gm mentega 
1/4 cawan gula 
1 sudu besar madu 
4 cawan cornflakes 
kacang cincang 
papercup 

Kaedahnya K.Nor tak salin tp cam biasa la semua bahan2 dileburkan dalam kuali pastu masukkan cornflakes dan kekacang. 
Gaul hingga sebati. 
Padamkan api. 
Masukkan dalam papercup dan bakar sekejap. 
Suhu lebih kurang 160 - 170c lebih kurang 5 minit. 
Biarkan sejuk diredai @ rack, baru la dimasukkan ke dalam bekas kedap udara.




 Cornflakes Madu

Bahan :
1 kotak besar cornflakes ( Nestle ) 
6 sudu besar butter 
6 sudu besar gula pasir 
2 sudu besar madu 
kekacang tu optional 

Kaedah sama jer cam di atas. Kalau nak tabur dgn choc rice boleh, choc sprinkle boleh.. terpulang la pd citarasa masing2 ya.. 


Tips: 
Kalau cornflakes madu ni kurang melekat antara satu sama lain selepas dibakar, cuba lebihkan sedikit masa utk membakar tu tp jgn sampai hangus.. 
Boleh jugak direndahkan sket suhu oven supaya kukis kita tak hangus..


Saturday, August 11, 2012

Selamat Hari Raya 2012


Terima lah kad ucapan dari AlongRoz sekeluarga untuk kesemua kaum muslimin-musliman. Jika sudi gantungkan kat blog anda. Along mohon maaf jika ada salah-silap samada dari blog, facebook, email atau pun kenalan yang mengenali Along dari dekat. Halalkan apa yang terambil atau pun di beri.

Semuga anda semua bergembira di hari raya berkumpul sesama kaum keluarga dan menikmati juadah yang istimewa. Tapi mungkin bagi sesetengah orang akan bertambah sedih di hari raya kerana ketiadaan orang yang tersayang. Abah Along telah tiada selama 23 tahun dan baru2 ini kami baru sahaja kehilangan adinda tersayang pada 1hb Ogos lepas. Kelmarin pula dapat berita kehilangan seorang lagi saudara (abang kepada kakak ipar). Semuga roh2 mereka di cucuri rahmat di bulan yg mulia ini dan di tabahkan hati bagi yang di tinggalkan.

Akhir kata salam Aidil Fitri dan peluk sayang untuk semua!

Chocolate Chips Cookies




Assalamualaikum.
Lepas buat Biskut Kelapa Sapi semalam, terus buat Chocolate Chips Cookies resepi dari Kak Fida Myresepi pulak. Senang buat kukis yang godek2 gini...cepat sikit siap kan..he3
Untuk membuat Chocolate Chips Cookies ni pun pada Mas tak de mengambil masa lama sangat...dah siap godek2, panaskan oven dan boleh cedok2 guna sudu adunan tu ke dulang untuk dibakar...
First time rasa Chocolate Chips Cookies ni...hmmmm...memang sedappp..ala2 sekut chipsmore pun ada....Ain ngan  Daniel gemar sangat...1 adunan pun boleh dapat dalam 100 biji...kira banyak la tu kan...
Tima kasih pada Kak Fida yang selalu berkongsi resepi2 yang best2....


Chocolate Chips Cookies

Bahan : 
 lebih kurang 100 keping 
190 g mentega - lembut
45 g gula perang
80 g gula kastor @ icing
220 g tepung gandum
1/2 sk rata baking soda
1 sk serbuk koko ( lebihkan jika suka utk mendapatkan cookie yang gelap )
1/2 sk esen vanilla
170 g choc chip
170 g badam cincang kasar - di panggang
1 biji telur - yg sedang





Cara :
Tepung, baking soda, serbuk koko di ayak bersama.
Mentega, gula icing, gula perang di gaul rata dan sebati.
Masukkan telur dan esen dan digaul lagi hingga sebati.
Masukkan pula campuran tepung yang diayak tadi, gaul, diikuti dengan choc chip dan badam cincang dan di gaul hingga rata dan sebati.
Susun doh sesudu2 di atas loyang pembakar dan bakar hingga garing mengikut suhu kepanasan oven masing2.
Mas bakar 25 minit dengan suhu 170c dengan api atas bawah.
Sejukkan dulu baru disimpan dlm balang.



Friday, August 10, 2012

Biskut Kelapa Sapi




Assalamualaikum.
Saje baru nak start ngukis. Tengok kawan2 yang lain dah berjenis2  siap buat kuih raya. Semangat ngukis tu tetap ada, cuma slow sikit sebab Adam kecik lagi...ni pun curi2 masa juga masa Adam tido.....geramm sangat tengok Adam yang dah pandai nak menyembang....he3
Untuk kukis Mas yang first, Mas try buat Biskut Kelapa Sapi. Jadi berkenan pulak bila Noorsha promot kat fb masa sembang2 tentang kukis ni.....resepi asal dari Buku Biskut Pilihan dan telah dikongsikan resepinya oleh Kak Nazrah. Dan Noorsha telah menukar oat dengan nestum dan kelapa kering yang dikisar....hmmm..memang semerbak wangi Biskut Kelapa Sapi nie...rapuh gebu jerk biskut nie tau...sedappppp....


