Wednesday, July 31, 2013

Biskut Semperit Susu - sedapppp... melting dlm mulut..





Assalamualaikum.
Samperit Susu...berbeza tau ngan samperit biasa tu sebab samperit ni hanya menggunakan tepung jagung, susu pekat manis dan butter....
Sangat sedappp...melting dalam mulut ....tak yah kunyah2...asyikkk... TQ pada Anna Qawina yang berjaya buat Mas terbayang2 keenakkan Samperit Susu ni..bila dah rasa...memang puas hati...bertambah2 lagi koleksi biskut raya ....


Resepi Biskut Semperit Susu

Sumber : Farah Salleh (FB) & Zack
Semperit Susu by Anna Qawina

Bahan:

125g susu pekat manis -resepi asal guna 250g (1/2 tin yang beratnya 505g)
125g butter, lembut tapi jangan terlalu lembik. Nanti biskut berminyak - resepi asal 250g
230g tepung jagung Brown and Polson (cap butterfly) -  resepi asal 600g. Ku guna 230g, just nice untuk picit dalam acuan


Cara:
Pukul sebati susu pekat manis dan butter. Tak perlu pukul sampai kembang atau putih gebu (ku guna whisk telur je). 
Tip: Untuk biskut, tak perlu dipukul sampai kembang seperti membuat kek, kecuali ia dinyatakan dalam resepi. Ini kerana apabila butter dan gula@susu pekat manis dipukul hingga kembang/gebu, kita masukkan udara ke dalam adunan. Apabila adunan ini dibakar, udara dalam adunan akan mengembang dan ini akan menyebabkan biskut turut mengembang.
Masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit, sambil digaul sebati. My experience, 230g just nice untuk picit ke dalam acuan. Resepi asal guna 300g tapi pada saya terlalu keras kalau guna semua. Memadai adunan boleh dikepal boleh berhenti tambah tepung.
Picitkan atas dulang yang dialas baking paper. Tekankan ceri merah atau kismis di atasnya (kalau kismis kena potong 4, ia mengembang 2x ketika dibakar).
Bakar dalam oven yang dipanaskan terlebih dahulu, 170C untuk 12-15 minit atau hingga bawah/tepi biskut nampak mula keperangan.






Agar-Agar Batik Biskut Cheese (Batik Pudding)

 I'm please to share herewith another pudding/jelly creation from my kitchen corner..... after a series of popular pudding in the past like Milo & Oreo Pudding, Cheese Pudding, Horlicks Pudding and many more..... I promise you that this is another delicious worth trying pudding! It is surely will impress your guests with rich layer of milo pudding and a surprise biscuits layer at the bottom.

Original By: Roz@HomeKreation
Size: 8" square
INGREDIENTS:
1 packet / 13g Agar-Agar or Jelly Powder
1100ml Water
220g Sugar
1 can / 400g Ideal Milk*
1 small Egg* (* combine) 
(Note: You can skip the egg if you like but will make it less rich) 
1 cup Milo Powder
1 tbsp Cocoa Powder
150g Salted Cheese Biscuits / Marie Biscuits

METHOD:
1. Dissolve jelly powder in water & boil.
Add in sugar and stir to dissolve.
Add in milk & egg mixture.
Add in milo & cocoa powder.
Stir until well mixed.
2. Arrange a layer of biscuits in a container.
Pour in thin jelly mixture, just enough to cover the biscuits.
Repeat process until all biscuits and pudding mixture is used up.
Biscuits will eventually float to the surface.
3. Cool at room temperaure until pudding is set.
Chill in fridge.

 

BAHASA MALAYSIA VERSION
Ini Along nak kongsikan satu lagi resipi puding rekaan Along sendiri. Along rasa pudding ini amat sedap sekali & setanding dengan resepi2 puding yang Along perkenalkan sebelum ni yang agak meletup2 di alam web dan pasaran sekarang seperti Milo & Oreo Pudding, Cheese Pudding, Horlicks Pudding dan banyak lagi resipi2 puding yang Along telah perkenalkan sebelum ini. Bagi peminat dessert, jangan lupa mencuba resipi yang amat enak ini.... rasa yang kaya dengan lemak kecoklatan nya dan di lapisi dengan susunan biskut menjadikan gabungan yg amat istimewa.

