Monday, October 31, 2011

Ubi Getuk



Assalamualaikum. Cakkkk....dah jemu melayan Char kuetiaw.....meh layan Ubi Getuk yang Mas buat minggu lepas...entry tertunggak lagi....hmm..pepaham la kan...keadaan kurang mengizinkan nak mengupdate blog seligat dulu...Alhamdulillah....kesihatan pun makin elok dari hari kehari...alahan dah makin kurang...syukur sangat....selalunya bila ada ubi kayu...Mas memang suka buat Ubi Getuk...selain dari makan ubi kayu rebus ngan sambal ikan bilis atau kelapa parut....memang sedappppp....boleh juga lihat entry Ubi Getuk sebelum ni DISINI.

Ubi Getuk
Resepi : MasDuniaku
Bahan :
  • Ubi kayu secukupnya
  • Kelapa parut putih - agak2 suku dari ubi tu
  • gula  - ikut manis sendiri
  • sedikit garam
  • Bancuhan tepung untuk menggoreng - Mas guna tepung gandum + tepung beras, jadikan 3/4 cawan + sedikit garam + 1 cawan air  dan kacau dengan pemukul telur supaya bancuhan tak berbintil2 dan licin.
Cara membuatnya :
  1. Ubi kayu dikupas kulit, cuci bersih dan belah2, kemudian rebus dengan sedikit garam hingga empuk. Toskan dan letak dalam bekas dan lenyek2 hingga halus.
  2. Kemudian masukkan gula secukup rasa dan sedikit garam dan gaul sebati dan kemudian masukkan kelapa parut agak2 yer ngan ubi tu dan sebatikan lagi, bila dah boleh dikepal2, boleh bulat2kan ikut saiz.
  3. Celup dalam bancuhan tepung dan goreng hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan. Sedap gak dicicah ngan cili kicap dan sambil2 tu minum kopi o......perhhh.....


Fermented Tapioca Pudding (Puding Tapai Ubikayu)

 I have kept this dessert recipe from Ummi's house for more than a year and determined to make it when I fermented the tapioca I posted four weeks ago. Yes, four weeks in the fridge and the fermented tapioca only get sweeter and after struggling so much with time, I finally managed get it done yesterday.

I brought 3 cups to office after lunch time and all the ladies who tasted it gave so much compliments. A couple of them now motivated to make fermented tapioca soon in order to make this dessert. Big compliments to Ummi for sharing such a marvelous recipe.
By: AlongRoz@HomeKreation
Source: Ummi@Home Sweet Home
(Translated into English by HomeKreation. Recipe is slightly modified to suit ownself. Refer to link for original recipe)
Makes 9 cups.
INGREDIENTS:
+/- 6 pcs Fermented Tapioca - remove middle stem
½ cup Sugar
500ml Fresh Milk

1 Egg
2 tbsp Cornflour
1 tbsp Pandan Paste

METHOD:
1. Place all ingredients in a blender & process until smooth.
Pour into small heat proof cups.
Steam for 20 minutes.
Cool & refrigerate before serve.

2. Serve with gravy & cocktail fruits.

GRAVY:
1 tin Evaporated Milk
½ cup Sugar
1 cup Water
1 Egg Yolk
- slightly beaten
1 Pandan Leaf
1 tsp Vanilla Essence
- Mix all into a pot & cook until boiled.

- Chill before serving.
*********************************************** 


BAHASA MALAYSIA VERSION
Resepi ni Along dah simpan lebih setahun. Dari mula nampak memang terus masuk list & bila buat tapai baru2 ni pun dok tertangguh sampai 4 minggu tapai dok tunggu dalam petisejuk sebab terlalu sibuk dgn macam2 hal. Kelmarin baru lah Along kesempatan mencuba puding ni. Ya Rabbi... sedap betul dan tak puas rasa nya. Terima-kasih ya Ummi kerana berkongsi ilmu - semuga mendapat keberkatan. 

Hari ni belanja member2 kat opis yg memang Along dah janjikan dari mula. Semua nya cakap sedap sesangat! Lepas ni ramai ler yg nak menapai ubi sebab tak puas makan yg sedikit saja Along bawakan. Along bawa 3 cawan, kongsi 6-7 orang mana nak cukup... hehe.

