Friday, September 30, 2011

Bubur Candil Keledek VS Badak Berendam, terkompius sikittt..



Assalamualaikum. Meh layan jerk Bubur Candil Keledek, yang Mas jadi agak kompius sikittt sebab pikirkan Bubur Candil Keledek Kak Yatie dan ole2 keledek Izahdaut adalah dari 1 resepi yang sama...rupanya ole2 keledek yang asalnya Izahdaut nak buat Badak Berendam Versi keledek tu Mas pikirkan Izahdaut nak buat Bubur Candil Keledek..aduhhhhh....macam2 kan...perasan tak ada inti kelapa dalam bebola candil tu....he3..Mas agak pening sikit gara Izahdaut tayang ole2 keledek ari tu...jadi Mas pun dengan rajinnya letakkan inti kelapa dalam bebola candil tu.....dah habis semangkuk....belek2 balik resepi Izahdaut dan Kak Yatie, baru perasan, Bubur Candil Keledek ni telah diderhakakan dengan tak sengaja dengan letakkan inti kelapa tu....huuhh....kuat betoi pengaruh ole2 keledek tu...tercompius Mas dibuatnya....he3...apa pun ...sangat sedap Bubur Candil Keledek ni walaupun telah diiintikan.....betul la kata Kak Yatie dan Izah, tak terasa liat sangat menguyah bebola candil tu...lembut2 liat gitu...sedapppnya....satukan pulak dengan kuah santan tu....perrhh..memang tak cukup semangkuk...tapi kan...

Bubur Candil Keledek
Resepi : Kak Yatie
Sumber : Izahdaut
Bahan :
  • 1 1/2 cawan tepung pulut
  • 2 cwn keledek rebus, toskan dan lecek halus
  • 1/2 cwn sagu biji - cuci dan rendamkan bersama 1/2 cwn air selama 10 minit pastu toskan)
  • 1/2 cawan air - jika perlu dan tuang sikit2 masa menguli doh
  • sedikit garam
  • pewarna kuning dan hijau
  • Air secukupnya - utk merebus bubur candil
Bahan Utk Kuah :
  • 2 cawan santan pekat
  • 2 cawan santan cair
  • 1 ketul gula melaka=racik halus dan masak hingga hancur+1 cwn air= tapiskan
  • 1/2 cwn gula pasir
  • 2 helai daun pandan- di simpul
Cara membuatnya :
  1. Rebus keledek sehingga empuk.
  2. Keledek yg telah di rebus, di toskan dan di lecek halus. Biarkan sejuk dan ketepikan dulu.
  3. Masukkan keledek yg telah di lecek tadi bersama tepung pulut dan uli hingga menjadi doh, tambah air jika perlu. Tuangkan sedikit2 sehingga menjadi doh yg diingini.
  4. Bahagikan pada 2 bahagian dan letak pewarna setiap bahagian.
  5. Didihkan air dan masakkan sagu tadi sehingga putih, setelah kembang, angkat dan siramkan di bwh air paip dan tapiskan. Ketepikan.
  6. Sementara itu dlm periuk yg lain,didihkan air dlm periuk, bulat2kan spt bebola kecil adunan kuning dan hijau dan rebuslah ke dlm air yg mendidih.(api sederhana je ya..)
  7. Apabila dah timbul bebola tu, bolehlah angkat dan tapiskan.
  8. Di dalam periuk yg lain, satukan santan cair dan santan pekat, masukkan sekali air gula melaka yg sudah di tapis tadi.
  9. Masukkan bebola candil tadi dan masukkan daun pandan...gaul sebati. Masukkan sagu biji tadi.
  10. Gaul sentiasa supaya santan tidak pecah...biarkan mendidih. Sekiranya kurang manis bolehlah tambah gula pasir sedikit. Setelah siap, matikan api dan bolehlah di hidangkan.