Biskut Kelapa Sapi
Resepi : Buku Biskut Pilihan
Sumber : Kak Nazrah
Olahan Resepi : Noorsha

Bahan² :
250 gm mentega
50 gm minyak sapi
150 gm gula kaster ( kira kurangkan kepada 120 gm)
120 gm tepung jagung
150 gm oats - kisar halus (Mas ikut Noorsha ganti 75 gm nestum kisar, 75 gm kelapa kering kisar)
1 tsp serbuk penaik ( Mas pun letak 1/2 tsp saje)
200 gm serbuk badam

Hiasan :
 kelapa kering 
putih telur 
ceri merah





Cara² :
1. Sebatikan mentega, minyak sapi dan gula.
2. Masukkan bahan bahan lain dan uli rata hingga menjadi doh.
3. Acukan bentuk dan celup dalam putih telur dan salut kan dengan kelapa kering dan letakkan hirisan ceri atasnya. 
4. Bakar dalam ketuhar hingga kekuningan. 
5. Mas bakar selama 25 minit dengan suhu 170c dengan api atas bawah.
Sejukkan dahulu baru simpan dalam balang.



Thursday, August 9, 2012

Kuih Kole Kacang

 This is one of my favourite kuih since I was small.... love every bite of it!

By: Roz@HomeKreation
Source: Hanieliza
Translated into English by HomeKreation
INGREDIENTS:

200g Green Bean Flour (ground roasted bean) 
150g Sugar
80g Palm Sugar
750ml Think Coconut Milk
250ml Thick Coconut Milk
250ml Thick Coconut Milk - cook until become brown crumbs called "Tahi Minyak" 
1 tsp Browning

METHOD:
1. Mix all ingredients & cook until thicken & shiny.

2. Pour into tin & let it cool.
3. Sprinkle Tahi Minyak on top.
4. Slice & serve.

 BAHASA MALAYSIA VERSION
Alhamdulillah, dapat juga makan kuih kegemaran di bulan puasa ni.... Ada tepung kacang hijau dah lama dah, pemberian seorang kawan dari Semenanjung - kata nya emak nya buat sendiri tepung kacang tu. Dah lama tak berhubung dengan nya, terputus pula hubungan. Di harap ia sihat & gembira selalu.

Sedap resepi Kak Liza ni, tekstur & rasa nya menepati citarasa yg Along mahukan.

By: AlongRoz@HomeKreation

Source: Hanieliza
BAHAN2:

200g Tepung Kacang Hijau
150g Gula
80g Gula Merah
750ml Santan Cair
250ml Santan Pekat
250ml Santan Pekat - jadikan tahi minyak 
1 st Browning - Along tambah 

CARA2:
1. Gaulkan semua bahan dan masakkan sehingga adunan pekat dan berkilat.

2. Tuangkan adunan ini dalam loyang dan sejukkan.
3. Taburkan tahi minyak keatas kuih.
4. Potong kuih dan hidangkan.

UPDATE:
TAHI MINYAK 
Atas permintaan, di sini Along terangkan cara2 nak buat tahi minyak dgn lebih terperinci. Harap dapat membantu.

1. Masukkan santan ke dalam periuk & masak dgn api sedehana kecil sehingga menggelegak. 
Kacau selalu supaya santan tidak berketul2. 
2. Masak sehingga terbit minyak & ini mengambil masa bergantung byk mana santan yg di gunakan.
3. Masak lagi sehingga santan yg timbul tu bertukar warna keperangan.
Angkat & tapis minyak nya & ambil tahi minyak nya sahaja.

Wednesday, August 8, 2012

Mee Goreng Mamak




Assalamualaikum.
Mee Goreng Mamak untuk juadah bersahur. 
Resepi yang simple tapi mengenyangkan. Sesekali makan Mee Goreng Mamak, sedapp pulak kan...apa lagi diletakkan daging....hmmm..memang mabeless. 
Untuk bahan2, Mas letak apa jerk yang ada kat esbox...janji sedappp....


Mee Goreng Mamak
Resepi : MasDuniaku

Bahan :
500 gm mee kuning
100 gm daging - hiris nipis
1 mangkuk sawi - potong kecil
2 ulas bawang putih - dicincang
3 sudu cili mesin - nak pedas bubuhlah lebih
1 sudu rempah kari
2 sudu kicap lemak manis 
2 sudu sos tiram
3 sudu sos cili
1 sudu secukup rasa @ 1/2 kiub ayam
1 biji telur
1 biji tomato dibelah 





Cara :
Panaskan minyak. Masukkan bawang dan cili, biarkan garing dan wangi.
Masukkan daging dan kacau rata.
Masukkan secukup rasa @ kiub ayam, kicap lemak manis, sos tiram dan sos cili. Kacau rata.
Masukkan serbuk kari. Biar sebentar.
Masukkan tomato yg dipotong2 dan sawi. Kacau sebentar.
Masukan mee dan sebatikan.
Ketepikan mee dan masukkan telur di tengah-tengah kuali.
Biarkan telur tu masak sikit barulah dikacau dan gaul rata.
Masakkan mee agak kering.
Hidangkan dalam pinggan leper dan hiaskan.