(Along dah modify sedikit sukatan & bahan - rujuk resepi asal @ link atas)
Bilangan: 9 cawan
BAHAN2:
+/- 6 ketul Tapai Ubi - buang empulur tengahnya 
½ cwn Gula
500ml Susu Segar
1 biji Telor
2 sb Tepung Jagung
1 sb Pes Pandan

CARA2:
1. Masukkan kesemua bahan2 ke dalam blender dan proses sehingga sebati.
Masukkan ke dlm bekas2 kecil & kukus 20 minit.
Sejukkan pd suhu bilik & kemudian dlm petisejuk.

2. Hidangkan dgn kuah susu & buahan koktel.

BAHAN2 KUAH SUSU:
1 tin Susu Evaporated½ cwn Gula
1 cwn Air
1 biji Kuning Telur
- dipukul sikit 
1 helai Daun Pandan
1 sk Esen Vanila
-
Campur kesemua bahan ke dlm periuk & masak dengan api perlahan sehingga mendidih.
- Sejukkan dlm petisejuk sebelum di hidangkan.


Sunday, October 30, 2011

Lacy Crepes & Durian Gravy (Again)

 Durian is so expensive in Miri, ranging from RM18-RM25 per kg. However, yesterday we were so lucky for able to buy 9 durians for RM50 which were still very fresh - must be due to night time & the seller wanted to leave soon. We ate seven durians one go & left some for Roti Jala for today's evening tea. My hubby & children been craving for this for long time and enjoyed it so much just now with non-stop compliment to Mum (me of course...hehe).
 I've posted this few times already in the past & the reason why I'm showing it again because I wanted to show the bottle I used this time. Tested my new bottle which is a gift from my dearest friend Hana.... miss her so much & hope that she will be able to start blogging again one day.

The bottle is so easy to use, even for those who do not know how to do the lacing part. You can order the bottle from Chikmi.
Pasted the same recipe that I posted earlier herewith with BM version as well. Actually I never measure my ingredients whenever I made Roti Jala - so used to the dumping method that my Emak taught me. Sometimes even with recipe will require a bit of adjustment when you see it too runny or too thick.

By: Roz@HomeKreation
(Makes >20 pieces)
INGREDIENTS:
250g Flour
1 Egg - beaten slightly
550ml Coconut Milk
1 tbsp Sugar
½ tsp Salt
1 tbsp Pandan Paste

METHOD:
1. Mix all ingredients in a blender until smooth.
Strained so that it is smooth & the nozzles do not get blocked.

2. Use Roti Jala mould to lace it on a flat pan - see here for the lacy shape.
(Adjust the water if necessary, i.e. if too thick it will drip and if too thin the net will be coarse)
Once cooked, lift onto a plate & roll/fold.

3. Serve with sweet durian gravy or savoury curry.

To make DURIAN GRAVY:
Place durian, coconut milk, palm sugar, a pinch of salt & Screwpine leaf in a pot.
Cook until boiled.
*******************************

BAHASA MALAYSIA VERSION
Saja jer ulang tayang sebab nak tunjuk botol acuan baru yg Along dapat dari besan tersayang Hana. Rindu sesangat dengan Hana yg dah lama menyepi. Di harap Hana akan muncul lagi suatu hari nanti. Senang sangat nak buat roti jala menggunakan botol ni. Kalau sesiapa nak beli botol ni, boleh lah order dari Chikmi.

Resepi dah ada sebelum ni dalam BI, jadi kat sini Along bubuh versi BM pula.

Roti Jala & Kuah Durian

(Bilangan >20 ketul)
BAHAN2:
250g Tepung Gandum
1 bj Telur - pukul sedikit
550ml Santan
1 sb Gula
½ st Garam
1 sb Pes Pandan

CARA2:
1. Campurkan kesemua bahan2 di dalam blender.
Tapis supaya adunan yg berketul tidak menyumbat lubang acuan roti jala.

2. Tuangkan ke dlm botol acuan roti jala & jalakan ke atas kuali leper yg di minyakkan sedikit.
Tengok cara menjala kat sini.
(Jika terlalu cair, loretan roti jala akan jadi kasar tetapi jika terlalu pekat ia akan menitik & tidak menjalur. Tambah air atau tepung jika perlu)
Alihkan ke atas pinggan apabila masak  lipat/gulung.

