Thursday, March 1, 2012

Donut Kentang



Assalamualaikum.
Dah lama tak mendonut, jadi Mas buat Donut Kentang semalam..jadi teringin pulak nak makan donut bila tengok Kak Yati tayang hari tu...sebelum ni Mas pernah buat donut ni, tapi guna keledek..jadi kali ni try guna kentang ...tetap lembut gebu jerk donut ni...maceh pada tuan resepi Kak Nor atas resepi donut yang mabeles ni...suka sangat...

Donut Kentang 
Resepi : Kak Nor
Sumber : Kak Yati

Bahan :
500 gram tepung gandum
200 gram kentang @ keledek yang telah direbus dan dilenyek
4 sudu besar susu tepung
1 biji telur - dipukul sedikit
200 ml air suam 
3 sudu besar marjerin @ butter
3 sudu besar gula
2 sudu kecil yis


Caranya :
Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut, Uli selama 8 hingga 10 minit. Kalau guna BM, tekan ON dan tunggu je siap, kemudian boleh terus bentukkan.
Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam.
Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada beberapa bahagian kecil dah lubangkan di tengah-tengahnye, seperti bentuk donut. Susun donut di atas dulang dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda.
Goreng di dalam minyak panas sehingga perang, dan salut donut kentang bersama serbuk gula ataupun coklat masakan. 
Sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba..


No comments:

Post a Comment