Bingka Tapai Ubikayu (Baked Fermented Tapioca)

 I imagined a very rich and creamy bingka made of fermented tapioca that I made yesterday..... so that is how I came up with this recipe. No sugar added but sweetened with condensed milk only and not much flour added, producing very creamy bingka resembles the taste of pumpkin cheesecake.... emmmm... I love every bite of it...! My hubby and the two boys like it a lot although they don't fancy the plain fermented tapioca. The ones chilled taste much better (unlike other types of bingka which tend to get harden when chilled).
While having in mind the texture I was looking for, I added slowly to reach the batter consistency. Luckily I measured the ingredients while adding them up slowly, so here is an accurate recipe.

Recipe created by: Roz@HomeKreation
Makes 9" round or 8" square
INGREDIENTS:
500g Mashed Fermented Tapioca (see here) 
1 cup Sweetened Creamer / Condensed Milk
1 packet (200ml) Coconut Milk
2 Eggs
1/2 cup Flour
1/2 tsp Salt
Orange Coloring

METHOD:
1. Mix all ingredients until well mixed.
2. Pour into well greased tin.
3. Bake 180C for 1 hour and top is brown.
********************************************

BAHASA MALAYSIA VERSION
Satu lagi resipi rekaan HomeKreation berpandukan bayangan selera dan rasa yg di impikan... nasib menjadi seperti yg di idamkan....hehe. Rasa sangat mirip seperti cheesecake labu, jadi sebab tu lah Along warnakan nya oren. Nak lagi sedap, sejukkan dlm petisejuk sebelum di nikmati. Untuk rasa yg lemak berkrim, Along cuma gunakan susu pekat tanpa memasukkan gula walau sedikit pun. Lagi pun rasa lemak susu pekat tu dapat imbangkan rasa masam manis tapai ubikayu. Resipi kat bawah ni Along dah sukatkan untuk anda walaupun pada mula nya Along tambah sedikit2 untuk mendapatkan kepekatan adunan yg di kehendakki.

Resipi di hasilkan oleh: AlongRoz@HomeKreation
Saiz: 9" bulat / 8" persegi
BAHAN2:
500g Tapai Ubikayu yg di lecek halus (tengok sini) 
1 cwn Susu Pekat
1 bungkus (200ml) Santan
2 bj Telur
1/2 cwn Tepung Gdm
1/2 st Garam
Pewarna Oren

CARA2:
1. Campurkan kesemua bahan sehingga sebati.
2. Tuangkan ke dlm tin yg di miyakkan.
3. Bakar 180C selama 1 jam dan atas nya garing.

Thursday, September 29, 2011

Mee Goreng Mamak



Assalamualaikum. Moga dihari Jumaat yang mulia ni, kita semua dibawah lindungannya....Amin...semalam Mas plan nak sarapan Mee Goreng Mamak, tup..tup..Izahdaut pun tayang Mee Goreng Mamak yang amat menggoda tu, terliur betoi nengok Mee Goreng Mamak Izahdaut tu, jadi Mas try ikut resepi Chef Hanieliza tu, perhhhh..memang sangat sedappp la, agaknya sebab Mas ikut Kak Hana letakkan bahan tambahan dalam mee goreng mamak tu iaitu potongan tomato. Mas memang tak pernah letak potongan tomato masa goreng mee goreng mamak walaupun perasan memang ada tomato masa makan mee goreng mamak kat kedai mamak..he3....sadis kan...lepas ni lompom ikut stye macam ni...memang mabeless....

Mee Goreng Mamak
Resepi :  Chef Hanieliza
Sumber : Izahdaut  dan Kak Hana
Bahan :
  • 500 gm mee kuning
  • 100 gm daging - hiris nipis
  • 100 gm fish cake - Mas tak letak
  • 1 cawan taugeh - Mas tak letak
  • 1 mangkuk sawi - potong kecil - Mas pun mcm Izah tuko kobis
  • 3 sudu cili mesin - nak pedas bubuhlah lebih
  • 1 sudu rempah kari
  • 3 sudu kicap pekat - Mas guna kicap campur
  • 2 sudu minyak masak
  • 1 labu bawang besar - cincang halus
  • 1 cawan putih telur @ 3 biji telur
  • 3 biji cili hijau @ merah- hiris nipis
  • tomato dibelah - Kak Hana tambah tomato - Mas pun

Cara memasak :
  1. Panaskan minyak. Masukkan bawang, cili dan rempah dan biarkan garing dan wangi.
  2. Masukkan daging dan kacau rata.
  3. Masukkan fish cake. Biar sebentar.
  4. Masukkan kicap dan mee. Kacau rata.
  5. Masukkan taugeh, tomato yg dipotong2 dan sawi.
  6. Ketepikan mee dan masukkan telur di tengah-tengah kuali.
  7. Biarkan telur tu masak sikit barulah dikacau dan gaul rata.
  8. Masakkan mee agak kering.
  9. Hidangkan dalam pinggan leper dan hiaskan.