Original By: AlongRoz@HomeKreation
Saiz: 8" persegi
BAHAN2:
1 bungkus / 13g Serbuk Agar-Agar
1100ml Air
220g Gula
1 tin / 400g Susu Ideal*
1 bj Telur saiz kecil* (* campur) 
(Note: Kalau tak suka telur boleh skip tapi puding akan rasa kurang lemak) 
1 cwn Serbuk Milo
1 sb Serbuk Koko
150g Salted Cheese Biscuits / Marie Biscuits

CARA2:
1. Larutkan serbuk agar kedlm air & masak sehingga mendidih.
Masukka gula & kacau sehingga larut.
Masukkan campuran susu & telur & kacau sebati.
Masukkan milo & serbuk koko & kacau sehingga larut.
2. Susun satu lapisan biskut ke dalam bekas.
Tuangkan satu lapisan agar2 cukup untuk meliputi biskut tersbut.
Ulangi proses melapis biskut & agar2 sehingga habis.
Lapisan biskut akan timbul ke permukaan bila selesai melapis.
3. Sejukkan di suhu bilik sebelum di sejukkan dalam peti-sejuk.



Tuesday, July 30, 2013

Cornflakes Madu - Mudah dan sangat sedappp




Assalamualaikum.
Ni biskut wajib tiap tahun...memang ada peminatnya...nak membuatnya memang senang, cuma masa nak masukkan dalam cup tu agak bercinta sikit...huhuhuhu...tapi nak menghabiskan.....1 balang tu tak sampai 15 minit boleh habis....buat kudapan pun best juga tau..macam biasa, Mas suka resepi dari Kak Nor - Secubit Garam ...TQVM kak...


Cornflakes Madu

Bahan :
1 kotak besar cornflakes ( Nestle ) 
6 sudu besar butter 
6 sudu besar gula pasir 
2 sudu besar madu 

Cara : 
Semua bahan2 dileburkan dalam kuali pastu masukkan cornflakes. 
Gaul hingga sebati. 
Padamkan api. 
Masukkan dalam papercup dan bakar sekejap. 
Suhu lebih kurang 160 - 170c lebih kurang 5 minit. 
Biarkan sejuk diredai @ rack, baru la dimasukkan ke dalam bekas kedap udara.


Tips: 
Kalau cornflakes madu ni kurang melekat antara satu sama lain selepas dibakar, cuba lebihkan sedikit masa utk membakar tu tp jgn sampai hangus.. 
Boleh jugak direndahkan sket suhu oven supaya kukis kita tak hangus..


Almond London .... so yummyyyy




Assalamualaikum.
Curi masa jap mengupdate resepi Almond London ni...terpikat bila Ayu Citarasa Rinduan post kat fb semalam, memang kebetulan nak buat pun...TQ yerk Ayu promotkan resepi ni...


ALMOND LONDON
Sumber : Rahel & Nizamadey
Sumber :  Ayu Citarasa Rinduan 


Bahan: 
(150 biji)

250g mentega
125g gula halus
1 biji telur
1 sudu teh esen vanila
50g serbuk badam (optional)
200g tepung jagung}
300g tepung gandum}
1 sudu besar tepung beras}
1 sudu teh baking powder}-ayak bersama

200g kacang badam,digoreng tanpa minyak
50g badam cincang untuk hiasan
+/- 700g cokelat compound



Cara;
1.Pukul mentega dan gula sehingga kembang.Masukkan esen vanila dan pukul lagi.
Masukkan serbuk badam.Kacau.
2.Masukkan tepung yang telah diayak tadi,gaul rata.
3.Bentukkan doh bulat-bulat kecil/lonjong dan masukkan kacang di dalamnya.
4.Letakkan di atas dulang pembakar yang telah dilenserkan sedikit mentega.
5.Bakar pada suhu 200'C selama 20 minit.
6.Cairkan coklat dengan kaedah doubel-boiler.Celupkan biskut tadi dan letak dalam
kertas cawan.Taburkan badam cincang di atasnya.Biarkan ia kering.Siap disimpan.