3. Hidangkan dgn kuah durian atau kari pedas.

CARA MEMBUAT KUAH DURIAN:
Letakkan durian, santan, gula, gula melaka, secubit garam & daun pandan ke dlm periuk. Masak sehingga mendidih.

Saturday, October 29, 2011

Grilled Stingray in Green Rica-Rica Sauce

The sauce idea is from Majalah Sedap which recipe I have modified to suit my own taste. It is verrrry delicious in my own opinion (my two boys do not compliment this time - I know they don't fancy the Kafir lime leaf smell). I truely enjoyed the dinner....

By: Roz@HomeKreation
INGREDIENTS:
1 piece Stingray
1 Kasturi Lime
1/4 tsp White Pepper Powder
10 Shallots*
10 Green Chilies*
2 Red Chilies*
4 cm Ginger* (* blend) 
1 tsp chopped Chili Padi
1 Tomato - chopped 
7 Kaffir Lime Leaves - remove mid part 
1 tbsp Tamarind Juice
Salt & Sugar

METHOD:
1. Marinate fish with salt, lime & pepper powder for about 15 minutes.

2. Heat up some oil & stir fry blended ingredients* until fragrant.
Add in the rest of the ingredients & stir for another few minutes.

3. Pour some of the cooked sauce onto fish & cook on a flat pan.
Place the fish either onto a non-stick pan or line with a piece of banana leaf.
Flip once to ensure both sides are cooked evenly.
Serve with the remaining sauce.
*********************************

BAHASA MALAYSIA VERSION
Idea daripada Majalah Sedap tapi Along dah modify jadi hijau dan mengikut cita-rasa sendiri. Ikan nya pula, Along guna Ikan Pari, memang sesuai dengan perisa sambal ni.

Ikan Bakar Rica-Rica

BAHAN2:
1 keping Ikan Pari
1 biji Limau Kasturi
1/4 st Lada Sulah
10 ulas Bwg Merah*
10 bj Cili Hijau*
2 bj Cili Merah*
4 cm Halia* (* blend) 
1 st Cili Padi cincang
1 bj Tomato - cincang
7 helai Daun Limau Purut - buang urat tengah nya
1 sb Air Asam Jawa
Garam & Gula

CARA2:
1. Perap ikan dgn garam, jus limau & serbuk lada sulah.

2. Panaskan sedikit minyak & tumis bhn2 blend* sehingga wangi.
Masukkan kesemua bhn2 yg lain & masak beberapa minit.

3. Ratakan separuh dari sambal yg di masak tadi keatas ikan & masak di atas kuali yg tidak melekat atau pun alas dgn daun pisang.
Alihkan sekali supaya masak di kedua2 bahagian ikan.
Hidangkan dgn sambal yg selebih nya.

Friday, October 28, 2011

Yam Stalk & Smoked Fish in Coconut Broth

I came back from my business trip last midnight and started working today. This dish was cooked prior to my trip which was not in time to share before then. I like any type of kampung dish.... I bought fresh yam stalks from the open market & glad it was not the itchy type after been cooked. There were few times I was unlucky in buying itchy yam stalks despite been assured by the seller.... so be careful when buying yam stalk but without trying you will not know. Does any one has tips in choosing sweet & non-itchy yam stalks?

By: Roz@HomeKreation
INGREDIENTS:
1 bunch Yam Stalks - peel & cut using plastic gloves
Smoked Fish
1/2 pot Coconut Milk
1 tsp Turmeric Powder
3 Shallots*
2 Green Chilli* 
Chilli Padi* (* pounded) 
1 Lemongrass - bruised
1 Turmeric leaf - torn
Salt

METHOD:
1. Boil yam stalk until soft & drain.
2. Place all in a pot & cook until boiled.
Stirring all the time to prevent coconut milk from curdling.
3. Serve with rice.
********************


BAHASA MALAYSIA VERSION
Lauk ala kampung ni tak jemu makan.... Kalau nasib tak baik terkena batang keladi yg gatal tapi nasib kali ni manis & tak gatal. Kalau kena yg gatal tu, sakit tekak lepas menelan & nak garu kat dalam tekak memang tak boleh, siksa jadi nya.... Kalau siapa2 ada tips cara nak tahu yg gatal atau tidak, tolong share dgn Along kat sini ya.