Tapai Ubikayu (Fermented Tapioca)


 I have been successful in making Fermented Glutinous Rice (Tapai Pulut), which I have made countless number of times, but have not tried it with tapioca.  I have not eaten Fermented Tapioca for few decades that I cannot even recall how it tastes like.... I told my hubby's relative about it and he quickly sent me a gunny of fresh tapioca hoping he could also try it out (he never heard about Tapai Ubikayu because it is not common in Sarawak).
 After two days of fermentation, I tested the Tapai and it wasn't as sweet as expected. I put it back to the hidden corner in the store room and tested it out again on 3rd day.... it tasted even worse than the 2nd day with sourish sensation. I felt so frustrated and placed the whole container in a fridge hoping to turn it out into something when I have time later. Quickly I called my sifu (my Emak lah of course) to describe it to her the outcome & she confirmed that I failed.... Today is 4th day and planning to make kuih out of it.... I tasted a piece and to my surprise it turned out sweet...! I was so happy that at last I could enjoy something that I've been craving for long time! The tapioca that I used was a bit matured with lots of fibres otherwise my tapai will taste a lot more better. I will send half of the container back to my hubby's relative this weekend and hope that nothing will change by then.
The recipe I used is quite similar to my Fermented Glutinous Rice. I made it with 4kg tapioca which is 4 times of below recipe.

By: Roz@HomeKreation
INGREDIENTS:
1 kg Fresh Tapioca
1 pc (+/- 15g per piece) Tapai Yeast - ground
2 tbs Sugar

METHOD:
1. Peel & wash tapioca and ensure it is really clean.
Cut into preferred size.
Boil until 3/4 cooked.
Cool completely.

2. Mix sugar & yeast.
Sprinkle into the base of a container.
Arrange tapoca in the container & sprinkle yeast mixture.
Repeat layering tapioca & yeast.

3. Wrap & keep in a dark place for 36 hours.
The tapioca should be soften by then.


Bouquet of flowers that have dried out but still look lovely (gift from a friend recently)

BAHASA MALAYSIA VERSION
Dah lama sangat teringin nak makan tapai ubi... semenjak meninggalkan bangku sekolah dan kampung halaman sampai sekarang tak pernah terjumpa Tapai Ubikayu... (kesian kan...!). Bila sedara hubby makan Tapai Pulut Along yg sangat manis baru2 ni, Along pun cerita lah pasal keenakan Tapai Ubikayu. Terus jer dia hantor seguni ubikayu.
Tak pernah lagi buat Tapai Ubikayu, ini cuba2 nasib jer... boleh baca (siapa yg paham lah) pengalaman menapai ubi yg dlm BI kat atas... tak larat nak ulang cerita dlm BM. Along buat guna resipi yg sama macam buat Tapai Pulut kat sini tapi kurangkan gula. Meh nengok resipi nya:

BAHAN2:
1 kg Ubikayu
1 biji (+/- 15g sebiji) Yis Tapai - hancurkan
2 sb Gula

CARA2:
1. Kopek ubikayu & bersihkan sehingga betul2 bersih.
Potong mengikut saiz yg anda suka.
Rebus sehingga 3/4 masak.
Sejukkan sepenuh nya.

2. Campurkan yis & gula.
Taburkan ke atas dasar bekas plastik.
Aturkan ubikayu ke atasnya & ulangi taburan yis & susunan ubikayu sehingga habis.

3. Bungkus bekas plastik dgn kain tebal & simpan di tempat gelap selama 36 jam.
Ubikayu akan jadi lembut bila tapai sudah 'masak'.

