Bitter Gourd Pickles |
1. Bitter Gourd Pickles
- not bitter at all with well balanced sweet & sour spiced sauce. Can serve as appetiser or side dish with rice and curry. Can keep about 6 months.
2. Calamansi Chutney
- very different in look and taste compared to the traditional Malay lime chutney which is typically red in colour and yet very balance taste of spicy, sweet and sour. Served as side dish for rice and dishes or eaten with glutinous rice.
3. Green Chili Chutney
- Crunchy chili stuffed with tasty filling. Served as appetiser or with rice & other dishes.
Calamansi Chutney |
Hari ni Along meluangkan masa di rumah sahabat baik Along sebab emak dia nak ajar Along buat acar Sarawak. Pertama kali dapat tahu dan merasa acar istimewa dari Kuching ni. Emak dia peramah, walau pun baru pertama kali berkenalan sewaktu makan malam kelmarin, terus aja dia pelawa Along datang lagi ke rumah nya untuk belajar buat acar pula. Along ajar dia buat Empurong dan Kerabu Kacang Kelisa dan dia pula ajar Along pelbagai jenis Acar Sarawak. Seronok nya kami berdua sama2 di dapur sambil berbual2 mesra.
Ada tiga jenis yg Along tunjukkan di sini. Kesemua nya tahan lama berbulan2 kata auntie tu. Rasa nya memang sangat istimewa dan ada kelainan dari acar biasa:
1. Acar Peria
- tak pahit langsung - ada rasa pedas2, masam manis - boleh di hidangkan sebagai pembuka selera atau pun di makan dgn nasi & lauk sampingan lain.
2. Acar Limau
- Sangat berbeda dari acar melayu yg selalu nya berwarna merah tapi tidak kurang hebat dari segi rasa.
3. Acar Cili Hijau
- ini sesuatu yg amat istimewa - cili yg rangup dan di sumbat dgn filling istimewa. Di Kuching, ia nya di jual dgn harga RM1.50 sebiji.
Kalau sesiapa yg teringin nak merasa ni boleh lah hubungi tuan empunya Restoren Alamak ya. Takda jual pun kat restoren tu tapi dia boleh tolong spesel order.
Green Chili Chutney |
No comments:
Post a Comment