Monday, October 17, 2011

Kuetiaw Haufan dan Resepi Kicap Campur



Assalamualaikum. Entry tertunggak yang sepatutnya diupdate minggu lepas...tertangguh disebabkan faktor2 yang tak dapat dielakkan..alhamdulillah..hari ni badan rasa agak sihat dari hari2 sebelumnya....mual2 dan loya pun dah makin kurang...dapat la buat kerja2 rutin walaupun tak seligat dulu.....jadi hari ni baru Mas dapat kongsikan disini resepi kicap campur tu.... Ada yang pernah makan Kuetiaw Haufan ni....masakan ala2 chinese ni memang sedapp tau...Koutiaw Haufan ni antara menu peberet kat restauren mak Mas dulu tau....sedapp dimakan dengan cili potong kicap ataupun cili jeruk...dan semestinya bahan untuk kuah dan kuetiaw tu menggunakan kicap campur resepi dari mak Mas juga....Mas kongsikan disini yerk..selamat mencuba yerk....

Kuetiaw Haufan 
Resepi : MasDuniaku

Bahan A :
  • 500gm kuetiaw 
  • 3 sudu besar kicap campur 
  • sedikit minyak untuk menumis
Bahan B :
  • 3 cawan stok ayam - kalau tak ada air biasa pun boleh 
  • 1 pokok sawi - basuh dan potong2
  • 12 ekor udang 
  • 3 sudu besar tepung jagung
  • 3 sudu besar kicap campur
  • 2 biji telur
  • sedikit lada sulah

Cara memasak :
  1. Panaskan minyak, masukkan kuetiaw ( kalau suka pedas masukkan cili padi yang diketuk sekali ) dan kacau, masukkan kicap campur dan kacau hingga kuetiaw kelihatan sebati @ garing sikit jika suka. Angkat dan letakkan dalam pinggan. 
  2. Masukkan stok ayam dalam periuk,apabila mendidih masukkan sedikit kiub ayam, udang dan sawi, apabila udang bertukar warna masukkan kicap campur(kalau rasa kurang masin boleh tambah lagi ), kacau, kemudian masukkan bancuhan tepung jagung (kalau suka kuah pekat boleh letak lebih) masukkan bancuhan tepung sedikit2 dan kacau untuk lihat kepekatan kuah,  kacau lagi, apabila mendidih, pecahkan telur dan masukkan telur kedalam kuah tadi dan terus tutup api.
  3. Kacau kuah tadi bentuk bulat dan tuang keatas kuetiaw yang digoreng tadi.Tabur lada sulah diatasnya. Sedia dimakan.


Kicap Campur
Resepi : MasDuniaku
Bahan  :
  • 1 cawan kicap pekat
  • 1 cawan kicap cair
  • 1 cawan sos ikan
  • 1cawan sos tiram
  • 1/2 cawan gula
  • 1/2 cawan garam
  • 1/2 cawan ajinamoto - ( update ) boleh letak sikit @ pun x letak pun x pe

Cara membuatnya :
  • Masukkan semua bhn2 yang telah disukat tadi kedalam periuk. Sebatikan dulu kemudian baru dikacau atas api perlahan hingga sebati tanpa henti yerk untuk mengelakkan kicap tu hangit, bila dah tak dengar bunyi gula tu masa mengacau, boleh tutup api dan biarkan kicap tu sejuk baru boleh masukkan kicap campur tu dalam bekas dan disimpan didalam peti.  
  • Kicap campur ni sesuai digunakan untuk menggoreng mee, bihun, kuetiaw, mee hailam, sedapp juga dibuat ayam masak kicap.....




No comments:

Post a Comment