Sunday, September 30, 2012

Roti Naik Tok Mak @ Roti Lembut




Assalamualaikum.
Lama dah tak meroti, jadi bila meroti balik, rasa seronok sangat tengok roti menjadi dengan jayanya.....lembuttt dan gebuuuu...
Dah nampak kat wall fb Izahdaut, tapi sabar lagi...tapi bila tengok Ika pulak menerainya....hmmm...memang jadi tak sabar2 dah nak meroti...Mas buat khamis lepas...jadi dah abis yerk..he3
Tima kasih pada Faridah Haron FB yang berkongsi resepi Roti Lembut @ Soft Bun yang mabeles ni di wall fbnya...tengok bahan2nya pun ringkas jerk......tak de guna pelembut roti pun...
Lepas ni, memang Mas tak serik lagi mencuba resepi ni....   ^__^  ...terbaikkk

Update :
Akhirnya jumpa juga wall FB Tok Mak, tuan punya resepi Roti Naik nie, Mas panggil Roti Lembut...boleh yerk kak...he3....
Perhhh...puas juga selongkar fb mencari resepi Roti Naik nie...TQ kak atas perkongsian resepi Roti Naik yang lembut gebu nie.....




Roti Naik @ Roti Lembut @ Soft Bun Resepi 

Resepi : Tok Mak FB
Sumber 1 : Faridah Haron FB
Sumber 2 :  Ika

Bahan2 :
500 g tepung high protien @ tepung gandum @ tepung roti
 1 biji telur

 3/4 cawan gula halus
 1 sudu besar susu tepung  - Mas ikut Ika gantikan horlicks
 2 sudu besar susu pekat manis
 2 sudu besar marjerin
 1 sudu besar shortening
 1 peket mauripan (11g)
 campurkan susu pekat manis + telur + tambah air...jadikan 300 ml semua sekali 

***utk pastikan yis hidup....sy campurkan skali yis dlm bancuhan air diatas....sy guna air suam panas...jika yis berbuih...maksudnya sedia utk diguna...jika sebaliknya...jgn guna...(resepi tok mak x tulis cam ni....maaf tok mak...sy ubh sbb nk tgk yis ok ke x)

Mas tak campur pun yis ngan campuran air tu, tuang jerk yis dengan bahan2 diatas, Alhamdulillah, roti tetap lembut gebu ...  ^__^





 Cara :
Dalam mangkuk...
Masukkan tepung dan gula halus...masukkan adunan 300ml air tu...gaul sebati....
Masukkan marjerin dan shortening...gaul rata....
Teruskan uli hingga adunan lembut, licin serta elastik...

Perapkan doh sehingga naik sekali ganda...tumbuk2 doh utk kuarkan angin...bulatkan       kecik2...susun dlm loyang...yg dah di griss....perap lagi sejam, untuk buat doh pizza boleh kurangkan kuantiti gula.
Bakar dalam oven 180...selama 20 minit atau hingga masak...dengan api atas bawah
Kaedah lain menggunakan Bread Maschine boleh set kan mcm biasa utk buat doh.




Makan roti ni dengan Butterscotch Souse.....perhhhhh


Grilled Brinjal-Tomato Bruschetta

 One long French Loaf usually isn't enough for four of us if I make this for breakfast.... My two boys just love it very much. The brinjal and tomato are flavored with garlic, olive oil and balsamic sauce and then sprinkled with chopped fresh basil leaves.... very tasty and nice aroma. Apart from serving for breakfast, this certainly will be a big hit if served as starters during a party.
By: Roz@HomeKreation
INGREDIENTS:
1 French Loaf* - sliced oval shape
Brinjal - sliced oval shape 
Tomato - sliced 
2 cloves Garlic* - pounded 
2 tbsp Balsamic Vinegar*
4 tbsp Extra Virgin Olive Oil*
Chopped Chili Padi*
Salt* (* mixed) 
Cheese Slices
Tomato Sauce
Chopped Fresh Basil Leaves

METHOD:
1.  Toast French loaf slices in an oven on one side until crispy.
Spread tomato sauce on the other side and top with cheese slice.

