Assalamualaikum.
Meh layan pulak Puding Roti Sos Kastard yang sangat sedapp ni...bak kata Izahdaut, makan puding roti tu masih suam2 panas bersama kuah kastard yang sejuk sejuk. Alahaiii memang sedapp la sangat. Memang sama citarasa kita ijahh...tak terasa bersudu2 masuk dalam mulut kan...dessert yang sangat sedap dinikmati sambil santai2 nengok tv....maceh pada cikgi yang dah lama mengtenggelamkan diri tu...Kak Hana, miss u kak...muahhhh...untuk puding roti yang sedapp ni, Mas tak letak kismis sebab dah abiss stock dan sos kastard tu Mas pekatkan sikit untuk rasa sos yang melekat kat puding roti tu....memang mabelesss...
Puding Roti Sos Kastard
Resepi : maya.zakry@myresepi.com dan FN@myrespi.com
Bahan :
8 keping Roti
* 500 ml Susu segar
* 4 sudu besar Gula halus
* 2 sudu besar Butter- cairkan
* 2 biji Telur
* 1 sudu teh Esen vanilla
* 1 sudu besar Tepung Jagung
* 1 sudu kecil serbuk cinnamon
2 sudu besar Kismis
Cara :
Koyakkan roti dan susun dalam loyang yang telah digris dengan sedikit butter.
Gaul rata bahan-bahan bertanda * dan tuang ke atas roti tadi.
Biarkan sebentar dalam 20 - 30 minit agar roti terendam sepenuhnya.
Taburkan kismis diatas adunan.
Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau sehingga masak.
Untuk Sos Kastard :
1 tin susu cair
2 sudu besar tepung kastard - hana ltk 11/2 sb je..
2 sudu besar gula
Cara membuat kuah @ sos Kastard :
Campurkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau hingga agak pekat.
Tuang ke atas puding roti tadi.
No comments:
Post a Comment