Thursday, October 6, 2011

Nasi Goreng Kampung



Assalamualaikum. Pagi ni layan dulu Nasi Goreng Kampung yang Mas buat untuk sarapan semalam.  Pedas dan sedap....habis masukkan segala harta karun yang ada kat dapur, selalunya kalau buat nasi goreng kampung, Mas suka tumbuk bawang putih, bawang merah, cili padi dan udang kering...harum jerk baunya masa menumis....suka juga letak ikan bilis yg digoreng dalam nasi tu.....hmm....memang best....ada pulak lebihan ayam goreng...letakkan juga...dan kacang buncis yg dipotong2.....wahhhhh...sedapp tau....he3

Nasi Goreng Kampung
Resepi : MasDuniaku
Bahan :
  • 2 cawan nasi sejuk - lerai2kan
  • 1 sudu besar udang kering, rendam kejap dan toskan - ditumbuk
  • 10 biji cili padi - ditumbuk
  • 1 ulas bawang putih - ditumbuk
  • 1 biji bawang merah - ditumbuk
  • 2 biji bawang merah - dihiris
  • 6 batang kacang buncis - dipotong2
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar Sos tiram maggi
  • sedikit kiub ikan bilis
  • ikan bilis yang digoreng dan ayam goreng dipotong
  • sedikit lada sulah aji shio
Cara memasak :
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang merah yang dihiris hingga layu dan masukkan bahan tumbuk  dan tumis hingga harum. Masukkan kiub ikan bilis dan sos tiram, kacau sebati dan masukkan telur dan biar mengeras sikit , kacau dan gaul bersama bahan2 lain.
  2. Masukkan nasi dan gaul sebati dan terus besarkan api dan gaul pantas. Renjiskan sedikit air panas atas nasi supaya nasi goreng tu tak terlalu kering dan kacau lagi. Masukkan ikan bilis goreng dan ayam goreng yang dipotong dan sebatikan, masukkan lada sulah aji shio, kacau lagi , rasakan dan jika ok boleh tutup api... 


No comments:

Post a Comment