Gulai Lemak Batang Keladi & Ikan Salai

BAHAN2:
1 ikat Batang Keladi - kupas kulit batang & potong2 menggunakan sarung tgn plastik
Ikan Salai
1/2 periuk Santan
1 st Serbuk Kunyit
3 ulas Bwg Merah*
2 bj Cili Hijau* 
Cilli Padi* (* tumbuk) 
1 btg Serai - ketuk
1 helai Daun Kunyit - koyak2an
Garam

CARA2:
1. Rebus batang keladi sehingga lembut & tapis.
2. Letakkan kesemua bahan ke dlm periuk & masak sehingga menggelegak.
Kacau selalu supaya santan tidak pecah kepala.
3. Hidangkan dgn nasi putih

Tuesday, October 25, 2011

Grilled Luncheon Chicken for Breakfast

 Not so much about cooking and recipe this time as this is just sharing a quick breakfast meal that can be prepared using canned luncheon chicken. It is halal & bought it from Brunei. Slice it thinly and grill with some olive oil in a raised ridges pan. Serve it with toasted bread, baked beans & scrambled eggs.
This is how it looks like in the original packing

Our breakfast set....

Monday, October 24, 2011

Char Kuetiaw Kerang



Assalamualaikum. Rinduuu kat semua...tapi keadaan tak berapa mengizinkan...tak dapat mengupdate blog seligat dulu...insyaAllah....mudah2an alahan ni kejapp jerk....meh layan dulu n3 tertunggak ni....Mas buat dah lama.....sebelum tahu Mas pregnen lagi...oleh sebab dah ada resepi Kicap Campur, jadi Mas masukkan jerk n3 Char Kuetiaw Kerang resepi Mas ni...sedapppp dan lebih puas makan bila dibuat sendiri...makan pulak ngan Cili Jeruk, perhh....memang best.......buat masa ni Mas mohon maaf yerk klu bw kurang berbanding dulu....mana yang sempat jerk Mas terjah...memang tak leh ngadap lama2 lappy tu.....memusing jerk kepala ni.....nanti dah ok....Mas terjah semua yerk....maceh juga pada follow2 baru yang sudi tinggalkan jejak......love u all semua..muahhhh......

Char Kuetiaw Kerang
Resepi : MasDuniaku
Bahan ( utk seorang ) :
  • 1 piring kuetiaw
  • 1 biji bawang putih - di ketuk
  • cili kisar - ikut pedas
  • kerang - agak2 banyak mana , boleh letak udang juga
  • sedikit kucai dan taugeh
  • 1 biji telur
  • Kicap Campur secukupnya
  • air rebusan udang secukupnya - Rebus udang dengan air. Bila udang hampir masak, angkat udang dan ditoskan airnya. Air rebusan jangan buang....

Cara memasak :
  1. Tumis bawang putih yang diketuk hingga hingga wangi dan masukkan cili kisar, masak hingga garing kemudian masukkan kuetiaw dan kicap campur, sebatikan dan baru masukkan kerang @ udang, kacau lagi dan masukkan air rebusan udang yang masih panas, agak2 kuetiaw tu tenggelam yerk sebab nanti air rebusan tu cepat kering dan kacau sebati dan rasakan,kalau kurang masin, boleh tambah lagi kicap campur tu, masukkan tauge, kucai dan masukkan juga telur, biar mendidih kejap baru sebatikan semuanya ,last baru taburkan sedikit lada putih, Mas guna lada putih ajisio , kacau sikit dan terus tuang ke dalam pinggan..
  2. Sedap dimakan terus panas2 dengan cili jeruk...



Squid Curry (Kari Sotong)

 Hi everyone.... sorry for disappearing for almost two weeks. Just needed a break & rest for a while after hard works at office & home and also after an embarrassing fall at one club causing bruises on both knees and painful arms... In addition, I was away for couple of days in Borneo Tropical Rainforest Resort for company activities.... such a fun event with me on 'flying fox', hanging bridge across jungle and water theme park...!! So I'm now back for a while before making another trip to KL this week.