Monday, July 29, 2013

Ayam Palembang





Assalamualaikum.
Dulu Mas pernah buat Daging Plembang, memang sedappppp...kali ni nak try Ayam Palembang pulak untuk berbuka nanti...sangat ringkas dan mudah untuk dimasak...kiranya dalam sejam dah siap ayam palembang ni....TQ pada Ummi Maria Hakem yang sudi berkongsi resepi yang mabeles ni....Ayam Palembang ni sedap dimakan dengan nasi panas atau nasi minyak...coleh ngan roti pun best tau...
Selamat Mencuba...


Ayam Palembang
Adaptasi dari resepi Daging Palembang : Kak Maria Hakem
Sumber 1 : Amie
Sumber 2 : Kak Madihaa


Bahan-bahan:
700 gram ayam - potong kecil
1 biji kentang (MaDiHaA tambah) ~ potong wedges
2 batang serai - dititik
500ml santan pekat  - (boleh gantikan dengan kerisik ~ MaDiHaA letak 3 sudu besar kerisik)
1 cawan kicap lemak manis Cap Kipas Udang (Habhals) MaDiHaA kurangkan sikit
minyak

Bahan kisar:
1 labu bawang besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
3 cm lengkuas
15 biji cili kering

Rempah penumis:
3 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

Cara:
1. Panaskan minyak dan goreng ayam setengah masak. Angkat dan ketepikan.  Goreng pula kentang hingga masak. Dalam kuali yang sama.. kurangkan sedikit minyak bekas gorengan ayam dan tumis bahan kisar, bahan penumis bersama serai sehingga pecah minyak.
2. Masukkan ayam dan gaul sebati. Tutup kuali dan masak dengan api sederhana sehingga ayam masak. Sesekali digaul mesra.
3. Masukkan kicap dan diikuti dengan santan.
4. Kacau sekali-sekala sehingga masak dan kuah menjadi pekat.

P/S: Menurut Kak Maria Hakem, jika tidak mahu masukkan santan, dan rajin buat kerisik, eloklah masukkan kerisik.



Friday, July 26, 2013

Kiwi Fruit Juice

Freshing up with Kiwi Fruit Juice..... home-made and freshly squeezed....

INGREDIENTS:
3 Kiwi Fruits
Water
Sugar Syrup
Ice cubes

METHOD:
1. Peel kiwi fruits, cut and place in blender with some water.
Blend until fine.
2. Mix kiwi puree with sufficient water and sugar syrup to taste.
Add in some ice cubes & serve!
*****************************************

BAHASA MALAYSIA VERSION
Meh minum jus kiwi untuk Iftar....


BAHAN2:
3 biji Buah Kiwi
Air
Air Gula
Kiub Ais

CARA2:
1. Kopek kulit buah kiwi, potong2 & masukkan ke dlm blender.
Proses sehingga halus.
2. Tuangkan ke dlm jug & campurkan air, air gula & ais secukupnya.
Sedia utk di minum!

Sayur Lemak Umbut Kelapa Sawit

Palm shoot is very commonly sold in daily market in Miri, Sarawak especially served during local wedding occasions or other gatherings. I rarely cooked it myself but I like the simple and crunchy taste and usually the menu that I picked up when patronizing the local restaurants.