Wednesday, September 28, 2011

Ayam Goreng Oats



Assalamualaikum. Semalam dengar khabar dari Izahdaut yang Kak Anim admitted di hospital KPJ Seremban dan hari ni Kak Anim akan di CT Scan. Mohon doa semuanya moga Kak Anim cepat2 sembuh dan moga semuanya berjalan lancar...Amin....
Meh layan dulu Ayam Goreng Oats yang simple dan sedapp ni..selalunya kalau ada lebihan dada ayam, Mas suka goreng gini....sedapp tau..apa lagi kalau dicicah ngan sos...lebih kurang ala2 Popcorn Chicken la kan.....cuma untuk salutkan ayam tu Mas guna oats.....jadi lebih berkhasiat ayam goreng ni....memang sedappp..Ain ngan Daniel ratah gitu jerk...

Ayam Goreng Oats
Resepi : MasDuniaku
Bahan :
  • 1 keping dada ayam @ peha ayam tanpa tulang - potong dadu
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
  • 1 sudu kecil serbuk kari 
  • sedikit garam 
  • 1/4 kiub ayam
  • 1/2 biji telur  - dipukul sedikit
  • 3/4 cawan oats
  • 2 @ 3 sudu besar tepung kastard 
  • minyak secukupnya untuk menggoreng

Cara membuatnya :
  1. Gaul ayam dengan serbuk lada sulah, kiub ayam dan serbuk kari hingga sebati. Boleh tambah sedikit garam jika perlu. Perap sebentar. 
  2. Letakkan telur yang telah dipukul sedikit tadi pada ayam yang telah diperap dan gaul sebati.
  3. Taburkan oats pada ayam yang diperap tadi dan juga tepung kastard hingga oats dan tepung kastard melekat elok pada ayam tu.....
  4. Goreng dengan minyak panas hingga keemasan.
  5. Apabila dah masak, angkat dan toskan. Hidangkan dengan sos kegemaran.

Steamed Yogurt Cupcakes (Apam Yogurt)

 I still have some leftover yogurt after making the Chocolate Yoghurt Cake the other day. While thinking what to do with it, I saw KakPaty making this blossom Apam Yogurt. I search for the original owner and then found out that there are so many blogger friends who have tried it successfully and original recipe was from Rima (many thanks to Rima for the marvelous recipe, KakPaty and all who shared their beautiful photos).

For info, I was so lazy to take out my steamer pot & simply used a wok to steam the cupcakes.... The water was shallow and hence dried out after each batch - I had to heat up the water for every batch and furthermore I could only steam a small number each time.... fiushhh! The lesson is next time I better use the normal steamer pot.....
By: Roz@HomeKreation
Source: KakPaty
Original recipe by: Rima
Makes 28 pieces
INGREDIENTS:
1 1/3 cup Castor Sugar (HomeKreation: reduced i/o 2 cups) 
1 tsp Ovallete
2 cup Flour
1 cup Fresh Thick Yoghurt
2 Eggs
1/2 tsp Double Action Baking Powder
1 tsp Cocoa Powder
(HomeKreation: I skipped)
1 tsp Chocolate/Pandan Paste 

METHOD:
1. Beat all of them together until the batter becomes pale, thick, and the whisk leaves a vivid trail when stirring through the batter.
2. Spare some batter for the chocolate topping (about 5 tbsp), mix it with cocoa powder and chocolate paste.
3. Drop the white batter into cups, then drop a teaspoon of chocolate batter on top of every cup.
4. Steam for 15 mins.

*****************************

BAHASA MALAYSIA VERSION
Ramai yg dah cuba buat apam ni tapi Along baru terhegeh-hegeh mencuba. Nasib baik gak dapat peluang mencuba sebab sedap banget kuih ni... takda masalah untuk mekar, semua nya tersenyum lebar. Puas hati betul buat ni & anak2 pun cakap sedap.