Here is squid curry that I mentioned earlier (which was two weeks ago....) that I cooked along the grilled Terubuk.
By: Roz@HomeKreation
INGREDIENTS:
500g Squids
I Brinjal - cut 
4-5 tbsp Vegetable Oil
4 Shallots*
2 cloves Garlic* (*sliced)
1 sprigs Curry Leaves
3-4 tbs Curry Powder
- add enough water to form thick paste

1 bowl Coconut Milk
1 tbsp Tamarind - add water to produce tamarind juice
Salt

METHOD:
1. Heat up oil in pot & fry sliced shallots, garlic, curry leaves until onion is golden brown.
Add in curry paste & stir until oil surface out from the paste. 
(Add a bit of water if necessary to avoid sticking to the bottom of the pot)

2. Add in coconut milk & tamarind juice.
When boiled, add in squids, brinjal and salt.
Boil until well cooked.

3. Serve with white rice.
****************************


BAHASA MALAYSIA VERSION
Assalamualaikum semua kekawan. Lama tak bersiaran... tuan rumah banyak hal lak kendian2 ni...
Ini lauk biasa2 jer ikut mood & selera di kala badan keletihan & nak cepat.....

BAHAN2:
500g Sotong kecil
I biji Terung - potong2 
4-5 sb Minyak
4 ulas Bwg Merah*
2 ulas Bwg Putih* (*hiris)
1 tangkai Daun Kari
3-4 sb Serbuk Kari
- bancuh dgn sedikit air

1 mangkuk Santan
1 sb Asam Jawa - perah dgn sedikit air
Garam

CARA2:
1. Panaskan minyak & tumis bawang merah/putih & daun kari sehingga garing.
Masukkan pes kari & kacau sehingga berminyak.
Masukkan sedikit air jika perlu supaya tidak hangus.

2. Masukkan santan & air asam jawa.
Masukkan sotong & terung apabila mendidih.
Kacau sehingga sotong & terung masak sempurna.
3. Hidangkan dgn nas putih.

Friday, October 21, 2011

Masak Lomak Kambing dan Nangka Muda



Assalamualaikum. Mak aii....panjang lak tajuk n3 hari ni.....masa Kak Aznim cerita pasal Masak Lomak Tulang dan Nangka Muda, Mas dah terliur dengarnya.....jadi plan nak buat..tapi berkenan lak nengok daging kambing yang cantik segar, terus tukar plan, tulang jadi kambing.....untung juga nangka muda yang Mas beli tu elok jerk empuknya......he3...memang sangat sedappp Masak Lomak Kambing dan Nangka Muda ni...rasanya dah puas hati sebab dapat makan.....maceh kak anim....puas juga Mas mencari2 resepi Masak Lomak Tulang dan Nangka Muda kat blog kak anim....tak jumpa la.....nanti akak kasi link resepi tu yerk...jadi Mas pun masak ikut suka sendiri jerk..tetap sedap...he3

Masak Lomak Kambing dan Nangka Muda
Resepi : MasDuniaku
Bahan :
  • 1/2 kilo daging kambing 
  • cili padi  - ikut pedas ditumbuk
  • kunyit hidup - ditumbuk
  • 1/2  biji nangka muda
  • Santan - dari sebiji kelapa 
  •  1 keping asam keping
  • Garam dan gula secukup rasa
  • sedikit kiub ikan bilis

Cara memasak :
  1. Mas rebus daging kambing hingga empuk, ketepikan. Begitu juga nangka muda, direbus hingga lembut, tos dan ketepikan. 
  2. Masukkan bahan2 tumbuk, santan dan asam keping ke dalam periuk. Masak dengan api perlahan. Kemudian masukkan garam, gula secukup rasa dan sedikit kiub daging, sebatikan dan masukkan daging kambing dan nangka muda.
  3. Masak hingga kuah pekat dan boleh tutup api.