2. Dip brinjal or tomato into balsamic sauce* and toast until slightly browned on top.
Arrange on top of cheese slice on toast.
Sprinkle with chopped basil leaves.
Grill until golden brown.
Serve right away.
*************************

BAHASA MALAYSIA VERSION
Hirisan roti Perancis di panggang dengan topping begini memang kesukaan anak2 teruna Along kat rumah ni. Topping terung dan tomato ni Along perisakan dengan sos balsamic, memang sedap sangat jadi nya. Boleh di hidangkan sebagai sarapan atau pun pembuka selera di waktu parti.

By: AlongRoz@HomeKreation
BAHAN2:
1 batang panjang Roti Perancis * - hiris bujur nipis
Terung - hiris bujur nipis
Tomato - hiris nipis
2 ulas Bwg Putih* - tumbuk
2 sb Balsamic Vinegar*
4 sb Extra Virgin Olive Oil*
Cili Padi* - potong kecil 
Garam* (* campur) 
Cheese Slices
Sos Tomato
Daun Selasih segar - cincang halus

CARA2:
1.  Panggang hirisan roti Perancis sehingga garing, hanya pada satu belah permukaan sahaja.
Terbalikkan & sapu sos tomato dan letakkan sekeping kecil cheese slice.

2. Celup terung atau tomato ke dalam sos balsamic* & panggang sehingga keperangan.
Aturkan terung atau tomato ke atas kepingan cheese atas roti tadi.
Taburkan hirisan daun selasih.
Panggang sehingga keperangan.
Hidangkan segera.


Saturday, September 29, 2012

Granola Chocolate Bars

 I made this for Liana's breakfast pack to school - simple and quick to prepare at night before and ready in the morning without much fuss for everyone's light breakfast. The bars are stuffed with cereals and nuts so just perfect for the boys' as light snack before having a heavier breakfast later in the college.

By: Roz@HomeKreation
Size: 9" square tin
INGREDIENTS:
4½ cup Granola Cereal
100g Butter
250g Bittersweet Chocolate
180g Condensed Milk

METHOD:
1. Melt chocolate in microwave for 1 minute & add in condensed milk.
Melt butter in microwave in a separate bowl & mix into chocolate mixture.
Mix in Granola cereal until well coated.

2. Line tin with parchment paper, overhang on two sides - so that it can be easily lifted out later.
Press mixture into the tin.
Let is set in fridge before slicing.

BAHASA MALAYSIA VERSION
Along buat ni untuk Liana bawa bekal ke sekolah untuk sarapan pagi. Liana cerewet makan, yg ini boleh juga tarik perhatian dia sebab ada coklat. Kebiasaan nya, Along tak benarkan Liana makan coklat tapi sebab yg ini ada bijirin dan kekacang yg boleh mengenyangkan, so ok lah sekali-sekala.

Nak buat ni senang sangat2 - sediakan pada malam nya dan esuk pagi hidangan sarapan seisi keluarga sudah sedia. Ni kira lapik perut je sebelum the boys rihat sarapan di kolej. Buat kudap2 bila2 pun boleh....

Resepi ni lebih-kurang cam Kek Batik Coklat yg Along buat sebelum ni.

By: AlongRoz@HomeKreation
Size: 9" square tin
BAHAN2:
4½ cwn Granola Cereal
100g Butter
250g Bittersweet Chocolate
180g Susu Pekat

CARA2:
1. Cairkan coklat dlm microwave selama 1 minit. 
Campurkan susu pekat sehingga sebati.
Cairkan butter dlm microwave 30 saat dlm mangkuk yg berasingan & campurkan sebati dgn adunan coklat.
Masukkan Granola Cereal & gaul sehingga rata.

2. Lapik tin dengan kertas - pastikan kertas terlebih panjang di dua hujung.
Tekan adunan ke dalam tin supaya rata.
Simpan dalam peti sejuk sehingga coklat keras.
Potong & hidangkan.