Source: KakPaty
Original recipe by: Rima
Alih bahasa by HomeKreation
Bilangan 28 ketul
BAHAN2:
1 1/3 cwn Gula Kastor
(AlongRoz: dah kurangkan drpd 2 cwn sukatan asal)
1 st Ovalet
2 cwn Tepung Gdm
1 cwn Yogurt
2 bj Telur
1/2 st Double Action Baking Powder
1 st Pes Coklat/Pandan


CARA2:
1. Masukkan kesemua bhn ke dlm mangkuk & pukul dgn kuasa tinggi sehingga kembang & pekat.
2. Ambil +/- 5 sb & campurkan dgn pes coklat/pandan.
3. Sudukan adunan kedlm cwn kertas & letakkan sedikit adunan coklat/pandan di tengah nya.
4. Kukus 15 min.



Tuesday, September 27, 2011

Kari Daging Kerisik



Assalamualaikum. Mencuba lagi resepi dari Kak Fida Myresepi dan kali ni Mas buat Kari Daging Kerisik pulak...serius Mas cakap...resepi ni sangat simple, tak menggunakan santan dan sangattt sedappp tau.....karinya pekat dan rasanya ala2 kari kedai mamak pun ada....sememangnya resepi2 dari Kak Fida ni memang terbaik dan mabeles....sayangnya Kak Fida tak buka blog....hanya berkongsi resepi2nya yang sangat best tu dimyresepi...maceh Kak Fida...Mas menggunakan daging tetel untuk kari daging kerisik ni dan tambah daun pandan masa menumis untuk wangikan lagi kari ni dan tambah kiub daging untuk menambahkan lagi rasa daging pada kari daging ni....rasa macam makan kenduri pun ada tau..he3..meh layan resepinya dulu...nampak banyak..tapi hanya bahan2 asas biasa memasak kari jerk..untuk resepi kari daging kerisik ni, Mas hanya buat untuk 4 orang makan jerk....jadi tak la sampai sekilo guna daging tu yerk...

Kari Daging Kerisik
Resepi : Kak Fida Myresepi 
Bahan :
  • 1 kilo daging -dipotong nipis dan rebus empuk. Mas guna daging tetel
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 1 biji bawang besar - dikisar
  • 4 ulas bawang putih - dikisar
  • 1/2 jari halia - dikisar
  • 4 - 5 sudu besar rempah kari daging - dicampur sedikit air dan jadikan pes
  • 1 batang serai - dititik
  • 2 lembar daun kari
  • sedikit kayu manis,cengkih,pelaga - untuk bhn penumis
  • 3 biji kentang - dibelah 4
  • 3 biji tomato - dibelah 4
  • 2 batang lada hijau - dibelah 2
  • 1/2 cawan kerisik
  • 1 keping asam gelugur
  • garam secukup rasa
  • kiub daging knor - Mas tambah
  • 1 helai daun pandan - Mas tambah
  • minyak masak - untuk menumis
  • 1/2 biji bawang besar - dihiris
  • 2 ulas bawang putih - dihiris
  • air secukupnya untuk kuah
Cara memasak :
  1. Campurkan bahan2 kisar bersama cili kisar.
  2. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bawang besar dan bawang putih yang dihiris juga daun kari dan daun pandan hingga layu dan masukkan campuran bahan kisar,penumis dan serai dan terus tumis hingga hampir kering lalu masukkan pes rempah kari dan tumis hingga wangi dan terbit minyak.
  3. Masukkan daging rebus bersama air rebusannya sekali dan juga kentang.Bubuh garam, asam gelugur, kerisik, kacau rata dan masak hingga mendidih. Boleh tambah air jika perlu dan masak lagi biar mendidih dan kentang empuk.
  4. Kecilkan api dan masukkan cili hijau dan tomato. Renihkan lagi 10-15 min. Siap untuk dihidangkan.

Sambal Jering II

 Saw some fresh Jering in the veg market sold for RM2/plate and grabbed one. It has been such a long time since the last consumption....
Makan dgn ikan goreng, tak payah lauk lain....
The previous version was posted here and this time I made it slightly different.