By: Roz@HomeKreation
INGREDIENTS:
1 pack Palm Shoot (sold at RM2) 
1 Red Chili*
3 Shallots*
1 handful Ikan Bilis / Anchovies (* pounded) 
1 bowl of Coconut Milk
Salt

METHOD:
1. Boil sliced palm shoot until tender & drain.
2. Place in a pot with rest of ingredients and boil.
3. Serve with white rice.
*************************************************

BAHASA MALAYSIA VERSION
Sebelum berhijrah ke Miri, Along tak pernah makan umbut Kelapa Sawit sewaktu di Semenanjung tetapi kat Miri, sayur ni amat biasa di jual di pasar tani & supermarket dan dihidangkan di setiap restoren Melayu di sini. Juga adalah menu yang biasa nya di hidangkan sewaktu khenduri kahwin dan lain2 khenduri di sini.

By: AlongRoz@HomeKreation
BAHAN2:
1 bungkus Umbut Kelapa Sawit (di jual dgn harga RM2)

1 bj Cili Merah*
3 ulas Bwg Merah*
1 genggam Ikan Bilis* (* di tumbuk) 
1 mangkuk Santan
Garam

CARA2:
1. Rebus hirisan umbut sawit sehingga empuk (ia nya tetap rangup) & tapis.
2. Masukkan ke dlm periuk bersama2 dgn bhn2 yg lain & masak sehingga mendidih.
3. Hidangkan dgn nasi putih.

Gulai Ikan Kakap Padang



Resep Masakan Gulai Ikan Kakap Padang ternyata tidak sulit,untuk membuatnya hanya membutuhkan sedikit bumbu, lalu menu pun siap untuk diracik menjadi hidangan yang sangat Lezat.

Berikut adalah cara Membuat Gulai ikan kakap ala masakan Padang :


Bahan-bahan yg diperlukan :

  • 1 ekor ikan kakap yang sudah dibersihkan
  • 300 cc santan
  • 1 tangkai serai, tumbuk
  • 1 ruas laos, Tumbuk
  • 2 lbr daun jeruk

Bumbu yg di haluskan :
  • 6 siung bawang merah
  • 4 biji kemiri
  • 1 ruas kunyit
  • 1 ruas jahe.
Cara membuatnya :
  1. Tumis bumbu halus bersama serai, lengkuas, dan daun jeruk. Setelah harum tambahkan santan. 
  2. Tunggu sampai mendidih kemudian masukkan ikan biarkan hingga kuah agak mengental. 
  3. Angkat dan sajikan.
Mudah bukan??? Selamat Mencoba ya....


Bandeng bumbu Kuning



Makan bandeng goreng mulu?? bosan juga ya atau di presto?? Bosan juga
Cobain masak bandeng bumbu kuning aja.... berikut resepnya :

Bahan dasar:
1 ekor Ikan bandeng sedang potong menjadi 4 bagian
1 buah jeruk nipis peras airnya lalu lumuri bandeng dengan air ini
3 sdm minyak untuk menumis
400 ml air

Bumbu yang dihalukskan :
8 Siung bawang Merah
5 Siung Bawang Putih
4 cm kunyit
4 Buah kemiri
1 sdt garam

Bumbu lainnya :

2 lbr daun salam
4 lbr daun jeruk'
3 cm lengkuas digeprek agar memar
3 cm jahe digeprek agar memar
1 batang sereh
1 sdt gula
1/2 kaldu instan jika mau

Cara Membuatnya :

1. Lumuri bandeng dengan air jeruk nipis dan garam diamkan 15menit
2. Cuci bandeng kembali hingga bersih
3. Tumis bumbu yang telah dihaluskan sampai harum
4. Tambahkan daun salam, daun jerukm lengkuas, jahe, sereh tumis hingga harum
5. Masukkan air dan aduk hingga mendidih
6. Masukan bandeng, garam dan kaldu instan lalu masak hingga matang
7. Siap disajikan

Selamat Mencoba


Herbal Alami untuk Hepatitis
Herbal Alami untuk Darah Tinggi
Herbal Alami untuk Berbagai Penyakit dan Terbukti Sembuh

Thursday, July 25, 2013

Fragrant Fried Seabass (Siakap Goreng Bawang Harum)

 Simple fried fish but with such a simple touch will lure greater appetite.... Fragrant fried onion, chilies to spice it up and added curry and kaffir lime leaves aroma!