Wednesday, October 19, 2011

Cucur Bom Manis




Assalamualaikum. Bila tengok Anna tayang Cucur Bom Manis ni hari tu.....terus teringat Cucuq manis yang mak Mas selalu buat dulu masa Mas kecik2..sampai sekarang pun kalau balik kampung, mesti ada cucuq manis gini....resepinya lebih kurang sama cuma mak Mas tambah potongan bawang besar sikit dalam adunan tu untuk dapatkan cucur yang wangi..tapi kan, Mas tak pernah tanya resepinya , cuma tengok gitu2 jerk..he3...tapi bila makan Cucur Bom Manis yang dicopy resepi dari Anna ni, hmmm..memang sama rasanya...Ain ngan Daniel pun kata...macam pernah makan jerk kat kampung cucur ni...bukannya apa, mak Mas kalau bancuh cucur manis ni, main agak2 jerk..jadi Mas pun teragak2 nak membuatnya sebab pernah buat dan tak berapa menjadi..he3....Alhamdulillah, lepas ni guna jerk la resepi ni...senang kan..dan Mas ikut sukatan macam Izahdaut dan tak de perap lama sangat...rasanya ramai kan yang dah menerainya...


Cucur Bom Manis
sumber: Annaqawina  dan  Izahdaut

Bahan :
1 sudu kecil yis
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar gula
3 sudu besar susu pekat manis
secubit garam
air secukupnya
minyak untuk menggoreng


Cara :
Campurkan yis, gula, susu dan sedikit air. 
Larutkan *Ana biar sampai pekat berbuih.
Campurkan campuran yis tadi ke dalam tepung gandum, tambah kan sedikit air, agak2 macam nak buat jemput2 biasa tu le.
Perap adunan dalam 1-2 jam bagi mendapatkan sarang yang cantik dan kuih jadi bulat masa menggoreng.
Panaskan minyak masak.
Sebelum menggoreng, tambahkan secubit garam ke dalam adunan dan goreng hingga keperangan.
*Izah tambah garam, gaulkan kemudian biar sebentar adunan nampak naik balik, baru goreng. 
Hidangkan.

Nota :
Mas ikut Izah buat double adunan, tapi yis izah letak cume 1 1/2 sk dan air lebih kurang 250ml (50ml bancuh yis+200 bancuh tepung semua). 



Monday, October 17, 2011

Kuetiaw Haufan dan Resepi Kicap Campur



Assalamualaikum. Entry tertunggak yang sepatutnya diupdate minggu lepas...tertangguh disebabkan faktor2 yang tak dapat dielakkan..alhamdulillah..hari ni badan rasa agak sihat dari hari2 sebelumnya....mual2 dan loya pun dah makin kurang...dapat la buat kerja2 rutin walaupun tak seligat dulu.....jadi hari ni baru Mas dapat kongsikan disini resepi kicap campur tu.... Ada yang pernah makan Kuetiaw Haufan ni....masakan ala2 chinese ni memang sedapp tau...Koutiaw Haufan ni antara menu peberet kat restauren mak Mas dulu tau....sedapp dimakan dengan cili potong kicap ataupun cili jeruk...dan semestinya bahan untuk kuah dan kuetiaw tu menggunakan kicap campur resepi dari mak Mas juga....Mas kongsikan disini yerk..selamat mencuba yerk....

Kuetiaw Haufan 
Resepi : MasDuniaku

Bahan A :
  • 500gm kuetiaw 
  • 3 sudu besar kicap campur 
  • sedikit minyak untuk menumis
Bahan B :
  • 3 cawan stok ayam - kalau tak ada air biasa pun boleh 
  • 1 pokok sawi - basuh dan potong2
  • 12 ekor udang 
  • 3 sudu besar tepung jagung
  • 3 sudu besar kicap campur
  • 2 biji telur
  • sedikit lada sulah

Cara memasak :
  1. Panaskan minyak, masukkan kuetiaw ( kalau suka pedas masukkan cili padi yang diketuk sekali ) dan kacau, masukkan kicap campur dan kacau hingga kuetiaw kelihatan sebati @ garing sikit jika suka. Angkat dan letakkan dalam pinggan. 
  2. Masukkan stok ayam dalam periuk,apabila mendidih masukkan sedikit kiub ayam, udang dan sawi, apabila udang bertukar warna masukkan kicap campur(kalau rasa kurang masin boleh tambah lagi ), kacau, kemudian masukkan bancuhan tepung jagung (kalau suka kuah pekat boleh letak lebih) masukkan bancuhan tepung sedikit2 dan kacau untuk lihat kepekatan kuah,  kacau lagi, apabila mendidih, pecahkan telur dan masukkan telur kedalam kuah tadi dan terus tutup api.
  3. Kacau kuah tadi bentuk bulat dan tuang keatas kuetiaw yang digoreng tadi.Tabur lada sulah diatasnya. Sedia dimakan.


