Monday, September 3, 2012

Nutella Cheese Tart





Assalamualaikum.
Sedikit kelainan untuk cheese tart...kali ni Mas try buat Nutella Cheese Tart. Bila nampak tauke cheese tart AnnaQawina tayang Coklat Cheese Tart...Mas jadi teringin pulak nak merasa...tapi derhaka dengan menggunakan Nutella....hmmm...memang sedapppp...untuk penggemar2 coklat..mesti suka....tapi rasa cheese tu pada Mas dah jadi kurang disebabkan rasa coklat yang lebih menyerlah....budak2 memang gemar sangat....TQ pada Anna untuk yang sudi berkongsi idea Coklat Cheese Tart...moga makin murah rezeki kau.....sila2 la ke blog Anna kalau nak menempah dessert yerk....macam2 ada...


Nutella Cheese Tart
Resepi : AnnaQawina
Olahan : MasDuniaku



CRUST
Bahan :
250 g mentega Buttercup
120 g gula ising
2 biji telur gred B
480 g tepung gandum - kalau lembik tambah tepung lagi

Cara :
Ayak gula icing ke dalam mangkuk besar.
Menggunakan senduk kayu @ whisker, pukul gula icing dan mentega hingga sekata. Jangan pukul lama sangat.
Masukkan telur dan pukul lagi sekejap.
Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga membentuk doh, gaulkan dengan tangan biar sebati.
Kalau lembik sangat boleh tambah sedikit tepung lagi.
Bulat2kan doh sebesar ibu jari dan tekan ke dalam acuan tart, biar sekata, potong tepinya dengan pisau agar rata, cucuk dasarnya dengan garfu.
Buat sampai habis dan bakar menggunakan suhu 170'C lebih kurang 15-20 minit @ sehingga masak ( warna perang2 sikit ) 
Guna api atas bawah dulu 10 minit, kemudian api bawah sahaja sehingga masak.

Nota : 
Untuk mendapatkan crust yang cantik dan elok pada pemerhatian Ana, simpan doh dalam peti sejuk untuk 1/2 jam kemudian baru diterap, kemudian, sebelum dibakar, masukkan dulu adunan doh yang dah siap diterap dalam peti ais sambil2 panaskan oven tu, kemudian bakar, ON kan kipas oven jika ada, InsyaAllah pastri anda akan cantik dan lebih elok.
Kalau tak sempat habiskan, boleh simpan doh dalam plastik dan tutup rapat, simpan dalam peti sejuk.
Adunan ni akan menghasilkan lebih kurang 100 biji crust saiz kecil.
Simpan crust dalam bekas kedap udara. 
ACUAN TART NI TAK PAYAH OLES MINYAK @ MENTEGA, DAH MASAK TERBALIKKAN JE DAN CRUST TU KELUAR DENGAN ELOK
Pastikan acuan tidak basah.






Cream Cheese Filling

Bahan : 
Untuk 50pcs cheese tart
250gm cream cheese
50gm gula kastor @ gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla 
Choc.ganache secukupnya. untuk adunan cheese ( Mas guna nutella )
Choc Ganache ( Mas guna Nutella ) secukupnya untuk inti dan perlu disejukkan dahulu dalam peti ais supaya lebih kental dan senang untuk paipkan dalam crust. ( klu guna Nutella tak payah sejukkan dlm petiais )


Cara :
Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
Masukkan choc.ganache ( Mas guna Nutella ) secukupnya, boleh rasa untuk tahu setakat mana yang ada perlukan.
Masukkan inti @ filling ke dalam kulit tat. Mas guna Nutella juga.
Tuang cream cheese ke atasnya. 
Bakar selama 5 minit pada suhu 170C. 
Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.

Nota :

Mas letakkan juga resepi Choc Ganache untuk panduann dimasa akan datang.

Choc. Ganache
Bahan :
200 grm coklat masakan
100ml susu cair @ 150ml whipp cream
 1 sdt butter

- Double boiler coklat bersama susu cair, dah agak2 mencair coklat tu, tutup api, teruskanmengacau sehingga coklat benar2 cair dan masukkan butter, kacau sebati.


No comments:

Post a Comment