By: Roz@HomeKreation
INGREDIENTS:
1 Whole Seabass
1 tsp Turmeric Powder
1 Big Onion
Vietnam Chili Padi
Curry Leaves
Kaffir Lime Leaves
1 tbsp Fish Sauce / Nampla
Salt

METHOD:
1. Rub fish with salt & turmeric powder.
Deep fry until crispy on the outside.
Lift & place in a plate.
2. Using another clean wok, heat few tbsp oil & stir-fry sliced onion, chilies, curry leaves & kaffir lime leaves until fragrant.
Sprinkle fish sauce & stir quickly.
Pour onto fried fish.
3. Serve immediately with white rice.
*************************************************

BAHASA MALAYSIA VERSION
Ikan Siakap Goreng dgn bawang dan perisa2 nya yang harum amat menyelerakan walaupun hanya lauk goreng simple. Anak2 & hubby akan ratah2 sehingga habis bila Along masak camni.

By: AlongRoz@HomeKreation
BAHAN2:
1 ekor besar Ikan Siakap - di kelar 
1 st Serbuk Kunyit
1 bj Bwg Besar
Cili Padi Vietnam
Daun Kari
Daun Limau Purut
1 sb Sos Ikan / Nampla
Garam

CARA2:
1. Lumur ikan dgn garam & serbuk kunyit.
Goreng dgn minyak dalam sehingga garing.
Angkat & letakkan ke dlm pinggan hidangan.
2. Di dlm kuali lain, panaskan beberapa sudu minyak & goreng hirisan bawang, cili, daun kari & daun limau purut sehingga wangi.
Renjiskan sos ikan & kacau segera.
Taburkan ke atas ikan goreng tadi.
3. Hidangkan panas dgn nasi putih.

Wednesday, July 24, 2013

Buah Melaka III

 A must do menu for Ramadhan..... made it specially on request from an office mate LEL. This delicacy is an unforgettable bite.... such soft springy texture bursting melting palm sugar in mouth is really enjoyable that ones can gulp tens of them in one serve!
By: Roz@HomeKreation
See earlier post here and here
Yields about 50 pieces
INGREDIENTS:
250g Glutinous Flour
2-3 tbsp Coconut Milk Powder
1 tbsp Pandan Paste
Water
Malacca Palm Sugar
- chopped into small cubes

Freshly Grated Coconut + a pinch of salt - steam 1 minute in microwave

METHOD:
1. Mix glutinous flour, coconut milk powder, pandan paste, a pinch of salt and enough water to form soft firm dough.

Divide dough into small balls of a marble size.
 
2. Fill each ball with a piece of palm sugar & wrap it firmly.

3. Boil water, half full in a pot.
Drop Buah Melaka into the boiling water & let it float to the surface.
Lift out & roll onto desicated coconut.
4. Cool them slightly before serve.

Do not consume while they are hot because the melted sugar filling can burn your tongue.



BAHASA MALAYSIA VERSION
Kuih yg wajib di bulan Ramadhan.... memang syok makan kuih ni selepas berbuka untuk menghilangkan pahit mulut.... kuih yg kenyal2 manja dan inti gula melaka yg cair memang mengasyikkan... berpuluh biji pun boleh ngap sorang2 kalau buat comel2 camni....hehehe.

By: AlongRoz@HomeKreation
See earlier post here and here
Bilangan 50 biji
BAHAN2:
250g Tepung Pulut
2-3 sb Santan Serbuk

1 sb Pandan Paste
Air
Gula Melaka
- potong kecil2

Kelapa Parut + secubit garam - kukus 1 minute dlm microwave

CARA2:
1. Campurkan tepung pulut, santan serbuk, pandan paste, garam dan air secukup nya sehingga mendapat doh yg lembut.