Kicap Campur
Resepi : MasDuniaku
Bahan  :
  • 1 cawan kicap pekat
  • 1 cawan kicap cair
  • 1 cawan sos ikan
  • 1cawan sos tiram
  • 1/2 cawan gula
  • 1/2 cawan garam
  • 1/2 cawan ajinamoto - ( update ) boleh letak sikit @ pun x letak pun x pe

Cara membuatnya :
  • Masukkan semua bhn2 yang telah disukat tadi kedalam periuk. Sebatikan dulu kemudian baru dikacau atas api perlahan hingga sebati tanpa henti yerk untuk mengelakkan kicap tu hangit, bila dah tak dengar bunyi gula tu masa mengacau, boleh tutup api dan biarkan kicap tu sejuk baru boleh masukkan kicap campur tu dalam bekas dan disimpan didalam peti.  
  • Kicap campur ni sesuai digunakan untuk menggoreng mee, bihun, kuetiaw, mee hailam, sedapp juga dibuat ayam masak kicap.....




Saturday, October 15, 2011

Alhamdulillah....dah 5 minggu usianya...



Assalamualaikum. 
Comeiiii kan baby tu...geramm sangat Mas tengok dan Mas suka sangat gambar tu...sangat menawan hati...untuk yang belum tahu dan tertanya2 nape Mas menyepi dalam 3 ke 4 hari ni...sebenarnya Mas tak berapa sihat...loya2, mual, pening, tak de selera makan...badan rasa lemah sangat...jadi Mas pun beli pregnancy test kat farmasi dan check sebab dah sedar period dah lewat 10 hari, hasilnya positif...agak terkejut bercampur gembira , tapi bercadang nak check balik kat klinik untuk pastikan..jadi bila HaSue telefon  pagi Khamis tu dan sembang2 pasal hal ni..maklumla jarak kandungan baby kali ni dengan Daniel agak jauh iaitu 7 tahun, Mas pun ingat2 lupa...he3...jadi Mas pun terus gi klinik check balik lepas sembang dengan HaSue, ingatkan kene tunggu lama sikit.....he3.....Alhamdulillah.....Positif dan usianya dah 5 minggu.....mujur la sebelum ni tak de apa2 yang jadi sebab Mas agak lasak sebelum ni...jadi sekarang bila dah tahu keadaan sebenarnya...insyaAllah, Mas akan menjaga sebaiknya diri Mas dan kandungan.....mohon doa semuanya yerk agar Mas dan baby sentiasa sihat dan sentiasa dibawah lindungannya...terima kasih pada semua yang mengucapkan tahniah di fb dan atas doa2 semua....Amin....
Berita gembira ni disambut dengan sangat gembira oleh kedua2 keluarga Mas..adik ipar pun siap nangis2 gembira sebab dia yang selalu sangat mengharapkan baby lagi...Ain ngan Daniel mungkin masih kecik...macam percaya tak percaya....Daniel siap cakap..nape perut mak tak buncit pun..he3...macam2 bebudak tu..yerk la..masih awal lagi..tapi nampaknya suka bila dapat baby nanti.....
Mudah2an Izahdaut, Kak Nieza, Kak Sam, Nurul @ Vivie atau sesiapa yang menunggu saat ini akan turut berjangkit pregnen macam Mas yerk...Anna,Zaliedana, Hasue, Kak Sheila  dan Noorsha...nak join ke..he3...untuk akak2 yang dok ganu, n9 , kuantan, jb dan spore tu.....klu nak join....sila2 la yerk....he3....
Rindunya bergurau senda dengan semua.....terharu sangat Mas baca ucapan tahniah di fb dan amat menghiburkan bila membaca celoteh2 kekawan kat fb....missss u all semua..InsyaAllah...n3 mungkin tak seligat dulu...tapi tetap ada....mudah2an yerk......



