Friday, October 18, 2013

Ketupat Pulut Daun Kelapa (Glutinous Rice in Woven Coconut Leaves) Again

 I made Ketupat every year during Idh Adha including in the recent Idh this week. Repasting the recipe again based on requests.... Actually I have shared the recipe earlier on in here.


By: Roz@HomeKreation
INGREDIENTS:
20 Woven Coconut Leaf-cases
10 cups (160ml cup) Glutinous Rice - washed, soaked for few hours/overnight & drained
600g freshly grated Coconut - add some water & squeeze thick milk
2 tbsp Salt
1 Pandan (Screwpine) Leaf

METHOD:
1. Fill ketupat cases with glutinous rice.
Leave a thumb pinch of empty space at one corner to allow the rice expand.
Too tight will cause the ketupat uncooked and too loose will cause it too soft.
Ensure that both ends of ketupat are slit through & knotted to prevent it from opening during cooking.
2. Place all the filled ketupat in a big botom pot & cover with coconut milk sufficiently (see photo below).
Add in salt & screwpine leaf.
Boil until coconut milk is completely dry and oil surfaced out.
During the cooking process, flip the ketupat frequently to ensure even cooking.
3. Serve with your favourite Rendang or curry.
4. The Ketupat can keep for 2 days at room temperature if properly cooked.

TIPS: For nice taste, do not use instant coconut milk from packet/can 


********************************************************************
 
BAHASA MALAYSIA VERSION
 Along buat ketupat ni setiap tahun apabila Hari Raya Haji menjelang. Raya Haji beberapa hari lepas pun Along ada buat ketupat ni dan tayangkan kat FB & blog. Tak sangka pula ada ramai yang tak tahu jenis ketupat ni. Ketupat ni ialah kebiasaan di Perak dan juga Sarawak. Opah Along suka buat ni untuk Hari Raya & dari kecil Along tolong opah isikan beras pulut ke dalam sarung daun kelapa ni. Selepas berkahwin, Along berpindah ke Sarawak, ibu mertua Along pun suka buat ketupat yg sama setiap kali Hari Raya.

Along suka jenis ketupat ni sebab rasa nya sangat sedap lemak harum tapi nak buat perlukan kesabaran sebab kena letak jumlah santan yg banyak sehingga teggelam ketupat tu dan masak beberapa jam sehingga betul2 kering seperti Tahi Minyak.


Along suka anyam sarung nya sendiri tapi tahun ni takda cuti dan Raya Haji pula jatuh pada hari Selasa, jadi Along beli yg dah siap anyam. Mahal gak harga nya, 10 biji sarung daun kelapa RM4, i.e. 40sen seketul. Tapi takpa lah kan, kira sedekah kat makcik yg jual tu.... sian gak dia pun nak cari duit raya kan. Waktu kita masih mampu nak beli, jangan lah berkira sangat.

Atas beberapa permintaan untuk resipi ketupat ni, Along letakkan semula resipi yg Along pernah kongsikan dahulu di sini dan juga terjemahan BM nya sekali. Selamat mencuba... semuga pahala ilmu yg di kongsikan ni dapat di limpahkan kepada arwah opah Along juga.

By: AlongRoz@HomeKreation
BAHAN2:
20 Sarung Ketupat Daun Kelapa
10 cwn (sukatan cwn 160ml
) Beras Pulut - basuh, rendam beberapa jam & tapis
600g Kelapa Parut - campur air & perah utk santan pekat
2 sb Garam
1 helai Daun Pandan


CARA2:
1. Isi beras pulut ke dlm sarung daun kelapa.
Jangan isi terlalu penuh, biarkan kosong sedikit di bahagian bucu sarung sebesar jari ibu. 
Jika terlalu penuh, beras pulut tidak akan masak sempurna atau jika terlalu sedikit ketupat akan jadi lembik.
Matikan di bahagian kedua2 hujung sarung supaya pulut tidak terkluar semasa di masak.
2. Letakkan ketupat ke dlm periuk besar & tuangkan santan sehingga menutup ketupat seperti gambar di bawah.
Masukkan garam & daun pandan.
Rebus sehingga santan kering dan keluar tahi minyak.
Balik2an selalu supaya pulut masak sekata.
3. Hidangkan ketupat dgn lauk rendang atau lauk kesukaan anda.
4. Ketupat ni tahan selama dua hari jika di masak sempurna sehingga betul2 kering.

TIP: Untuk rasa ketupat yg lemak dan harum asli, Along nasihatkan supaya tidak menggunakan santan kotak/tin.




No comments:

Post a Comment