Bahagikan doh kepada guli2 kecil spt gambarajah di bawah.
 
2. Isikan geguli tepung dgn gula melaka & bulatkan supaya kemas.

3. Panaskan 1/2 periuk air sehingga mendidih.
Masukkan Buah Melaka & rebus sehingga ia timbul ke permukaan.
Angakt & golekkan ke atas kelapa parut.
4. Biar sejuk sedikit sebelum di hidangkan kerana isi gula melaka yg panas boleh melebur lidah anda.
Good quality and cute size Malacca Palm Sugar


Tuesday, July 23, 2013

Karipap Daging Rangup





Assalamualaikum.
Kali ni try Karipap Daging Rangup resepi dari kak Quinnie. Memang berbaloi menerainya...sedapp karipap ni..memang rangup dan lembut pastrynya...mula2 kompius macam Kak Yatie bila baca resepinya, sukatan marjerinnya yang pada Mas agak banyak...tapi bila Kak Yatie kata dia try juga buat dan sukakan resepi ni...Mas pun mencuba juga...alhamdulillah...memang best karipap ni..TQ kak Q dan Kak Yatie...Mas sharekan disini pulak yerk..


Karipap Daging Rangup
Resepi :
Rujukan : Kak Yatie


Bahan2 inti :
300gm daging - Yatie guna daging kisar
8 biji kentang saiz besar - potong dadu
1 biji ubi keledek saiz sebesar kentang - potong dadu (optional- tak dek pun tak pe)
4 sudu besar udang kering *
1 bawang besar*
2 bawang putih*
6 cili kering* -rendam dgn air ( blend bahan* halus)
7 tangkai daun kari
2 sudu kecil garam
3 sudu besar gula
5 sudu besar rempah kari daging -dibacuh dgn air
1/2 cawan santan pekat
air secukupnya

Bahan2 doh :
750 gm tepung gandum
300 gm planta (Yatie guna butter)
1/3 cawan minyak sayur/ masak
2 sudu kecil garam
1 cawan air dari peti ais (letak sikit2 masa menguli doh)




Cara-Caranya :
Mula2 masak inti....panaskan skit minyak dlm kuali...kemudian masukkan bahan2 blend....masak hingga naik bau dan bahan tumis agak kering airnya....kemudian masukkan rempah kari daging...kacau2 rata...dan masak hingga terbit minyak...bila dah terbit minyak...masukkan daun kari....kacau hingga naik bau dan masukkan daging....gaul2 rata....kemudian masukkan kentang, keledek dan air. Air hendanglah dimasukkan sampai hapus kentang tapi jgn lebih sgt sebab nanti kentang jadi hancur. isi jugak santan dan gula.....masakkan hingga kering....bila dah agak2 nak kering...masukkan garam....kacau lagi hingga kering inti tadi/ air dia dah tak de....tutup api dan sejukkan.
Bila inti dah sejuk...baru buat doh....