Thursday, October 13, 2011

Grilled Longtail Shad in Sizzling Thai Sauce (Terubuk Panggang dlm Sos Cili Siam)

 This is one of the dishes tonight..... I wanted to cook grilled Longtail Shad (Terubuk) but sounds a bit plain unless accompanied by Sour Sauce... For a change I decided to make Thai Chili Sauce to accompany it and...... yes, I made the right choice. It turned out delicious with my fussy son (UsuRaz) gave a thumb up.
By: Roz@HomeKreation
INGREDIENTS:
1 Longtail Shad (Terubuk)
2 cloves Garlic*
1 slice Ginger* (* pounded) 
1 Tomato**
1/2 Big Onion** (** chopped) 
1 tsp Chili Oil (see here) 
1/4 cup Thai Chili Sauce
3-4 Basil Leaves
Salt

METHOD:
1. Leave the fish scales on & rub with salt.
Heat up 2 tbsp oil on a flat griddle & place the fish.
Flip only one time after one side is cooked & cook both sides.

2. While waiting for the fish to cook, prepare the sauce.
Heat up 2 tbsp oil & stir fry pounded ingredients until fragrant.
Add in chopped tomato & onion & stir for abt a min.
Add in chili oil, chili sauce, basil leaves, salt.
Add in water to avoid it from burning.

3. Pour sauce onto the griddle once the fish is cook but before turning off the fire.
Be careful as the sauce will sizzle with hot steam.

4. Switch off the fire & serve immediately.
**********************************

BAHASA MALAYSIA VERSION
Nak masak sesuatu yg sempoi jer tapi nak sedap..... badan dah letih sangat sbb kelmarin abis kerja kat opis pukul 1pagi.... sampai kat car park, kereta lak tak boleh start... aduhai... waktu tu lah bateri nak flat pun! Tapi tak boleh nak merungut sebab first time bateri meragam selepas hampir 4 tahun umur kereta tu. Terpaksa lah Along call hubby pepagi buta suruh amik kat opis. Risau gak tinggalkan kereta Along tu bermalam kat open car park tapi alhamdulilah, serahkan pada Allah Taala & harini kereta dah ok. Bila sampai kat rumah, Liana pulak terbangun & perut Along pun berkeroncong (sbb tak lalu dah nak makan malam yg tersangat lewat tu...) - jadi nya payah lah nak pejam. Akhir nya dapat lah tido dlm 3 jam jer. Awal pagi bangun gi kerja macam selalu.... begini lah kehidupan wanita berkerja... kalau boleh duduk kat rumah jer kan best.... lagi best kalau ada lak orang nyumbat poket kita bulan2 kan.... heeeee angan2 jer. You all yg dok kat rumah jer tu patut bersyukur..... Along kena bekerja & bila pulang rumah, kerja rumah tetap kena langsaikan juga terutama bab2 masak & anak2..... Walau bagaimana pun, sukur alhamdulillah apa yg di kurniakan - sebuah keluarga yg bahagia... berbaloi pengorbanan.

So, balik kerja hari ni, tonggeng tido jap sebelum masak so kesian bebudak lewat dinner. So masak pun menu ala2 express lah kan. Tapi sedap menu sempoi macam ni dan untuk sesiapa yg selalu nak cepat cam Along ni....hehe. Along ada gak masak kari sutun, nanti esuk2 lah tayang k.

Terubuk Panggang dlm Sos Cili Siam
BAHAN2:
1 ekor Terubuk
2 ulas Bwg Putih*
1 hiris Halia* (* tumbuk) 
1 bj Tomato**
1/2 bj Bwg Besar** (** cincang) 
1 st Chili Oil (tengoke sini)
1/4 cwn Sos Cili Thai
3-4 helai Daun Selasih
Garam

CARA2:
1. Biarkan sisk ikan & lumur dgn garam.
Panaskan 2 sb minyak dlm kuali leper & letakkan ikan tadi.
Masak sehingga masak pd sebelah bahagian sebelum dibalikkan.

2. Sementara menunggu ikan masak, sediakan sos.
Panaskan 2 sb minyak & tumis bhn tumbuk sehingga wangi.
Masukkan tomato & bwg besar & masak lebih kurang 1min.
Masukkan cili oil, sos cili, daun selasih & garam.
Masukkan sedikit air supaya tak hangus.

3. Apabila ikan masak, tuangkan sos ke atas nya dgn api yg belum di padamkan.
Padam apai sebaik sahaja sos habis di tuangkan ke atas ikan & meruap panas.
Hati2 kerana sos akan meruap.

4. Hidangkan segera.