By: Roz@HomeKreation
INGREDIENTS:
1 small plate of Jering
3 Shallots*
1 cm Belachan* (* pounded) 
4 tbsp Chilli Paste
1 tsp Tamarind Juice
1 handful Ikan Bilis
1 Big Onion - sliced into thick rings 
Salt & Sugar

METHOD:
1. Peel Jering from the outer hard skin as well as the soft inner skin.
Boil until soften, changing the water few times until clear so that it does not stink.
Drain the Jering & slice.

2. Heat up 1 small scoop of oil  stir-fry the pounded ingredients & chilli paste until fragrant.
Add in tamarind juice, ikan bilis, salt & sugar.
Cook until almost dried up.

3. Serve with white rice & deep-fried fish.
****************************************


BAHASA MALAYSIA VERSION
Dah lama tak masak & makan Jering. Dulu ada tunjuk resipi ni kat sini tapi kali ni Along masak lain sedikit.

BAHAN2:
1 piring kecil Jering
3 ulas Bwg Merah*
1 cm Belacan* (* tumbuk) 
4 sb Cili Mesin
1 st Air Asam Jawa
1 genggam Ikan Bilis
1 bj Bwg Besar - hiris bulat
Garam & Gula

CARA2:
1. Kopek Jering & buang kulit nipis.
Rebus sehingga empuk, salin air beberapa kali supaya hilang bau busuk.
Tapis & hiris2.

2. Panaskan 1 senduk kecil minyak & tumis bhn tumbuk & cili mesin.
Masukkan air asam jawa, ikan bilis, garam & gula.
Masak sehingga hampir kering.

3. Hidangkan dengan nasi putih & ikan goreng.

Monday, September 26, 2011

Pandan Kelupis

 I had Kelupis Pandan, for the first time, during a friend's Hari Raya open house. I was amazed when Liana showed her thumb up after her first bite which she never did for any other food (fussy eater). I also enjoyed it although Liana & I shared a piece (I was too full to eat more because that was the second open house on the day).
 I kept thinking about it when I got home.... I had loads of Pandan leaves from my backyard and so happened some readily available glutinous rice.... so my project started in the recent weekend by trial and error! After some practices, I managed to wrap the glutinous rice in similar shoe shape... wah, so impressed with myself because it is not easy..... LOL. I don't know how to describe the wrapping method in here because I didn't take any picture of it, may be next time....

I was so happy that I made this because my whole family could also enjoyed it. The whole batch was gone just in one breakfast serving! The whole house was fragrant with Pandan during the steaming process.... enough to make everyone hungry!

By: Roz@HomeKreation
Makes 24 pieces
INGREDIENTS:
500g Glutinous Rice - washed & soaked 2-4 hours 
Thick Coconut Milk
Salt
Pandan Leaves - for wrapping 

METHOD:
click to enlarge
1. Place glutinous rice in a wok and pour in coconut milk.
The amount of coconut milk is just enough to cover the glutinous rice as shown in the picture (no accurate measurement is necessary - sorry I forgot to measure, may be next time). 



click to enlarge
2. Cook the glutinous rice until all the coconut milk is absorbed (see picture).
Note the rice is still uncooked at this stage.




click to enlarge


3. Wrap the glutinous rice in Pandan leaves & tie with nylon string to secure.

4. Steam for 30 minutes until cooked.





 

5. Serve with Rendang or your favourite dish (e.g. Serunding, curry, etc).









BAHASA MALAYSIA VERSION
Along makan pertama kali waktu rumah terbuka kat rumah kakak angkat tapi sebab terlalu kenyang waktu tu Along makan cuma seketul kongsi dengan Liana. Bila balik rumah teringat2 pulak, jadi cuba2lah buat sendiri.... tak sangka jadi pulak... hubby & anak2 makan sampai tak cukup2... kena buat lagi lah Raya Haji nanti. Best lah buat ni, satu rumah bau harum Pandan.

Pssssst..... Perasan tak Along update ni pukul 2 pagi ..... Dah dua malam Liana meragam malam sebab Abah dia takda, jadi tak dapat nak update blog. Tetiba terbangun lak 2 pagi ni....