Before sliced
 

Thursday, September 27, 2012

Chilled Chocolate Cheesecake in Jar




Assalamualaikum.
Layan jerk la entry coklat ngan cheese ni yerk....ingatkan nak stop jap makan cheese...tapi tergoda juga dengan Chilled Chocolate Cheesecake in Jar yang datang dari dapur tauke kek N cheese Anna Qawina...sabarrrr jerk la ngan makcik sorang tu....kalau ada sesiapa yang teringin tapi malas nak buat Chilled Chocolate Cheesecake in Jar ni, korang order jerk ngan Anna ni yerk....order sentiasa terbuka setiap masa...korang tel @ pm jerk Anna...he3
Kebetulan sekarang ni adik ada kat rumah, jadi semangat nak merasa Chilled Chocolate Cheesecake in Jar ni makin berkobar2.....jadi Mas pun buat semalam.....hmmm...tak mo cakap banyak...tak terkata2 sedapnya Chilled Chocolate Cheesecake in Jar ni....macam aiskrim MD pun ada juga...memang sedapppp...TQ pada Anna atas perkongsian olahan resepi yang mabeles ni..moga rezeki ko sekeluarga makin melimpah2 yerk..sayanggg ko...


Chilled Chocolate Cheesecake in Jar
Olahan Resepi :  Anna Qawina


Bahan :
125 g cream cheese, suhu bilik
137 g @ 1 bekas kecil yogurt
30 g gula kastor
125 g whipping cream Brand Vivo, pukul hingga gebu dan bertanduk (soft peak )
1/2 sdb + 1/2 st gelatin Halagel
2 sdb air hangat

Chocolate Ganache : 
Cairkan dan biarkan menyejuk pada suhu bilik sebelum digunakan

Bahan :
200 grm coklat masakan@compound Choc.
100 ml susu cair
1 sdt butter




Cara :
Pukul cream cheese, gula kastor hingga sebati.
Masukkan yogurt, gaul rata.
Masukkan gelatin ke dalam bekas berisi air hangat. Biarkan 5 minit hingga kembang, cairkan secara double-boiler atau guna microwave-oven (on HIGH 3saat. kacau rata). 
Biarkan hingga ia suam, kemudian baru masukkan ke dalam adunan yogurt cheese. Gaul rata.
Perlahan-lahan kaup balikkan whipping cream yg telah dipukul kental tadi ke dalam adunan. 

NOTE: 
Pastikan whipping cream tidak terlalu sejuk untuk elakkan adunan terus pekat bila ia bergaul dengan adunan bergelatin tadi. 

Kaup balik rata-rata, sedia untuk digunakan.
Sediakan jar @ bekas pilihan, paipkan@sudukan adunan cheesecake tadi ke dalam jar, lebih kurang 3@4 sudu besar, kemudian paipkan choc.ganache@apa2 filling kesukaan, seterusnya paipkan adunan cheese sekali lagi, buat sampai hampir penuh jar anda.
Sejukkan dalam peti sejuk paling kurang 4 jam atau lebih.




Cake in jar ini boleh dimakan dengan menggunakan sudu, tak perlu letak base@kalau nak letak base bolehlah hancurkan apa2 biskut pilihan ataupun lebihan2 kek boleh juga diramas kasar & masukkan ke dalam jar sebelum diletakkan adunan cheese tadi.



Tuesday, September 25, 2012

Slivered Almonds Bersalut Coklat




Assalamualaikum.
First time makan sekut ni masa open house rumah kawan baru2 ni....
sedapppp dan menjadi rebutan semua...kejapp jerk habis sebalang.....dapat juga Mas rasa 2 ketoi....huhuhuhuhu
Dan Mas cadang nak buat sendiri memandangkan bahan2nya yang simlpe jerk....dan rasanya....sama macam yang Mas makan hari tu.....Alhamdulillah...kali ni baru puas makan...yerk la....buat sendiri la kan...he3
Pada Mas Slivered Almonds Bersalut Coklat ni, sangat simple dibuat, bahan2nya pun tak banyak dan sangat sedappp untuk dibuat kudapan....
Selamat mencuba yerk...


Slivered Almonds Bersalut Coklat
Resepi olahan : MasDuniaku

Bahan :
Slivered Almonds secukupnya
Cooking coklat
sedikit butter
paper cup secukupnya




Cara :
Bakar kejap Slivered Almonds dalam oven pada suhu 170 c selama 6 - 7 minit.
Sejukkan sekejap.
Masukkan Slivered Almonds yang telah dibakar sekejap dalam oven tadi kedalam paper cup...sukatan ikut suka nak letak banyak mana. Ketepikan.
Cairkan cooking coklat secara double boiling dan tambah sedikit butter dalamnya.
Kacau sebati dan terus tuang kedalam paper cup yang ada Slivered Almonds tadi.
Sejukkan dulu baru masukkan dalam balang.


