Tuesday, July 30, 2013

Cornflakes Madu - Mudah dan sangat sedappp




Assalamualaikum.
Ni biskut wajib tiap tahun...memang ada peminatnya...nak membuatnya memang senang, cuma masa nak masukkan dalam cup tu agak bercinta sikit...huhuhuhu...tapi nak menghabiskan.....1 balang tu tak sampai 15 minit boleh habis....buat kudapan pun best juga tau..macam biasa, Mas suka resepi dari Kak Nor - Secubit Garam ...TQVM kak...


Cornflakes Madu

Bahan :
1 kotak besar cornflakes ( Nestle ) 
6 sudu besar butter 
6 sudu besar gula pasir 
2 sudu besar madu 

Cara : 
Semua bahan2 dileburkan dalam kuali pastu masukkan cornflakes. 
Gaul hingga sebati. 
Padamkan api. 
Masukkan dalam papercup dan bakar sekejap. 
Suhu lebih kurang 160 - 170c lebih kurang 5 minit. 
Biarkan sejuk diredai @ rack, baru la dimasukkan ke dalam bekas kedap udara.


Tips: 
Kalau cornflakes madu ni kurang melekat antara satu sama lain selepas dibakar, cuba lebihkan sedikit masa utk membakar tu tp jgn sampai hangus.. 
Boleh jugak direndahkan sket suhu oven supaya kukis kita tak hangus..


No comments:

Post a Comment