Jumlah: 24 ketul
BAHAN2:
500g Beras Pulut - basuh & rendam 2-4 jam
Santan Pekat
Garam
Daun Pandan - utk membalut 

CARA2:
1. Letak beras pulut ke dlm kuali & tuangkan santan sehingga menutupi.
Along tak sukat pun santan tu, agak2 beras tenggelam macam kat gambar di atas.
2. Masak sehingga kering seperti dalam gambar di atas. 
Nota: beras pulut ni masih mentah.
3. Bungkus dengan daun pandan & ikat dgn tali rafia.
4. Kukus 30 min sehingga masak.
5. Hidangkan Pulut Kelupis dgn Rendang atau lauk kegemaran anda (contoh: Serunding, kari, dll).

Sunday, September 25, 2011

Cheese Tart Againnnn



Assalamualaikum. Projek pagi tadi....untuk menghabiskan baki cream cheese filling yang Mas buat Cheese Tart untuk dibawa ke rumah Izahdaut sabtu lepas, lagi pun hari tu merasa sebiji dua jerk..macam tak puas lak makan..he3..jadi hari ni merajinnkan diri buat lagi Cheese Tart yang sangat sedapp ni...lagi pun seronok pulak mendeko cheese tart ni....Ain ngan Daniel pun senyum lebar jerk balik dari sekolah tengok ada cheese tart dalam peti ais...klu sejukkk.....lagi sedapp tau....resepi cheese tart ni Mas suka guna resepi Azita Kitchen - Kak Ita...memang terbaik...walaupun dah banyak kali Mas n3kan resepi Cheese Tart ni, meh layan lagi resepinya...senang nak tengok kan......

Cheese Tart
Tart Crust / Shell .
Bahan :
  • 170 gm marjerin
  • 50 gm gula aising
  • 1 biji telur Gred C
  • 290 gm tepung gandum
  • 1 sudu kecil esen vanilla
Cara membuatnya :
  1. Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu. Jangan putar lama sangat.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
  4. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.
  5. Bakar pada suhu 170oC sehingga masak.
Nota :
Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.

Cream Cheese Filling
Bahan :
  • 250gm cream cheese
  • 50gm gula kastor / gula halus
  • 1 biji telur Saiz B
  • ½ sudu teh esen vanilla / esen lemon - Mas letak esen vanila
Cara membuatnya :
  1. Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
  3. Masukkan filling ke dalam kulit tat.
  4. Tuang cream cheese ke atasnya. Bakar selama 5 minit pada suhu 170c. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.
Filling :
Blueberry, strawberry, kiwi, oren, dll.


  1. Tart crust yang sedia untuk dibakar.
  2. Tart crust yang telah siap dibakar dan disusun ke dalam loyang untuk proses seterusnya.
  3. Isikan filling ke dasar crust. Lebih banyak filling..lebih sedap!
  4. Picitkan adunan cream cheese filling ke atas filling tadi.
  5. Untuk melorek, ambil sedikit adunan cream cheese dan titikkan dengan beberapa titik pewarna.
  6. Mas menggunakan strawberi filling untuk lorekkan atas cream cheese tu, jadi Mas picitkan jer strawberi filling yang telah dimasukkan dalam pipe bag tu atas cream cheese. Sila abaikan no 7  dan no 8 jika menggunakan strawberi filling.
  7. Kacau rata2 hingga mendapat warna yang diinginkan.
  8. Dengan menggunakan pencungkil gigi, buat garis kecil2 di bahagian tepi.
  9. Bilangan garis2 kecil tersebut mengikut citarasa sendiri (lebih banyak lebih cantik...)
  10. Kemudian dengan menggunakan bahagian yang tajam, tarik daripada atas ke bawah untuk mendapatkan bentuk tersebut.
  11. Bakar selama 5 minit. Siap!!!
Tips untuk dapatkan cistat yg gebu dan montok(mengikut pengalaman Kak Azita) :
  1. Jangan simpan cream cheese di tempat sejukbeku (frozen).
  2. Keluarkan cream cheese 30 ~ 40 minit sebelum digunakan. JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.
  3. Isi adunan cream cheese ke dalam piping bag untuk memudahkan proses mengisi adunan ke dalam crust.
  4. Picitkan adunan hingga penuh...hingga sampai ke bahagian sisi crust.