Update :




Untuk yang bertanya rupa Slivered Almonds....inilah dia.........gambar dari Google...TQ




Monday, September 24, 2012

Swiss Roll Coklat & Strawberi Cream Cheese Filling




Assalamualaikum.
Dah banyak minggu plan nak buat kek yang mengancam ni...akhirnya Mas buat juga...serius, Mas tergoda sangat tengok Swiss Roll Coklat N Blueberry Cream Cheese Filling kat dapur Noorsha hari tu. Dan bila dah merasa....hmmmmmm...sedapppp sangattttt...gabungan cream cheese filling dan ada lak topping coklat atasnya memang sangatttt mabelessss...passti Mas tak serikkkk buat lagi....TQ Sha atas idea ko yang sangat bernas.....cuma Blueberry tu Mas tuko ngan Strawberi....tak pe kan..he3....swiss roll tu pun sedap....lembut dan gebuuu...memang terbaik...


 Swiss Roll Coklat

Sumber : Maklang Azie
Bahan [A] :
3 biji telur gred A atau B
2 oz (4 Tbsp / 60 gm) gula kaster
1/2 tsp serbuk penaik
1/2 tsp asen vanilla
1/2 Tbsp ovallate
1.5 oz (5 Tbsp) tepung gandum (sukat dan kemudian kurangkan 2 Tbsp tepung gandum ni, kalau guna sukatan Tbsp - letak 3 Tbsp jer)
2 Tbsp serbuk koko
1/2 Tbsp susu tepung

Bahan lain :
2 oz (60 gm) mentega (dicairkan dan disejukkan)
Buttercream secukupnya ( Mas ikut Noorsha guna cream cheese filling)

Cara :
  1. Pukul bahan-bahan [A] dengan kelajuan maksimum hingga kembang dan berkrim (lebih kurang 7-9 minit).
  2. Masukkan mentega cair ke dalam adunan dan kaup balikkan dengan spatula hingga sebati dan rata. Keluarkan 1-2 Tbsp adunan ini dan campurkan sedikit coklat paste atau coklat emulco dan gaul rata. Kemudian masukkan adunan yang sedikit ini ke dalam beg plastik untuk dibuat corak nanti.
  3. Tuang adunan yang asal ke dalam loyang 11" X 8" yang telah dilapikkan dengan kertas kalis minyak dan ratakan permukaannya. Paipkan adunan yang diwarnakan coklat tadi dan buatlah corak yang diingini.
  4. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170 C selama 20 minit menggunakan api atas dan bawah.
  5. Setelah selesai proses pembakaran, keluarkan kek dari oven. Biarkan sejuk seketika. Letakkan sekeping kertas kalis minyak di permukaan kek dan terbalikkan kek ke atas permukaan yang rata. Bahagian bawah kek kini berada di atas. Tarik perlahan kertas alas pembakaran tadi.
  6. Sapukan permukaan kek dengan buttercream secara lemah lembut.
  7. Gulung kek dengan cermat menggunakan baking paper. 
  8. Balut kek yang siap diroll dengan baking paper.. simpan dalam peti sejuk 1-2 jam sebelum dipotong dan dihidang.




Resepi Blueberry Cream Cheese Frosting

Bahan² :
100 gm Cream Cheese
100 gm Blueberry Filling - Mas guna Strawberi Filling
5 - 7 sudu makan susu pekat manis (boleh tambah ikut selera)


Cara² :
Putar kesemua bahan diatas hingga licin dan sebati... rasa sedikit untuk mendapat imbangan rasa yang diiingini..tambahkan lagi susu pekat jika perlu...sedia untuk disapu pada permukaan swiss roll..



Merdeka Raya Cake

 In lieu of Malaysia Day 16th Sep, office decoration competition and Merdeka Raya celebration was held on last Friday in our office and four different corridors participated. The office was decorated with flags and raya ornaments. My team chosen "kampung" theme with office decorated with multi-racial kampung stuffs - woven plates, Hari Raya greeting cards, Malaysian flags, Batik & Pelikat sarungs, Malay kompang, Chinese cymbals, native instruments and many items made from recycled materials like tin lamps, chandelier,  canon, paper flowers, etcs. Traditional food and drink were served to judges with the above cake as the table centre piece denoting Malaysian flag!



