I prefer not to add salt or any other ingredients to my rice porridge especially if I plan to serve it with other side dishes. I had a packet of Ikan Bilis Serunding from a lovely friend and it is surely delicious complimentary to the rice porridge that even adults will love to eat porridge....
Crispy & tasty Serunding Ikan Bilis |
Buah tangan dari seorang sahabat.... Dodol & Serunding Ikan Bilis dari Taiping.... tq so much friend for your lovely thought....
PLAIN PORRIDGE
By: Roz@HomeKreation
1/2 cup (160ml cup) Rice
2 cups Water
METHOD:
1. Wash rice & add water to the rice cooker.
Cook on congee function.
Once cooked, leave under "Keep Warm" function for an hour or more - this is to slow cook and produces smooth and tasty porridge.
No salt is necessary as the 'sweetness' of the rice is sufficient when cooking this method.
2. Serve with preferred side dishes like Serunding, spring onion, soy sauce, salted egg, etc.
Delicious Dodol.... nice taste - not too sweet and great texture |
Alhamdulillah dapat lagi rezeki dari seorang sahabat nun jauh dari Taiping. Memang betul sedap Dodol & Serunding Ikan Bilis tu... lain dari yg kebiasaan nya. Dodol tu kenyal2 tapi tak liat dan manis nya pun sedang2. Serunding Ikan Bilis pula rangup dan berperisa bawang goreng, pedas & manis semua cukup.
Liana suka makan bubur, so mama dia pun tumpang makan bubur & rasmi Serunding Ikan Bilis tu. Sedap sangat gandingan kedua2 nya.
Kat sini Along nak kasi tips untuk buat Bubur Nasi yang sedap. Along suka bubur yg sebati rasa nya dan tekstur nya sedap di telan tidak terlalu hancur & tidak ada ketulan2 keras nasi.... tak tau ler camna nak terangkan. Bubur kosong yang sedap akan terhasil dengan proses memasak yang lama supaya kemanisan nasi yang semulajadi terhasil dan oleh itu tidak perlu menambah garam. Along masak bubur ni selalu nya waktu tengahari & apabila Along pulang dari kerja, bubur tu pun dah siap sedia untuk di hidangkan kepada Liana. We all pun tumpang gak makan sekali-sekala.....hehe. Liana memang suka makan bubur nasi walaupun dah besar panjang.... Nasi pun dia makan tapi susah sikit nak habiskan.
BUBUR NASI
By: AlongRoz@HomeKreation
1/2 cwn (guna cwn 160ml) Beras
2 cwn Air
CARA2:
1. Basuh beras & tambahkan air ke dalam rice cooker.
Masak dgn menggunakan fungsi "Congee" atau "Bubur" sehingga isyarat masak.
Biarkan bubur di dalam rice cooker tanpa membuka nya selama 1-2 jam - tujuan nya supaya bubur akan terus di masak secara proses perlahan dan menghasilkan bubur yg berperisa dan tekstur yg sebati rasa.
Tidak perlu masukkan garam kerana perisa semula-jadi sudah mencukupi.
2. Hidangkan bubur dengan lauk atau bahan sampingan seperti serunding, daun bawang, kicap, telur masin atau sebagai nya mengikut pilihan anda.
No comments:
Post a Comment