Cara2 membuat doh :
**Mula2 panaskan minyak dan planta dlm periuk kecil. 
Masak hingga didih dgn api yg kecil. 
Sementara tu masukkan tepung dan garam dlm manggok besar...kacau2 rata...bila dah didih planta tadi...masukkan skit2 dlm tepung tadi....gaul dgn sudu / senduk kayu sebab panas.....kacau2 rata sampai habis. 
Kemudian isi air...isi skit2 dan mula la menguli.....uli sampai doh jadik macam doh buat roti lembut dia...dan texture dia pun lebih kurang sama...rasa cam lembut dan boleh nampak doh tu naik skit.....uli sampai tak melekat doh tu pada mangkok dan tangan....bila dah dpt doh camni maknanya betul la tu....kemudian balut doh dgn plastik...rehatkan dlm 10m...
Lepas doh direhatkan kita akan dpt doh yg lebih lembut...nampak dia cam berpeluh doh tu....kemudian boleh la mula kan proses menggelek doh dan mengisi inti.....ambil skit tepung dan tebarkan tepung tu sebelum gelek setiap doh....saya guna acu bulat yg besar tuk dptkan betuk yg sekata...kalau tak dek boleh guna cawan....gelek nipis dan bolehla isi inti.....bagus tips balut doh ni dgn plastik sebab doh tu akan lembut sentiasa dan tak dek masalah doh tu akan kering kalau kita buat byk pun dohnya....
Bila dah habis buat karipap tadi....boleh la goreng...faktor menggoreng pun penting jugak....kalau tersalah cara...kulit tu tak rangup sgt dan tak dek ruang2 kosong kat dlm dia....kalau betul cara goreng nya..karipap tadi akan mengembang dan rangup lama....saya kalau goreng pagi....malam pun still sedap lagi kalau nak makan. Masukkan minyak yg byk dlm kuali.....panaskan minyak dan bila minyak dah panas...tutup api dan baru masukkan kuih karipap...ni utk mengelakkan karipap tadi kulit dia berjerawat dan karipap masak sekata...isi jgn penuh sgt dlm kuali....lepas tu hidupkan balik api...api kecil je....dan kemudian biar karipap tu masak hingga kuning....selalu balik2 kan dia...tapi jgn kasar sgt masa nak balikkan sebab kulit ni rangup...takut pecah....dah kuning kaler dia...boleh la angkat. bila nak masukkan karipap tuk kali kedua...tutup balik api kuali dan letak karipap dan hidupkan balik api...sama macam proses pertama...buat cam ni tiap2 kali nak menggoreng..




Cara2 nak simpan kalau ada karipap yg lebih....dulu2 saya akan goreng sekejap dan toskan karipap...bila dah sejuk susun dlm tupperware dan simpan dlm peti ais...tapi kadang2 letih dan leceh kalau guna cara ni...so saya guna cara lain....masa proses buat karipap tadi...bila dah siap satu dulang....saya simpan dlm peti ais....biar dlm 1/2 jam dan kemudian keluarkan dia dan baru susun dlm tupperware...boleh simpan bertinggkat2 kalau ikut cara ni sebab karipap tadi dah keras kulit dia....kalau nak lapik dgn plastik antara karipap tu pun boleh...tapi saya kadang2 tak buat pun. karipap tapi tak melekat kulit dia antara satu sama lain sebab kita dah keraskan kulit dia dulu sebelum tindan2kan....
( nota:kalau ikut cara2 masak kulit saya tu....insyaallah anda akan dpt kulit yg rangup dan ada ruang kat dlm dia....saya selalu tertanya2 macam mana la org dpt kulit cam ni....dan faktor menggoreng penting...kalau api kuat memang kulit dia tak gelembong) 




Udang Ketak @ Udang Lipan Masak Sos - super yummyyy




Assalamualaikum
Sape pernah makan udang ketak @ udang lipan ni...meh Mas share satu resepi yang mabelesss...memang sekali hadap jerk udang ni....tak de simpan2...makan ngan nasi panas jerk dah cukup sedappp...


Udang Ketak @ Udang Lipan Masak Sos 
Resepi : MasDuniaku

Bahan Sos :
1/4 cawan sos tiram Maggi
3 sudu besar sos plum
sedikit kiub ikan bilis
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tomato
4 ulas bawang putih - cincang halus
cili padi - ikut pedas dicincang halus
1/2 biji bawang besar - potong bulat2
1 tangkai daun bawang - potong2




Cara memasak :
Tumis bawang putih dengan api perlahan hingga wangi dan masukkan bawang besar, cili padi, kacau sebati.
Masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato dan sos plum, kacau lagi, kemudian masukkan sedikit kiub ikan bilis, kacau lagi.
Rasakan dan jika ok masukkan daun bawang, kacau sebentar dan masukkan udang ketak yang sudah digoreng tadi dan lada hitam yang ditumbuk kasar, sebatikan dan boleh tutup api.
Sedia dihidang..