Sunday, September 9, 2012

Biskut Sarang Semut




Assalamualaikum.
Curi masa mengupdate blog sekejap sementara Adam tengah tido.....he3
HaSue...meh la update blog.....Izahdaut dah timbul tu....Zaliedana pun....beraya sakan korang yerk...
Dalam mood raya masih berbaki lagi nie...meh layan Biskut Sarang Semut yang mabeles ni.Hari tu buat 2 adunan untuk raya.....dan minggu lepas, Mas buat lagi sebab rasa tak puas lagi makan Biskut Sarang Semut ni....antara biskut peberet budak2 datang beraya.
TQ pada tuan resepi Kak Hanieliza dan Noorsha yang menyebarkan resepi Biskut Sarang Semut ni.


Biskut Sarang Semut
Resepi : Kak Hanieliza 
Sumber :  Noorsha

Bahan :
250 gm butter
100 gm gula halus
350 gm tepung gandum ( Mas ikut Noorsha guna 250 gm saja )
100 gm tepung kastard ( Mas ikut Noorsha tambah ) 
100 gm tepung jagung
1 biji kuning telur 
1 sudu kecil esen vanila

Bahan Hiasan :
sedikit coklat rice
sedikit manik gula kecil ( warna warni )
secukupnya paper cup kecil



Cara :
Pukul kembang butter dan gula.
Masukkan kuning telur dan esen vanila dan gaul rata.
Masukkan tepung dan gaul rata.
Parutkan adunan kedalam mangkuk kecil dan sudukan kedalam paper cup.
Taburkan coklat rice dan manik gula kecil.
Bakar dalam oven dengan suhu 180c sampai masak ( anggaran 15 minit ).
Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.



No comments:

Post a Comment