The decoration idea for the cake was from Azlita blog but I used a combination of Red Velvet and White Butter Cake instead. I also attempted to resemble the 14 layers of Malaysian flag.... I was very nervous about slicing the cake very thinly in order to produce the right count of layers.... well slicing the cake into 7 layers is a very challenging job but am glad it worked out successfully without breaking any.


By: Roz@HomeKreation
1½ portion of Red Velvet Cake recipe from here
½ portion of White Butter Cake from here
1 kg Fresh Cream

METHOD:
1. Bake all the 1½ portion of Red Velvet cake batter in one 9" round tin.
This will take 1½ hour to completely cook the cake.
Cool the cake completely on wire rack.
Wrap with plastic cling and chill overnight in fridge - this is to avoid the cake to break or crumbly when sliced.
Slice into seven layers (roughly abt ¼" thick each layer).
Discard the most top part so that the cake is even layers & flat top.

2. For ½ portion of White Butter Cake, skip coconut milk replace with milk.
Colour the batter blue & bake in 8" round tin for 30 min.
Cool cake completely before cutting.
Cut cake using 6" round cutter.

3. To assemble the cake, sandwich layers of the red velvet cake with fresh cream.
Use big spatula to lift the cake since it is very thin layer & hence fragile.
Press the round cutter in the middle of top 3 layers & remove the inner cake with spoon.
Insert the blue cake in the middle.
(You can also cut the red cake with the 6" cutter before sandwiching but I was worried it will be too fragile to handle since the cake is very thin).
Cover the rest of the cake with fresh cream & decorate as you like.

BAHASA MALAYSIA VERSION
Kek ni Along buat hari Jumaat lepas untuk pertandingan Merdeka Raya kat pejabat. Tak taulah menang ke tidak pertandingan menghias pejabat dan opis terbuka, esuk baru tau keputusan nya. Selain dari menghias pejabat dengan tema Merdeka Raya, bermacam2 aktiviti pada hari itu termasuklah sambutan tetamu dgn tarian joget, menghias pejabat dgn barang2 recycled, jamuan makanan & minuman tradisi seperti lemang, rendang, kuih cincin, karai, angku, kek lapis, biskut raya dll. Kek Merdeka yg Along buat ni kita buat sebagai centre piece.... Seronok betul pada hari tu, bergelak-ketawa sewaktu menyambut para juri.

Idea nak hias kek ni Along dapat dari blog Azlita tapi Along guna resepi kek yg berlainan. Terima-kasih ya Ita atas idea yg sangat kreatif ni. Ramai kwn2 kat opis yg terpesona dgn potongan kek dgn bendera biru di tengah2 nya.

oklah, meh lihat resepi & cara2 yg Along buat. Kalau nak tengok yg Ita buat, boleh lah klik kat atas tu ya.

By: AlongRoz@HomeKreation
1½ adunan Red Velvet Cake dari sini
½ adunan White Butter Cake dari sini
1 kg Fresh Cream

CARA2:
1. Bakar kesemua 1½ adunan Red Velvet cake dalam tin 9" bulat lebih kurang selama 1½ jam.
Sejukkan kek di atas dawai & balut dgn plastik lekap.
Sejukkan semalaman dlm peti-sejuk supaya kek tidak berderai apabila di potong nanti.
Potong kek kepada 7 lapisan (+/- ¼" tebal setiap satu)
Buang lapisan paling atas supaya kek sama rata tebal nya.

2. Untuk ½ adunan White Butter Cake, gantikan santan dgn susu & warnakan adunan dgn warna biru.
Bakar dlm tin 8" bulat selama 30 minit.
Sejukkan kek sebelum di potong.
Potong dgn acuan bualt 6"& buang selebihnya.

3. Lapiskan kek merah dgn fresh cream.
Hati2 sewaktu mengangkat lapisan2 kek merah sebab ia nya sangat nipis & mudah patah - Along guna sudip yg besar utk mengangkat & melapis kek itu.
Letak pemotong bulat 6" di tengah2 kek & tekan sehingga 3 lapisan pertama.
Buangkan bahagian tengah kek dgn sudu.
Letakkan kek berwarna biru di tengah2nya.
(Along tak potong kek merah di tengah nya sebelum melapis dgn krim sbb takut patah. Sebalik nya Along melapis dahulu baru di potong tengah nya).
Tutupi keseluruhan kek dgn fresh krim & hiasi mengikuti kreativiti masing2.

