Assalamualaikum.
Ada yang tergoda nengok roti yang disirami Sos Butterscotch tu......
Sila mencuba yerk kalau tergoda sebab Mas sangat2 suka dengan Sos Butterscotch ni...sedappppp sangat dimakan dengan pancake, disapu pada roti atau tuang jerk sos tu masa suam2 atas roti macam gambar diatas....memang mabelessss
Masa Mas buat Roti Naik Tok Mak hari tu, buat sekali Sos Butterscotch ni...hmmm...memang sedap makan masa roti tu tengah suam2......terbaikk la
Pernah buat sekali dulu, DISINI.
Butterscotch Souse
Sumber : cook.com
Olahan : Izahdaut
Bahan :
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan air
1 tsp. vanilla
1/4 cawan tepung
1/2 cawan butter
secubit garam (optional)
Cara :
Satukan gula perang, gula pasir, tepung dan air ke dalam periuk kecil.
Gaul hingga sebati.
Masak atas api yang kecil hingga gula hancur.
Tambahkan vanilla dan butter.
Masak dan kacau sehingga butter cair dan sedikit pekat.
Sejukkan dan tuang ke atas roti kosong.
Nota:
Kacau atas api hanya sedikit pekat sebab bila sos ni sejuk, ianya makin pekat. Tapi kalau dah pekat sangat tambah je sikit lagi air panas.
Boleh kurangkan sikit gula kalau tak mau manis sangat.
Simpan sos ni dalam freeze...dalam seminggu masih ok lagi...
No comments:
Post a Comment