Thursday, October 6, 2011

Kek Coklat Kukus Keju



Assalamualaikum. Hari tu dah rasa kesedapan Kek Coklat Kukus Keju Koktel hasil air tangan Izahdaut, memang sangat sedapp Kek Coklat Kukus Keju Koktel tu, cuma rasa tak puas makan jerk..maklom la, nama pun orang kasi kan..he3...nak makan puas2, kene la buat sendiri...he3..Mas buat 1/2 adunan jerk...banyak la pulak hasilnya..jadi berkira2 untuk bekalkan Ain ngan Daniel Kek Coklat Kukus Keju untuk dibawa ke sekolah kafa.....boleh dimakan ngan kekawan bebudak tu..cuma kek ni tak de Mas letak koktel..jadinya tak disebut yerk koktel tu..ni gara2 terlupa nak beli...dah kukus kek..baru perasan terlupa beli koktel..sabo jerk...jadinya Mas letak jerk ceri..hmm..idak la berseri2 sangat macam kek izah dan Kak Ita, hentamm jerk la..janji kek tu sedapppppkan..meh sape yg nak..ambik sorang sepotong jerk...he3

Kek Coklat Kukus Keju 
Resepi : Kak Hanieliza
Sumber : Izahdaut dan  Kak Ita
Bahan A
  • 2 cawan tepung gandum - diayak
  • 1 cawan serbuk koko - diayak
  • 1 s/k baking powder - diayakkan
  • 1/2 s/k soda bikarbonat - diayak
  • *izah tambah 1 sk serbuk nescafe
Bahan B
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan butter cair
  • 1 cawan air panas
  • 2 cawan gula perang
Bahan C
  • 4 biji telur 
  • 1 s/k esen vanilla -  kacau rata dengan telur
Cara membuatnya :
  1. Panaskan kukusan dan lapikkan loyang dengan kertas minyak.
  2. Masukkan semua bahan yg diayakkan dalam mangkuk.
  3. Masukkan butter cair, air panas, gula dan susu pekat dalam mangkuk yg berisi bahan yg telah diayakkan.
  4. Masukkan telur dan kacau adunan sehingga sebati.
  5. Masukkan dalam loyang dan kukus selama 1 jam atau lebih sikit.
  6. Sejukkan dan hiaskan dengan kerim keju dan buah2an koktel
Bahan krim keju:
  • 250 gm keju cream philidephia
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1/2 cawan air agar-agar *masak air dengan 1 sb serbuk agar2
  • 1 cawan yogurt perisa mangga 
  • 1 tin buah2 koktel - Mas x letak
  • 1/2 cawan air dalam buah2 koktel - Mas x letak
Cara membuatnya:
  1. Pukul keju cream dan gula sehingga rata @ lembut.Masukkan yogurt dan pukul lagi.Masukkan air@ cecair agar dan kacau rata.
  2. Tuangkan atas kek span dan sapukan rata. Taburkan buah2 koktel dan sejukkan beberapa jam. Potong dan hidangkan
Nota :
  1. Saya guna yogurt plain, jadi topping tu sedikit masam. Jadi memang disyorkan guna yogurt  buah la kan. Lepas tu saya rasa nak buat kek ni sesuai guna loyang yang boleh buka sisinya tu. Sebab topping tu agak cair dan memakan masa untuk mengeras. Bila ada loyang gitu jadi kek boleh dihidang dengan cantik. Tapi pada pandangan saya, bagi yang tak de loyang buka sisi tu, boleh je gunakan idea yang lain, mcm saya. 
  2. Saya pernah buat kek ni dengan dihidang didalam loyang kaca. Kukus sesiap kek, pastu terbalikkan kek ke loyang kaca yang elok ukuran n ketinggian. Kemudian curah topping keju di atas kek. Sejukkan dan hidangkan. Maknanyer dihidang terus kek di dalam bekas kaca tula.
  3. atau pun
  4. kek coklat di keluarkan dari loyang, letakkan di atas pinggan. kemudian ambil aluminium foil, lipat dua, dan tepekkan foil disekeliling kek mengikut bentuk kek. Haruslah foil tu tinggi dari kek untuk menampung  topping keju tadi.  Curah topping. Biarkan sehingga topping keras. Hidangkan.
  5. atau pun
  6. Kukus kek di dalam bekas loyang chiffon. Kan ke loyang chiffon tu boleh buka sisinyer tu kan. Tapi alas loyang guna foil takut adunan kek coklat tu nanti bocor keluar. Tapi Saya buat tu, tak de pulak kek coklat tu keluar, cume ada sikit2 je la. Kemudian bila kek sejuk curah topping di atas kek. Dan  biar keras, baru buka sisi loyang tu. Potong kek dan hidangkan.
  7. Ni cara yang mudah nyer la. Ada lagi kot cara yang lain boleh dishare kan juga ye.tq



No comments:

Post a Comment