 Ini gambar lebihan2 kek selepas di potong.... saja jer Along nak tunjuk. Nanti ada pula yang kata Along tayang kek beli & tak percaya Along buat sendiri kek ni. Baru2 ni ada yg lepas cakap kat Along kat FB sewaktu Along tayang kek buah baru2 ni. Buat apa lah Along nak menipu sampai begitu sekali.... sedih sungguh rasa hati bila ada yg cakap tanpa usul selidik. Bagi yg sudah mengenali Along beberapa tahun ni tentu sudah melihat banyak hasil2 tangan Along kan. Along berblog ini pun adalah satu pengorbanan besar buat para pembaca semua. Walaupun masa amat terhad sebab Along bekerja & ada anak kecil yg perlu perhatian, Along masih luangkan masa untuk berkongsi dengan semua di cyber ni. Dari segi pendapatan, gaji Along lebih dari mencukupi untuk keperluan Along & keluarga - yg mengenali Along dari dekat tentu nya paham. Along tak perlukan pun duit iklan yg seciput ni - nak dapat RM100 setahun pun susah, tidaklah Along herankan duit tu pun. Di harap para pembaca dapat menghargai usaha titik-peluh Along berblog.... ianya semua ikhlas sumbangan dari Along. Hanya doa dan persahabatan yg Along hargai.... sekian celoteh panjang kali ini. Maaf ya, bukan niat nak kecikkan hati sesiapa tetapi Along harap dapat jelaskan kepada semua mengenai perasaan terkilan Along ni. Si polan tu dah pun minta maaf & Along maafkan.








Sunday, September 23, 2012

Ayam Masak Asam




Assalamualaikum.
Salah satu menu peberet...kesukaan anak2 juga...selain dari ayam, boleh juga guna ikan yang digoreng dahulu...memang sedap Ayam Masak Asam nie...rasanya yang masam2 pedas, memang membangkitkan  selera...syok juga bila dapat hirup kuah tu...mabeles...TQ pada tuan resepi Mrs Noor Myresepi. Katanya resepi dari MILnya..satu resepi yang simple dan sedap...like sangat

Ayam Masak Asam

Bahan 

 Sesuai utk 4 orang makan 

1/2 ekor ayam (anggaran 1kg beratnya) 

3 ulas bawang putih *

3 biji bawang kecil *

1/2 inci halia *

1/2 inci lengkuas *

1 sudu teh jintan manis *

10 biji cili api - belah 2 (tp x putus) - Mas guna cili kering

1 biji bawang besar - dipotong bulat 1 batang

serai - diketuk

2 sudu asam jawa 

sedikit kiub ayam - Mas tambah


Cara :

Ayam di potong sederhana besar dan digoreng hingga kekuningan ( jangan terlalu garing ).

Tumbuk atau kisar bahan bertanda * dan ditumis bersama serai hingga kekuningan. 

Masukkan cili api, bawang besar, air asam jawa dan ayam yang digoreng tadi. 

Perasakan dengan garam dan sedikit kiub ayam. 

Masak hingga kuah agak pekat. 

Sedia untuk dihidang  ( ^_^ )




Saturday, September 22, 2012

Chicken Green Rendang II (Rendang Ayam Hijau II)

This time I made a drier version than the first one and adding more spices which I felt will be more suitable for special occassion - my two boys and hubby commented that they like it very much. It was served for the HROH last week to accompany the steamed glutinous rice.

I have cut down below recipe to smaller portion than the one I actually cooked for ease of readers to try.

