Assalamualaikum.
Tak tahan godaan nengok Talam Roti Paun kat dapur Kak Yatie - Sinar Kehidupanku hari tu, jadi Mas pun try buat semalam, 1/2 adunan jerk...cukuplah untuk family Mas yang kecil..itu pun puas makan....sedapppp sangat Talam Roti Paun ni...memang akan Mas buat lagi lain kali ...maceh pada tuan resepi iaitu Chef Asma. Memang berbaloi2 mencuba Talam Roti Paun ni. Satu lagi kelainan untuk resepi kuih talam bila diletakkan roti dalamnya....sedapp sangat...terasa seolah2 makan puding ngan kuih talam...satu gabungan yang mantap....memang terbaik la Talam Roti Paun ni, untuk yang belum mencubanya...sila2 lah menerainya yerk...pasti tak menghampakan....talam ni pun sedang2 elok jerk manisnya pada tekak Mas....Selamat mencuba yerkkkk.....
Talam Roti Paun
Resepi : Chef Asma.
Sumber : Kak Yatie - Sinar Kehidupanku
Bhn utk Lapisan Bawah :
13 keping roti putih Gardenia - di carik2
2 biji telur
50 gm raisin - Mas pun mcm kak Yatie, tak letak
1/2 cwn gula halus
1/2 sk garam
150 ml santan pekat
300 ml air
1/4 sk vanilla essence
Cara membuatnya :
Satukan semua bahan-bahan dan rendamkan roti selama 30 minit (sehingga lembut).
Masukkan dalam loyang 10x10x2" (Sapu minyak dulu sekeliling loyang dan alas plastik).
Kukus selama 25 minit.
Apabila masak angkat dan cakar dengan garfu.
Nota : Jika terdapat sedikit air di permukaannya, sendengkan loyang dan buangkan air guna sudu atau kertas tisu, pastu baru cakar2kan sedikit dan tuangkan adunan lapisan tengah
Bhn utk Lapisan tengah :
1/2 cwn tepung gandum
1/2 cwn gula halus
1/2 sk garam
2 biji telur
100 ml santan pekat
300 ml air
sedikit pewarna hijau
sedikit perisa pandan
Cara membuatnya :
Satukan semua bahan2, kacau rata dan tapis ke dalam periuk.
Masak hingga naik wap, guna api sederhana je. Masa ni sentiasa kacau guna whisk je...jngn terlalu pekat atau terlalu cair, adunan seolah2 susu pekat je.
Tuang ke atas lapisan bawah dan kukus selama 25 minit ( Apabila masak, cakar dengan garfu)
Bhn utk Lapisan atas :
1/2 cwn tepung kastard
1/2 cwn gula halus
1/4 sk garam
1/8 sk vanilla essence
3 biji telur
100 ml santan pekat
300 ml air
sedikit pewarna kuning @ oren (tak letak pun takpe)
Cara membuatnya :
Ikut seperti lapisan tengah. Satukan semua bahan2 dan tapiskan.
Masak jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair. Guna api sederhana dan sentiasa di kacau supaya tak berketul2.
Tuang adunan ke atas lapisan tengah dan kukus selama 25 minit.
Sentiasa lap tutup pengukus. Saya lap setiap 5 minit, permukaan kuih kelihatan rata dan licin.
Setelah masak, angkat dan sejukkan. Bila dah sejuk bolehlah di potong guna pisau plastik.
No comments:
Post a Comment