By: Roz@HomeKreation
INGREDIENTS:
1 Chicken - cut 
10 Green Chilies*
4-5" Ginger*
5-6 Lemongrass*
15-20 Shallots*
5 cloves Garlic*
1" Galangal*
1 tbsp Coriander Seeds*
1/2 tbsp Cumin Seeds*
1/2 tbsp Fennel Seeds*  (* blended) 
2 tsp Turmeric Powder
1 big bowl Thick Coconut Milk (enough to cover all chicken) 
1 tbsp Palm Sugar
1 pc Dried Tamarind
2 Turmeric Leaves**
5 Kaffir Lime Leaves** (** slice thinly) 
50g Roasted Coconut Paste "Kerisik"
Salt
1 cup Oil

METHOD:
1. Heat up oil & stir fry blended ingredients* until fragrant.
2. Add in the rest of ingredients (except Kerisik) & cook until boiled.
3. Add in chicken and cook until done and gravy is thicken.
Add in Kerisik and cook until almost dry.
Cook above medium fire and stir occasionally to avoid burning.
4. Serve with rice or glutinous rice.
******************************************

BAHASA MALAYSIA VERSION
Cuba lah rendang hijau yg Along buat ni.... anak2 & hubby kata sedap. Buat ni minggu lepas hidang kat kawan2 my boys on HROH sbb they all pesan teringin nak makan rendang.

By: AlongRoz@HomeKreation
BAHAN2:
1 ekor Ayam - potong2
10 bj Cili Hijau* (tambah jika mau lebih pedas) 
4-5" Halia*
5-6 btg Serai*
15-20 ulas Bwg Merah*
5 ulas Bwg Putih*
1" Lengkuas*
1 s Ketumbar*
1/2 sb Jintan Putih*
1/2 sb Jintan Manis (* blend) 
2 st Serbuk Kunyit
1 mangkuk besar Santan (cukup utk menutupi ayam) 
1 sb Gula Kabung
1 keping Asam Keping
2 helai Daun Kunyit**
5 helai Daun Limau Purut** (** hiris halus) 
50g Kerisik
Garam
1 cwn Minyak

CARA2:
1. Panaskan minyak & tumis bahan2 blend* sehingga wangi.
2. Masukkan kesemua bahan2 yg lain & masak sehingga menggelegak.
3. Masukkan ayam & masak sehingga daging empuk & kuah pekat.
Masukkan kerisik & masak sehingga kuah hampir kering.
Pastikan api sederhana & kacau sekali-sekala supaya tidah hangit.
4. Hidangkan dgn nasi atau pulut.

Friday, September 21, 2012

Kuih Sagu Resepi Kak As




Assalamualaikum.
Entry tertunggak sebenarnya. Mas buat masa bulan puasa baru2 ni..he3
Mencuba pulak Kuih Sagu resepi dari Kak As. Nampak kat dapur Izahdaut ....Bila tengok bahan2nya, lebih kurang jerk dengan resepi kuih2 sagu yang lain, cuma Kuih Sagu Resepi dari Kak As ni, ditambah sedikit tepung jagung supaya Kuih Sagu ni cantikk bila dipotong. Mas letakkan jerk dalam acuan lompang setengah adunan sebab Ain ngan Daniel suka mencedok kuih ni guna sudu...memang ada kelainan bila ditambah tepung jagung dalamnya sebab kuih sagu ni tak melekit sangat...lagi la suka budak2 tu makan sebab dia orang tak nak letak kelapa parut...kuih sagu tu tak melekat sangat kat sudu...he3...yang baki setengah adunan tu Mas masukkan dalam bekas tapaware kecil...try cedok guna scop aiskrim...Alhamdulillah, sagu tu tak melekat kat scop tu...
TQ pada tuan resepi Kak As atas perkongsian resepi kuih sagu ni dan Izahdaut yang telah sebarkan lagi resepi kuih sagu ni diblognya....


Kuih Sagu Resepi Kak As
Sumber : Izahdaut 

Bahan :
2 cawan sagu - basuh dan toskan
4 cawan air
1 cawan gula
2 sudu besar tepung jagung - bancuh bersama sedikit air
Kelapa parut + sedikit garam




Cara2 :
1. Didihkan air bersama gula, masukkan pewarna.
2. Apabila mendidih masukkan sagu
3. Kacau sehingga biji sagu menjadi jernih
4. Masukkan bancuhan tepung jagung
5. Angkat, tuangkan dlm acuan yg telah digris dgn minyak
6. Jika menggunakan loyang, alas loyang terlebih dahulu dengan plastik.
7. Setelah sejuk boleh la dipotong dan digaul dengan kelapa..